Wednesday, 7 March 2007

Pemuda BA mahu hantar memo pada Yang di-Pertuan Agong


Pemuda Barisan Alternatif (BA) akan membawa isu dakwaan rasuah dan salahguna kuasa terhadap Datuk Mohd Johari Baharum dan Datuk Seri Zulkipli Mat Noor kepada Yang di-Pertuan Agong jika Perdana Menteri tidak mengambi tindakan sewajarnya termasuk menggantung tugas kedua-dua sementara siasatan terhadap mereka dijalankan.


Bercakap bagi pihak pergerakan itu, Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, Salahuddin Ayub berkata, siasatan bebas dan adil tidak boleh dibuat selagi kedua-duanya masih bertugas sebagai Timbalan Menteri Keselamatan Dalam Negeri dan Ketua Pengarah Badan Pencegah Rasuah (BPR), kerana mereka masih mempunyai akses terhadap siasatan kes tersebut.

Ahli Parlimen Kubang Kerian itu berkata, pihaknya akan memorandum mengenai perkara itu kepada Yang di-Pertuan Agong sekiranya Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi gagal berbuat demikian dalam tempoh seminggu.

“Suruhanjaya diraja perlu ditubuhkan bagi menyiasat kedua-dua pemimpin penting yang terbabit dengan penguatkuasaan undang-undang negara,” katanya kepada wartawan selepas menyerahkan memorandum bantahan kepada Perdana Menteri di Putrajaya hari ini.

Memorandum merujuk kepada tindakan kerajaan yang pernah diambil terhadap bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebelum ini.

“Dalam kes Datuk Seri Anwar pada 1998, beliau telah dipecat daripada parti (Umno) dan kerajaan meskipun pada ketika itu, kes beliau baru di peringkat pertuduhan. Malahan tidak pun dibawa ke mahkamah lagi pada ketika itu.

“Justeru apakah rasional pihak kerajaan untuk tidak mengambil tindakan yang serupa ke atas Johari dan Zulkipli yang kes mereka adalah jauh lebih berisiko dan berat berbanding kes Datuk Seri Anwar?” kata memorandum tersebut.

Soal integriti

Salahuddin juga mewakili Pemuda PAS, Angkatan Muda Parti Keadilan Rakyat, Gerakan Demokrasi dan Anti Korupsi dan Institut Pengembelingan dan Pembangunan Komuniti (Impak) menyerahkan memorandum itu kepada Setiausaha Politik Perdana Menteri, Datuk Othman Desa.

Turut sama ialah Pemangku Ketua Angkatan Muda PKR, Shamsul Iskandar Md Akin, Ketua Penerangan PKR, Tian Chua dan wakil Gerak Abdul Ghani Haron.

Salahuddin berkata, Abdullah perlu bertindak tegas dan cepat untuk menangani isu tersebut supaya tidak menimbulkan lebih masalah di masa depan.

“Polis salahkan Badan Pencegah Rasuah (BPR), Datuk Mohd Johari salahkan polis, polis salahkan BPR. Kini mereka menuding jari antara satu sama lain.

“Jadi siapa yang ada integriti untuk menjalankan siasatan dalam perkara ini. Siapa nak siasat Datuk Mohd Johari, pihak mana yang perlu siasat Ketua Pengarah BPR (Datuk Zulkipli)?” katanya.

Salahuddin berkata, apa yang berlaku di antara polis, Mohd Johari dan Zulkipli itu sedang diperhatikan oleh rakyat.

Jamin ketelusan

Sementara itu, Ketua Penerangan Angkatan Muda PKR, Latheefa Koya yang hadir sama berkata, Ordinan Darurat yang ada sekarang banyak kelemahan kerana pesalah boleh ditangkap dan dibebaskan pada bila-bila masa.

Katanya, untuk itu PKR sejak dahulu lagi meminta kerajaan memansuhkan Ordinan Darurat tersebut kerana terdedah kepada pelbagai kelemehan.

Tian Chua pula berkata, apa yang berlaku di antara pasukan polis, Mohd Johari dan Zulkipli merupakan satu krisis yang besar dan membabitkan integriti undang-undang.

Katanya, oleh itu satu tindakan tegas perlu diambil segera sebelum keyakinan rakyat terhadap Kementerian Keselamatan Dalam Negeri, Polis dan BPR hilang.

Memorandum juga turut menggesa supaya BPR diletakkan di bawah Parlimen untuk menjamin ketelusan sesuatu kes.

