Monday, 26 February 2007

CERITA HINDUSTAN : PELAKU RASUAH NAK BASMI RASUAH


Beberapa isu politik dan isu jenayah di negara kita sekarang sama seperti filem hindustan. Manakan pemimpin yang ada sekarang didakwa melakukan penyalahgunaan kuasa, rasuah dan bermacam-macam lagi kes.

Orang yang dulunya miskin tiba-tiba menjadi kaya kerana memegang jawatan politik. Ramai orang yang tidak terpelajar dan 'bodoh' diangkat menjadi pemimpin dengan penggunaan rasuah politik (politik wang).

Fenomena ini tak ubah seperti cerita hindustan.

Hari ini Malaysiakini menyiarkan berita berkenaan beberapa dakwaan – daripada perbuatan rasuah hingga kepada jenayah seksual – telah dibuat terhadap Ketua Pengarah Badan Pencegah Rasuah (BPR), Datuk Seri Zulkipli Mat Noor, oleh salah seorang bekas pegawai BPR.


Dakwaan tersebut dibuat dalam satu laporan yang dibuat tahun lalu oleh bekas pegawai BPR, Mohamad Ramli Manan kepada Ketua Polis Negara (KPN) ketika itu, Tan Sri Mohd Bakri Omar.

‘Laporan maklumat awal’ yang dibuat oleh Ramli itu didedahkan oleh Pengerusi Gerakan Demokrasi dan Anti Rasuah (Gerak), Ezam Mohd Nor dalam satu sidang akhbar di Kelana Jaya hari ini.

Dalam laporan itu, Ramli merujuk kepada Zulkifli sebagai B1. Zulkipli menjadi Ketua Polis Johor sebelum dilantik sebagai Pesuruhjaya Polis Sarawak.

Beliau kemudiannya dilantik sebagai Ketua Pengarah BPR enam tahun lalu, dan merupakan pegawai polis pertama dilantik memegang jawatan tersebut.

Ramli mendakwa, pada 1997, ketika Zulkipli menjadi Ketua Polis Johor, BPR mendapat tahu beliau memiliki harta yang tidak sepadan dengan sumber pendapatannya’. Dia juga didakwa terbabit dalam aktiviti tidak bermoral dan aktiviti jenayah.

Jenayah seksual

Selain itu, Ramli juga mendakwa, polis telah menyiasat Zulkipli berhubung satu jenayah seksual berikutan laporan yang dibuat oleh seorang surirumah di balai polis Dang Wangi, Kuala Lumpur.

Surirumah tersebut, katanya, juga membuat tiga lagi laporan di balai polis Mambau di Negeri Sembilan, Segambut dan Dang Wangi di Kuala Lumpur atas dakwaan yang membabitkan kekerasan jenayah kerana membuat laporan awal tersebut.

Ramli juga mendakwa, terdapat bukti yang menunjukkan Zulkipli telah mencampuri siasatan polis di mana saksi telah diancam supaya tidak bekerjasama dalam siasatan polis.

Ramli juga mendakwa, Ketua Pengarah BPR itu memilik banyak harta dan kepentingan perniagaan termasuk enam buah rumah di Pagoh, Johor.

Menurutnya, pihak BPR mendapatkan tahu yang pihak polis telah menyiasat Zulkipli kerana didakwa menggunakan kenderaan kerajaan untuk melihat harta dan kepentingan perniagaan terbabit.

Menurut laporan itu lagi, dakwaan tersebut sudah diketahui oleh kalangan polis dan beberapa pegawai polis juga telah memberi bukti mengenai aktiviti rasuah Zulkipli kepada Suruhanjaya Diraja Polis, dua tahun lalu.

“Sebagai seorang pegawai kanan BPR, saya telah dengan tegas menyatakan bahawa kehadiran berterusan B1 dalam perkhidmatan awam, khususnya di BPR, yang tugas utamanya untuk membasmikan rasuah, adalah satu ancaman keselamatan kepada negara,” tambahnya.

Ramli menyuarakan harapannya agar pihak polis akan menjalankan siasatan rapi terhadap dakwaan tersebut.

