Monday, 5 March 2007

MASIH INGATKAH ANDA KEPADA GAMBAR INI?


GAMBAR INI PERNAH MENJADI TOPIK HANGAT SUATU KETIKA DULU. MASIH INGATKAH ANDA KEPADA 'PELAKON-PELAKON' DALAM GAMBAR INI? MACAM KENAL JE .....



Diambil dari artikel THE INVENTOR OF ISLAM HADHARI DALAM laman web Malaysia Today


PROJEK MEMBAZIR JUTAAN RINGGIT BOLEH BUAT, SEKOLAH AGAMA HAMPIR RUNTUH DIBIARKAN


LAPORAN DI BAWAH MEMBUKTIKAN BAHAWA KERAJAAN ISLAM HADHARI TIDAK LANGSUNG MEMIKIRKAN KEPENTINGAN PENDIDIKAN AGAMA. SEKOLAH AGAMA KERAJAAN SENDIRI DIBIARKAN HAMPIR RUNTUH. WANG JUTAAN RINGGIT DIBAZIRKAN KEPADA PROGRAM YANG TIDAK BERFAEDAH.

PROGRAM-PROGRAM MAKSIAT DITAJA DAN DIBANTU. PENDIDIKAN AGAMA DIABAIKAN. SEKARANG SUDAH SAMPAINYA MASANYA RAKYAT TUKAR KERAJAAN. JANGAN TUNGGU LAMA-LAMA LAGI.


LAPORAN SEBUAH AKHBAR HARIAN DIPETIK DI BAWAH :
MELAKA: Ibarat ‘bom jangka’, itulah ungkapan yang menggambarkan bahaya dihadapi seramai 325 murid di Sekolah Rendah Agama Jabatan Agama Islam Melaka (Jaim) Khatib Hamid, Pulau Gadong, di sini, apabila terpaksa belajar di bangunan usang yang dikhuatiri runtuh pada bila-bila masa.

Ibu bapa pelajar resah apabila kelas dan kaki lima beranda di tingkat atas bangunan satu tingkat itu terdapat retakan serta lubang besar sehingga mendorong kelas itu dikosongkan sejak setahun lalu.

Terdapat tiga lubang di lantai berkenaan di mana yang paling besar adalah berdiameter kira-kira 0.3 meter serta dalamnya tujuh sentimeter.

Beberapa tembok bangunan yang mempunyai 12 kelas itu juga didapati mempunyai kesan retakan dan kini hanya ditampal.

Bukan itu sahaja, malah murid di sekolah berkenaan juga `diambang maut’ apabila siling di tingkat atas bangunan terbabit runtuh setiap kali ditiup angin kencang.

Perkara ini didedahkan oleh Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Klebang Besar, Mohd Yusof Abu Hassan, selepas aduan yang dibuat terhadap Majlis Agama Islam Melaka (Maim) itu masih menemui jalan buntu.

Menurut Mohd Yusof, beliau amat kesal berikutan pihak Maim masih gagal bertindak walaupun aduan sudah dibuat sejak dua tahun lalu.

Beliau berkata, sepanjang aduan dibuat, hanya bulan lalu pihak Maim datang ke sekolah bagi meneliti masalah itu dengan lebih dekat.

“Bagaimanapun, sehingga kini tiada sebarang tindakan segera diambil oleh pihak Maim bagi mengatasinya.

“Perkara ini perlu dipandang serius oleh pihak Maim, bukan setakat datang untuk melakukan siasatan sahaja.

“Malah, saya difahamkan sehingga kini tiada jawapan bertulis diterima daripada pihak Maim berhubung dengan masalah itu,” katanya kepada media selepas melawat sekolah itu semalam.

Mohd Yusof berkata, retakan dan lubang yang wujud itu berlaku di bahagian tiang konkrit yang juga asas kepada bangunan berkenaan.

Katanya, apabila ia tidak diatasi lambat laun retakan itu akan membesar dan lantai di situ berisiko untuk runtuh.

Beliau berkata, siling sangkut yang dipasang pada bahagian tingkat atas bangunan itu juga tidak sesuai berikutan ia bukan dilekat secara kekal.

“Berdasarkan aduan yang diterima, sudah lebih 12 keping siling bersaiz 60 x 120 sentimeter jatuh selepas ditiup angin kencang.

“Setakat ini tiada murid yang cedera terkena siling berkenaan, walaupun terdapat insiden baru-baru ini seorang murid hampir dihempap siling terbabit,” katanya.

Beliau berkata, disebabkan sebuah kelas di sekolah itu terpaksa dikosongkan, kini muridnya terpaksa berkongsi tempat belajar dengan kelas yang lain sehingga menimbulkan masalah kesesakan.

