Tuesday, 27 February 2007

MANGSA BANJIR AMBIL WANG EHSAN LEBIH DARI RM200 : PEMUDA DESAK BPR SIASAT


BUKIT KATIL : Ketua Dewan Pemuda PAS Kawasan, Hj Salamat Aman mendesak Badan Pencegah Rasuah (BPR) menyiasat isu pemberian wang ehsan bantuan banjir yang didakwa lebih dari jumlah mangsa banjir sebenarnya.

Dalam kenyataannya kepada blog ini pagi ini, Hj Salamat menyatakan bahawa kerajaan ini gagal menangani krisis banjir di negeri ini samada dari segi penempatan mangsa banjir, kebajikan mangsa banjir sehinggalah kepada pengurusan bantuan wang ehsan banjir.

Apa yang lebih malang katanya, bilangan penerima wang ehsan banjir berjumlah RM200 melebihi dari bilangan sebenar mangsa banjir.

"Kita bimbang adanya unsur-unsur penipuan dan penyelewangan dalam urusan pemberian wang ehsan ini" katanya.

"Perkara ini juga membuktikan bahawa Kerajaan Islam Hadhari Negeri Melaka amat lemah dalam pengurusan kewangan. Urusan yang mudah sebegini pun mereka tak dapat kendalikan dengan baik, sebab itulah hutang negeri Melaka semakin meningkat" tambah Hj Salamat.

Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam baru-baru ini mengakui bahawa seramai 3,492 orang mangsa banjir di negeri ini dikenalpasti mengambil lebih daripada RM200 wang ehsan sumbangan kerajaan negeri.

Ali terpaksa membuka pekung di dada sendiri apabila mengakui bahawa hanya seramai 16,347 keluarga di negeri ini yang direkodkan terlibat bencana banjir baru-baru ini.

Bagaimanapun beliau berkata bahawa seramai 19,839 keluarga menerima wang ehsan tersebut dan ia menunjukkan ada diantara mereka yang mengambil lebih daripada RM200 yang diperuntukkan.


HATI-HATI DENGAN PELABURAN INTERNET


SC Beri Amaran Pada Pelabur Berhubung Skim Pelaburan Internet Cambridge, YANG LEBIH PENTING PELABURAN DI INTERNET TIDAK DIKETAHUI HALAL KE HARAM

KUALA LUMPUR, 26 Feb (Bernama) -- Suruhanjaya Sekuriti (SC) membekukan dua akaun bank Malaysia berjumlah RM1.6 juta, menutup dua laman web dan menyoal siasat beberapa individu yang dipercayai terbabit dengan skim penipuan pelaburan Internet global yang dikendalikan Cambridge Capital Trading.

Dalam satu kenyataan hari ini, suruhanjaya itu berkata ia telah menjalankan siasatan atas kemungkinan berlakunya pelanggaran Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram 2001 (AMLA).

Ia dicetuskan oleh permintaan bantuan daripada Lembaga Perkhidmatan Kewangan Dubai (DFSA), yang menjalankan penyiasatannya sendiri mengenai skim itu.

Siasatan oleh SC membawa kepada perintah sekatan atas penanda tangan dua akaun bank di Malaysia, yang dikaitkan dengan skim Internet itu, daripada apa-apa urusan dengan akaun bank itu.

SC juga mendapatkan bantuan Pusat Keselamatan dan Tidak Balas Kecemasan (NISER) untuk menutup dua laman web yang dikaitkan dengan Cambridge Capital Trading yang dihoskan oleh oleh sebuah Penyedia Perkhidmatan Internet (ISP) di Malaysia.

SC memberi amaran kepada para pelabur mengenai skim pelaburan penipuan yang dikendalikan Cambridge Capital Trading, yang sehingga kini menyasarkan pelabur dari Australia dan Singapura.

Pengendali skim itu telah membuat panggilan rambang kepada orang ramai untuk mempelawa mereka melabur dalam sebilangan produk yang didakwa didagangkan di Bursa Opsyen Dubai.

SC mengingatkan orang ramai supaya berhati-hati dengan panggilan yang dibuat daripada Cambridge Capital Trading.

