Tuesday, 6 March 2007

ORANG CACAT PUN JAHAT DI ZAMAN ISLAM HADHARI INI


Dua lelaki bisu dan pekak ditangkap merogol

Di zaman Islam Hadhari ini bukan sahaja orang yang cukup sifat jahat, orang cacat pun sama juga membuat onar. Sudah Allah menguji mereka dengan sifat sebegitu, mereka langsung tidak insaf dengan pemberian Allah itu.

Zaman Islam Hadhari ini nampaknya ramai orang tidak boleh dipercayai. Pemimpin jahat dengan cara kepimpinannya, remaja durjana dengan keremajaannya malah orang cacat pun tumpang sekaki membuat angkara. Apa nak jadi dengan zaman Islam Hadhari ini. Kadang-kadang kisah yang dipaparkan di dada-dada akhbar sukar untuk dipercayai tetapi itulah hakikat sebenarnya.

Ayuh pemimpin Islam Hadhari, insaflah kamu jangan asyik khayal dengan kuasa dan pangkat kamu. Kembalilah kepada Islam demi untuk menyelamatkan umat dan negara.


Kisah kedurjanaan orang cacat tersebut disiarkan oleh media hari ini.

Dua lelaki pekak dan bisu ditahan berhubung kes rogol dalam kejadian berasingan di sini minggu lepas.

Dalam kes pertama, lelaki cacat berusia 67 tahun didakwa merogol remaja 16 tahun sekurang-kurangnya tujuh kali di Air Baloi.

Dia juga didakwa membayar mangsa RM40 setiap kali memuaskan nafsunya.

Perbuatannya itu terbongkar selepas mangsa, yang hamil tiga bulan, mengadu sakit perut dan dibawa ke sebuah klinik di Air Baloi pada 28 Feb.

Lelaki itu dikatakan mengugut untuk memotong leher mangsa jika remaja itu mendedahkan kejadian tersebut.

Ketua Polis Daerah Pontian Supt Zainuddin Zainal berkata mangsa membuat laporan polis pada hari yang sama.

Gadis itu memberitahu polis, lelaki kurang upaya itu merogolnya kali pertama pada Oktober tahun lepas sewaktu dia berjalan ke sebuah kedai runcit pada pukul 8 malam.

Zainuddin berkata, suspek mengajak mangsa ke dalam rumahnya dengan menggunakan bahasa isyarat konon untuk membantunya.

Apabila mangsa masuk, suspek merogolnya dua kali dalam tempoh 30 minit sebelum membayarnya RM30.

Sebulan kemudian, suspek didakwa mengulangi perbuatan itu empat kali di sebuah pondok dalam kebun kelapa sawit dan membayar mangsa RM40.

Suspek dikatakan merogol mangsa kali terakhir kira-kira pukul 5 petang 15 Nov lepas dan membayarnya RM40, kata Zainuddin lagi.

Lelaki kurang upaya itu telah ditahan dan kesnya sedang disiasat menurut Seksyen 376 Kanun Keseksaan.

Dalam perkembangan lain, seorang lagi lelaki pekak dan bisu berusia 31 tahun didakwa merogol seorang pekerja kilang yang senasib dengannya.

Zainuddin berkata, mangsa dalam perjalanan ke rumahnya dari tempat kerja pada 27 Feb apabila suspek mendekatinya di sebuah perhentian bas di Pekan Nenas di sini.

Wanita pekak dan bisu itu, 31, mengenali suspek melalui keahlian dalam persatuan orang kurang upaya di sini.

Lelaki itu membawa mangsa dengan motosikal ke sebuah ladang kelapa sawit kira-kira 5km dari perhentian bas dan merogolnya sebelum menghantarnya pulang.

Mangsa membuat laporan polis pada hari yang sama dan suspek kini ditahan untuk siasatan bagi kes rogol.


BILA LAGI IMAM AL HADHARI. DI LUAR SANA RAMAI WANITA YANG MENGIDAMKAN DATUK SERI


PM: Saya kahwin? Itu khabar angin

KUALA LUMPUR: Sambil tersenyum, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata ura-ura kononnya beliau akan berkahwin hanyalah khabar angin.

(KALAU BETUL APA SALAHNYA DATUK SERI. PERKARA YANG BAIK MESTI DISEGERAKAN)

"Itu rumours (khabar angin), rumourslah," katanya kepada pemberita selepas mendengar taklimat Lembaga Pengarah Bank Negara di sini.

Perdana Menteri, yang tersenyum semasa menjawab soalan pemberita mengenai cakap-cakap itu, mengulangi jawapan "hanya khabar angin" itu beberapa kali.

Ura-ura bahawa beliau akan berkahwin tersebar sejak beberapa bulan lepas, dan pada Sabtu lepas, media menerima "maklumat" kononnya Perdana Menteri akan melangsungkan pernikahan pada hari itu.

Berita Abdullah akan berkahwin turut disebar melalui internet.

