Monday, 2 April 2007

KETUA MUSLIMAT KEKAL, KETUA PEMUDA BERTUKAR



















BUKIT KATIL : Ketua Dewan Muslimat PAS Kawasan Bukit Katil, Dr Khatijah Jumangat mengekalkan jawatannya dalam pemilihan Dewan Muslimat PAS Kawasan Sabtu lalu. Jawatan Timbalan dan Naib Ketua pula disandang oleh Mahani Othman dan Maisarah Abdullah. Kedua-duanya adalah bekas AJK sessi lalu. Mesyuarat Agung Dewan Muslimat telah dirasmikan oleh YDP PAS Kawasan, Hj Mohd Yassin Abdul Ghani di Pejabat PAS Kawasan di sini.

Sementara itu Ketua Dewan Pemuda sessi lalu, Hj Salamat Aman melepaskan jawatannya atas faktor umur, tempatnya telah diisi oleh Sofi Wahab, bekas Ketua Penerangan sessi lalu. Timbalan Ketua sessi lalu Ustaz Abu Bakar Ramlee mengekalkan jawatannnya manakala bekas Penolong Setiausaha sessi lalu, Ghazali Othman dilantik sebagai Naib Ketua yang baru. Sebahagian besar AJK sessi lalu dilantik semula mengekalkan jawatan masing-masing. Antaranya Bekas Naib Ketua, Hj Rizal Idris; Us Rashid Baharudin; Khairuddin Ismail, Jusry Jaafar, Hj Hishamuddin Ismail; Abdul Latif Md Dris dan lain-lain. Muka baru yang dilantik ialah Puhat bedol, Nazri Ariffin, Rafai Hassan dan Sufian Abu Bakar.

Mesyuarat Agung tersebut telah dirasmikan oleh Ketua DPP Negeri Melaka, Ustaz Kamaruddin Sedik bertempat di Sekolah Rendah Islam Ar Rahmah, Solok Gaung.


Keahlian Unit Amal

Iklan

Artikel Menarik

A

 

Dewan Pemuda PAS Bukit Katil Hakcipta © 2011 Kredit Ubahsuai oleh Kijang59