Thursday, 22 March 2007

UMNO/BN AKAN GUNA CARA KEMPEN TRADISIONALNYA UNTUK RAIH UNDI


UMNO akan membawa semangat dan pengalaman pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Batu Talam di Pahang bagi mempertahankan kerusi DUN Machap, Melaka pada 12 April ini.

Naib Presidennya, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, langkah tersebut perlu kerana UMNO percaya parti lawan akan menjadikan pilihan raya kecil DUN Machap itu sebagai medan ujian untuk mereka menghadapi pilihan raya umum.

Katanya lagi, ia juga sejajar dengan pengalaman masa lalu yang menunjukkan UMNO menjadi parti utama Barisan Nasional (BN) dalam menggerakkan kempen pilihan raya kecil di negara ini.

‘‘UMNO mempunyai sistem untuk memantau keadaan dan juga sentimen para pengundi di kawasan itu yang mungkin terpengaruh dengan pelbagai dakyah parti pembangkang.

‘‘Saya difahamkan Ketua Penerangan UMNO, Tan Sri Muhammad Muhd. Taib telah berada di kawasan itu untuk menyediakan program kerja yang sepatutnya,” katanya.

TETAPI UMNO KENA INGAT BAHAWA RAKYAT SUDAH MUAK DAN LALI DENGAN CARA KEMPEN UMNO. MEREKA SEMESTINYA TANPA SEGAN SILU AKAN MENGGUNAKAN JENTERA KERAJAAN SEPERTI BALAIRAYA, JABATAN PENERANGAN, KEMAS, RISDA, MEDIA MASSA (RTM, TV 3 DAN LAIN-LAIN) SEMATA-MATA UNTUK MERAIH UNDI.

SELAIN ITU POLITIK RASUAH (POLITIK WANG), UGUT, JANJI, PENIPU DAN SEBAGAINYA. APA YANG PASTI 'PARTI KOMPONEN' BN YANG PALING HEBAT MEMBANTU PARTI MEREKA IAITU PARTI SPR SUDAH TENTU MENJADI SENJATA YANG BERKESAN UNTUK MENUNDUKKAN PEMBANGKANG YANG HANYA TINGGAL GUSI DAN GIGI SAHAJA.


NEGERI 'MAJU' BANJIR LAGI : KHIR TOYO JANGAN CAKAP BESAR


Khir Toyo sebelum ini selalu mendakwa bahawa Selangor adalah negeri paling maju di Malaysia. Seolah-olah di Selangor semuanya hebat, sistem salirannya hebat, pembangunannya hebat, rakyatnya hebat, pemimpinnya hebat dan pelbagai kehebatan lagi.

Rupa-rupanya satu demi satu masalah dan penyelewengan di'telanjangi' oleh pembangkang, Karam Singh Walia, TV3, Harian Metro dan lain-lain media.


Semalam Bandar raya Shah Alam yang dibanggai oleh Khir Toyo sekali lagi dilanda banjir lagi. Hujan lebat dan berterusan sejak pukul 10 malam tadi sehingga awal pagi ini menyebabkan beberapa kawasan di sekitar Shah Alam dinaiki air dan kira-kira 100 penduduk Kampung Kebun Bunga, Batu Tiga, Shah Alam terpaksa dipindahkan ke tempat selamat.

Dalam pada itu, Taman Tun Dr. Ismail Jaya (TTDI Jaya) yang pernah dilanda banjir teruk pada awal tahun lalu turut dinaiki air tetapi keadaan kali ini terkawal dan air hanya bertakung di jalan kerana pemaju telah membina tembok penghadang banjir.

Siren amaran banjir yang dibunyikan pada pukul 3 pagi menyebabkan penduduk di kawasan perumahan itu mengalihkan kenderaan masing-masing di tempat yang lebih tinggi dan air surut sepenuhnya pada pukul 7 pagi.

Bagaimanapun, Kampung Kebun Bunga yang terletak berhampiran Sungai Damansara dinaiki air hingga ke paras pinggang dan ekoran itu kira-kira 100 penduduk di pindahkan di Dewan Orang Ramai kampung berkenaan sementara menunggu air surut.

