Sunday, 18 March 2007

NAJIB SANGKAL DAKWAAN HUBUNGAN TIDAK BAIK DENGAN PAK LAH : ANWAR DAN MAHATHIR DULU PUN TAK MENGAKU JUGA




Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata sebagai orang nombor dua dalam negara, beliau sentiasa berusaha membantu Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, dalam urusan pentadbiran dan sebagainya bagi kepentingan negara.

Oleh itu, beliau menyangkal desas-desus di Internet bahawa hubungan beliau dengan Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi tidak begitu baik.

Sambil menyifatkan desas-desus berkenaan sebagai satu dongengan, beliau berkata hubungan beliau dengan Perdana Menteri begitu erat serta kukuh dalam memacu pembangunan negara.

"Jangan dengarlah cerita-cerita dalam Internet...ini semua cerita dongeng," katanya ketika berucap pada majlis ramah mesra dan makan tengah hari Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Pekan semalam.

Sebenarnya isu ini samada benar atau tidak hanya diketahui oleh Allah, Pak Lah dan Najib sendiri. Mungkin juga orang kuat masing-masing juga mengetahuinya. Tetapi kita sudah muak dengan penafian seperti ini kerana semasa Mahathir-Musa serta Mahathir-Anwar bertelagah dulu mereka juga menafikannya.

Maka kita sebagai rakyat menggesa Pak Lah memecat Najib kalau betul Najib tidak sesuai atau gagal menjalankan tanggungjawabnya sebagai Timbalan Perdana Menteri. Negara memerlukan pasangan PM-TPM yang sepakat dan padu.


Keterangan Gambar: Pak Lah seakan-akan sedang memikirkan bilakah masa yang sesuai untuk memecat Najib. Najib pula dari sehari ke sehari semakin muram durja.


Keahlian Unit Amal

Iklan

Artikel Menarik

A

 

Dewan Pemuda PAS Bukit Katil Hakcipta © 2011 Kredit Ubahsuai oleh Kijang59