Dalam perenggan akhir laporannya itu, Ramli berkata, beliau telah secara rasmi memaklumkan kepada pihak berkuasa berkenaan mengenai dakwaan tersebut sejak 2003. Bagaimanapun, ianya tidak diperdulikan.

“Saya ingin menegaskan bahawa ini merupakan tugas terakhir saya kepada negara kerana saya akan bersara wajib. BPR, sebagai sebuah institusi awam yang penting, perlu disokong oleh semua pihak dan memastikan ia menjalankan tugasnya kepada negara sebaik mungkin demi kepentingan rakyat dan negara,” kata Ramli yang bersara selepas beliau memfailkan laporan tersebut.

Laporan maklumat awal itu turut dihantar kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, Peguam Negara, Ketua Audit Negara dan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam.

Perkhidmatan disambung

Ketika dihubungi malaysiakini petang ini, Ramli mengesahkan yang beliau menulis laporan tersebut.

Ditanya mengenai kesahihan dakwaan tersebut, Ramli, 56, yang kini tinggal di Negeri Sembilan – berkata pihak polis patut menyiasatnya.

Dalam sidang akhbarnya hari ini, Ezam berkata salinan laporan tersebut telah dihantar melalui kiriman pos oleh individu yang tidak dikenali ke pejabat Gerak beberapa minggu yang lalu.

Katanya, walaupun pertubuhannya itu tidak bertemu dengan Ramli, tetapi Gerak telah dapat mengesahkan ketulenan laporan tersebut melalui sumber-sumbernya.

Menurut Ezam, pihaknya juga telah menghantar laporan tersebut kepada Perdana Menteri secara tangan ke pejabat Jabatan Perdana Menteri di Putrajaya.

Mengenai dakwaan tersebut, Ezam mempersoalkan mengapa Perdana Menteri telah menyambung perkhidmatan Zulkifli pada 2005.

Katanya, terdapat sebab-sebab yang mencukupi untuk mencurigai mengapa kontrak (perkhidmatannya) di sambung sedangkan dakwaan tersebut timbul beberapa tahun sebelumnya.

Sehubungan itu, beliau menggesa pihak polis supaya menyiasat segera dakwaan tersebut, manakala Zulkipli yang dilantik sebagai Ketua Pengarah BPR pada 2001, hendaklah digantung perkhidmatannya sehingga siasatan selesai dijalankan.

Zulkipli tidak dapat dihubungi untuk mendapat komennya.


AMERIKA AKAN MENYESAL MENYERANG IRAN


AMERIKA AKAN MENYESAL JIKA MENYERANG IRAN.

TEHERAN : Di sebalik tekanan Barat, Iran bersedia untuk menghadapi sebarang kemungkinan, termasuk serangan musuhnya - Amerika Syarikat (AS) dan Israel.

Iran menegaskan demikian sehari selepas laporan bahawa Israel sedang mendapatkan kebenaran Washington menggunakan ruang udara Iraq untuk menyerang Teheran.

Pendirian itu ditegaskan oleh tiga pemimpin Iran - Presiden Iran, Mahmoud Ahmadinejad; Menteri Luar, Manouchehr Mottaki dan timbalannya, Manouchehr Mohammadi hari ini.

Presiden Iran memberitahu, negaranya sama sekali tidak akan berpatah balik daripada meneruskan program nuklearnya meskipun terus berhadapan dengan tekanan Barat.

“Kereta api negara Iran bergerak tanpa mengenakan brek dan tidak ada gear berundur (dalam program nuklear),” kata beliau di hadapan ulama-ulama Islam di sini.


Kenyataan itu juga dikeluarkan sehari sebelum lima anggota tetap Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan Jerman mengadakan mesyuarat tergempar di London esok untuk merangka resolusi baru bagi mengenakan sekatan ke atas Iran.

Semalam, akhbar harian konservatif Britain, Daily Telegraph yang memetik seorang pegawai kanan pertahanan Israel menyebut, rundingan sedang dijalankan untuk menyediakan satu ‘koridor’ di ruang udara Iraq jika negara Yahudi itu mengambil keputusan menyerang Iran.