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Infrastruktur dan Kemudahan Awam, Datuk Abdul Fatah Iskandar memberitahu, banjir di Kampung Kebun Bunga diburukkan lagi dengan air laut mulai pasang pada pukul 2 pagi sehingga mencapai paras tertinggi pada pukul 7 pagi.

‘‘Kerajaan negeri telah mengarahkan MBSA dan Jabatan Kebajikan Masyarakat menyediakan makanan dan peralatan yang sesuai untuk mangsa banjir,” katanya yang turut melawat Kampung Kebun Bunga dan TTDI Jaya.

Katanya, kerja mengepam air di kawasan terbabit giat dijalankan dengan menggunakan dua buah jentera.

‘‘Dalam pada itu, kita turut menyediakan bantuan sokongan teknikal termasuk jentera pam air tambahan.

‘‘Bagaimanapun, kita jangkakan masalah ini akan selesai sepenuhnya apabila jentera pam air automatik yang bernilai RM2.3 juta akan diperolehi pada November depan,” katanya.

Sementara itu, Pegawai Perhubungan Awam MBSA, Shahrin Ahmad berkata, hujan berterusan hampir lapan jam itu telah mengakibatkan Sungai Damansara melebihi paras bahaya iaitu 7.4 meter dan sekiranya berterusan sepanjang hari boleh mengakibatkan banjir besar.

KHIR TOYO JANGAN CAKAP BESAR MENGUTUK KELANTAN YANG KONONNYA MUNDUR DAN KERAJAANNYA TIDAK TAHU MEMERINTAH. BILA BALA DITIMPA ALLAH KEPADA SELANGOR INILAH YANG TERJADI. TIADA SIAPA DAPAT MELAWAN KUASA ALLAH S.W.T


RENCANA YANG MENGGUGAT PERPADUAN PARTI.? SAMA-SAMA KITA FIKIRKAN


Kami sengaja memuatkan rencana tulisan Fathi Aris Omar supaya para membaca menilai samada rencana ingin menggugat perpaduan parti atau mungkin ianya rencana yang membina. Tetapi kami yakin ahli dan penyokong PAS sentiasa matang dan komited merujuk kepada Al-Quran dan Hadis serta pimpinan setiap kali mereka berhadapan dengan masalah.

PAS mahu pinggirkan Hadi?
Oleh FATHI ARIS OMAR (Disiarkan dalam www.mstar.com.my)

Rencana PAS mula memikirkan pengganti presidennya sekarang Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang dilihat tidak begitu berkesan sebagai seorang pemimpin sebagaimana terbukti dengan kekalahan teruk dan memalukan dalam pilihanraya umum 2004.

Dengan barisan pemimpin yang sedia ada, PAS dikhuatiri gagal mengulangi kecemerlangan baru dalam pilihanraya umum ke-12 yang dijangka diadakan tahun ini atau tahun depan.

Terengganu, selepas berjaya dikuasai selama lima tahun sejak 1999 bawah kepemimpinan Abdul Hadi, tewas teruk dengan 28 kerusi dikembalikan kepada Umno, sementara empat kerusi sahaja berjaya kekal di tangan PAS. Ketewasan yang paling buruk sejak 1990.

Sementara Kelantan, negeri tradisi PAS, tinggal nyawa-nyawa ikan sekarang dengan baki majoriti satu kerusi selepas Pengkalan Pasir jatuh ke tangan Barisan Nasional.

Dua pemimpin puncak parti Islam itu kini dalam fokus utama pengamat di luar parti dan juga pemimpin serta aktivis PAS.

Datuk Nik Aziz Nik Mat, yang kerap jatuh sakit akhir-akhir ini, sering dispekulasi akan meninggalkan jawatan Menteri Besar Kelantan. Kemungkinan besar jawatan itu jatuh kepada tokoh muda, seorang exco negeri dan juga naib presiden PAS Datuk Husam Musa.

Jika Nik Aziz berundur daripada jawatan aktif dalam parti, kedudukannya sebagai Mursyidul Am dikatakan ingin diserahkan kepada Abdul Hadi, bukan timbalannya sekarang Datuk Dr Haron Din.

Malah kekosongan jawatan Mursyidul Am mahu dijadikan alasan terbaik untuk meminggirkan Abdul Hadi daripada kedudukannya sekarang.

