Saturday, 24 March 2007

ANNUAR MUSA UMUM MANIFESTO 'AJAIB' ISLAM HADHARI KELANTAN



KOTA BARU: Apalah agaknya manisfesto ajaib yang hendak dikemukakan oleh Annuar Musa bagi memenangi hati rakyat Kelantan.

Semalam Annuar berkata Barisan Nasional Kelantan akan mengemukakan manisfesto pilihan raya yang komprehensif menggabungkan aspirasi dan gagasan rakyat di semua peringkat bagi membawa perubahan di Kelantan.

Annuar Musa juga berkata manifesto itu merupakan agenda perubahan yang diingini dari rakyat untuk rakyat Kelantan.

Setahu kita BN Islam Hadhari ini tidak akan mengemukakan apa-apa selain dari janji-janji manis pembangunan, itu sahajalah modal mereka bagi 'menipu' rakyat. Kalau inilah yang hendak dikemukakan oleh Annuar kepada rakyat Kelantan maka kita merasakan kalau Annuar dapat menjadi Ketua Pembangkang semula selepas Pilihnraya Umum akan datang itu sudah dikira bonus. Jika tidak Annuar mungkin sekali lagi menjadi wakil rakyat pencen.

"Kalau umurnya dah 55 tahun adalah pencen untuknya kalau belum 55 tahun maka beliau kena tunggu sehingga umurnya mencecah umur pencen lah nampaknya." itu komen Saleh Othman Ketua PAS Cawangan Taman Merdeka ketika diminta memberi komen tentang manisfesto BN ini.


SEMUA SERBA TIDAK KENA DALAM NEGARA ISLAM HADHARI



Sehari dua ini semuanya serba tidak kena dalam negara Islam Hadhari ini. Di Putra Jaya tanah runtuh, di Shah Alam banjir melanda dan Petaling Jaya semalam Perkhidmatan Putra LRT sekali lagi mengalami gangguan perkhidmatan pada waktu puncak yang menyebabkan ribuan orang yang berpusu-pusu menaiki tren ke tempat kerja terkandas sehingga menyebabkan berlakunya kesesakan di semua stesen utama.

Inilah bahananya apabila kita akur dengan kekuasaan Allah dan sentiasa bongkak dengan mengatakan kita semua telah bersedia untuk menghadapi apa juga kemungkinan bala bencana. Allah uji dengan tanah runtuh, banjir dan kerosakan LRT pun manusia tidak dapat menahannya.

Tetapi malangnya pemimpin Islam Hadhari terus bongkak dan tidak mahu insaf dengan kekuasaanya dan undang-undang Allah. Mereka terus mencari penyelesaian selain dari Islam bagi menyelesaikan masalah-masalah besar negara seperti masalah dadah, rasuah, peningkatan jenayah, masalah sosial dan sebagainya.

Mereka masih leka dengan kemewahan dunia sehingga seluruh muamalat seharian mereka langsung tidak menjuruskan kepada undang-undang dan peraturan Islam baik dalam ekonomi, pendidikan, hubungan luar dan sebagainya.

Pemimpin Islam Hadhari terus membiarkan rakyat terjerumus didalam perkara-perkara maksiat apabila rasuah dibiarkan menjadi darah daging, konsert-konsert digalakkan, pergaulan bebas tidak dibenteras, tempat maksiat diberi lesen, bank riba bertambah banyak, pelaburan internet dibiarkan dan sebagainya.

Ingatlah apabila Islam dikesampingkan maka tunggulah saat kehancuran.


KEPALA BUSUK EKOR PUN BUSUK : SEORANG LAGI KETUA MENTERI ISLAM HADHARI DIDAKWA RASUAH



Kalau kepala ikan busuk sudah tentu seluruh badannya turut busuk. Inilah kiasan yang sering dikaitkan dengan kedurjanaan seseorang pemimpin negara, kalau perangai pemimpin tersebut rosak maka sudah tentu seluruh jentera kerajaannya akan turut rosak.

Setelah Ketua Pengarah BPR dan Timbalan Menteri Islam Hadhari di dakwa terlibat dengan rasuah semalam Ketua Pengarah Badan Pencegah Rasuah, Datuk Seri Zulkipli Mat Noor didakwa menerima rasuah supaya menghentikan siasatan mengenai aduan salahguna kuasa dan rasuah terhadap Ketua Menteri Sabah, Datil Musa Aman.

Dakwaan tersebut dibuat oleh seorang pemimpin pembangkang Sabah, Dr Jeffrey Kitingan dalam laporan polis setebal 24 muka yang dibuatnya awal bulan ini di Kota Kinabalu.