Kemungkinan serangan tersebut akan berlaku diperkuatkan dengan kenyataan Naib Presiden AS, Dick Cheney yang negaranya tidak menolak kemungkinan untuk menggunakan kekerasan ke atas negara republik Islam itu.

Serangan itu memperlihatkan perbalahan AS dengan Iran berhubung isu nuklear semakin memuncak dan ternyata alasan Iran sebelum ini yang menyatakan bahawa program pengayaan uraniumnya hanya bertujuan menjana tenaga dipandang sepi oleh negara yang menganggap dirinya sebagai ‘polis dunia’ itu.

Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA) dalam laporannya Khamis lalu mengatakan Iran enggan menghentikan program pengayaan uraniumnya seperti yang dituntut oleh

Majlis Keselamatan dan sebaliknya bertindak memperkembangkan aktiviti itu.

Sementara itu, Manouchehr Mohammadi pula berkata, Iran telah mengambil persiapan yang perlu untuk menghadapi serangan ketenteraan daripada AS.

“Kami telah mempersiapkan diri untuk menghadapi sebarang situasi, sekalipun jika perang meletus.

“Iran juga bersedia untuk mengadakan rundingan tanpa prasyarat dengan AS tetapi pihak Amerika belum menerima tawaran itu,” kata beliau hari ini.

Menurut Timbalan Menteri Luar itu, pegawai Iran telah mengadakan pertemuan tidak rasmi dengan pihak Amerika berhubung Afghanistan dan Iraq tetapi mereka mahu Iran menerima syarat-syarat AS terlebih dahulu sebelum rundingan boleh berlangsung.

Setiausaha Negara AS, Condoleezza Rice menegaskan, beliau hanya akan mengadakan rundingan dengan rakan sejawatannya dari Iran jika Teheran terlebih dahulu bersetuju untuk menggantung kegiatan pengayaan uranium.

Manouchehr Mohammadi berkata, Teheran akan meneruskan program nuklearnya jika Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) meluluskan resolusi kedua bagi mengenakan sekatan lanjut terhadap Iran.

“Jika resolusi kedua diluluskan, kami tidak akan mengendahkannya dan Iran akan meneruskan program nuklearnya,” kata beliau.

Bagaimanapun Manouchehr Mottaki pula memberitahu, AS tidak akan melancarkan perang baru dan masih mahu mengekalkan rundingan sebagai satu-satunya cara untuk menyelesaikan pertikaian berhubung aktiviti nuklear Iran, bukannya ancaman.

Beliau berkata demikian sebagai reaksi terhadap kenyataan Cheney tersebut.

Tambah beliau, AS tidak mampu untuk menyelesaikan perbezaan pendapatnya dengan Iran melalui perang dunia ketiga selepas konflik di Afghanistan dan Iraq.

“Kami tidak melihat AS berada dalam kedudukan untuk memaksa pembayar cukai Amerika menanggung kos krisis lain dengan melancarkan satu lagi perang di rantau ini,” kata Menteri Luar itu kepada pemberita semalam.


Pemuda PAS kesal lelaki dikebumi tanpa pengetahuan keluarga


Johor Baharu : Dewan Pemuda PAS Negeri Johor (DPPNJ) memandang serius berita yang bertajuk "Wanita kecewa polis tak beritahu anak mati" yang disiarkan di dalam Berita Minggu semalam.

Mohd Aziz Reman, 37, dilaporkan telah meninggal dunia di Hospital Sultanah Aminah pada 1 Januari lalu, selepas ditahan polis dan dikebumikan tanpa pengetahuan keluarganya.

Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Johor, Khairul Faizi Bin Ahmad Kamil berkata, perbuatan merahsiakan kematian dan memberi penyataan bahawa anaknya telah dibebaskan pada 22 November 2006 adalah merupakan satu kesalahan yang melampau.

“DPPNJ sangat kecewa dengan peristiwa ini dan menuntut penjelasan daripada pihak Polis Diraja Malaysia,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

DPPNJ juga katanya, menyarankan kepada keluarga Allahyarham Mohd Aziz supaya mengambil tindakan undang-undang terhadap kegagalan polis memaklumkan lebih awal kejadian ini.