Penulis ini difahamkan rancangan seumpama itu sedang bergerak di kalangan pemikir-pemikir parti, cuma tidak pasti sejauh mana ia boleh direstui oleh sebahagian besar barisan pemimpin PAS di peringkat negeri dan kawasan.

Ujian terbaik reaksi pemimpin negeri dan kawasan, serta ahli akar umbi, akan dapat dilihat jika pemilihan tahun ini berjaya diadakan. Nik Aziz baru-baru ini mencadangkan pemilihan ditangguhkan, memandangkan bahang pilihan raya umum yang semakin terasa.

Sementara ada pengamat melihat idea memindahkan Abdul Hadi kepada jawatan Mursyidul Am akan gagal jika pemilihan diadakan tahun ini kerana parti ingin mengekalkan “status quo” memandangkan ia tidak bersedia berdepan dengan kekalutan menjelang pilihanraya umum ke-12.

Tetapi pokok persoalannya, presiden PAS sekarang diragui boleh membawa parti ke suatu era lebih cemerlang – maka beliau harus digantikan dengan tokoh lain.

Sekali pun Abdul Hadi berjaya disudutkan kepada jawatan Nik Aziz kini, bagaimana pula PAS berdepan dengan kekosongan jawatan presiden?

Selain cakap-cakap di kalangan penggiat parti, keresahan tentang kualiti kepemimpinan tertinggi PAS kini mula menunjukkan isyarat awal di ruang siber bulan ini.

Seorang penulis blog terkenal di kalangan pemimpin dan penyokong PAS mengapungkan idea tentang kepentingan menyiapkan barisan baru pemimpin.

Tulisan ini asalnya diterbitkan dalam Siasah, tabloid dwibulanan yang berpengaruh besar di kalangan penyokong PAS selepas Harakah.

"Rakyat sudah pasti mahu melihat satu barisan yang fresh (segar) dan meyakinkan. Ahli-ahli dan pimpinan PAS perlu berjiwa besar, dan bersedia menawarkan bukan hanya partinya (yang memang sudah dikenali itu) tetapi juga saf kepimpinan baru yang fresh dan meyakinkan," kata penulis blog itu (n32.blogspot.com) yang dikenali Roslan SMS pada 2 Mac.

"Kesanggupan untuk membuka ruang dan membuat perubahan ini dalam kes PAS perlulah bermula daripada mereka yang berada diteraju teratas."

"Sekiranya ini berlaku maka rakyat akan tampak yang PAS bersungguh bersedia dan serius mahukan perubahan untuk membela mereka dan Malaysia bagi berhadapan dengan cabaran dan tuntutan global," tulisnya lagi dalam artikel bertajuk “PKR dan PAS perlu tukar pemimpin untuk ulang kejayaan tahun 1999”.

Susulan catatan awal itu, dua lagi ulasan muncul di laman web baru Detikdaily (www.detikdaily.net) yang dipercayai ada hubungan dekat dengan Ahmad Lutfi Othman, ketua pengarang Harakah sekarang.

Artikel pertama mengalu-alukan ulasan Roslan dan menyerahkan diskusi tentang isu penggantian pemimpin kepada ahli dan penyokong parti tersebut.

Tanpa mengulas panjang, penulis artikel “Ustaz Hadi diminta lepaskan jawatan Presiden PAS?” (4 Mac) menerbitkan kembali beberapa perenggan utama gesaan Roslan yang menjurus kepada maksud agar Abdul Hadi meletakkan jawatannya.

Nampak gayanya penulis tersebut berfikir sejalan dengan Roslan atau cuba memancing perhatian PAS agar desakan menolak Abdul Hadi daripada jawatannya kini dapat disegerakan.

Namun sehari selepas itu, seorang penulis menyanggah idea Roslan dan sekaligus mempertahankan Abdul Hadi dengan menyifatkannya sebagai pewaris sistem kepemimpinan ulama.

Selain di Detikdaily, tulisannya turut disebarkan kepada Tranungkite Online (www.tranungkite.net), satu lagi laman web berpengaruh luas di kalangan ahli PAS milik Pemuda PAS Dungun, dan juga ruang diskusi senarai mel (mailing list) Harakahdaily, akhbar web parti.

Secara tersirat penulis itu beranggapan membincangkan isu penggantian Abdul Hadi secara terbuka seumpama catatan Roslan SMS sebagai langkah yang memudahkan musuh-musuh PAS menyerang parti itu.

