Friday, 2 March 2007

PEJABAT AGUNG PAS TERSERGAM DI TENGAH KOTA



INILAH BANGUNAN PEJABAT AGUNG PAS YANG BARU YANG TERLETAK DITENGAH-TENGAH KOTA KUALA LUMPUR. IA MERUPAKAN SUATU MERCU TANDA PAS YANG BARU. ADALAH DIHARAPKAN IANYA JUGA AKAN MENJADI PUSAT KHIDMAT TERBAIK UNTUK RAKYAT.

GAMBAR BANGUNAN PAS IALAH YANG DIBULATKAN. GAMBAR IHSAN BLOG KETUA DPPNJ


BERITA MUKTAMAR : 4 KAWASAN AKAN DAPAT KETUA PEMUDA BARU


BUKIT KATIL : 4 Kawasan dalam Negeri Melaka bakal mendapat Ketua Dewan Pemuda yang baru iaitu Kawasan Bukit Katil, Tangga Batu, Masjid Tanah dan Kota Melaka. Ini kerana Ketua Pemuda bagi keempat-empat kawasan tersebut akan melepas umur 40 tahun iaitu had umur bagi Dewan Pemuda PAS.

Keempat-keempat Ketua Pemuda Kawasan iaitu Hj Salamat Aman - Bukit Katil; Hj Norazizan Nordin - Kota Melaka; Us Imran Rahman - Masjid Tanah; Us Nordin Dahan - Tangga Batu merupakan pemimpin-pemimpin pemuda yang banyak berjasa kepada gerakan kepemudaan di negeri ini. Keempat-empat mereka adalah orang penting dalam Dewan Pemuda Negeri Melaka.

Selain itu Dewan Pemuda Kawasan Jasin juga dikatakan akan mendapar ketua kerana Ketua Pemuda PAS Jasin sekarang iaitu Us Kamaruddin Sedik ingin menumpukan tugas beliau sebagai Ketua Dewan Pemuda Negeri yang disandang beliau sekarang.

Mesyuarat Agung Dewan Pemuda Kawasan-Kawasan akan diadakan tidak berapa lama lagi. Sekarang ini cawangan-cawangan PAS seluruh negara sedang rancak mengadakan mesyuarat agung masing-masing.


MAT SABU DAN MAHFUZ DI AYER MOLEK AHAD 4 MAC INI


Naib Presiden PAS, Hj Mohd Sabu dan AJK PAS Pusat, Hj Mahfuz Omar akan menyertai Program Bersama Rakyat di Ayer Molek Ahad bersamaan 4 Mac ini. Program ini akan bermula pada jam 8.30 pagi di mana acara perasmian akan di adakan di Perkarangan Warung Alternatif Ayer Molek.

Kedua-dua pemimpin Pusat tersebut akan melawat dan menyampaikan bantuan kepada rakyat di beberapa buah kampung di sekitar DUN Ayer Molek iaitu Kg Paya Dalam, Kg Bukit Lintang, Ayer Molek, Kandang dan lain-lain.

Setiausaha PAS Kawasan Bukit Katil, Hj Yassim Musa menyeru seluruh penduduk di sekitar Parlimen Bukit Katil agar hadir untuk memeriahkan program ini terutamanya pada majlis di Warung Alternatif, Ayer Molek pada jam 8.30 pagi Sabtu ini.

Pada sebelah malamnya pula, mereka akan berceramah di Pejabat PAS Masjid Tanah di Hujan Panas, Masjid Tanah.

Program ini adalah sebahagian dari Program Hari Penerangan PAS yang dianjurkan oleh PAS Pusat di seluruh negara.


KASIHAN MAHASISWA DIKONGKONG TAK HABIS-HABIS


PETALING JAYA: Gara-gara rombakan keseluruhan bahagian hal ehwal pelajar (HEP) Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Majlis Perwakilan Pelajar universiti itu hanya berjaya dibentuk setelah empat bulan pilihanraya kampus itu berakhir.

Selepas ia berjaya dibentuk penghujung Januari, MPP berdepan pula dengan kerenah birokrasi.

MPP bergelut dengan kerenah birokrasi UIAM

Presidennya Zulkhairi Mohd Salehudin, yang mengangkat sumpah pada 31 Jan lalu berkata, kelewatan itu menyebabkan program-program pelajar gagal dirancang dan isu-isu melibatkan kebajikan pelajar gagal ditangani dalam tempoh vakum itu.

Sementara timbalan presiden Azhani Elias berkata: "Kami hanya berjaya buat pengedaran topeng pernafasan kepada pelajar semasa jerebu walaupun kami masih belum diberi jawatan rasmi.


Pemimpin pelajar UIAM yang menyertai sesi perbincangan dengan mStar Online semalam, dari kiri Muhammad Shukri Abd Razak (pengerusi sekretariat kebajikan), Zulkhairi Mohd Salehudin (presiden), Azhani Elias (timbalan presiden) dan Noor Farah Ziela Mohamed Nasaruddin (ketua setiausaha).

"Pengedaran itu terpaksa kami lakukan memandangkan perkara itu serius dan boleh menjejaskan kesihatan pelajar."

PERKARA DI ATAS TERJADI HANYA KERANA SATU SEBAB IAITU PEMIMPIN-PEMIMPIN MPP ITU ADALAH BUKAN DARI KALANGAN YANG DITAJA OLEH PENTADBIR UIA DAN ISLAM HADHARI.