Mereka dinasihatkan supaya berwaspada dengan panggilan rambang daripada Cambridge Capital Trading dan laman web Bursa Opsyen Dubai, www.cambridgecapitaltrading.com dan www.dubaiex.com, yang masih boleh diakses memandangkan ia kini dihoskan oleh ISP asing.

Ia juga mengingatkan mengenai pautan laman web palsu ketiga kepada Cambridge Capital Trading, iaitu United Arab Emirates Commodity Futures Board atau www.uaecfb.com.

Orang ramai dinasihatkan supaya memaklumkan kepada SC secepat mungkin sekiranya mereka menerima panggilan rambang itu dengan menghubungi Jabatan Pengaduan SC di talian +603-6204 8999 Faks: +603-6204 8991 E-mel: aduan@seccom.com.my

Orang ramai adalah diminta supaya berhati-hati terhadap kemungkinan skim penipuan pelaburan Internet dan hanya melabur melalui pihak yang diberikan lesen oleh SC.

Mereka hendaklah menyemak dengan SC atau pihak berkuasa berkaitan lain mengenai status pelesenan mana-mana syarikat tempatan atau asing sebelum melabur melalui syarikat itu.


LAGI BUKTI PILIHANRAYA KIAN HAMPIR


Ahli lama PAS kecewa, sertai Umno - TAKTIK TRADISIONAL UMNO MENJELANG PILIHANRAYA UMUM BERMULA

JERTIH: Seramai 133 anggota PAS dari beberapa buah kampung di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Hulu Besut mengisytiharkan keluar daripada parti itu dan menyertai Umno secara beramai-ramai dalam satu majlis di Kampung Hutan Nangka, dekat sini.

Kesemua bekas anggota PAS itu yang terdiri daripada penduduk Kampung Kayu Kelat, Cerang Meliling, Hutan Nangka dan Kubang Depu menyerahkan borang keanggotaan Umno masing-masing kepada Menteri Besar Datuk Seri Idris Jusoh malam tadi.

Depu sebelum ini merupakan kubu kuat PAS Besut.

Penyerahan borang keanggotaan Umno telah disampaikan bekas Ketua PAS Cawangan Cerang Meliling, Zakaria Said, 61, dan bekas Pengerusi Jawatankuasa Syura Rakyat (JSR) Ibrahim Said, 54, dari cawangan Kayu Kelat.

Zakaria berkata mereka mengambil keputusan menyertai Umno kerana bosan dengan janji PAS, yang masih tidak mampu membawa perubahan sama ada daripada segi pembangunan mahu pun terhadap agama Islam.

"Kita selama ini tertipu dan banyak terpedaya oleh perbuatan pemimpin PAS yang lebih banyak bercakap daripada mengotakan janji," katanya.

Zakaria yang lebih 40 tahun berada dalam PAS tidak menyesal dengan tindakan mereka kerana yakin Umno boleh membawa perubahan kepada bangsa, agama dan negara.

Ibrahim berkata mereka tertarik untuk menyertai Umno kerana parti itu terbukti banyak menunaikan janji daripada bercakap kosong.

Beliau yang telah 30 tahun menyertai PAS, yakin Malaysia akan aman, maju dan makmur jika Umno terus memimpin negara berbanding pemimpin PAS yang hanya tahu untuk hidup senang dan membiarkan pengikutnya miskin.

Sementara itu, Idris berkata lebih banyak anggota PAS Besut akan menyertai Umno melalui program Selamat Tinggal PAS (STP) yang dianjurkan pihaknya dalam sedikit masa lagi.

Sebelum ini, katanya majlis yang sama telah diadakan di Kampung Raja dan Kuala Besut yang membabitkan kemasukan anggota PAS ke dalam Umno melebihi 300 orang.

dari thestar


SATU LAGI PROGRAM 'MENGUNDANG' BALA DI JOHOR


Konsert Search untuk mangsa bah 10 Mac

JOHOR BARU: Sebagai tanda simpati terhadap ribuan rakyat Johor yang dilanda bencana banjir baru-baru ini, kumpulan rock Search akan mengadakan konsert bagi mengumpul wang untuk disumbangkan kepada mereka.

