Thursday, 8 March 2007

KES SEBEGINI MEMANG POPULAR DI ZAMAN ISLAM HADHARI. APA TINDAKAN MEREKA?


IPOH: Seorang pelajar Tingkatan Empat, yang mengadu sakit perut, dan minta dikecualikan daripada kegiatan sukan rupa-rupanya bersalin seorang bayi di sekolahnya.

Dia melahirkan bayi itu pukul 1.30 petang tadi di ruang bilik sakit sekolahnya di Manjung, kira-kira 90km dari sini.

Bayi perempuan itu, yang masih bertali pusat, ditemui mati di dalam sebuah beg milik pelajar berkenaan.

Ketua Polis Daerah Majung ACP Zainuddin Yaacob bagaimanapun enggan mengulas sama ada bayi itu sempurna atau belum sampai waktu.

Rakan-rakan sekelas remaja itu melihat pelajar pucat, dengan kesan darah pada pakaian seragamnya, di atas katil di bilik sakit.

"Mereka memaklumkan perkara itu kepada seorang guru, yang kemudian membawa pelajar itu ke hospital. Guru tersebut tidak perasan bayi yang telah meninggal dunia itu berada di dalam beg pelajar itu bersama pakaiannya," kata ACP Zainuddin.

Remaja itu kemudian memberitahu doktor tentang kelahiran dan kematian bayinya.

Polis sedang menunggu keterangan daripada pelajar tersebut.

mSTAR


PINTU SENTIASA TERBUKA UNTUK DAP


KOTA BARU: Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata tidak ada sebab bagi DAP menolak hubungan kerjasama dengan PAS untuk membentuk pakatan dalam parti pembangkang, terutama dalam menghadapi pilihan raya umum akan datang.

Menteri Besar Kelantan itu berkata sehingga ke hari ini PAS tetap membuka pintu kepada DAP untuk menjalinkan hubungan, seterusnya dapat bersama-sama pembangkang yang lain untuk tujuan itu.

"Tidak ada sebab DAP nak tolak (kerjasama) dengan PAS dan kami tetap terima DAP sejak dulu lagi," katanya kepada pemberita selepas menerima kunjungan hormat penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim di sini, hari ini.

Beliau seterusnya berkata PAS tidak akan menggunakan pengaruh rakan sekutunya, PKR, untuk berbincang dengan DAP, agar bersetuju untuk bekerjasama dengan PAS semula.

"Tak payah arahlah untuk nak masuk (kerjasama), PAS jelas dari dulu lagi, kita mahu bekerjasama tapi dah dia (DAP) tak mau, nak buat macam mana?" tambahnya.

Sementara itu Anwar berkata PKR yakin DAP akan bersetuju untuk berkompromi dengan semua pakatan parti pembangkang bagi menentang Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya akan datang.

mSTAR


KEGANASAN KERAJAAN ISLAM HADHARI BELUM SAMPAI KE KEMUNCAK?



BARANGKALI KEGANASAN KERAJAAN ISLAM HADHARI BELUM SAMPAI KE KEMUNCAK SEBAB ITULAH TRADISI MENANGKAP RAKYAT, MEROBOHKAN MASJID DAN SURAU, MEROBOHKAN RUMAH RAKYAT, MENGHALAU RAKYAT DAN SEBAGAINYA BELUM PADAM.

APAKAH KEJADIAN BERDARAH SEPERTI PERISTIWA MEMALI, PERISTIWA LUBUK MERBAU DAN SEBAGAI MAHU DIULANGI DI BAWAH KEPIMPINAN ISLAM HADHARI HARI INI. KALAU SEMASA PEMERINTAHAN MAHATHIR DAHULU AS-SAYHID IBRAHIM LIBYA DAN SAHABAT-SAHABATNYA GUGUR SYAHID DI MEMALI, AS-SYAHID OTHMAN TALIB GUGUR DI FELDA LUBUK MERBAU APAKAH IMAM AL HADHARI MAHU MENGULANGI KEKEJAMAN TERSEBUT?

MELIHAT KEPADA SITUASI MUTAKHIR SEPERTI PERISTIWA KG BEREMBANG DAN LAIN-LAIN ADALAH JELAS KERAJAAN ISLAM HADHARI JUGA SEOLAH-OLAH MAHU MENGIKUTI JEJAK KERAJAAN MAHATHIR.


OOOOOOOO !!!!!! INI CERITANYA


Rupanya Ketua Pengarah BPR Zulkipli Mat Noor ini telah lama bermusuhan dengan Bekas Pengarah BPR Sabah, Mohamad Ramli Abdul Manan. Ramli mendakwa bahawa Zulkipli bukan sahaja memiliki harta yang banyak malah Zulkipli juga telah menganiayai beliau. Ramli kehilangan semua keistimewaan sebagai pesara kerajaan antaranya tidak mendapat pencen, gratuiti dan lain-lain faedah.

