Friday, 9 March 2007

KEM PLKN KOTOR


PASIR PUTEH: Masalah yang melanda Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) berterusan dan tidak menunjukkan sebarang kemajuan. Kalau sebelum ini ia dikritik hebat kerana masalah keselamatan dan pengisiannya, kali ini masalah kebersihan pula ditimbulkan. Persoalan ini dinyatakan sendiri oleh para pelatih PLKN.

Sebahagian daripada 401 pelatih Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) Kem Kisana Beach Resort di Tok Bali, dekat sini, mendakwa keadaan kem berkenaan begitu teruk dan tidak memuaskan.

Berikutan itu, mereka kecewa dan terpaksa melalui pengalaman pahit apabila banyak aktiviti yang dirancang mengikut modul tidak dapat dijalankan mengikut jadual.

Menurut mereka, sepatutnya program berkenaan mampu memberi pengalaman berharga kepada mereka, namun sebaliknya berlaku akibat kemudahan infrastruktur kem yang tidak sempurna.

Difahamkan, sesetengah kemudahan di kem milik Rimbun Kisana Holdings itu tidak mempunyai sijil layak menduduki (CF), persekitaran kem yang kotor selain bekalan air dan sistem perparitan tidak sempurna,

Selain itu, pelatih turut mendakwa sesetengah bumbung asrama mereka reput dan pernah runtuh.

Mereka mendakwa hanya dua daripada enam kipas dalam asrama yang berfungsi dan tiada tindakan diambil walaupun sudah dilaporkan kepada pihak pengurusan kem.

Masalah yang timbul itu bukan hanya menimbulkan rasa tidak puas hati pelatih, malah turut diakui sendiri Komandan PLKN di kem berkenaan, Mejar Zulkarnain Abdullah.

Menurut Zulkarnain, banyak program tidak dapat dijalankan terutama membabitkan aktiviti kecergasan kecuali berkawad.

Katanya, keadaan itu menyebabkan ramai pelatih mengadu bosan kerana tidak dapat melakukan aktiviti lasak lain seperti dijadualkan.

“Sebagai komandan sejak empat siri latihan di kem ini, keadaan kali ini paling teruk.

“Saya sendiri tertekan melihat kem yang tidak selesa untuk pelatih dan kasihan melihat mereka,” katanya.

Berikutan itu, Zulkarnain berharap pengurusan Jabatan Latihan Khidmat Negara (JLKN) dapat menjalankan pemeriksaan terhadap kem berkenaan supaya masalah itu tidak membelenggu pelatih PLKN akan datang.

Semua pelatih itu ditempatkan di kem berkenaan sejak 1 Januari lalu dan dijadualkan tamat kursus pada 10 Mac ini.

Difahamkan, CF sepatutnya diterima pada minggu kedua selepas pelatih melapor diri awal tahun ini selepas tamat tempoh sejak Oktober tahun lalu.

Bagaimanapun, CF berkenaan hanya diterima pada penghujung bulan lalu iaitu kira-kira dua minggu sebelum program berkenaan tamat sekali gus mencacatkan jadual ditetapkan.

Sementara itu, Pengerusi Rimbun Kisana Holdings, Tengku Azran Badrul Tengku Mohd Adnan, menafikan dakwaan berkenaan.

Sebaliknya, beliau mendakwa kem berkenaan tidak menghadapi sebarang masalah seperti didakwa.

Menurutnya, kem itu juga mendapat pengiktirafan tiga bintang daripada JLKN pada Disember lalu, yang melayakkannya terus beroperasi.

“CF kemudahan yang disediakan itu memang akan tamat setiap tiga bulan tetapi kami segera memperbaharuinya agar tiada sebarang masalah mengendalikan pelbagai aktiviti di kem kami.

“Selama ini, kami tidak menerima sebarang aduan atau rungutan daripada JLKN.