PRINSIP ISLAM HADHARI IAITU MAHU MELAHIRKAN RAKYAT YANG MERDEKA JUGA DI'LACUR'KAN OLEH PENDOKONG ISLAM HADHARI SENDIRI


Gambar : Beberapa orang pemimpin MPP UIA

Laporan asal dipetik dari Mstar


BN KELANTAN JANJI PERTINGKAT SYIAR ISLAM : SATU JANJI YANG MENGGELIKAN HATI


KOTA BHARU : Barisan Nasional (BN) berjanji akan melaksanakan dasar keislaman yang lebih baik daripada kerajaan Pas Kelantan jika rakyat memberi mandat dalam pilihan raya akan datang.

Pengerusi BN Kelantan, Datuk Seri Annuar Musa menegaskan, BN mahu menjadikan Kelantan sebagai contoh pusat perkembangan Islam menerusi usaha meninggikan syiar agama itu dalam pelbagai bidang.

INI MERUPAKAN SATU JANJI YANG MENGGELIKAN HATI KERANA SEMUA ORANG TAHU SIAPA PEMIMPIN BN DAN APA DASAR BN. TAK PAYAH LAH ANNUAR MUSA BERJANJI DAN 'MENJUAL DIRI' UNTUK MENONJOLKAN DIRI BAHAWA BN 'LEBIH ISLAMIK' DARI PAS.

SEMUA ORANG TAHU BILA BN MENGAMBILALIH TERENGGANU DARI PAS KADAR MAKSIAT BERTAMBAH; PUSAT JUDI DAN PUSAT HIBURAN BERCAMBAH KEMBALI BAGAI CENDAWAN LEPAS HUJAN; PROGRAM MAKSIAT SEPERTI KONSERT HIBURAN SEMAKIN SUBUR; PUSAT PENGAJIAN KEPUNYAAN NEGERI 'DIWAQAFKAN'KEPADA KERAJAAN PUSAT; PROJEK-PROJEK DIBOLOT OLEH ORANG-ORANG TERTENTU SAHAJA DAN BERMACAM-MACAM LAGI.

APAKAH RAKYAT KELANTAN INGIN MENGGADAIKAN PRINSIP MEREKA HANYA KERANA JANJI-JANJI MANIS ANNUAR MUSA. DALIL YANG SENANG UNTUK MENANGKIS JANJI INI IALAH DENGAN MELIHAT NEGERI-NEGERI BN SEKARANG. ADAKAH SYIAR ISLAM DI NEGERI-NEGERI TERSEBUT LEBIH HEBAT DARI KELANTAN. JAWAPANNYA SUDAH TENTU TIDAK.

OLEH ITU WAHAI RAKYAT KELANTAN, TEPUK DADA TANYA IMAN.


KES ZULKIPLI : PAK LAH CAKAP TAK SERUPA BIKIN



Sewaktu di awal pemerintahan beliau, Imam Al Hadhari ini berkata bahawa beliau begitu bersungguh-sungguh untuk membenteras rasuah. Tetapi selepas 3 tahun lebih menjadi Perdana Menteri kata-kata umpama menanam tebu di bibir mulut.

Paling baru adalah kes Ketua Pengarah BPR, Zulkipli Mohd Nor yang didakwa terlibat dengan salah laku dan mempunyai harta lebih dari pendapatannya. Timbul persoalan sekarang apakah Pak Lah benar-benar serius untuk menangani rasuah sedangkan orang yang beliau lantik untuk membenteras rasuah itu sendiri dipertikaikan kewibawaannya.


Seterusnya rakyat juga mempersoalkan kesungguhan Imam Al Hadhari dalam menangani rasuah kerana sehingga ini, beliau sedikitpun tidak membuat komen tentang dakwaan terhadap orang kuat BPR ini. Apakah Pak Lah baru sedar bahawa beliau tersilap melantik Zulkipli atau apakah Pak Lah masih berfikir (Gambar Pak Lah tengah fikir) macamana hendak mempertahankan ZUlkipli. Atau Pak Lah akan menggunakan 'senjata' tradisional beliau iaitu SAYA TIDAK TAHU.

Harakahdaily semalam menyiarkan laporan di bawah :-

Dalam jangka masa dua hari sahaja, media-media arus perdana mensensasikan laporan 'skandal' membabitkan Ketua Pengaah Badan Pencegah Rasuah (BPR), Dato' Zulkipli Mat Noor sekaligus mengundang kenyataan balas dari Pejabat Peguam Negara dan Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan.

Namun, pihak yang paling layak untuk memberi kenyataan dan mengambil sebarang keputusan berhubung dakwaan ke atas Zulkipli iaitu Perdana Menteri, Dato'Seri Abdullah Ahmad Badawi masih berdiam diri kerana seperti biasa PM dengan sikap membisunya.

PM adalah antara orang yang terbabit dalam menentukan kedudukan Zulkipli sebagai Ketua Pengarah BPR kerana lantikan jawatan itu terus kepada PM kerana BPR itu sendiri di bawah bidang kuasa Jabatan Perdana Menteri.

Kontraknya yang disambung sebanyak dua kali oleh bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohammad dan PM hari ini menimbulkan kecurigaan kerana individu yang dilantik sebagai Ketua Pengarah BPR itu dikatakan memiliki beberapa laporan salah laku, kata Pengerusi Gerakan Demokrasi dan Anti Korupsi (Gerak), Ezam Mohd Noor.

Ezam yang dihubungi Harakahdaily hari ini mengecam sikap berdiam diri PM tatkala isu ini sedang hangat diperkatakan, dan tindakan itu menimbulkan kecurigaan memandangkan beberapa laporan yang dibuat Gerak terhadap PM dan Tun Mahathir tentang keterlibatan dua pemimpin ini dalam pengagihan kontrak kepada anak menantu masih tidak disiasat oleh Zulkipli


Keahlian Unit Amal

Iklan

Artikel Menarik

A

 

Dewan Pemuda PAS Bukit Katil Hakcipta © 2011 Kredit Ubahsuai oleh Kijang59