Dia juga menyalahkan aktivis daripada beberapa gerakan Islam seperti Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim) dan Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia (JIM) yang menyertai PAS sebagai pihak yang boleh menghuru-harakan parti.

Penulis itu, bagaimanapun, tidak menafikan PAS yang diketuai Abdul Hadi bergerak agak lembab sejak kekalahan teruk pada 2004.

Ketewasan itu, menurut penulis artikel “Idea Roslan SMS ... disanggah” (5 Mac), memunculkan bermacam-macam reaksi termasuklah mengaitkannya dengan kelemahan kepemimpinan ulama yang gagal menguruskan pendidikan keahlian dengan baik.

"Sebilangan yang lain pula mendakwa, kekalahan itu berpunca daripada kelemahan strategi yang dipelopori mereka yang bergelar sebagai profesional," tambahnya.

Dalam ketegangan antara ulama-profesional itu, menurut penulis itu lagi, Abdul Hadi berjaya mengawal parti dengan berkesan.

Kemunculan tulisan-tulisan ini dipercayai sengaja dirancang menjelang musim pemilihan dalam PAS bagi mencari barisan pemimpin era 2007-2009 selepas era 2005-2007 menyaksikan gelombang baru "kebangkitan kaum profesional" yang didahului oleh Nasharudin Mat Isa sebagai timbalan presiden dan tiga naib presiden Husam, Mohamad Sabu dan Datuk Dr Hassan Ali.

Menurut seorang pengamat politik, jika Abdul Hadi mahu digantikan, PAS bakal berdepan dengan "krisis kepemimpinan" kerana keempat-empat tokoh utama di bawah ideolog dari Rusila itu mempunyai kelemahan masing-masing yang sukar diterima ramai dalam parti.

Nasharudin, sewaktu memegang jawatan setiausaha agung, dilihat gagal menjalankan tugasnya itu dengan baik.

Walaupun sekarang diberikan beban kepemimpinan yang lebih besar, dan sangat penting, bekas pensyarah itu dianggap masih terlalu muda dan tidak cukup berwibawa. Sering juga beliau dianggap pemimpin "tanpa pengikut akar umbi."

Tetapi ada pula pengamat menganggap PAS tiada pilihan kecuali mengambil Nasharudin sebagai presiden bagi mendekatkan dua golongan utama dalam parti – ulama dan profesional.

Dr Hassan pula, walaupun popular dengan kem motivasinya, dilihat sebagai "orang luar" yang tercampak ke dalam parti dengan membawa gaya dan budaya asing daripada kelaziman PAS, kata seorang pengamat lain.

Beliau sering mahu diketepikan sejak menyertai PAS mulai krisis politik nasional 1999 tetapi masih mampu mengekalkan jawatan naib presiden dalam pemilihan pada 2005 lalu gara-gara "pakej profesional" bersama arus Nasharudin, Husam dan Mohamad.

Kemungkinan besar pemilihan sekali lagi bakal menyaksikan pengguguran Dr Hassan daripada kepemimpinan tinggi PAS.

Mohamad, seorang penceramah yang memikat dan penjana utama kutipan derma PAS, sejak dari awal mengalami masalah kredibiliti diri dan juga perpecahan puak.

Imejnya yang pro-Iran atau pro-Hizbullah Lubnan yang ditonjolkannya sejak awal 1980-an masih kekal dalam ingatan beberapa kumpulan yang tidak selesa dengannya. Warisan imej ini menjadikannya seorang tokoh PAS yang "hidup segan, mati tidak mahu" dalam saf kepemimpinan PAS.

Walaupun popular dan berjasa sejak lebih 20 tahun, tetapi beliau sentiasa gagal meraih sebarang jawatan penting yang dicalonkan kecuali naib presiden pada pemilihan dua tahun lalu -- suatu keputusan yang mengejutkan.

Namun, ada pengamat dalam PAS melihat Mohamad gagal memainkan peranan barunya sebagaimana yang diharap-harapkan.

Sekarang tinggal Husam, yang diharapkan memimpin Kelantan, dan apakah beliau sekali gus boleh mengepalai PAS?

Di negerinya sendiri, tokoh muda lulusan Universiti Malaya ini harus berdepan dengan beberapa puak yang dibayangi tokoh lama dan perjalanannya ke pejabat Menteri Besar masih lagi berliku.