Kerajaan, tambah memorandum itu, perlu mengumumkan siasatan 18 kes berprofil tinggi sebagaimana yang pernah diumumkan oleh Menteri Jabatan Perdana Menteri ketika itu, Datuk Seri Rais Yatim.

Dari Malaysiakini


'STANDARD' MENTERI ISLAM HADHARI SAMA DENGAN JKKK KAMPUNG


“Lebih baik saya jangan cakap apa-apa. Kasi dia orang cakap... kita salahlah, JKR (Jabatan Kerja Raya) salah, kontraktor salah, sub-kontraktor salah. Orang yang bagi tanah pun salah... semua salah... Kementerian Kesihatan saja yang betul.

Bagi dia cakap apa dia suka... terima kasih.”

Itulah reaksi Menteri Kerja Raya, Datuk Seri S. Samy Vellu ketika ditanya mengenai kenyataan Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Chua Soi Lek bahawa kelewatan projek Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di Kedah, berpunca daripada kontraktor yang sering bertukar dan bukannya kerenah kementerian itu.

(INILAH 'STANDARD' MENTERI-MENTERI ISLAM HADHARI. BUKANNYA MENJAWAB PERSOALAN DENGAN FAKTA DAN PROFESSIONAL TETAPI SEBALIKNYA MENJAWAB DENGAN EMOSI DAN IKUT SEDAP MULUT SAHAJA. TAK UBAH SEPERTI JKKK KAMPUNG. SEBAB ITULAH NEGARA SEKARANG INI MENGHADAPI PELBAGAI MASALAH KERANA NEGARA SEOLAH-OLAH DITADBIR OLEH JKKK KAMPUNG.)

Soi Lek juga menyatakan kekesalannya dengan pelbagai tuduhan yang dilemparkan kepada kementeriannya termasuk oleh Kementerian Kerja Raya yang mempertahankan kontraktor terbabit.

Kelmarin, Samy Vellu dilaporkan berkata, lanjutan tempoh menyiapkan HSB, yang sepatutnya siap pada 2003, sebanyak lima kali bukan kehendak kontraktor tetapi Kementerian Kesihatan.

(SIAPA YANG BETUL INI?. SOI LEK ATAU SAMY? SUDAH SEMESTINYA SALAH SEORANG DARI MEREKA BERCAKAP BOHONG. MAKA JIKA MENTERI BERCAKAP BOHONG MAKA HILANGLAH INTEGRITI DAN KREDIBILIT MEREKA. IMAM HADHARI SEMESTI MEMECAT MENTERI YANG BERCAKAP BOHONG DAN GAGAL MENTADBIR KEMENTERIANNYA DENGAN PROFESSIONAL DAN CEKAP)

Hospital kontroversi bernilai RM500 juta itu pada masa ini sudah 99.75 peratus siap dan dijangka diserahkan kepada Kementerian Kesihatan pada 15 Mac ini.


PEMIMPIN TIDAK BERMARUAH?


Kalaulah kes ini berlaku tidak negara luar sudah tentu pemimpin yang terlibat meletakkan jawatan atau sekurang-kurangnya digantung tugas oleh 'boss'nya. Tetapi ini tidak akan berlaku di Malaysia kerana pemimpin atas dan pemimpin yang terlibat seolah-olah langsung tidak bermaruah.

Inilah yang berlaku dalam kes melibatkan Timbalan Menteri Keselamatan Dalam Negeri, Datuk Mohd. Johari Baharom dan Ketua Pengarah BPR Zulkipli Mohd Nor. Mereka ke sana ke mari semacam tiada apa yang berlaku.


Malah Johari semalam dengan bangga berkata, dakwaan beliau menerima sokongan RM5 juta bagi membebaskan penjenayah di bawah Ordinan Darurat tidak mengganggu tumpuan beliau dalam menjalankan tugas seharian.

Malah, katanya, beliau masih mempunyai masa untuk pulang ke kawasan Kubang Pasu bagi menghadiri majlis yang melibatkan penduduk di kawasan parlimennya itu.

‘‘Tidak (terganggu), saya balik kawasan seperti biasa. Nanti saya nak pergi melawat masjid pula, lepas itu nak pergi tengok bekas setiausaha kawasan yang tidak sihat,” ujarnya.

INILAH PEMIMPIN ISLAM HADHARI YANG TUAN-TUAN UNDI DULU. LANGSUNG TIDAK ADA MARUAH DAN HARGA DIRI


Keahlian Unit Amal

Iklan

Artikel Menarik

A

 

Dewan Pemuda PAS Bukit Katil Hakcipta © 2011 Kredit Ubahsuai oleh Kijang59