Thursday, 15 March 2007

TUTUP PUSAT MAKSIAT DULU BARU CAKAP PASAL TANGANI GEJALA SOSIAL


BANDARAYA MELAKA : Hasrat Remaja 4B Jasin berikrar untuk terus bersama-sama kerajaan negeri dan pihak berkuasa bagi menangani dan seterusnya membenteras gejala sosial yang melanda belia di daerah Jasin memang murni dan patut di contohi.

Pengerusinya, Mohd Nizam Omar berkata, pelbagai program serta pendekatan telah digunakan bagi menjayakan matlamat serta inspirasi kerajaan dan pemimpin negara untuk menjadikan negara serta negeri ini bebas dari gejala yang tidak sihat.

Beliau yang juga Pengerusi Remaja 4B Negeri Melaka berkata untuk tujuan itu, Gerak Remaja 4B Kawasan Jasin bersama Pejabat Belia dan Sukan serta Agensi Anti Dadah Kebangsaan Daerah Jasin telah mengadakan Perkhemahan Rakan Muda Belia Benci Dadah,Rempit dan Ganyang Black Metal bertempat di Hutan Lipur Gunung Datuk, Rembau, Negeri Sembilan bermula 9 Mac dan berakhir 11 Mac kelmarin.

Perkhemahan selama tiga hari dua malam itu dihadiri seramai 47 orang peserta terdiri daripada Ketua dan Ahli Jawatankuasa Remaja 4B Cawangan seluruh Parlimen Jasin.

Tetapi pihak Remaja 4B Jasin kena sedar bahawa sesuatu perkara yang berlaku sudah tentu ada puncanya. Begitu juga dengan gejala sosial ini. Sudah tentu ada puncanya. Jadi untuk mengatasi sesuatu masalah kita mesti mengambil langkah pembetulan (Corrective Action) atau langkah pencegahan (Preventive Action) yang tepat iaitu menghapuskan semua punca-punca kepada masalah tersebut.

Antara punca-punca gejala maksiat ini ialah :-
i) Undang-undang Islam yang dijamin oleh Allah dapat mencegah masalah manusia tidak dipakai di dalam negeri Islam Hadhari ini. Akhirnya terbukti bahawa undang-undang Islam Hadhari gagal membendung maksiat dan keruntuhan akhlaq.

ii) Pusat-pusat maksiat seperti kelab malam, karaoke, dangdut, spa, rumah urut dan sebagainya tumbuh bagai cendawan di negeri Melaka ini kerana kerajaan Islam Hadhari memberikan lesen untuk ianya beroperasi.

iii)Konsert, program nyanyian seperti Konsert Jom Heboh, Pertandingan karaoke dam lain-lain yang menyebabkan pergaulan bebas digalakkan oleh kerajaan Islam Hadhari.

iv)Remaja boleh bergaul bebas dan bercengkarama dengan bebas tanpa batasan. Undang-undang kerajaan Islam Hadhari tidak menghalang lelaki dan perempuan berdua-duaan di taman-taman, naik motosikal dan sebagainya. Semua ini merupakan muqaddimah zina

v)Langkah pencegahan tidak serius pegawai penguatkuasa Jabatan Agama tidak cukup dan tidak diberikan kuasa mutlak untuk menangkap pelaku-pelaku maksiat ini.

vi)Didikan agama di sekolah Islam Hadhari tidak dititikberatkan akhirnya remaja-remaja ini tidak mempunyai pegangan agama yang mantap. Ibubapa juga lebih mementingkan kejayaan akademik dari didikan agama.

vii)Keluarga tidak mengawal anak-anak mereka di mana mereka bebas untuk keluar pada sebarang masa dan mereka bebas untuk keluar dengan sesiapa sahaja.

Banyak lagi punca-punca yang sebenarnya mengundang kepada masalah sosial ini. Kerajaan Islam HAdhari mesti bertanggungjawab atas masalah ini bukannya Remaja 4B Jasin dan masyarakat sahaja.


ISU ZULKIPLI : MAHATHIR CUBA BERDALIH, DUA KALI LIMA DENGAN IMAM AL HADHARI



Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata beliau bertanggapan Datuk Seri Zulkipli Mat Noor adalah seorang yang bersih dan calon paling sesuai ketika melantiknya mengetuai Badan Pencegah Rasuah (BPR).