Ikuti laporan Utusan Meloya di bawah :-

KUALA LUMPUR - Bekas Pengarah Badan Pencegah Rasuah (BPR) Sabah, Mohamad Ramli Abdul Manan hari ini menyaman Ketua Pengarah BPR dan lima yang lain kerana mendakwa kehilangan faedah persaraan termasuk pencen dan diturunkan pangkat dengan cara menyalahi Perlembagaan Persekutuan.

Mohamad Ramli, 56, yang menjadi tumpuan selepas laporannya berhubung dakwaan rasuah dan salah guna kuasa Ketua Pengarah BPR, Datuk Seri Zulkipli Mat Noor didedahkan mendakwa, beliau telah difitnah, dianiaya dan ditindas melalui tindakan Ketua Pengarah BPR dan lima defendan lain.

Beliau yang hadir tanpa ditemani sesiapa memfailkan writ samannya yang dibuat melalui firma guaman, Tetuan Munjeet Singh & Co. di Pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi di sini.

Dalam saman itu Mohamad Ramli selaku plaintif menamakan Ketua Pengarah BPR, Pengarah Bahagian Pencen Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), Setiausaha dan Pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA), Kerajaan Malaysia serta Star Publications (M) Bhd. selaku defendan pertama hingga keenam.

Ketika ditemui pemberita di tempat letak kereta bangunan Wisma Denmark yang menempatkan Mahkamah Tinggi di sini, Mohamad Ramli berkata, tindakan itu diambil bagi menuntut pencen yang merupakan hak beliau.

‘‘Saya juga berharap untuk mendapat keadilan,’’ ujarnya.

Menurut pernyataan tuntutannya, plaintif yang sebelum ini berkhidmat sebagai pegawai kanan BPR berpangkat Pegawai Siasatan Gred 54 telah bersara wajib ketika mencecah usia 56 tahun pada 8 Disember tahun lalu.

Beliau mendakwa, Pengarah Bahagian Pencen JPA bagaimanapun tidak meluluskan pembayaran pencen, gratuiti dan lain- lain faedah berikutan surat Ketua Pengarah BPR bertarikh 27 November tahun lalu yang menyatakan: ‘‘Pengerusi Lembaga Tindakan Tatatertib Kumpulan Pengurusan pada 26.9.2006 memutuskan kes pegawai berkenaan adalah di bawah Peraturan 37, Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993.’’

Dakwanya, surat Ketua Pengarah itu adalah fitnah kerana perkataan-perkataan itu difahamkan memberi makna beliau akan dibuang kerja atau diturunkan pangkat dan mempunyai sindiran yang beliau telah melakukan kesalahan tatatertib yang cukup serius atau kesalahan jenayah.

Beliau mendakwa kegagalan defendan kedua meluluskan faedah persaraan adalah bertentangan dengan peruntukan Seksyen 9(1) akta Pencen 1980 dan Artikel 13 serta 160 Perlembagaan Persekutuan.

‘‘Kegagalan itu adalah satu penindasan kerana plaintif tidak ada dikenakan apa-apa prosiding jenayah/tatatertib pada bila-bila masa semasa dalam perkhidmatan sehinggalah tarikh bersara pada 8 Disember 2006,’’ ujarnya.

Plaintif turut mendakwa pertukarannya daripada Pengarah BPR Sabah ke Ibu Pejabat BPR oleh Ketua Pengarah BPR adalah satu penurunan pangkat yang dibuat tanpa sebarang siasatan dan bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan.

Plaintif seterusnya berkata, berdasarkan dakwaan Ketua Pengarah BPR yang menyatakan terdapat tindakan tatatertib yang mungkin menyebabkan beliau dibuang kerja atau dibicarakan dalam permohonan bersara awalnya telah menyebabkan Pengerusi SPA dalam sepucuk surat telah memutuskan wujud kes prima facie untuk mengambil tindakan terhadapnya.

Beliau mendakwa, tindakan setiausaha dan Pengerusi SPA itu adalah berbentuk fitnah kerana tiada sebab yang munasabah surat itu perlu dikeluarkan memandangkan plaintif telah bersara.

Ekoran penindasan dan penganiayaan juga menyebabkan plaintif mendakwa beliau tidak dinaikkan pangkat ke Gred JUSA C dengan gaji bulanan sebanyak RM12,865.

Beliau turut menyaman penerbit akhbar The Star berhubung artikel bertarikh 2 Mac lalu yang menyatakan beliau disiasat di peringkat jabatan kerana tidak hadir bertugas tanpa cuti rasmi sebelum bersara dan tidak akan menerima pencen sementara menunggu keputusan SPA.

