Wednesday, 21 March 2007

SAH DAP BERTANDING DI MACHAP


DAP mengumumkan akan meletakkan calonnya bertanding dalam pilihanraya kecil Dewan Undangan Negeri Melaka kawasan Machap pada 12 April ini.

Ketika mengumumkan demikian, Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng memberitahu sidang akhbar di Parlimen bahawa keputusan tersebut dicapai dalam mesyuarat jawatankuasa eksekutif pusat parti itu malam tadi.

Beliau menjelaskan, DAP memutuskan untuk meletakkan calonnya dalam pilihanraya kecil itu kerana parti itu telah bertanding di kerusi berkenaan dalam pilihanraya umum yang lalu.

Lim menegaskan, sepertimana yang dinyatakanya sewaktu pilihanraya kecil Batu Talam (di Pahang) yang lalu, DAP tidak akan memboikot kerusi yang telah ditandinginya sebelum ini.

“Di Batu Talam, PKR (Parti Keadilan Rakyat) dan PAS yang boikot dan kita menerima keputusan mereka. Tetapi jika kerusi itu pernah kita tandingi, kita pasti akan bertanding,” katanya.

Lim berkata, beliau telah memaklumkan kepada Presiden PKR, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mengenai keputusan DAP itu dan berharap parti itu akan memberi kerjasama.

“Kita telah berbual (mengenainya) malam tadi dan saya tidak mahu mendedahkan butir-butir perbualan tersebut. Jadi, kita telah memaklumkan keputusan kita itu dan kita akan memberi prestasi yang terbaik.

“Saya fikir kedua-dua kami sependapat bahawa yang paling penting ialah untuk meningkatkan peluang calon pembangkang untuk menang dalam pilihanraya kecil ini,” katanya.

Senarai pendek calon?

Kerusi DUN Machap – yang merupakan kubu kuat MCA – menjadi kosong selepas penyandangnya dari MCA, Datuk Wira Poh Ah Tiam meninggal dunia akibat kegagalan buah pinggangnya berfungsi.

Dalam pilihanraya umum 2004, Poh menewaskan calon DAP Liou Chen Kuang dengan majoriti 4,562 undi.

Sementara itu, ketika ditanya mengenai bakal calonnya, Lim berkata: “Kita telah membuat beberapa cadangan, tetapi calonnya akan diputuskan oleh jawatankuasa yang dianggotai oleh pengerusi, timbalan pengerusi dan saya sendiri.

“Kita akan umumkan apabila kerajaan (Barisan Nasional) mengumumkan (nama calon mereka),” katanya.

Lim juga ditanya sama ada beliau sendiri yang akan bertanding dalam pilihanraya kecil tersebut, memandangkan beliau pernah bertanding di Kota Melaka sebelum ini.

“Saya tidak akan bertanding, semua orang sudah tahu,” jawabnya.


KADAR JENAYAH SEMAKIN MENINGKAT


Sejak Islam Hadhari diperkenalkan oleh Imam Badawu Wal Hadhari tidak ada kesan positif dilihat dari segi gejala sosial dan jenayah.

Hari ini parlimen diberitahu bahawa kadar jenayah meningkat 14 peratus dalam tahun 2006 berbanding 2005. Kalau dalam tahun 2005 kes jenayah adalah berjumlah 198,017 tetapi pada tahun 2006 ianya meningkat menjadi 225,836 kes.

Amat jelas bahawa Islam Hadhari gagal melahirkan rakyat yang berakhlaq mulia dan berdisiplin. Sebaliknya kadar jenayah semakin membimbangkan. Malah cara dan gaya jenayah itu dilakukan juga menggerunkan. Kalau dulu mangsa dibunuh samada dengan tembakan, tetakan atau cekikan tetapi setahun dua ini mereka bukannya sahaja dibunuh malah dibom dan dibakar.

Apa yang dikesalkan Imam Al Hadhari masih mempertahankan undang-undang sedia ada yang jelas gagal menangani masalah walaupun bilangan Polis dan penjara ditambah. Imam Al Hadhari masih percaya bahawa undang-undang sekular yang diamalkan oleh Islam Hadhari adalah terbaik dan mampu menyaingi undang-undang Allah.

Kita percaya bahawa selagi undang-undang Allah tidak didaulatkan selagi itulah negara akan terus dibelenggu dengan pelbagai masalah malah ianya akan terus meningkat dan menjadi barah yang semakin kronik.


PILIHANRAYA KECIL MACHAP 12 APRIL, PENAMAAN CALON 3 APRIL.



Pilihanraya kecil bagi kerusi Kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Machap di Melaka telah ditetapkan pada 12 April depan.

Pengerusi Suruhanjaya Pilihanraya (SPR), Tan Sri Abdul Rashid Abdul
Rahman juga mengumumkan bahawa tarikh penamaan calon pula ditetapkan pada 3 April ini.

Kerusi DUN Machap menjadi kosong selepas penyandangnya dari MCA, Datuk Wira Poh Ah Tiam meninggal dunia semalam akibat kegagalan buah pinggangnya berfungsi.

