Thursday, 1 March 2007

PUJIAN AMERIKA KEPADA ISLAM HADHARI : APA MAKNANYA?


KUALA LUMPUR : Semalam Amerika Syarikat (AS) memuji Malaysia dengan mengatakan kisah kejayaan Malaysia di dunia Islam memberi gambaran jelas bahawa Islam mampu memainkan peranan sebagai pemimpin pelbagai tamadun dunia seperti yang pernah dilakukannya satu ketika dahulu.

Bercakap dalam satu majlis perbincangan intelektual, Duta AS ke Malaysia Christopher J.LaFleur berkata bahawa Malaysia adalah satu kisah kejayaan di Asia Tenggara dan juga satu kisah kejayaan di dunia Islam.


Katanya pencapaian ekonomi dan sosial negara ini dan tradisi berbilang agamanya menyerlah di kalangan negara-negara majoriti penduduknya beragama Islam.

PUJIAN AMERIKA INI JELAS MENUNJUKKAN BAHAWA MALAYSIA MERUPAKAN SEKUTU KUAT NEGARA JAHANAM AMERIKA YANG TERKENAL MEMUSUHI ISLAM. PUJIAN INI JUGA MEMBUKTIKAN BAHAWA ISLAM HADHARI ADALAH DI'REDHAI' OLEH AMERIKA.

MANA MUNGKIN AMERIKA MEMUJI SEBUAH NEGARA ISLAM TULEN YANG DILIHAT SERING BERTELAGAH DENGAN AMERIKA.

IMAM AL HADHARI TIDAK PERLU BERSELINDUNG LAGI KERANA SEMUA ORANG TAHU ISLAM HADHARI ADALAH TAJAAN AMERIKA SAMA SEPERTI ISLAM MODERATE, ISLAM LIBERAL, ISLAM SEKULAR YANG JELAS TERPESONG DARI ISLAM SEBENAR.


"Saya percaya Malaysia sebagai contoh (kisah kejayaan di dunia Islam) menunjukkan dengan jelas bahawa Islam mampu menerajui semula peranan sebagai pemimpin yang pernah dimainkannya di kalangan tamadun dunia," kata J.LaFleur yang membukti mereka begitu senang hati dengan Imam Al Hadhari yang jelas sering mengikut telunjuk Amerika.

Duta AS itu berucap pada seminar bertajuk "AS dan Malaysia pada 2007: Fokus Kepada Hubungan Politik-Ekonomi-Perdagangan Kita" di Universiti Putra Malaysia (UPM), Serdang. Acara itu dianjurkan oleh Fakulti Ekologi Manusia UPM dan dihadiri oleh pelajar, pensyarah dan ahli akademik.

Mengenang kembali hubungan Washington-Kuala Lumpur yang telah lama terjalin, LaFleur berkata bahawa AS menyokong kemerdekaan Malaysia daripada Britain kira-kira 50 tahun lalu dan ialah antara negara pertama yang mengiktiraf negara baru itu pada masa itu dan juga menyokong Malaysia semasa "Konfrontasi" dengan Indonesia.


UMNO PATUT REBUT KERUSI KETUA MENTERI BUKAN KERUSI PARLIMEN PERMATANG PAUH


UMNO PATUT TUMPU USAHA UNTUK DAPAT KEMBALI KERUSI KETUA MENTERI BUKAN RAMPAS PARLIMEN PERMATANG PAUH.Itulah reaksi spontan Timbalan Yang Dipertua PAS Kawasan Bukit Katil ketika diminta memberikan komen tentang laporan media bahawa Umno sedang berusaha untuk merampas kerusi Parlimen Permatang Pauh dari tangan Parti KeADILan Rakyat (PKR).


Laporan itu menyebut bahawa Umno bahagian Permatang Pauh telah melantik tiga pengerusi bagi menggerakkan jentera pilihan raya demi merebut kembali kerusi parlimen kawasan itu daripada presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Pengerusi Umno bahagian Datuk Abdul Jalil Abd Majid berkata setiap pengerusi itu akan memimpin tiga kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) dalam parlimen tersebut -- Seberang Jaya, Penanti and Permatang Pasir.

Jentera pilihan raya kawasan tersebut dibentuk sejak dua bulan lepas.

"Kita sudah memulakan kerja awal secara kecil-kecilan dan akan menggerakkan sepenuhnya pada April," katanya selepas melancarkan sambutan Hari Perancis di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Pulau Pinang semalam.

Dr Wan Azizah memenangi kerusi Parlimen Permatang Puah pada 1999 dan 2004 sebagai menggantikan suaminya, dan juga bekas timbalan perdana menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mewakili kerusi Parlimen tersebut sejak 1982 (atas tiket Barisan Nasional).

LUPAKAN HASRAT ITU WAHAI UMNO. APA YANG LEBIH PENTING KERUSI KETUA MENTERI PULAU PINANG MESTI DIREBUT KEMBALI OLEH UMNO DARI PARTI GERAKAN KERANA UMNO MEMPUNYAI KERUSI MAJORITI DALAM DEWAN UNDANGAN NEGERI PULAU PINANG.