“Saya berharap pihak Jabatan Kerja Raya (JKR) ataupun Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) dapat memeriksa tahap keselamatan bangunan ini bagi menjamin nyawa murid-murid di sini,” katanya.


Hmetro.


TAMRIN MUSLIMAT MELAKA DAPAT SAMBUTAN MENGGALAKKAN



Tangjung Bidara : Tamrin Dewan Muslimat PAS Melaka yang dianjurkan bermula Sabtu hingga Ahad lalu berjaya mengumpulkan seramai 82 orang peserta seluruh negeri. Tamrin yang dianjurkan di Ismah Beach Resort, Pantai Padang Kamunting dekat sini di rasmikan oleh AJK Badan Perhubungan PAS Melaka, Ustaz Mohd Nor Omar.

Ketua Dewan Muslimat PAS Negeri Dr. Hajah Khatijah Jumangat ketika ditemui semalam melahirkan rasa syukur di atas sambutan yang sungguh menggalakkan tersebut.

"Insya Allah kita akan teruskan program sebegini dari masa ke semasa. Selain itu semangat yang ditunjukkan oleh para peserta serta bilangan

Antara pengisian Tamrin tersebut ialah Ceramah Motivasi, Ceramah Haraki, Sukaneka Ala 'Explorace' dan lain-lain. Ceramah-ceramah telah disampaikan antaranya oleh Ketua Dewan Ulama' PAS Negeri, Ustaz Zulkifli Ismail, Ustaz Adnan Sulaiman dan Ahli Motivasi, Drs Haji Mohd Azmi Mohd Shah.

Salah seorang peserta, Puan Mahani Osman 37, ketika ditemui melahirkan rasa bangga kerana dipilih untuk mengikuti program tersebut yang katanya jelas berjaya meningkatkan motivasi diri di dalam perjuangan dan pengurusan keluarga.


KOLAM TAKUNGAN HADAPI BANJIR : RAKYAT DI KAMPUNG DIBIARKAN?????



MELAKA : Sebuah tanah seluas 1.816 hektar bernilai RM8.53 juta telah diambil oleh Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) untuk melaksanakan kerja-kerja pembinaan kolam takungan banjir dianggarkan menelan kos RM100,000.

Kolam takungan banjir yang akan dibina di atas tanah di lot 97, kawasan Bandar V di Kampung Chetty, Jalan Gajah Berang di sini, dikatakan mampu mengatasi masalah banjir yang kerap melanda kawasan berkenaan.

Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam berkata, usaha itu akan dimulakan dengan kerja-kerja pengorekan tanah sebelum sistem perparitan yang baik diwujudkan.

"Kalau dilihat, projek penebatan banjir menggunakan kaedah kolam takungan akan diintegrasikan melalui pembinaan parit-parit konkrit sekitar kawasan berhampiran bersama pihak Jabatan Parit dan Saliran (JPS) Melaka.

"Oleh itu, limpahan air dari kawasan yang dikenalpasti akan disalurkan ke kolam takungan serta dapat membantu kawasan di sekitar Jalan Ong Kim Wee, Jalah Hang Tuah, Gajah Berang dan Tengkera yang sentiasa terdedah dengan masalah banjir kilat pada tahun sebelum ini," katanya ketika berucap di Majlis Pelancaran Kerja-kerja Pengorekan Kolam Takungan Banjir di Kampung Chetty dekat sini, petang semalam.

BAGAIMANA DENGAN BANJIR DI KAWASAN ALOR GAJAH, BATU BERENDAM DAN JASIN. TAKKAN TINDAKAN MEMBINA KOLAM TAKUNGAN AIR INI DILALUKAN DI KAWASAN BANDAR SAHAJA.

APAKAH ALI HANYA SAYANGKAN RAKYAT DI BANDAR SAHAJA. RAKYAT DI KAMPUNG MACAMANA?


LAGI KES MALANG MEMBABITKAN PELATIH PLKN : TPM MESTI LETAK JAWATAN



Bukit Katil : Dewan Pemuda PAS Kawasan Bukit Katil sekali menggesa Program Latihan Khidmat Negara mesti ditamatkan serta merta kerana jelas program ini gagal dikendalikan dengan baik dan selamat. Selain itu ianya jelas merugikan duit rakyat kerana program ini ternyata gagal melahirkan remaja yang berakhlaq dan cemerlang.

Ketua Dewan Pemuda PAS Kawasan Hj Salamat Aman dalam kenyataanya pagi ini juga menggesa Timbalan Perdana Menteri sebagai menteri bertanggungjawab untuk program ini; Pengerusi PLKN dan Ketua Pengarah PLKN meletakkan jawatan atas kecuaian dan malapetaka yang menimpa program ini.