Isteri beliau Datin Seri Endon Mahmood meninggal dunia pada 20 Okt 2005 akibat kanser.

IMAM AL HADHARI TAK PERLU SEGAN DAN MALU. KAHWIN MERUPAKAN SUNNAH NABI. DATUK SERI LEBIH DARI LAYAK. KALAU NAK KAHWIN 4 SEKALIGUS PUN TAK APA.

MEMBUJANG TERLALU LAMA PUN TAK BAGUS. NANTI BANYAK PULA FITNAH DAN UMPATAN ORANG. SETIDAK-TIDAKNYA KEMANA SAHAJA DATUK SERI PERGI ADA YANG MENEMANKAN DATUK SERI TERUTAMA KALAU DATUK SERI PERGI LAWATAN KE NEGARA SEJUK SUDAH TENTU DATUK SERI KESUNYIAN.


KERAJAAN CURI DUIT RAKYAT?


Batu Berendam : Tindakan kerajaan mewajibkan ibu bapa mempunyai simpanan wang dalam Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN) berkuatkuasa 1 Januari tahun depan sebelum anak mereka layak memohon pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN)adalah suatu tindakan seumpama 'mencuri' duit rakyat.

Muslihat mewajibkan ibubapa menabung dalam SSPN sudah memberikan sumber kewangan terbaru kepada kerajaan kerana jumlah minima RM3,000 itu sudah pasti 'memberikan' jumlah yang besar kepada SSPN dan kerajaan.

Tindakan ini sebenarnya cukup membebankan rakyat lebih-lebih wang minima RM3,000 sudah tentu tidak boleh dikeluarkan walaupun seseorang itu terdesak.

"Inilah satu cara kerajaan 'merompak' wang rakyat" komen ringkas Saleih Osman, 52 seorang penduduk Taman Merdeka ketikam ditemui di sini petang tadi.


Menteri Pengajian Tinggi Datuk Mustapa Mohamed hari ini berkata simpanan wajib adalah sebanyak RM3,000 bagi keluarga yang berpendapatan bulanan melebihi RM2,000 sebulan.

Ibu bapa yang berpendapatan kurang dari RM2,000 sebulan pula wajib menyimpan RM500 manakala mereka yang tidak mampu boleh merayu untuk dikecualikan, katanya.

Objektif utama dasar itu adalah untuk membolehkan ibu bapa berkongsi bebanan pembiayaan pengajian dengan kerajaan, katanya kepada pemberita selepas merasmikan Seminar PTPTN bersama Institusi Pengajian Tinggi Swasta mengenai pelaksanaan dasar-dasar baru PTPTN.

Sudah jelas kepada kita bahawa kerajaan sudah tidak mampu untuk membiayai rakyat untuk mendapatkan pendidikan secara percuma maupun secara pinjaman.

"Kalau dah tak mampu letak sahaja jawatan biar parti lain yang memerintah, tapi tidak mahu pula berbuat demikian" kata Moazzar Mansoor Ketua DPP Cawangan Taman Merdeka.


Kes Razak Baginda dipercepatkan, disebut Jumaat ini. Apa muslihatnya


Kes jenayah melibatkan penganalisis politik Abdul Razak Baginda yang dituduh bersubahat dalam pembunuhan model rakyat Mongolia Altantuya Shaariibuu, akan disebut di Mahkamah Tinggi Shah Alam, Jumaat ini.

Apa muslihat ia dipercepatkan tidak kita ketahui? Apa yang pasti beberapa kejanggalan melibatkan kes ini benar-benar mengundang seribu satu persoalan.


Peguam Zulkifli Noordin berkata kes itu, yang didengar sebelum ini oleh Hakim Datuk K.N. Segara, akan dikemukakan di hadapan pesuruhjaya kehakiman Datuk Mohamed Zaki Mohamed Yassin.

Zulkifli mewakili dua anggota polis C/Insp Azilah Hadri, 30, dan Kpl Sirul Azhar Umar, 35, yang dituduh membunuh model berusia 28 tahun itu, yang cebisan mayatnya ditemui di kawasan hutan di Puncak Alam, Shah Alam pada 7 November tahun lalu.

Menurut laporan Bernama, Zulkifli tidak menyatakan sebab kenapa kes itu, yang telah ditetapkan perbicaraannya pada 10 Mac tahun depan oleh Segara sebelum ini, akan disebut pada Jumaat.

Minggu lalu, Ketua Hakim Negara Tun Ahmad Fairuz Sheikh Abdul Halim dilaporkan berkata terdapat kes jenayah di Mahkamah Tinggi Shah Alam yang ditetapkan tahun depan akan dipercepatkan ke tahun ini.

Abdul Razak, 46, didakwa bersubahat dengan Azilah dan Sirul Azhar, membunuh Altantuya di pejabatnya di Bangunan Getah Asli, Jalan Ampang, Kuala Lumpur antara jam 9.54 pagi dan 11.05 pagi 18 Oktober 2006.