Menurutnya, kenyataan itu adalah palsu dan menjatuhkan maruahnya kerana beliau tidak pernah dipanggil untuk siasatan jabatan dan tidak pernah diberikan sebarang surat tunjuk sebab atau menghadapi sebarang pertuduhan.

Sehubungan itu, beliau menuntut defendan kedua meluluskan pembayaran faedah persaraannya dan membuat satu akaun tentang pencen, gratuiti dan lain-lain faedah.

Beliau turut menuntut pemulangan gaji dan bonus yang dilucutkan berjumlah RM8,977.40 dari tarikh 1 Julai 2003, ganti rugi kehilangan kenaikan pangkat dan pendapatan sebanyak RM133,400 beserta faedah serta ganti rugi am.


FTA AKAN JAHANAMKAN RAKYAT


Nampaknya kerajaan Islam Hadhari tentang berdegil dan mahukan FTA di teruskan walaupun ianya mendapat bantahan dari sebahagian besar rakyat.

Kita merasa sangsi dengan kepimpinan Islam Hadhari kerana kita tahu bahawa sememangnya mereka ini adalah pemimpin yang berjiwa kecil dan sentiasa akan tunduk kepada apa juga kemahuan Amerika. Sebab itulah apabila Amerika mengusul FTA ditandatangani mereka bukan sahaja akan bersetuju malah siang-siang lagi telah bersedia untuk menurut apa sahaja kemahuan Amerika.


Perjanjian sudah pasti memberikan kesan yang amat buruk kepada negara dan rakyat kerana ianya menyebab lambakan barangan Amerika yang jauh lebih murah di pasaran Malaysia dan natijah barangan tempatan tidak akan di beli oleh rakyat kerana harga jauh lebih mahal.

Kebimbangan di nyatakan Pengarah Third World Network, Martin Khor yang bimbang Malaysia akan menerima pelbagai kesan buruk jika FTA bersama AS dilaksanakan.

Sambil menyifatkan FTA itu sebagai penjajahan bentuk baru, beliau berkata, antara kesan buruk yang bakal dihadapi negara ialah kenaikan harga ubat sehingga 10 kali ganda, Malaysia akan dibanjiri hasil tanaman AS yang amat murah dan usaha kerajaan membantu usahawan bumiputera akan terjejas.

Selain Martin Khor, sebahagian besar rakyat Malaysia juga menentang pelaksanaan FTA dengan AS kerana ia akan merugikan negara dan menyebabkan rakyat menderita.

Dalam Forum Khas yang disiarkan Utusan Meloya, rakyat berpendapat, FTA tidak lebih daripada cubaan AS untuk memanipulasi dan mengawal ekonomi negara atas nama perjanjian bebas.

Media hari ini melaporkan bahawa Imam Al Hadhari memberi jaminan melindungi kepentingan negara dalam rundingan perjanjian perdagangan bebas (FTA) dengan Amerika Syarikat.

Perdana Menteri yang dihubungi Bernama semalam berkata, perkara itu telah dibincang dengan mendalam di mesyuarat Jemaah Menteri hari ini dan akan dibincangkan lagi pada mesyuarat minggu depan.

“Kerajaan cukup prihatin mengenai fikiran dan kebimbangan rakyat berkaitan perkara ini. Saya ingin memberi keyakinan bahawa kepentingan negara akan sentiasa dilindungi dan tidak sekali-kali dikorbankan.

PERSOALAN SEKARANG IALAH APAKAH KERAJAAN BERANI UNTUK MENGUBAH PERJANJIAN TERSEBUT SUPAYA IANYA MENGUNTUNGKAN MALAYSIA. SUDAH PASTI AMERIKA TIDAK AKAN MENERUSKAN FTA JIKA IANYA TIDAK MENGUNTUNGKAN MEREKA KERANA SEMUA ORANG FTA MERUPAKAN PENJAJAHAN EKONOMI OLEH AMERIKA KE ATAS NEGARA KECIL. PERKARA INI TELAH DI ALAMI OLEH BANYAK NEGARA KECIL YANG TELAH MENANDATANGANI PERJANJIAN INI.

DENGAN TERMETERAINYA PERJANJIAN INI NANTI SEKALI LAGI NEGARA DAN RAKYAT AKAN DIGADAI OLEH PEMIMPIN YANG LEMAH, PENAKUT DAN TIDAK CERDIK


Keahlian Unit Amal

Iklan

Artikel Menarik

A

 

Dewan Pemuda PAS Bukit Katil Hakcipta © 2011 Kredit Ubahsuai oleh Kijang59