Jika Husam mahu ditonjolkan sebagai presiden, apakah beliau dibiarkan tanpa disaingi Nasharudin?


SAH : SATU LAWAN SATU DI MACHAP


Sah sekarang bahawa Pilihanraya Kecil DUN Machap bakal menyaksikan pertandingan satu lawan satu antara calon DAP dan BN/MCA.

Ini kerana Parti Keadilan Rakyat (PKR) telah membuat kenyataan bahawa PKR tidak akan meletakkan calonnya dalam pilihanraya kecil tersebut pada 12 April ini.

Perkara itu diputuskan dalam mesyuarat biro politik PKR yang dipengerusikan oleh Presidennya, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail malam tadi.

Parti itu dijangka membuat kenyataan rasmi mengenainya hari ini.

Kerusi Machap menjadi kosong ekoran kematian Datuk Poh Ah Tiam, 55, Khamis lalu. Mendiang juga adalah ahli exco kerajaan negeri dan pengerusi MCA Melaka.

Dalam pilihanraya umum 2004, Poh menewaskan calon DAP Liou Chen Kuang dengan majoriti 4,562 undi. Sebelum dalam Pilihanraya Umum 1999 pembangkang diwakili oleh Calon PKR.

Semalam, Suruhanjaya Pilihanraya mengumumkan penamaan calon akan diadakan pada 3 April manakala pengundian pada 12 April depan.


FAKTA BENAR : AZAN DIKUMANDANGKAN 24 JAM TANPA HENTI




Sesuatu yang tak pernah terjangkau dek akal fikiran ini.. subhanallah...

Ketahuilah bahawa pada setiap waktu, ribuan bilal di merata dunia
akan melaungkan azan, mengakui 'Bahawa Allah Sahaja Yang Patut
Disembah, dan Nabi Muhammad Adalah Rasul Allah.'

Dimulakan dengan Indonesia yang terletak dibahagian timur dengan
ratusan kepulauan-nya dan jumlah penduduknya seramai 180 juta.
Sebaik masuk waktu Subuh, Azan mula berkumandang
dari kawasan ini dengan ribuan Bilal yang akan melaungkan Ke-Agungan
Allah S.W.T Dan Nabi Muhammad S.A.W.

Proses ini akan bergerak kearah barat kepulauan Indonesia. Perbezaan
masa antara timur dan barat Indonesia adalah 1-1/2 jam.
Belumpun laungan Azan dimerata Indonesia selesai, ianya bermula pula
di-Malaysia. Berikutnya di-Burma dan dalam masa satu jam selepas
Azan dilaungkan di-Jakarta, tiba giliran Dacca di Bangladesh.

Berikutnya laungan akan kedengaran di Calcutta dan terus ke Srinagar
dibarat India.

Perbezaan waktu dikota-kota Pakistan adalah 40 minit jadi dalam
jangka masa ini, Azan akan berkumandang diseluruh Pakistan. Belum
berakhir di-Pakistan, Azan akan bermula pula di-Afghanistan dan
Muscat.

Perbezaan waktu antara Muscat dan Baghdad adalah satu jam. Dalam
jangka masa ini, Azan akan berterusan dilaungkan di UAE, Makkah,
Madinah, Yaman, Kuwait dan Iraq.

Proses ini berterusan setiap detik sehingga ke pantai timur
Atlantik. Jarak masa Azan mula dilaungkan di Indonesia sehingga ke
pantai timur Atlantik adalah 9-1/2 jam.

Belumpun Azan Subuh berkumandang di pantai Timur Atlantik, Azan
Zuhur kini sudah mula dilaungkan di Indonesia. Ini berterusan bagi
setiap waktu sembahyang, tidak putus-putus.

Subhanallah, begitu hebat dan agungnya Islam!

Kalaulah setiap kawasan boleh memasang pembesar suara (yang power
habis!), akan bergegar satu dunia dengan laungan Azan tidak putus-
putus.

Allahu Akhbar!


PEMBAZIRAN SUDAH MENJADI DARAH DAGING KERAJAAN ISLAM HADHARI



Jamuan besar-besaran, rombongan keluar negeri dengan yang ramai dan kerap, kos tambahan dalam setiap projek, 'entertainment claim' dan sebagainya memang sudah sinonim dengan kerajaan Islam Hadhari. Maka tidak hairanlah kita bagaimana begitu banyak wang rakyat yang dibazirkan tanpa manfaat yang besar kepada rakyat.

