Friday, 30 March 2007

EPISOD MALANG BERTERUSAN : APA TINDAKAN IMAM AL HADHARI


Subashini peroleh perintah larangan terhadap suaminya

Episod malang terus berlaku di zaman Islam Hadahri. Islam diperkotak-katikkan atas alasan kebebasan beragama dan hak asasi manusia.

Hari ini Subashini, 28, berjaya mendapatkan perintah sementara daripada Mahkamah Rayuan di Putrajaya pagi tadi untuk melarang suaminya yang telah memeluk agama Islam, daripada meneruskan tuntutannya di Mahkamah Syariah.

Peguamnya, Malik Imtiaz Zarwar memberitahu malaysiakini bahawa pemerintah sementara itu juga melarang suaminya Muhammad Shafi Saravanan Abdullah daripada menukar agama anak kedua mereka.

Muhammad Shafi memohon untuk mendapatkan hak penjagaan dua anak mereka yang masing-masing berusia setahun dan tiga tahun, dan membuat tuntutan cerai dari Subashini di Mahkamah Syariah.

Pada 13 Mac lalu, Mahkamah Rayuan menolak permohonan Subashini untuk menghalang suaminya yang telah memeluk Islam daripada membawa prosiding cerai mereka ke Mahkamah Syariah.

Ia juga memutuskan bahawa orang Islam boleh memohon kepada Mahkamah Syariah untuk menukar agama anak-anak mereka yang masih di bawah umur, tanpa memerlukan kebenaran pasangan yang bukan beragama Islam.

Malik berkata, perintah larangan tersebut diberikan sementara menunggu selesainya permohonan kebenaran daripada Mahkamah Persekutuan yang difailkan hari ini.

“Ini bermakna suaminya tidak boleh berbuat apa-apa di Mahkamah Syariah sehinggalah Mahkamah Persekutuan menetap tarikh ia didengar,” jelas Malik.

Turut mewakili Subashini di mahkamah hari ini ialah Haris Ibrahim dan K Shanmuga


Liou sekali lagi wakili DAP di Machap



DAP sekali lagi memberi kepercayaan kepada ahli perniagaan Liou Chen Kuang untuk bertanding mewakili parti pembangkang itu dalam pilihanraya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Machap pada 12 April ini.

Dalam pilihanraya umum yang lalu, Liou tewas di tangan calon Barisan Nasional (BN), Datuk Poh Ah Tiam yang menang dengan majoriti besar 4,562 undi.

Kerusi tersebut kini kosong berikutan kematian Poh, yang juga pengerusi MCA Melaka pada 15 Mac lalu. Machap adalah kawasan majoriti pengundi Cina dan merupakan kubu kuat MCA.

“Sebagai seorang yang mahir dengan selok-belok kawasan tersebut, Liou mendapat sokongan akar umbi di Kampung Permai Machap, Umboo dan Kampung Machap Baru,” kata Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng dalam satu kenyataan hari ini.

Lim menyifatkan Liou sebagai seorang yang “cekap, jujur, mesra dan sentiasa bersedia untuk berkhidmat kepada pengundi Machap’.

“DAP berharap pengundi di Machap akan memberi peluang kepada ahli perniagaan yang berjaya ini untuk mewakili mereka, menangani masalah mereka, menjadi suara mereka untuk bersuara tanpa rasa takut dalam menentang ketidakadilan,” tambahnya.

DAP akan menggunakan slogan “Machap Demokrasi” – untuk mendidik pengundi mengenai pentingnya demokrasi di Malaysia.

Tugas berat

Liou bagaimanapun dijangka berdepan dengan tugas berat menentang calon BN dari MCA yang belum lagi diumumkan.

Beberapa nama disebut-sebut akan dipilih oleh MCA untuk bertanding di Machap, termasuk Ngow Dow Soon (pembantu khas Naib Presiden, Datuk Dr Fong Chan Onn), Lai Meng Chong (setiausaha politik Fong) dan Chew Chong Lim (setiausaha sulitnya).