“Jika komandan menghadapi masalah, mereka sepatutnya melaporkan kepada JLKN yang akan memaklumkan kepada kami untuk tindakan selanjutnya,” katanya.

Beliau menyifatkan dakwaan dibuat komandan berkenaan sebagai bermotif buruk dan bersifat peribadi.


IMAM ISLAM HADHARI TIDAK BERHATI PERUT?


KUALA LUMPUR – Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mahu rakyat menerima hakikat bahawa setiap pembangunan memerlukan pengorbanan mereka.

INILAH ALASAN YANG DIHAMBURKAN OLEH PEMIMPIN ISLAM HADHARI SETIAP KALI RAKYAT DIHAMBAT DARI KAMPUNG HALAMAN MEREKA UNTUK PEMBANGUNAN.

TETAPI MEREKA TIDAK PERNAH MENGENDAHKAN KELUHAN DAN RAYUAN RAKYAT. SEBAHAGIAN BESAR RAKYAT TIDAK MAHU BERPINDAH KERANA MEREKA TIDAK DISEDIAKAN TEMPAT TINGGAL ALTERNATIF ATAUPUN KALAU ADA MEREKA TERPAKSA MEMBAYAR SEWA DENGAN KADAR YANG TIDAK TERMAMPU OLEH MEREKA.

KADANG-KADANG PAMPASAN YANG DIBERIKAN OLEH PIHAK TERBABIT TIDAK SETIMPAL DENGAN KERUGIAN YANG MEREKA ALAMI. SEBENARNYA RAKYAT TIDAK MEMINTA YANG BUKAN-BUKAN. MEREKA HANYA MAHUKAN KEADILAN TETAPI KERAJAAN ISLAM HADHARI TIDAK MENGENDAHKAN ITU SEMUA. MEREKA MENGHANTAR PASUKAN POLIS DAN FRU UNTUK 'BERUNDING' DENGAN RAKYAT.

SETIAP KALI RAKYAT MEMBANTAH MAKA SUDAH PASTI RAMAI YANG DITANGKAP DAN DIDERA DENGAN KEKERASAN. INIKAH ISLAM HADHARI.

Perdana Menteri yang kecewa kerana rakyat membantah setiap pembangunan yang dilaksanakan berkata, pembangunan sebenarnya memberi faedah besar kepada negara.

‘‘Mereka (rakyat) kena menerima hakikat bahawa pembangunan memberi kesan kepada mereka terutamanya yang tinggal berhampiran projek tersebut. Mereka kena beri laluan,’’ kata beliau pada sidang akhbar selepas majlis perasmian Projek Pantai Sentral Park, Pantai Dalam di sini hari ini.

Beliau diminta mengulas mengenai Projek Empangan Klau di Pahang yang akan diteruskan walau pun mendapat bantahan penduduk dan aktivis alam sekitar.

‘‘Empangan Klau ini memang penduduk bantah, buat apa pun penduduk bantah, semua bantah,’’ tegas Abdullah.

Perdana Menteri mengakui projek Empangan Klau yang dijangka menelan belanja RM3.8 bilion turut menyebabkan penduduk di kawasan berhampiran dipindahkan.

PROJEK INI SEBENARNYA MENDAPAT BANTAHAN RAKYAT KERANA IANYA JELAS MEMBAHAYAKAN RAKYAT KERANA PENGGUNAAN BAHAN KIMIA SIANIDA (CN) UNTUK OPERASINYA. KERAJAAN ISLAM HADHARI HANYA MEMENTINGKAN DUIT SEBAB ITU MEREKA MELULUSKAN PROJEK INI.

‘‘Sama seperti jalan raya, mereka (penduduk) kena pindah. Mereka tidak senang hati bila kena pindah dan mereka buat tindakan,” katanya.


Keahlian Unit Amal

Iklan

Artikel Menarik

A

 

Dewan Pemuda PAS Bukit Katil Hakcipta © 2011 Kredit Ubahsuai oleh Kijang59