Lihat sahaja berapa banyak wang rakyat dibazirkan pada sambutan Tahun Baru Cina di Melaka baru-baru ini. Malah setiap tahun kerajaan dan agensi-agensinya akan mengadakan sambutan Hari Raya Aidil Fitri, Tahun Baru Cina dan Hari Krismas secara besar-besaran.

Begitu juga dengan kos sesuatu projek yang terpaksa di tambah kerana kelalaian pegawai-pegawai memantau kontraktor dan lain-lain penyelewengan menyebabkan wang rakyat hangus menjadi debu. Contohnya projek MRR2 yang sehingga kini masih menjadi tandatanya. Orang yang bersalah pun tidak dikenakan tindakan.

Maka tidak hairanlah hari ini bekas pegawai kanan kerajaan Hentikan pembaziran wang meminta kerajaan menghentikan "pembaziran keterlaluan" dalam perbelanjaannya supaya wang yang dijimatkan itu dapat digunakan untuk projek yang lebih berfaedah.

"Jamuan malam dan sambutan besar-besaran diadakan di merata tempat. Saya dapati banyak pembaziran dan ketirisan berlaku," kata Tan Sri Dr Arshad Ayub.

Dr Arshad, 78, telah memegang pelbagai jawatan penting, termasuk menjadi Ketua Setiausaha di tiga kementerian dan Timbalan Gabenor Bank Negara, tetapi namanya menjadi terkenal semasa menjadi pengarah pertama Institut Teknologi Mara (ITM) selama 10 tahun dari 1967. ITM kini dinaik taraf menjadi Universiti Teknologi Mara (UiTM).

Menurut laporan Bernama, beliau menyebut contoh RM220 bilion peruntukan dalam Rancangan Malaysia Kesembilan sekarang.

Menurutnya, jika hanya satu peratus pembaziran daripada angka itu berlaku, bermakna RM2.2 bilion akan hilang begitu sahaja.

"Apakah yang kita dapat lakukan dengan RM2.2 bilion? Banyak yang boleh dibuat dengan wang itu," katanya di Kementerian Kewangan malam tadi ketika menerima Anugerah Mutiara Budi sebagai menghargai jasanya dalam perkhidmatan awam.

Pembaziran satu dosa

Anugerah itu disampaikan oleh Menteri Kewangan Kedua Tan Sri Nor Mohamed Yakcop yang memperkenalkannya bagi memberi penghargaan kepada individu yang menunjukkan perkhidmatan terpuji dalam bidang sosio-ekonomi dan pengurusan kewangan.

Sambil menyifatkan pembaziran itu sebagai satu dosa, Dr Arshad berkata Perbendaharaan, selaku agensi yang mengeluarkan dana kerajaan, perlu memastikan wang tidak dibazirkan.

"Ini adalah rayuan saya kepada kerajaan. Saya juga ingin mencadangkan supaya pegawai-pegawai Perbendaharaan menjalani kursus audit supaya mereka lebih faham tentang perlunya pembaziran ini dikurangkan," katanya.

Dr Arshad memberitahu Bernama kemudiannya bahawa beliau begitu kecewa melihat pembaziran berlaku khususnya selepas persaraannya daripada perkhidmatan awam semasa negara sedang menikmati kemakmuran.

Ini jauh berbeza dari zaman semasa beliau dalam perkhidmatan awam apabila kerajaan begitu berjimat dalam perbelanjaan, katanya.


PESAWAT BESI BURUK



Malang sungguh rakyat negara kita berketuakan orang yang serba tidak tahu dan selalu tidur. Sehinggakan beli pesawat pun pesawat buruk. Mungkin masa nak beli dulu dia pun tidak sedar yang pegawai-pegawai buat kerja betul atau tidak.

Harakahdaily hari ini mendedahkan bahawa Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi adalah menteri yang bertanggungjawab menyebabkan tujuh pesawat Polis Diraja Malaysia (PDRM) tersadai, kata Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Haji Mahfuz Omar.