Dr Mahathir memberi reaksi tersebut apabila ditanya mengapa beliau melantik Zulkipli menjadi Ketua Pengarah BPR pada 2001.

Dr Mahathir berkata beliau juga tidak mengenali Zulkipli secara peribadi, dan menambah bahawa "apa yang saya tahu beliau adalah ketua polis Sabah atau Sarawak."

JAWAPAN DR MAHATHIR LEBIH KURANG SAMA SAHAJA DENGAN JAWAPAN IMAM AL HADHARI. SEBAGAI PERDANA MENTERI BELIAU SEPATUTNYA MENYIASAT DAN MENYELIDIK DENGAN TELITI LATARBELAKANG SESEORANG YANG MAHU DILANTIK MENJAWAT JAWATAN YANG SANGAT PENTING INI. LEBIH-LEBIH JAWATAN KETUA PENGARAH BPR YANG SUDAH MEMERLUKAN SESEORANG YANG BENAR-BENAR BERSIH, BERINTEGRITI DAN SEPATUTNYA TIDAK PERNAH TERBABIT DENGAN APA-APA DAKWAAN DAN LAPORAN POLIS TIDAK KIRA SAMADA IANYA BENAR BERSALAH ATAU TIDAK.

DALAM KES INI, ZULKIPLI TELAH DIDAKWA TERLIBAT DENGAN KES PEREMPUAN DAN JUGA DIDAKWA MEMPUNYAI HARTA YANG BANYAK. MASAKAN PERDANA MENTERI TIDAK TAHU PERKARA ITU ATAU JIKA BENAR-BENAR BELIAU TIDAK TAHU PERDANA MENTERI SEMESTINYA MENYIASAT LATARBELAKANG DAN TINGKAH LAKU CALON-CALON KETUA PENGARAH BPR. BUKAN MAIN TANGKAP MUAT SAHAJA.

DR MAHATHIR JANGAN CUBA BERDALIH.


Zulkipli kini berdepan dengan dakwaan rasuah dan salahlaku seksual yang dibuat oleh bekas pegawai kanan BPR, Mohamad Ramli Abdul Manan.

Dr Mahathir juga telah melanjutkan kontrak perkhidmatan Zulkipli selama setahun pada 2004. Selepas itu, Perdana Menteri sekarang melanjutkan perkhidmatan Zulkipli sebanyak dua kali.

Dalam laporannya kepada beberapa pihak, termasuk Ketua Polis Negara sebelum ini, Tan Sri Bakri Omar, Ramli mendakwa mempunyai bukti terhadap Zulkipli.

Ramli mendakwa telah ditukar dari Sabah balik ke ibupejabat BPR di Putrajaya dan ‘dibekukan’ sehinggalah dia bersara.

Dr Mahathir bercakap dalam satu sidang akhbar di pejabatnya di Putrajaya petang ini selepas menyampaikan sijil kepada ahli kehormat Dewan Perniagaan Melayu Malaysia Kuala Lumpur (DPMMKL).

Dakwaan rasuah

Antara penerimanya ialah Tan Sri Ramon Navaratnam, Tan Sri Dr Lim Kok Wing, Datuk Mukhriz Tun Dr Mahathir dan Datuk Dr Michael Yeoh dan Datuk Dr Ahmad Nawab.

Ditanya mengenai dakwaan rasuah terhadap Timbalan Menteri Keselamatan Dalam Negeri, Datuk Mohd Johari Baharom, Dr Mahathir, dengan sinis berkata:

“Saya sangat yakin beliau seorang yang sangat bersih. Selepas siasatan dia tetap bersih,” katanya.

Johari didakwa menerima RM5.5 juta untuk membebaskan tiga lelaki yang ditahan di bawah Ordinan Darurat.

Mengenai dakwaan bekas pegawai kanan Badan Pencegah Rasuah (BPR), Mohamad Ramli Abdul Manan bahawa beliau (Dr Mahathir) telah menghalang agensi itu daripada bekas menteri kabinet, Tan Sri Kasitah Gaddam, bekas Perdana Menteri itu berkata:

“Bagaimana dia (bekas Pengarah BPR, Mohamad Ramli Abdul Manan) tahu saya menghalang siasatan, saya tidak tahu”.

Dr Mahathir berkata, beliau tahu nama orang yang disiasat berdasarkan laporan yang dihantar kepada beliau oleh BPR.