Dalam pilihanraya umum 2004, Poh menewaskan calon DAP Liou Chen Kuang dengan majoriti 4,562 undi.

Poh yang juga Pengerusi MCA Melaka itu merupakan seorang ahli politik veteran dan telah memenangi lima kali pilihanraya berturut-turut sejak 1986.

Mendiang terpilih sebagai Adun Pulau Sebang, dengan menewaskan calon DAP, dalam pilihanraya 1986 dan mengekalkan kerusi tersebut dalam pilihanraya 1990.

Selepas itu, mendiang memenangi kerusi Bukit Sedanan dalam pilihanraya 1995 dan sekali lagi berjaya mengekalkan kerusi tersebut, dengan menewaskan calon Keadilan, dalam pilihanraya 1999.

Manakala dalam pilihanraya umum 2004, Poh menewaskan calon DAP, Liou Chen Kuang dengan majoriti 4,562 undi bagi kerusi Machap.

Poh dilantik sebagai ahli exco negeri sejak 1990 dan jawatan terakhir mendiang ialah sebagai exco perumahan dan kerajaan tempatan Melaka.

Sementara itu, Setiausaha Agungnya, Lim Guan Eng berkata, parti itu akan bertanding dalam pilihanraya kecil tersebut.

Katanya, butiran lanjut mengenainya akan diumumkan hari ini.

Laporan Malaysiakini


RAFIDAH JUAL TEMBERANG


KUALA LUMPUR: Tanggapan negatif mengenai rundingan perjanjian perdagangan bebas (FTA) antara Malaysia dan Amerika Syarikat, yang kononnya akan membawa kemudaratan kepada rakyat, adalah disebabkan oleh kurangnya pemahaman mengenai rundingan itu dan isu-isu yang berkaitan dengannya. Inilah kata-kata yang dilemparkan oleh Mak Cik Rafidah kepada penentang-penentang FTA ini.

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri itu berkata ini menjadi semakin rumit apabila timbulnya kritikan oleh pihak-pihak tertentu yang mempunyai agenda tersendiri.


Sebagai contoh, kata beliau, ada tohmahan kononnya dengan perjanjian itu, mungkin akan berlaku lambakan beras AS di pasaran tempatan yang dikatakan mampu menjejaskan periuk nasi petani tempatan.

"Pada hakikatnya, beras kita tidak cukup dan kita mengimport 30% dari negara luar terutamanya Vietnam sebanyak 400,000 tan dengan nilai RM415 juta. Sedangkan dari AS, kita hanya mengimport beras 385 tan dengan nilai RM1.36 juta.

"Beras kita sebenarnya bersaing dengan beras Vietnam kerana gred yang sama, bukan dengan AS, kerana berbeza gred. Kenapa ini tidak dipersoalkan?," katanya dalam rancangan `60 Minit Bersama Menteri' di RTM 1, di sini Selasa.

Rafidah juga turut mengulangi pendirian kerajaan bahawa rundingan ini tidak akan menjejaskan kedaulatan negara dan kepentingan rakyat tetap terjamin.

"Kita mahu rakyat yakin yang kerajaan ini bertanggungjawab. Kita dah tentukan tiga perkara yang tidak boleh disentuh iaitu dasar dan peraturan yang berkaitan dengan hak Bumiputera, hak mutlak kerajaan dalam melaksanakan dasar dan apa sahaja perkara yang kerajaan berhak laksanakan seperti objektif sosio ekonomi," tambahnya lagi.
.(Rakyat sebenarnya amat sangsi dengan keikhlasan kerajaan BN-Islam Hadhari dalam bab menjaga kedaulatan ini terutama kedaulatan Islam dan melayu. Sudah banyak hak kedaulatan Melayu dan Islam dilacurkan oleh BN antaranya KEKEBALAN RAJA-RAJA MELAYU, BIASISWA DIHAPUSKAN, HUKUM ISLAM DIPERMAINKAN DAN BANYAK LAGI. SEBAB ITULAH RAKYAT SUDAH MULA HILANG KEPERCAYAAN KEPADA KERAJAAN. Dalam hal perjanjian ini rakyat amat sangsi, mampukah kerajaan PENGECUT macam BN ini menjaga kepentingan negara bila berdepan dengan 'GERGASI' Amerika yang menjadi Qiblat nombor dua
mereka.


FTA MAMPU GUGAT AKIDAH

Perjanjian Perdagangan Bebas (FTA) dengan Amerika Syarikat (AS) bukan sahaja dilihat sebagai satu bentuk baru penjajahan ekonomi tetapi juga penjajahan ke atas akidah dan kedaulatan Islam.

"FTA yang mahu dilaksanakan antara Malaysia dengan AS bakal menyaksikan kemasukan pelbagai unsur. Selain barangan, AS juga akan mengeksport masuk budaya dan cara hidup mereka ke negara ini yang boleh mengugat moral dan akidah rakyat di negara ini khususnya umat Islam," demikian jelas Exco Dewan Pemuda PAS PUsat, Ustaz Zolkharnain Abidin.