Azilah dan Sirul Azhar, yang kedua-duanya dari Unit Tindakan Khas Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, dituduh membunuh Altantuya di lokasi antara Lot 12843 dan Lot 16735, Mukim Bukit Raja, Selangor antara jam 10 malam, 19 Oktober dan 1 pagi 20 Oktober tahun lalu.

Ketiga-tiga mereka didakwa dan boleh dihukum mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati jika disabitkan kesalahan.

Malaysiakini


KEZALIMAN TERUS SUBUR


32 ditahan kerana halang kerja meroboh rumah setinggan

Seramai 32 orang, termasuk tujuh aktivis, ditahan apabila cuba menghalang kerja-kerja meroboh kira-kira 300 rumah setinggan di Kampung Rimba Jaya di Klang pagi ini.

Beratus penduduk setinggan, bersama para aktivis, membuat benteng manusia seawal jam 8 pagi untuk menghalang pegawai dan anggota Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) merobohkan rumah mereka.

Apabila perundingan menemui jalan buntu, penduduk setinggan terbabit enggan meninggal tempat itu dan anggota Unit Simpanan Persekutuan(FRU) dikerahkan masuk ke situ.

Pihak polis menembak gas pemedih mata serta melepas tembakan meriam air ke arah orang ramai Terdapat dakwaan pihak polis menggunakan kekerasan yang melampau.

Dua belas daripada 285 rumah setinggan di situ kemudiannya dirobohkan walaupun ada kes mahkamah berhubung perkara itu yang dijadual didengar Mahkamah Persekutuan 14 Mac ini.


TAK HABIS-HABIS MEMBAZIRKAN DUIT RAKYAT


Kerajaan Islam Hadhari yang memerintah Malaysia hari ini sememangnya sebuah kerajaan yang tidak bertanggungjawab. Para pemimpin hanya mementingkan pembangunan sehingga apa yang dibangunkan oleh mereka tidak terancang dan tidak memberikan manfaat kepada rakyat.

Media melaporkan hari ini bahawa Datuk Seri Azmi Khalid terkejut besar dengan pembinaan sebuah jeti pelancongan berharga RM3.4 juta yang dibina di sebatang sungai yang paling tercemar di Asia di kuala Sungai Pinang di Pulau Pinang.

Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar itu menyifatkan projek itu sebagai ‘satu kesilapan dan pembaziran’.
Jeti sepanjang 250 meter itu yang dibina pada Februari 2006, siap Januari lepas dan mampu menempatkan 60 bot pelancong serta dicadangkan dimasukkan dalam buku Malaysia Book of Records sebagai jeti terapung terpanjang di Malaysia.

Disebabkan kedudukan jeti itu tidak sesuai dan berbau busuk, jeti pelancong itu kini ditukar menjadi jeti nelayan bagi mengelakkan ia menjadi ‘gajah putih’.

Mengulas mengenai sungai itu, Azmi berkata, ia mengandungi sisa toksik dan berada di tahap lima iaitu tahap air sungai beracun.

‘‘Projek yang seharusnya diutamakan di kawasan sungai itu ialah pembersihan air sungai terlebih dahulu dan bukannya projek pelancongan,’’ katanya yang membuat tinjauan di Sungai Pinang semalam.

Apa yang berlaku ialah kerja pembersihan dan pemulihan baru dimulakan di tahap satu iaitu kerja pengorekan.

‘‘Saya minta lain kali kalau mana-mana pihak yang nak buat projek, pegawainya mesti turun ke padang dan tengok kesesuaiannya supaya tidak membazir...janganlah buat kerana ada duit sahaja.

‘‘Bagaimana mahu membawa pelancong ke sini dengan keadaan sungai dan kawasannya yang berbau ‘harum’ sebegini,” katanya.


Turut hadir Pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Industri Asas Tani, Pembangunan Luar Bandar dan Tebatan Banjir negeri, Datuk Azhar Ibrahim

Azmi berharap, keadaan sungai itu akan bertambah baik sedikit masa lagi selepas fasa kedua kerja pemulihan dilaksanakan kerana ini penting untuk mengelakkan daripada infrastruktur yang disediakan terbiar begitu sahaja.

DATUK AZMI SEPATUTNYA SEDAR INILAH KERJA KERAJAAN ISLAM HADHARI YANG TURUT DIANGGOTAI OLEH BELIAU. KERJA MEREKA HANYA MEMIKIRKAN APAKAH PROJEK YANG BOLEH DIBUAT. MEREKA TIDAK MEMIKIRKAN APA KESAN KEPADA RAKYAT. PEMBAZIRAN TIDAK TERMASUK DALAM KAMUS HIDUP MEREKA. YANG PENTING ADA PROJEK.


Keahlian Unit Amal

Iklan

Artikel Menarik

A

 

Dewan Pemuda PAS Bukit Katil Hakcipta © 2011 Kredit Ubahsuai oleh Kijang59