Pemilihan muktamad akan dibuat oleh Perdana Menteri, yang juga Pengerusi BN, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi. Pengumuman mengenainya dijangka dibuat lewat hari ini.

Dalam satu lagi perkembangan, Ketua Pemuda MCA, Datuk Liow Tiong Lai menyifatkan Lim sebagai seorang ‘pelarian politik’ kerana tidak bertanding dalam pilihanraya kecil Machap.

“Sebagai setiausaha agung DAP yang kini sudah layak bertanding dalam pilihanraya, Lim boleh bertanding di Machap tetapi beliau memilih untuk meninggal Melaka dan berpindah ke Pulau Pinang sebelum pilihanraya kecil itu diadakan,” kata Liow dalam laporan akhbar the Sun.

“Lim adalah dari Melaka, tetapi beliau tidak berani bertanding dalam pilihanraya kecil itu. Jika beliau tidak takut kalah, mengapa beliau tidak bertanding? Sebaliknya beliau berpindah ke Pulau Pinang. Apakah beliau mahu mengelak daripada bertanding....beliau adalah seorang pelarian politik,” katanya.

Malaysiakini


PIIIIRAAAHH NAJIB!!!!


BN tidak pernah manipulasi pilihan raya KERANA TIDAK MAHU MEMERINTAH SECARA PALSU

KUALA LUMPUR – Kerajaan Barisan Nasional (BN) tidak pernah memanipulasikan sistem pilihan raya di negara ini kerana tidak mahu memerintah secara palsu. Itulah kata-lata Najib umpama malaikat. Bukan kita tidak tahu bahawa BN sentiasa menggunakan pelbagai taktik kotor pada setiap kali pilihanraya semata-mata untuk menang. Kewujudan pengundi hantu dibuktikan pada perbicaraan Pilihanraya Kecil kes DUN Likas dan DUN Pengkalan Pasir. Malah pengundi hantu pernah ditangkap beberapa kali dalam pilihnraya kecil dan individu yang terlibat mengaku diupah dan diminta oleh orang tertentu dari kalangan BN untuk mengundi.

Kata-kata manis mereka di parlimen semalam hanyalah menanam tebu di bibir mulut.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz berkata, selama ini, BN memerintah dengan kehendak rakyat kerana kerajaan ini adalah kerajaan yang dipilih oleh rakyat.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan tambahan M. Kulasegaran (DAP-Ipoh Barat) yang membangkitkan beberapa kelemahan dalam sistem pilihan raya sehingga memberi kelebihan kepada parti pemerintah.

Antara lain, beliau membangkitkan kelemahan sistem undi pos.

Mohamed Nazri berkata, jika sistem yang digunakan hari ini memberi kelebihan kepada BN, sudah tentu tidak timbul soal kekalahan di Kelantan dan Terengganu.

‘‘Dengan sistem yang sama, kita kalah di di Kelantan dan Terengganu. Kita juga kalah teruk pada pilihan raya 1999. Kalau sistem ini tidak betul macam mana boleh berlaku begitu.

‘‘Jadi, jangan waktu kita menang, kita kata semua bagus, waktu kita kalah, kita kata tidak bagus,” katanya.

Menjawab soalan asal Datuk Kamarudin Jaffar (PAS-Tumpat) mengenai cadangan supaya Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dirombak, beliau berkata, langkah itu tidak perlu.

Katanya, setakat ini, kerajaan tidak bercadang menubuhkan sebarang badan untuk buat kajian semula kerana undang-undang sedia ada masih boleh digunakan dengan sempurna bagi menjamin pilihan raya yang bebas, adil dan telus.


Keahlian Unit Amal

Iklan

Artikel Menarik

A

 

Dewan Pemuda PAS Bukit Katil Hakcipta © 2011 Kredit Ubahsuai oleh Kijang59