Jeffrey, yang juga Timbalan Pengerusi PKR Sabah, membuat laporan itu di balai polis Karamunsing di Kota Kinabalu, yang mengandungi 25 dakwaan terhadap Musa, yang membabitkan salahguna kuasa, rasuah dan pengubahan wang haram.
Selain memegang jawatan ketua menteri, Musa juga merupakan Menteri Kewangan Sabah dan Pengerusi Umno negeri itu.

Mengenai dakwaan terhadap Ketua Pengarah BPR itu, Jeffrey mendakwa,,dalam satu
“pertemuan sulit’ bulan lalu di sebuah hotel enam bintang diKuala Lumpur, Zulkipli dibayar wang supaya menghentikan siasatan terhadap pembabitan Musa dalam skandal Wisma Bandaraya – sebuah kompleks pejabat berharga jutaan ringgit.

Jeffery adalah adik kepada Timbalan Ketua Menteri Sabah sekarang, yang juga Menteri Pembangunan Luar Bandar Sabah, Datuk Joseph Pairin Kitingan,

Dakwaan terbaru terhadap Zulkipli menambah kepada dakwaan terhadapnya sebelum ini yang membabitkan dakwaan rasuah dan mengumpulkan harta yang tidak sepadan dengan sumber pendapatannya.

Bulan lalu, malaysiakini melaporkan dakwaan tersebut yang dibuat terhadap Zulkipli oleh bekas Pengarah BPR Sabah, Mohamad Ramli Abdul Manan.

Mengapa tiada tindakan?

Ketika dihubungi hari ini untuk mendapatkan maklumat lanjut, Jeffrey berkata bangunan Wisma Bandaraya itu – yang terletak di tengah-tengah bandaraya Kota Kinabalu – dimiliki oleh syarikat yang berkaitan dengan keluarga Musa.

Sejak beliau menjadi Ketua Menteri tiga tahun lalu, beberapa kementerian, termasuk Kementerian Sumber Asli, telah berpindah dari bangunan kerajaan ke Wisma Bandaraya.

Jeffery berkata, tiada tindakan diambil oleh BPR terhadap banyak aduan yang dibuatnya terhadap Musa berhubung dakwaan tersebut.

Ditanya sama ada benar RM700,000 telah bertukar tangan dalam pertemuan rahsia itu, Jeffery berkata, beliau tidak menyebut sebarang jumlah yang khusus dalam laporan polis yang dibuatnya itu.

Bagaimanapun, Jeffrey berkata beliau tidak dapat mendedahkan lebih banyak butir-butir mengenai perkara itu itu kerana ia mungkin sedang dalam siasatan.

Dalam laporan polis itu, Jeffrey juga merujuk kepada pembabitan Musa dalam penswastaan projek air bernilai RM450 juta di Sandakan serta anugerah projek bernilai RM200 juta untuk penyelenggaraan jalan awam di negeri itu.


POLIS KELANTAN CATAT SEJARAH DAHULUI POLIS NEGERI LAIN


Saranan Tuan Guru Menteri Besar Kelantan supaya Polis turut sama memberi khutbah di sahut oleh Timbalan Ketua Polis Kelantan Datuk Abdul Rahim Hanafi semalam.

Datuk Abdul Rahim Hanafi tampil membaca khutbah Jumaat di Masjid Mukim Langgar, di Kota Bharu semalam.

Lulusan Sarjana Muda Syariah dari Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) itu menyampaikan khutbah tersebut dengan lancar selama kira-kira 25 minit.

Ia kemudian diikuti dengan sembahyang Jumaat yang diimamkan oleh imam Masjid Langgar, Osman Mohd. Zain.

Selain sebagai satu usaha merapatkan hubungan dengan masyarakat setempat, khutbah itu adalah sempena sambutan Ulang Tahun Pasukan Polis Ke- 200, Ahad ini.

Dalam khutbah itu, Abdul Rahim memberi penekanan kepada tiga aspek utama yang berkisar kepada perpaduan, tanggungjawab sesama manusia dan keikhlasan.

Beliau juga tidak ketinggalan meminta para jemaah bekerjasama dengan pihak polis dalam membendung kes jenayah di negeri Kelantan.

Menurutnya, prinsip menyeru perkara kebaikan dan mencegah kemungkaran seharusnya dihayati bersama dalam usaha mencegah jenayah menerusi Program Rakan Cop.

Syabas Polis Kelantan dan Tuan Guru.


Keahlian Unit Amal

Iklan

Artikel Menarik

A

 

Dewan Pemuda PAS Bukit Katil Hakcipta © 2011 Kredit Ubahsuai oleh Kijang59