Konsert yang akan berlangsung di Stadium Majlis Bandaraya Johor Baru itu akan diadakan pada 10 Mac, mulai pukul 8.30 malam.

Bertemakan "Konsert Search... Selepas Banjir" anjuran Bidara Megah Sdn Bhd dan Rizh Management, konsert kumpulan rock terkenal tanah air itu dijangka dihadiri kira-kira 6,000 penonton.

Amy, selaku vokalis kumpulan itu, berkata beliau terpanggil untuk mengadakan konsert itu selepas membantu mangsa banjir di kawasan Seri Medan, Batu Pahat, baru-baru ini.

"Selepas melihat keadaan mereka, kita rasa bertanggungjawab untuk mengumpul wang dan kita sedar untuk memulihkan kehidupan yang terjejas bukan senang dan ia mungkin mengambil masa antara enam bulan hingga setahun," katanya yang merupakan anak jati Johor kepada pemberita mengenai konsert itu di sini hari ini.

Amy, yang turut ditemani anggota-anggota lain kumpulan itu Hillary dan Yazid, berkata tiga hari sebelum berlangsungnya konsert, pihaknya akan meletakkan tiga buah kontena di stadium dan orang ramai yang ingin memberi sebarang sumbangan barang keperluan boleh meletakkannya dalam kontena itu sebelum barangan itu diedarkan selepas konsert.

"Kita yakin konsert ini mendapat sambutan yang hangat selepas konsert pada 2004 dan tentunya ramai peminat Search dahagakan lagu-lagu baru dan lama kami," katanya.

DALAM ISLAM HADHARI SEMUA BOLEH.

INILAH CARA ISLAM HADHARI UNTUK MENDAPATKAN WANG BANGI MEMBANTU MANGSA YANG DITIMPA MUSIBAH DAN BALA ALLAH. ALLAH MEMBERIKAN PENRINGATAN KEPADA RAKYAT SUPAYA BERMUHASABAH ATAS KEJADIAN BANJIR TERSEBUT. TETAPI LEPAS BANJIR SURUT RAKYAT DIHIDANGKAN PULA DENGAN PROGRAM MAKSIAT.

SEPATUTNYA KERAJAAN MENGGALAKKAN RAKYATNYA BERAMAL DAN MEMBUAT POST MORTEM MUNGKIN ADA TINDAKAN DAN PERANGAI KITA SEMUA YANG DIMURKAI ALLAH.

ADUHAI PEMIMPIN ISLAM HADHARI BILA NAK INSAF. NOH GADUT BUAT APA????? TAKKAN SENYAP JE.


LAGI BUKTI SISTEM PENDIDIKAN ISLAM HADHARI GAGAL LAHIRKAN INSAN BERAKHLAQ MULIA


Ramai pelajar perempuan bermasalah lakukan seks: Kajian

KUALA LUMPUR: Sungguh mengejutkan apabila kajian seorang akademik tempatan mendapati kesemua 887 pelajar perempuan yang dikategorikan sebagai "berisiko tinggi" yang menuntut di sekolah menengah di sebuah negeri kecuali seorang, mengaku pernah melakukan hubungan seks.

Penemuan yang amat membimbangkan itu kerana menunjukkan kemerosotan mendadak nilai moral remaja perempuan di negara ini dibuat oleh Pakar Psikologi Kanak-kanak dan Remaja dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Dr Khaidzir Ismail melalui "Kajian Profil Remaja Perempuan Risiko Tinggi" terhadap remaja perempuan berisiko tinggi atau bermasalah.

Mereka yang berisiko tinggi itu terdiri daripada kalangan pelajar perempuan yang mempunyai masalah disiplin seperti kerap ponteng sekolah, melawan cakap guru dan sering melakukan salah laku lain serta berlatarbelakangkan keluarga yang bermasalah.

