Saturday, 3 March 2007

KALAU DAH BERI TEMPAT TIDUR MAKNANYA TERLIBAT LAH TU : 'IDRIS BENGONG'


JERTIH : Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Idris Jusoh hari ini menafikan dakwaan bahawa kerajaan negeri terlibat secara langsung pada program Mesra Sokmo Cit Cat 7 anjuran Azwan Ali di negeri itu baru-baru ini.

Beliau kesal kerana perkara itu diputarbelitkan oleh pihak tertentu bagi menjatuhkan imej pemimpin di negeri ini.

“Kerajaan negeri hanya menyediakan kemudahan penginapan kepada rombongan itu, tidak lebih daripada itu manakala kos perbelanjaan mereka ditanggung oleh sebuah syarikat swasta,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Program Besut Prihatin di Kampung Nyiur Tujuh di sini semalam.

Difahamkan, sebelum ini ada pihak mendakwa bahawa kerajaan negeri memberikan sumbangan sebanyak RM1 juta bagi menjayakan program Mesra Cit Cat 7.

Idris berkata kerajaan tidak menghalang program hiburan yang dianjurkan dengan baik di negeri ini kerana kedatangan rombongan artis pada program Cit Cat itu bertujuan mempromosi Terengganu sebagai destinasi pelancongan.

“Kita menganggap rombongan Cit Cat (anjuran) Azwan Ali sebagai tetamu kerana beliau membawa bersama wartawan dari Kuala Lumpur untuk mempromosi Terengganu,” katanya.

Idris seterusnya meminta pihak tertentu supaya tidak mengelirukan rakyat dengan menyatakan kedatangan para artis dan selebriti itu atas jemputan atau perbelanjaan mereka ditanggung sepenuhnya oleh kerajaan negeri Terengganu.

KALAU DAH BERI TEMPAT TINGGAL MAKNANYA TERLIBAT LAH TU. JANGAN LAH NAK TIPU ORANG KAMPUNG PULAK.

KALAU MENGAKU TERLIBAT PUN APA MASALAHNYA SEBAB SEMUA ORANG KAMPUNG TAHU, ISLAM HADHARI MEMANG SUKA KEPADA PROGRAM HIBURAN DAN MAKSIAT SEPERTI INI.


Pemimpin politik terima sogokan RM5j disiasat : Jangan ada tangan yang mengacau penyiasatan ini


KUALA LUMPUR 3 Mac – Polis sedang menyiasat penglibatan seorang pemimpin politik kanan yang didakwa menerima sogokan RM5 juta kerana membebaskan beberapa penjenayah yang ditahan di bawah Ordinan Darurat.

Ketua Polis Negara (KPN), Tan Sri Musa Hassan ketika mengesahkan perkara itu kepada Utusan Malaysia berkata, penjenayah-penjenayah yang dikaitkan dengan pemimpin politik tersebut dipercayai terlibat dengan beberapa salah laku seperti maksiat, pelacuran, gengsterisme, Ah Long dan peras ugut.

‘‘Polis mula menyiasat perkara itu berdasarkan laporan dua buah laman blog tempatan yang menyiarkan kegiatan pemimpin politik kanan tersebut yang didakwa telah menerima sogokan berjumlah RM5 juta.

‘‘Siasatan akan dijalankan secara terperinci untuk memastikan sama ada dakwaan itu benar atau tidak,’’ katanya ketika dihubungi di sini semalam.

Menurut Musa, polis memandang serius perkara itu kerana dakwaan tersebut mengaitkan pemimpin kanan politik negara.

Justeru, kata Musa, polis telah meminta kerjasama daripada Badan Pencegah Rasuah (BPR) untuk meneliti tuduhan kedua-dua laman web tersebut.

Utusan Malaysia difahamkan sejak Januari tahun ini, polis telah menahan sekurang-kurangnya 300 orang dan 200 orang daripada mereka telah dirujuk untuk ditahan di bawah Ordinan Darurat.

KITA MENGHARAPKAN TIADA PIHAK YANG AKAN MELINDUNGI INDIVIDU YANG DISIASAT ATAU CUBA MENYELAMATKAN SI DIA ITU


Keahlian Unit Amal

Iklan

Artikel Menarik

A

 

Dewan Pemuda PAS Bukit Katil Hakcipta © 2011 Kredit Ubahsuai oleh Kijang59