“DPPNJ bersedia untuk menyediakan khidmat guaman,” katanya lagi.

Cari di JB

Menurut laporan Berita Minggu itu, ibu lelaki tersebut, Patimah Daing Matrok, 58 dari di Kampung Sungai Dulang, Rengit, berkata kali terakhir beliau berjumpa anaknya yang bertugas di Jabatan Agama Johor (JAJ) ialah pada 6 November tahun lalu dan selepas itu beliau tidak mengetahui ke mana anaknya pergi.

Bagaimanapun, Patimah dilaporkan berkata, ketika berusaha mencarinya di Johor Bahru pada 11 Disember lalu, beliau terjumpa kereta anaknya di kawasan Balai Polis Sentral.

Apabila bertanya dengan pegawai bertugas, beliau dilaporkan dimaklumkan bahawa anaknya sebelum itu ditahan polis tetapi sudah dibebaskan pada 22 November.

Menurut Berita Minggu lagi, pencarian Patimah berakhir apabila 16 Februari lalu, beliau dikejutkan dengan panggilan telefon daripada seorang anggota polis yang memaklumkan Mohd Aziz sebenarnya sudah meninggal dunia lebih sebulan lalu.

Terkejut dengan berita itu, beliau dilaporkan bergegas ke Johor Bahru tetapi gagal menemui pegawai polis terbabit untuk mendapatkan penjelasan sebenar mengenai kejadian yang menimpa anaknya.

Mengaku kesilapan

Kelmarin barulah beliau dilaporkan berpeluang berjumpa dengan anggota polis berpangkat sarjan yang mengetahui kejadian itu.

"Polis itu meminta maaf sambil menangis dan mengaku kesilapannya,” katanya dalam laporan tersebut.

Patimah juga dilaporkan berkata, beberapa ahli keluarganya bercadang mendapatkan nasihat guaman sebelum mengambil tindakan undang-undang berikutan kegagalan polis memaklumkan lebih awal kejadian menimpa anaknya.

Menurut laporan Berita Minggu lagi, beliau bagaimanapun tidak berhasrat meminta polis dan JAJ menggali semula kubur anaknya di Johor Bahru yang dikebumikan tanpa pengetahuan mereka sekeluarga.

Sebaliknya, Patimah dilaporkan berkata, beliau berpuas hati dengan keterangan polis serta pihak hospital yang mengesahkan anaknya, Mohd Aziz Reman, 37, sudah meninggal dunia di Hospital Sultanah Aminah, pada 1 Januari lalu.

"Biarlah dia bersemadi dengan tenang dan saya reda dengan pemergiannya tetapi saya kesal kerana polis tidak langsung memaklumkan kepada kami ketika anak saya itu dimasukkan ke hospital dan meninggal dunia," katanya dalam laporan tersebut.

Dari Malaysiakini


PAKAIAN PRAMUGARI AIR ASIA SESUAI DENGAN ISLAM HADHARI


IPOH: Syarikat penerbangan tambang murah AirAsia harus mencerminkan kebudayaan Malaysia supaya penumpangnya dengan mudah mengenali negara ini, kata presiden Majlis Belia Malaysia (MBM) Shamsul Anuar Nasarah yang juga merupakan salah seorang pemimpin Pemuda Umno.

"Kami gembira AirAsia mampu menyediakan tiket pesawat yang murah tetapi pihak pengurusan syarikat itu mesti memastikan penerbangannya memaparkan identiti dan budaya negara ini," katanya dalam sidang akhbar selepas mesyuarat exco MBM di sini semalam.

Tak payah nak 'komplen' wahai Shamsul, sebab pakaian Pramugari Air Asia tu memang sesuai dengan Islam Hadhari yang sememangnya tidak MEMENTINGKAN AURAT.