Melalui kajian selama tiga bulan yang berakhir Disember 2006 itu membabitkan pelajar menengah terdiri daripada Tingkatan Satu hingga Lima, sebanyak 20 orang pelajar berisiko tinggi daripada setiap sekolah dipilih kaunselor sekolah masing-masing sebagai responden.
"Sungguh menyedihkan dan mengejutkan kerana daripada kesemua responden yang ditemubual itu hanya seorang mengaku tidak pernah melakukan hubungan seks.
"Ini keputusan yang amat memeritkan namun ia adalah satu realiti yang harus kita terima," katanya kepada Bernama di pejabatnya di Jabatan Psikologi dan Pembangunan Manusia, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusian UKM Bangi dekat sini.

Difahamkan kajian terhadap pelajar perempuan berisiko tinggi itu dilakukan berdasarkan inisiatif kerajaan negeri berkenaan yang menyedari mengenai kemerosotan moral golongan remaja di negeri itu berdasarkan kepada pendedahan yang sering dibuat media.

Hasil penemuan daripada kajian itu diharapkan dapat membantu kerajaan negeri untuk merangka modul latihan khas yang terancang dan teliti yang sesuai diterapkan kepada golongan itu.

Khaidzir berkata kajian itu juga mendapati pelajar perempuan yang berumur lingkungan 15 dan 16 tahun adalah paling berisiko untuk terjerumus dalam pelbagai masalah disiplin termasuk untuk mencuba melakukan hubungan seks buat pertama kali.

Katanya kajian itu juga mendapati kebanyakan pelajar perempuan itu berasal daripada keluarga bermasalah seperti ibu bapa masing-masing yang mempunyai masalah psikologi, bercerai, mengalami masalah kewangan dan kebanyakannya tinggal di rumah kos rendah.

"Kajian juga menunjukkan bahawa masalah itu bukan berasal dari pelajar itu sahaja tetapi juga disebabkan pengaruh masalah rumah tangga yang dihadapi oleh ibu bapa mereka akibat tekanan hidup dan masalah lain," katanya.

Beliau berkata selain terbabit dalam hubungan seks, kajian juga mendapati 98 peratus daripada mereka mengaku mengambil dadah, terlibat dalam kongsi gelap (98 peratus), bahan lucah (97.3 peratus), berjudi (96.8 peratus), vandalisme (85.4 peratus) dan ponteng sekolah (77.2 peratus).

Khaidzir berkata dapatan kajian itu adalah satu petunjuk bahawa generasi kini berhadapan dengan masalah sosial yang kritikal.

"Walaupun dapatan kajian ini agak mengejutkan, namun semua pihak perlu sedar tentang peranan mereka untuk membantu pelajar terbabit, bukannya menuding jari dan menghukum tanpa memberi jalan penyelesaian terbaik," katanya.

Katanya kebanyakan pelajar itu mempunyai kekurangan daripada aspek kemahiran akademik, komunikasi, memiliki kendiri yang rendah, kawalan diri yang rendah dan kemahiran penyelesaian masalah yang rendah.

BUKTI DI ATAS MERUPAKAN SATU LAGI FAKTA YANG TIDAK DAPAT DINAFIKAN DI MANA SISTEM PENDIDIKAN ISLAM HADHARI GAGAL MEMBENTUK INSAN YANG BERAKHLAQ MULIA. JIKA SEKIRANYA SISTEM PENDIDIKAN INI BERKUALITI DAN BERKESAN SUDAH TENTU WALAU SEBESAR MANA MASALAH MEREKA, PELAJAR-PELAJAR TERBABIT SUDAH TENTU MEMPUNYAI KETAHANAN DIRI.

MASALAHNYA SEKARANG SISTEM PENDIDIKAN ISLAM HADHARI HANYA MEMENTINGKAN KECEMERLANGAN AKADEMIK SEMATA-MATA, BAHKAN LEBIH TERUK LAGI SUBJEK AGAMA DIKESAMPINGKAN SEHINGGA IANYA TIDAK WAJIB DIAMBIL UNTUK PEPERIKSAAN.


Keahlian Unit Amal

Iklan

Artikel Menarik

A

 

Dewan Pemuda PAS Bukit Katil Hakcipta © 2011 Kredit Ubahsuai oleh Kijang59