NEGERI IMAM AL HADHARI SENDIRI PUN DISERAHKAN KEPADA 'ORANG LAIN'. LEMBIK BETULLAH IMAM AL HADHARI NI


KEM PLKN JADI LEMBAH MAUT?


DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN BUKIT KATIL MENGGESA PROGRAM LATIHAN KHIDMAT NEGARA DITAMATKAN SERTA MERTA KERANA IANYA JELAS TIDAK SELAMAT DAN TIDAK MEMBERIKAN KESAN KEPADA AKHLAQ, PERIBADI DAN KETAQWAAN PELATIHNYA.

DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN JUGA MENEGASKAN BAHAWA SURUHANJAYA DIRAJA MESTI DIBENTUK UNTUK MENYIASAT SEMUA KES YANG BERLAKU YANG MELIBATKAN KEMATIAN, JENAYAH, SALAH LAKU DAN SEBAGAINYA. SEMUA YANG TERLIBAT DAN BERSALAH SAMADA MENTERI, PENGERUSI, PEGAWAI, PELATIH DAN SESIAPA SAHAJA MESTI DIDAKWA.


Sudah berbelas orang pelatih PLKN mati semasa menjalani latihan tersebut. Namun belum nampak gerak geri bahawa program yang dipertikaikan rasional diadakan itu masih diteruskan oleh kerajaan. Atas dasar apa kita pun merasa sangsi. Kem-kem PLKN ini seolah-olah menjadi lembah maut kepada pelatih.
Semalam seorang lagi pelatih menjadi mangsa. Tidak sampai 2 bulan lepas seorang pelatih mati di Kem Ayer Keroh. Belum pun kering air mata keluarga si mati semalam satu keluarga turut mengalami nasib yang sama. Bilakah perkara ini akan berakhir.?

Media melaporkan bahawa Seorang pelatih perempuan Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) dari Kem Kisana Beach Resort dekat Pasir Putih mati selepas tergelincir di dalam tandas ketika menjalani latihan di Hutan Lipur Jeram Linang dekat Pasir Putih awal semalam.

Prema Elenchelian (Gambar), 18, dikatakan tergelincir lalu tersembam ke lantai yang ditakungi air sebelum ditemui oleh rakannya dalam keadaan tidak sedarkan diri kira-kira pukul 2.30 pagi.

Ketua Pengarah Jabatan Latihan Khidmat Negara (JLKN), Abdul Hadi Awang Kechil berkata, mangsa yang berasal dari Batu 9, Cheras, Selangor dipercayai pergi ke tandas seorang diri.

“Rakan mangsa kemudian memanggil jurulatih yang bergegas menghantar mangsa ke Hospital Tengku Anis di sini untuk menerima rawatan namun disahkan meninggal dunia kira-kira sejam kemudian,” katanya ketika ditemui pemberita di tempat kejadian di Pasir Putih semalam.

Turut hadir ialah Komander PLKN Kem Kisana Beach Resort, Mejar Zulkarnain Abdullah dan Komander PLKN Kem Cancun Park di Pasir Mas, Leftenan Kolonel Che Bakar Mohd. Arifin dan bapa mangsa, R. Elenchelian, 44.


Menurut Abdul Hadi, hasil bedah siasat mendapati mangsa yang pernah diserang sawan itu tidak dapat bernafas akibat tertelan banyak air yang bertakung di dalam tandas tersebut.

Abdul Hadi memberitahu, mangsa merupakan salah seorang pelatih kumpulan 1 siri keempat bagi tahun ini yang ditempatkan di Kem Kisana Beach Resort di sini bersama 401 pelatih lain termasuk 218 perempuan.

Semua pelatih dihantar ke Hutan Lipur Jeram Linang sejak semalam bertujuan meneruskan latihan Wira Jaya meliputi membaca peta dan aktiviti lasak untuk meningkatkan keyakinan diri di samping memupuk kerjasama di kalangan mereka.

Abdul Hadi memberitahu, pihaknya turut menyerahkan RM3,000 kepada keluarga untuk urusan pengkebumian manakala Ahli Dewan Undangan Limbongan PAS, Drs. Zainuddin Awang Hamat menyumbang RM500.

Sumbangan awal itu sebahagian daripada pampasan insurans berjumlah RM35,000 yang akan diterima waris pelatih kelak.

Abdul Hadi berkata, pihak JLKN akan meneruskan latihan Wira Jaya yang akan dipantau dari semasa ke semasa bagi mengelakkan berlakunya kejadian yang tidak diingini.

“Kami tidak berhasrat untuk membatalkan program yang diperkenalkan sejak 2004 ini kerana semua program yang dilaksanakan memberi impak besar kepada semua pelatih,” katanya.


ZULKIPLI DIGESA LETAK JAWATAN


BUKIT KATIL: Ketua Pengarah BPR, Datuk Seri Zulkipli Mohd Nor digesa meletakkan jawatan serta merta berikutan dakwaan salah laku dan rasuah dan pemilikan harta yang tidak sepadan dengan pendapatannya. Dakwaan itu yang dibuat oleh bekas Pengarah BPR Sabah, Mohamad Ramli Manan.