Katanya, banyak perkara yang perlu dikaji oleh kerajaan seperti makanan halal, gaya hidup dan budaya yang bakal dibawa masuk ke negara ini sebelum menandatangani FTA .

Menurutnya lagi, selain pelbagai unsur yang dibawa masuk ke negara ini, FTA juga mampu menggugat kedaulatan negara sehinggakan perlembagaan negara boleh diubah sekiranya ada percanggahan dengan FTA.

Justeru beliau meminta pihak berkuasa agama khususnya para mufti untuk mengeluarkan fatwa berkaitan FTA yang mampu mengancam akidah umat Islam.

"Fatwa ini akan dijadikan garis panduan kepada kerajaan sebelum perjanjian ini dibuat," katanya.

Dalam pada itu, Ustaz Zolkaharnain menyeru agar kerajaan negeri Perlis supaya serius dalam melaksanakan As-Sunnah sejajar dengan apa yang dibawa oleh Nabi s.a.w.

Katanya, Mingu As-Sunnah Kebangsaan yang berlangsung baru-baru ini di Perlis perlu diadakan dengan tujuan untuk meninggikan syiar Islam berdasarkan Al-Qurandan As-Sunnah dan bukannya dengan tujuan lain seperti mencari kepentingan ekonomi.

"Jika mahu buat Sunnah buat sungguh-sungguh, kalau mahu lawan bidaah lawan sungguh-sunguh. Antara bidaah yang besar ialah Islam Hadhari," tegasnya.

Beliau melihat Islam Hadhari yang dipelopori Umno itu gagal untuk merubah masyarakat menjadi lebih baik dan gagal pula meruntuhkan jahiliyah.

Sebagai contoh katanya, kes Ketua Pengarah Badan Pencegah Rasuah dan Timbalan Menteri Keselamatan dalam Negeri baru-baru ini jelas membuktikan bahawa kerajaan Islam Hadhari gagal membendung masalah rasuah dan penyelewengan di dalam negara ini.

"Berbeza dengan Islam yang dibawa Rasulullah yang mampu merubah masyarakat. Jahiliyah zaman itu adalah satu masyarakat yang cukup teruk tetapi mampu diubah menjadi umat yang terbaik.

"Contoh yang lain ialah di Kelantan. Tok Guru yang memimpin kerajaan telah berjaya membawa banyak perubahan kepada rakyat di sana," jelasnya.

Justeru katanya, pihak berkaitan seperti Mufti Perlis diminta juga membuat fatwa berkaitan Islam Hadhari bagi memperjelaskan kekeliruan di dalam masyarakat.

"Kita lihat munkar, jenayah dan penyelewengan terus berleluasa. Umno/BN gagal daulatkan Islam dan tidak mampu memberikan kebajikan kepada rakyat, inikah yang dinamakan Islam Hadhari?" soalnya.


PERTANDINGAN TIGA PENJURU DI MACHAP?



Pilihanraya Kecil DUN Machap kemungkinan menyaksikan pertandingan 3 penjuru antara PKR-DAP-BN. Kemungkinan mungkin menjadi realiti apabila pemimpin PKR membuat kenyataan akhbar bahawa parti itu mungkin meletakkan calon dalam pilihanraya tersebut.

Media terutama akhbar berbahasa mandarin melaporkan bahawa DAP hampir pasti bertanding kerana dalam Pilihanraya Umum 2004, DAP telah bertanding menentang BN. Manakala pada PKR pula mewakili BA dalam Pilihanraya Umum 1999.

Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng memberitahu media bahawa DAP akan membuat kenyataan rasmi selepas mesyuarat Jawatankuasa Pusatnya sebaik sahaja upacara pengebumian Mendiang Poh Ah Tiam selesai.

Sementara itu Presiden PKR, Wan Azizah Wan Ismail pula menyatakan bahawa desas-desus bahawa PKR akan bertanding bukan bermakna PKR sudah membuat keputusan untuk bertanding.

"Semua itu adalah spekulasi, selagi belum ada kenyataan rasmi" kata beliau dipetik dari laporan media semalam.

PKR sebelum ini bersama-sama PAS telah memboikot pilihnanraya kecil Batu Talam manakala DAP siang-siang lagi telah membuat kenyataan bahawa parti itu tidak akan memboikot mana-mana pilihanraya.

DAP hampir pasti meletakkan semula calon Pilihanraya Umum 2004, Liou Cheng Kuang yang menentang Poh Ah Tiam. Liou, memperolehi 1,285 undi dan kalah dengan majoriti 4,202 undi.

Manakala bagi pihak PKR, Ketua Penerangannya Tian Chua dan Koordinator Media PKR, Ginnei Lim, 26 disebut-sebut akan mewakili PKR jika sekiranya parti tersebut mengambil keputusan untuk bertanding.

Kedua-dua pemimpin PKR tersebut berasal dari Melaka.


Keahlian Unit Amal

Iklan

Artikel Menarik

A

 

Dewan Pemuda PAS Bukit Katil Hakcipta © 2011 Kredit Ubahsuai oleh Kijang59