"Beliau adalah Menteri Dalam Negeri ketika pesawat-pesawat itu dibeli dan beliaulah orang yang bertanggungjawab ke atas kerugian yang ditanggung oleh negara itu," katanya.

Akhbar harian yang dikatakan dikuasai oleh Perdana Menteri melaporkan, semua pesawat itu dibeli dengan menggunakan peruntukan RM24 juta dalam Rancangan Malaysia Kelapan (RM-8) pada tahun 2003.

Menurut akhbar itu lagi, tujuh pesawat tersebut - lima Cessna 172 dan dua helikopter pengangkut MI-17- yang dibeli untuk PDRM itu tersadai sejak beberapa tahun lalu dipercayai kerana tidak memenuhi piawaian.

"Apa yang Menteri Dalam Negeri ketika itu buat sehingga ke tahap membeli pesawat yang tidak memenuhi piawaian.

"Perbuatan merugikan negara itu lebih teruk dari cabutan bertuah Jom Tukar dan Menang yang disifatkan suatu tindakan bodoh Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri Datuk Seri Radzi Sheikh Ahmad," katanya lagi.

Oleh kerana terlalu banyak skandal yang berlaku, Mahfuz menggesa rakyat Malaysia supaya menuntut diwujudkan suruhanjaya siasatan bebas untuk menyiasat pelbagai skandal yang semakin hari semakin banyak terbongkar.

"Inilah padahnya kalau mempunyai menteri yang terlalu bergantung kepada penasihat dan pembantunya.

"Walaupun sepatutnya pesawat yang dibeli, tetapi oleh kerana tukang jual membekalkan besi buruk, besi buruklah yang diluluskan pembeliannya," kata Timbalan Ketua Pemuda PAS, Ustaz Idris Ahmad.

Beliau yang juga Ahli Jawatankuasa PAS Pusat menyeru semua pihak yang memikul amanah rakyat supaya tidak tidur ketika mesyuarat-mesyuarat mengenai pentadbiran negara berjalan dan hanya bergantung kepada apa sahaja yang dikatakan penasihat dan pembantu apabila terjaga dari lena.

"Perbuatan tidur di dalam mesyuarat adalah salah laku yang sangat buruk yang membahayakan negara terutama dalam soal keselamatan. Mana-mana pegawai yang tidur di dalam mesyuarat wajib meletakkan jawatan.

"Bayangkan apa yang akan berlaku kepada negara ini jika ada pegawai yang bertanggungjawab kepada keselamatan negara hanya masuk mesyuarat untuk tidur dan selepas itu mengutip apa sahaja yang disogokkan oleh pembekal kepadanya," katanya.

Idris juga membidas sikap Pengarah Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA), Datuk Mustaffa Abdullah yang menyatakan isu tujuh pesawat yang tersadai itu tidak perlu diperbesarkan.

"Memang pesawat itu untuk latihan, tetapi tak perlulah nak besarkan isu ini... ia berkaitan dengan pembekal. Saya tak mahu ia jadi isu, ini berkaitan kontrak. Ini akan membebankan banyak pihak. Cuma saya boleh katakan ini berkaitan masalah teknikal," kata Mustaffa yang mengesahkan pesawat itu tidak dapat digunakan kerana menghadapi masalah teknikal.

Mustaffa menyifatkan isu tujuh pesawat tersadai itu hampir sama dengan isu kereta peronda polis (MPV) yang dibeli tetapi tidak digunakan

"Isu pesawat ini hampir sama dengan isu kereta peronda polis (MPV) yang dibeli tetapi tidak digunakan kerana masalah pemandu terlatih.

"Tetapi isu itu sudah selesai kerana ramai pemandu baru mula menjalankan tugas. Masalah pesawat juga perlu diberi perhatian dan perlu ditangani segera," katanya.

Walaupun tujuh pesawatnya tersadai, Mustaffa sebelum ini dilaporkan berkata, melalui Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9) PDRM akan menerima 15 helikopter, tujuh pesawat terbang kecil dan bot laju pelbagai jenis bernilai RM600 juta bagi memantapkan operasi serta kecekapan pasukan dan pembeliannya dibuat secara berperingkat tahun depan.


Keahlian Unit Amal

Iklan

Artikel Menarik

A

 

Dewan Pemuda PAS Bukit Katil Hakcipta © 2011 Kredit Ubahsuai oleh Kijang59