Gesaan ini dibuat oleh Setiausaha Penerangan PAS Kawasan Bukit Katil, Hamzah Eusof di sini pagi ini.

"Sebagai peneraju BPR sepatutnya Zulkipli bertanggungjawab mempertahankan integriti BPR dan meletakkan jawatannya sebagai bukti bahawa BPR bersih dari sebarang dakwaan yang begini." kata Hamzah.

"Malah Imam Al Hadhari, Pak Lah sendiri sepatutnya tidak melantik orang yang pernah di dakwa melakukan kesalahan sebagai Ketua Pengarah BPR. Apakah Pak Lah tidak tahu Zulkipli pernah disiasat kerana laporan polis yang dibuat oleh seorang wanita yang ketika itu berusia 42 tahun yang mendakwa dipukul oleh Zulkipli ekoran beliau menolak untuk melakukan hubungan seks" tambah Hamzah.

"Ramai lagi calon-calon yang berkaliber dan bersih yang boleh dilantik untuk memegang jawatan itu, mengapa Pak Lah masih mahu melantik Zulkipli. Nampak sangat laungan untuk membenteras rasuah dan penyelewengan oleh Pak Lah adalah omongan kosong apatah dengan perlantikan Zulkipli ini" jelas Hamzah panjang lebar.

Sementara itu Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan semalam berkata, kertas siasatan melibatkan Ketua Pengarah Badan Pencegah Rasuah, Datuk Seri Zulkipli Mat Noor yang dibuka 10 tahun lalu diserahkan semula kepada pejabat Peguam Negara semalam.

Musa memberitahu media, kertas siasatan itu berupa laporan polis yang dibuat oleh seorang ahli perniagaan wanita pada Julai 1997 di Balai Polis Cheras.

“Dalam laporan polis yang dibuat, wanita berkenaan yang ketika itu berusia 42 tahun mendakwa dipukul oleh Zulkipli ekoran beliau menolak untuk melakukan hubungan seks.

“Polis telah menyoal siasat semua pihak pada waktu itu termasuk pengadu yang mendakwa teman wanita Zulkipli dan beberapa saksi. Kes itu kemudian dianggap telah selesai,” katanya di Kuala Lumpur semalam.

Ditanya apa yang dimaksudkan dengan ‘selesai’, Musa berkata: “Itu kena tanya Peguam Negara.

“Disebabkan kes itu ditimbulkan semula maka kita telah mengambil dan menyerahkan kertas siasatan tersebut kepada Peguam Negara untuk diteliti.

“Saya telah berjumpa dengan Peguam Negara pagi ini di pejabatnya bagi menyerahkan semula kertas siasatan itu untuk kegunaan beliau,” jelas beliau.

Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail gagal dihubungi untuk mendapatkan reaksinya.

Isu mengenai dakwaan itu ditimbulkan oleh sebuah pergerakan dikenali sebagai Gerakan Demokrasi dan Anti Korupsi (Gerak) melalui satu laman blog tempatan semalam. Dakwaan itu kemudian dipetik sebuah akhbar tempatan semalam.

Semasa laporan itu dibuat Zulkipli adalah bekas Ketua Polis Johor. Beliau memegang jawatan sebagai Ketua Pengarah BPR pada 2001. Perkhidmatan beliau disambung secara pinjaman sebanyak tiga kali. Tarikh akhirnya di pejabat, difahamkan, ialah pada akhir Mac ini.

Sebelum menjawat jawatan dalam badan itu beliau adalah Ketua Polis Sarawak.

Menurut ketua polis negara itu lagi, pihaknya kini menunggu arahan selanjutnya daripada Peguam Negara berhubung kes itu.

“Terpulanglah kepada Peguam Negara (untuk tindakan seterusnya),” katanya.

Mengulas lanjut, Musa memberitahu, tiada laporan polis dibuat oleh mana-mana pihak berhubung kegiatan rasuah dan jenayah seksual yang dilakukan oleh Zulkipli.

Ditanya mengenai dakwaan bekas Pengarah BPR Sabah, Mohamad Ramli Manan bahawa Zulkipli memiliki harta yang tidak sepadan dengan sumber pendapatannya selain terbabit dalam aktiviti tidak bermoral dan aktiviti jenayah, Musa berkata, itu merupakan satu tuduhan baru.

“Jika ada laporan polis, kita akan siasat. Dalam kes ini, polis perlu meneliti sama ada perlu siasatan baru atau tidak,” jelasnya.

ZAMAN PAK LAH KETUA PENGARAH BPR PUN DIDAKWA AMAL RASUAH DAN SALAH LAKU. MEMANG CACA MARBA DI ZAMAN ISLAM HADHARI INI.


Keahlian Unit Amal

Iklan

Artikel Menarik

A

 

Dewan Pemuda PAS Bukit Katil Hakcipta © 2011 Kredit Ubahsuai oleh Kijang59