Friday, 16 March 2007

KAEDAH MEMBUNUH DI ZAMAN ISLAM HADHARI


Nampaknya di zaman Islam Hadhari pembunuh-pembunuh lebih suka menggunakan kaedah bunuh dan bakar. Dua tiga hari lepas seorang wanita dibunuh dan dibakar disebuah ladang felda di Selangor. Semalam seorang pekerja estet menemui mayat seorang lelaki dalam sebuah kereta yang hangus terbakar di sebuah ladang kelapa sawit di Ulu Tiram.

Inilah trend terbaru kaedah membunuh di zaman Islam Hadhari. Jenayah semakin meningkat bukan sahaja statistiknya yang menggerunkan malah kaedah membunuh juga amat mengerikan. Kalau sebelum ini Altantuya dibunuh dan dibom kini trend bunuh dan bakar semakin menular. Inilah bala apabila Hukum Allah tidak didaulatkan. Manusia tidak takut kepada hukum ciptaan manusia.

Jurucakap polis berkata, pekerja terbabit menemui mayat dalam Toyota Altis yang hangus terbakar ketika dalam perjalanan ke tempat kerja kira-kira 8.30 pagi.

"Lelaki yang secara kebetulan melalui kawasan itu, telah membuka tempat menyimpan barang di belakang kereta tersebut dan menemui mayat seorang lelaki yang rentung," katanya.

Menurut beliau, mayat itu telah dihantar ke hospital untuk bedah siasat.

Polis kini sedang menunggu laporan bedah siasat untuk mengenal pasti identiti mayat tersebut bagi mengesahkan sama ada mangsa dibakar hidup-hidup atau dibunuh terlebih dahulu sebelum dibakar, katanya.

Polis, kata jurucakap itu, meminta orang ramai yang kehilangan anggota keluarga atau mempunyai maklumat tentang kejadian, agar menghubungi balai polis berdekatan untuk membantu siasatan.


VIDEO ALTANTUYA YANG DIBUNUH KEJAM OLEH ..............?


SILA KLIK DI RUANGAN VIDEO 1 UNTUK MELIHAT VIDEO KLIP ALTANTUYA YANG TELAH DIBUNUH KEJAM OLEH SESEORANG YANG TERNAMA??????


MENGINGATI KEMBALI PERISTIWA TSUNAMI


PIHAK KAMI MENYEDIAKAN RAKAMAN VIDEO PERISTIWA TSUNAMI UNTUK MEMBERIKAN KEINSAFAN BETAPA BESARNYA KEKUASAAN ALLAH. SILA KLIK GAMBAR UNTUK MENONTONNYA


Pilihan raya kecil DUN Machap dalam tempoh 60 hari


Melaka : Pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri Machap, Melaka akan diadakan dalam tempoh 60 hari berikutan kematian wakil rakyatnya, Datuk Wira Poh Ah Tiam, 55, semalam.

Pengerusi Suruhanjaya Pilihanraya (SPR), Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman ketika dihubungi Utusan Malaysia berkata, SPR masih menunggu pemberitahuan oleh Speaker Dewan Undangan Negeri Melaka berkenaan kematian wakil rakyat kawasan itu.


“SPR akan membuat persiapan sepatutnya untuk menjalankan pilihan raya kecil dalam tempoh 60 hari selepas dimaklumkan mengenai kekosongan itu secara rasmi,’’ jelasnya.

Poh Ah Tiam dilahirkan di Pantai Belimbing, Durian Tunggal di sini pada 1 April 1952. Mendiang pernah menjadi seorang guru pada tahun 1974 hingga 1982 sebelum berkecimpung dalam arena politik sejak 1987.

Karier politiknya bermula sebagai Pengerusi MCA cawangan Air Pasir dari tahun 1987 hingga 1997.

Antara jawatan yang pernah disandang dalam parti MCA ialah sebagai Timbalan Pengerusi bahagian, Setiausaha Kehormat MCA negeri, Timbalan Ketua Pemuda MCA Pusat dan dilantik sebagai Pengerusi Perhubungan MCA negeri sejak tahun 2002.

Mendiang dilantik sebagai Exco kerajaan negeri sejak 1999.

Dalam pilihan raya umum 2004, Ah Tiam yang bertanding di DUN Machap menewaskan calon DAP, Liou Chen Kuang dengan majoriti 4,562 undi.


Keahlian Unit Amal

Iklan

Artikel Menarik

A

 

Dewan Pemuda PAS Bukit Katil Hakcipta © 2011 Kredit Ubahsuai oleh Kijang59