"Kita tidak mahu melihat lagi muka-muka mereka ini yang jelas gagal mengendalikan program ini. Tangan-tangan kotor dan dosa mereka ini mesti dibasuhkan dengan meletakkan jawatan dan memohon maaf kepada keluarga yang terbabit" jelas Hj Salamat dengan serius.

"Sudah belasan orang pelatih meninggal dunia tetapi mereka masih hendak memegang jawatan tersebut, apakah mereka ini mabuk kuasa?" Soal Hj Salamat Aman.

Semalam media melaporkan bahawa seorang pelatih Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) dari Kem Teluk Rubiah, Manjung Perak lumpuh separuh badan dipercayai selepas menjalani senaman tekan tubi di kem itu pada 23 Februari lalu.

Asila Latin Husna Abdul Basir, 18, dari Pasir Mas yang merupakan pelatih Kumpulan 1 Siri 4/2007 pada awalnya dimasukkan ke Hospital Seri Manjung sebelum dirujuk ke Hospital Besar Ipoh, Perak.

Keluarga Asila meminta pihak pengurusan PLKN memindahkannya ke Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian, kelmarin, untuk memudahkan pengurusan dan penjagaannya.

Asila ketika ditemui di hospital hari ini memberitahu, dia membuat tekan tubi sebanyak 20 kali dan semasa bangun untuk memulakan larian, dia mendengar bunyi seakan tulang patah serta merasa amat sakit.

Kes-kes kematian yang sudah mencecah belasan orang, rogol, bergaduh, cedera dan sebagainya sudah cukup untuk membuktikan bahawa program ini dikendalikan dengan sambil lewa, tidak sistematik serta jelas ianya membahaya para pelatih.

Sudah sampai masanya PLKN ini ditamatkan jangan sampai ratusan pelatih mati atau cedera baru hendak bertindak. Rakyat tidak mahu duit yang digunakan untuk program dibazirkan sedangkan banyak lagi kemudahan dan prasana untuk rakyat diabaikan oleh kerajaan.


Nadiah Amirah peroleh 19 1A SPM 2006 : Tahniah dari DPP Bukit Katil



Keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2006 yang akan diumumkan pada 12 Mac ini dijangka menyaksikan satu lagi rekod baru dilakarkan apabila seorang pelajar perempuan dari sebuah sekolah di pekan Rengit dekat sini berjaya memperoleh 19 1A.

Pelajar pintar itu, Nadiah Amirah Jamil, 18, ialah penuntut Sekolah Menengah Kebangsaan Tun Sardon.

Berita kejayaan itu dibayangkan kepada Nadiah Amirah oleh pegawai Kementerian Pelajaran yang menghubunginya pada 24 Januari lalu bagi mendapatkan biodatanya.

Pengumuman kejayaan itu kelak, jika benar, akan memadamkan rekod Nur Amalina Che Bakri dari Sekolah Menengah Ulu Tiram dekat Johor Bahru yang mendapat 17 1A dalam SPM 2004.

DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN BUKIT KATIL MENGUCAPKAN TAHNIAH DI ATAS KEJAYAAN NADIAH AMIRAH.

SEPATUTNYA INDIVIDU-INDIVIDU SEPERTI INILAH YANG DIJADIKAN IDOLA DAN PANDUAN OLEH REMAJA BUKAN PARA ARTIS. MEDIA SEPATUTNYA MEMPROMOSI BERITA-BERITA SEPERTI BUKAN BERITA-BERITA MENGENAI PELAKON, PENYANYI DAN SEBAGAINYA


MASAMNYA DIA!!!!!



Awat Hang masam macam cuka Datuk. Senyum la sikit. Datuk belum dibuktikan bersalah lagi. Senyumlah...senyumlah...senyumlah ahai Datuk Johari..........

Laporan Utusan Malaysia Hari ini:-

1. Timbalan Menteri Keselamatan Dalam Negeri, Datuk Mohd. Johari Baharom hari ini mengaku membebaskan tiga penjenayah mengikut Ordinan Darurat, tetapi menafikan dakwaan beliau menerima sogokan sebanyak RM5 juta.

2. Timbalan Menteri itu mengulas kenyataan Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan kelmarin yang mengesahkan siasatan sedang dijalankan terhadap dakwaan seorang pemimpin politik yang menerima sogokan RM5 juta bagi membebaskan penjenayah yang ditahan mengikut Ordinan Darurat.

3. Musa berkata, penjenayah-penjenayah yang dikaitkan dengan pemimpin politik kanan tersebut dipercayai terlibat dengan beberapa salah laku seperti maksiat, pelacuran, gengsterisme, Ah Long dan peras ugut.


Keahlian Unit Amal

Iklan

Artikel Menarik

A

 

Dewan Pemuda PAS Bukit Katil Hakcipta © 2011 Kredit Ubahsuai oleh Kijang59