BALA ALLAH DI SAMBUT DENGAN PROGRAM MAKSIAT


Islam Hadhari sememangnya tidak mengenal HALAL dan HARAM. Prinsip yang digunapakai oleh mereka ialah MATLAMAT MENGHALALKAN CARA. Asalkan perkara itu dinamakan AMAL maka yang HARAM pun jadi HALAL disisi Islam Hadhari.

Bukankah banjir yang melanda beberapa negeri di Malaysia baru-baru ini adalah bala Allah. Namun semua itu tidak MENGINSAFKAN pemimpin Islam Hadhari. Patutlah mereka sedikitpun tidak menyebut BALA Allah mereka menyatakan ianya adalah fenomena baru. MEMANG DASAR ORANG SEKULAR TAKUT HENDAK MENYEBUT BALA ALLAH.

Malam tadi sekali lagi Parti Islam Hadhari 'mencabar' Allah apabila mengadakan konsert 'Amal' (Amal ????) bagi mengutip duit mengisi tabung bencana alam Negeri Johor.

Lebih 50 artis popular tanah air menjayakan Konsert 'Amal' Kasih bagi membantu mangsa banjir Johor, di Stadium Tan Sri Haji Hassan Yunus, Larkin.

Konsert 'amal' anjuran Umno Bahagian Johor Baharu dan Majlis Bandaraya Johor Baharu.

Antara artis yang menjayakan konsert itu adalah juara Akademi Fantasia 3, Asmawi Ani atau Mawi yang sebelum ini dikatakan tidak dapat hadir kerana jadualnya padat dengan aktiviti lain.

Turut membuat persembahan adalah Datuk A. Rahman Hassan, Kumpulan V.E., Datuk Sharifah Aini, Spider, Search, Fauziah Latiff, Ramlah Ram, Dina, Rabbani, Hijjaz, Amy Search, Mas Idayu dan Nurul.

Hampir 2,000 orang hadir di konsert itu yang mengenakan bayaran sebanyak RM20 untuk setiap orang.

Semua hasil kutipan bagi konsert itu akan disalurkan kepada Tabung Bencana Negeri Johor.

Konsert seperti sudah pasti melibatkan percampuran antara lelaki dan perempuan. Penyanyi-penyanyi lelaki dan wanita 'melalak' tanpa memikirkan batas aurat dan kesopanan. Kebanyakan artis terutama wanita sudah pasti mendedahkan aurat.

Kita ingin bertanya kepada NOH GADUT apakah konsert seperti bertepatan dengan Islam atau tidak????

Apakah dengan diselitkan lagu-lagu nasyid ianya dapat MENGHALALKAN percampuran lelaki dan perempuan, menutup aurat tidak diwajibkan dan sebagainya.

INSAFLAH WAHAI PEMIMPIN ISLAM HADHARI.


BERAPA JUTA WANG RAKYAT LEBUR PADA SAMBUTAN TAHUN BARU CINA?


Memang tidak dapat dinafikan samutan Tahun Baru Cina yang diadakan di Melaka baru-baru ini adalah bertujuan untuk merapatkan hubungan kaum di negara kita. Tetapi apa yang dikesalkan ialah tentang cara sambutan tersebut yang boleh dikatakan membazir kerana belanjanya yang sangat besar.


Bayangkan berapa kos 100,000 biji limau mandarin, 100,000 botol air mineral, peralatan, lampu, sewaan dan sebagainya. Sudah pasti kos menelan belanja jutaan ringgit.

Di saat masih ada rakyat yang melarat tidak mempunyai rumah, tidak ada elektrik, kanak-kanak tidak dapat ke sekolah kerana tiada wang dan sebagainya, kerajaan Islam Hadhari sanggup berbelanja jutaan ringgit hanya untuk program sambutan Tahun Baru Cina selama satu malam sahaja.

INILAH PEMIMPIN ISLAM HADHARI SEBENARNYA YANG HANYA TAHU MENGHABISKAN DUIT RAKYAT TANPA MEMIKIRKAN KEPENTINGAN RAKYAT ITU SENDIRI.


Keahlian Unit Amal

Iklan

Artikel Menarik

A

 

Dewan Pemuda PAS Bukit Katil Hakcipta © 2011 Kredit Ubahsuai oleh Kijang59