“Semasa saya (berkhidmat), banyak aduan mengenai rasuah yang diterima dan banyaklah tindakan yang diambil,” katanya.

Malaysiakini


UMNO KELANTAN TERPAKSA TIRU PAS


PASIR PUTEH – Badan Perhubungan UMNO Kelantan akan memperkenalkan skim perlindungan berkelompok untuk 220,000 ahli UMNO kerana terpaksa akur dengan kebaikan Skim Takaful Kifalah yang dianjurkan oleh kerajaan PAS.

Pengerusinya, Datuk Seri Annuar Musa memberitahu, skim itu juga dijangka boleh dinikmati oleh sebahagian besar rakyat negeri ini apabila diperkenalkan kelak.

Menurutnya, skim itu bukan sekadar memberi perlindungan kepada warga emas berumur 60 tahun ke atas yang diagihkan kepada waris selepas kematian seperti skim anjuran kerajaan Pas Kelantan.

Beliau berkata, pihaknya juga sedang turut membuat penelitian untuk membolehkan ahli UMNO yang berumur 18 tahun ke atas turut memperoleh faedah menerusi skim itu.

NAMPAKNYA UMNO TIADA HUJAH UNTUK MENGHADAPI PAS DALAM ISU TAKAFUL INI. AKHIRNYA TERPAKSALAH MEREKA MENIRU DAN MENGATAKAN SKIM YANG MEREKA BUAT ADALAH LEBIH BAIK DAN LEBIH LUAS SKOPNYA.

MASALAHNYA MENGAPA SEBELUM INI UMNO TIDAK SIBUK-SIBUK MENJALANKAN PROGRAM INI. DAH TAK ADA HUJAH NAK LAWAN PAS BARULAH TERHEGEH-HEGEH NAK BUAT SKIM YANG SAMA.


PATUTLAH RASUAH SEMAKIN MENJADI-JADI, SEBAB IMAM AL HADHARI SYOK SENDIRI



Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, kerajaan tidak terpengaruh dengan sebarang kaji selidik yang menggambarkan indeks rasuah di negara ini semakin tinggi.

Menurut beliau, indeks rasuah tersebut menggunakan metodologi yang tidak diketahui sedangkan kerajaan telah lama berusaha keras memerangi jenayah rasuah daripada berleluasa. (BERUSAHA KERAS MACAMANA NAJIB, ORANG NO. 1 BPR PUN DIPERTIKAIKAN KEWIBAWAANNYA, MENTERI-MENTERI KONTROVERSI MASIH 'BERSEMAYAM' DI SINGGAHSANA KABINET,ANAK PERDANA MENTERI SEMAKIN KAYA, ISU AP SIAPA YANG TAK INGAT, ISU MRR2 SIAPA YANG TAK INGAT, DAKWAAN KEPADA MB TIDAK DISIASAT,TIMBALAN MENTERI DISIASAT, BEKAS MENTERI DIDAKWA, BEKAS KETUA MENTERI MAIN JUDI SAMPAI JUTAAN RINGGIT-MANA DAPAT DUIT DAN SERIBU SATU MACAM LAGI PENYAKIT RASUAH YANG SEOLAH-OLAH PAK LAH TIDAK NAMPAK)

“Banyak perkhidmatan seperti ini ada dalam pasaran dan kita tidak tahu kaedah metodologi yang digunakan.

“Ini mungkin masalah persepsi yang kita hadapi,” kata beliau pada sidang akhbar Majlis Penyerahan Sumbangan Mangsa Banjir daripada warga awam Kementerian Pertahanan dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di Kuala Lumpur semalam.

Najib berkata, langkah memerangi rasuah merupakan usaha berterusan yang dilakukan dengan sehabis baik di semua peringkat.(INI ADALAH OMONGAN KOSONG, KALAU BETUL SILA SIASAT DAN DAKWA SEMUA LAPORAN YANG DIBUAT KEATAS ORANG-ORANG KANAN KERAJAAN - KHIR TOYO, RAFIDAH AZIZ, SAMY VELLU, PERDANA MENTERI DAN LAIN-LAIN, PERDANA MENTERI SENDIRI TAKUT NAK ISYTIHAR HARTA)


Keahlian Unit Amal

Iklan

Artikel Menarik

A

 

Dewan Pemuda PAS Bukit Katil Hakcipta © 2011 Kredit Ubahsuai oleh Kijang59