Friday, 16 February 2007

WAHAI RAKYAT MALAYSIA !!! RENUNG DAN FIKIRKAN APA YANG TERSIRAT DARI POSTER DI BAWAH



TAMAN TEMA SUDAH LAPAN TAHUN BEROPERASI BARU SEDAR PEGAWAI BUAT SALAH


SHAH ALAM: Sembilan belas pegawai dan kakitangan Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) diberikan surat tunjuk sebab berhubung isu Taman Tema Air Safari Lagoon yang beroperasi tanpa lesen sejak lapan tahun lalu. (TAKKAN DAH LAPAN TAHUN BEROPERASI BARU SEDAR IANYA TIADA LESEN. INILAH STANDARD KERAJAAN ISLAM HADHARI SELANGOR. DAH LAPAN TAHUN BARU HENDAK BERTINDAK ITUPUN SEBAB ADA ADUAN KALAU TIDAK SAMPAI KIAMATLAH TIDAK DIAMBIL TINDAKAN)

Pegawai Perhubungan Awam MPAJ, Norhayati Ahmad, berkata Lembaga Tatatertib MPAJ yang meneliti laporan siasatan Jawatankuasa Penyiasat yang dilantik berhubung isu taman tema itu, memutuskan wujudnya kes prima facie bahawa ada unsur kecuaian dalam aspek tanggungjawab terhadap 19 pegawai dan kakitangan terbabit.

“Siasatan berhubung taman tema air yang terletak di Pandan Perdana, Cheras dekat Ampang itu selesai minggu lalu,” katanya ketika dihubungi semalam.

Norhayati berkata, pegawai dan kakitangan terbabit diberi tempoh 21 hari berkuat kuasa semalam untuk mengemukakan representasi masing-masing.

“Selepas menerima representasi daripada semua 19 pegawai dan kakitangan, Lembaga Tatatertib MPAJ akan bersidang semula untuk memutuskan tindakan yang sewajarnya,” katanya.

Tindakan tatatertib yang boleh diambil terhadap mereka adalah mengikut peruntukan Peraturan-peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) Majlis Perbandaran Ampang Jaya 1995, katanya.

Rahsia taman tema air yang beroperasi tanpa lesen selama lapan tahun itu terbongkar bulan lalu apabila seorang pekerjanya mati lemas akibat terperangkap dalam penyedut air tekanan tinggi ketika cuba mengambil barang pengunjung.


PAS MESTI KAJI MENGAPA PENGUNDI CINA DIJANGKA UNDI PEMBANGKANG


PAS perlu mengambil langkah segera untuk merealisasikan kajian firma penyelidikan, Merdeka Centre yang menyatakan bahawa majoriti pengundi cina akan mengundi pembangkang dalam pilihanraya umum akan datang.

Kajian ini penting untuk mengenalpasti apakah sebabnya mereka mengalih sokongan kepada pembangkang. Apabila sebab-sebab itu sudah dikenalpasti maka PAS mesti bergerak untuk memastikan perkara itu benar-benar menjadi kenyataan.

Satu jawatankuasa ad hoc mesti dibentuk, yang terdiri dari para cendikiawan di dalam PAS agar jawatan kuasa itu dapat mengkaji dan merumuskan bentuk tindakan dari segi politik, sosial, ekonomi, pendidikan dan sebagainya.

Mungkin juga Pusat Penyelidikan PAS dapat memikul tugas ini sesuai dengan fungsi dan kepakaran pusat tersebut yang mempunyai ramai pakar-pakar dalam disiplin tertentu.

Jika peluang ini tidak di rebut maka sudah tentu PAS akan kerugian besar kerana peluang sebegini jarang berlaku.

Baru-baru ini hasil tinjauan pendapat yang dijalankan oleh firma penyelidikan, Merdeka Centre, mendapati dua bagi setiap tiga orang pengundi kaum Cina dijangka mengundi parti pembangkang pada pilihan raya umum akan datang.

Tinjauan pendapat Merdeka Centre dijalankan antara Oktober dan Disember lepas membabitkan 1,025 responden berumur 16 tahun ke atas bagi mengkaji trend pengundian pada pilihan raya umum akan datang.

Tinjauan pendapat itu juga menunjukkan sebanyak 63 peratus ahli perniagaan dan 46 peratus mereka yang berada di sektor swasta mempunyai kebarangkalian tertinggi untuk mengundi parti pembangkang pada pilihan raya umum yang perlu diadakan sebelum April 2009.


HAKIM CABUT LARI PESALAH BERBOGEL


KUALA LUMPUR 16 FEB : Majistret, kakitangan mahkamah, anggota polis dan beberapa orang yang berada di galeri awam sebuah Mahkamah Majistret di sini hari ini tergamam dan terkejut selepas seorang penganggur yang menghadapi pertuduhan merompak tiba-tiba menanggalkan seluarnya.

M. Kuppan, 50, dari Taman Mas, Ipoh, yang memakai kemeja T dilihat memegang seluarnya semasa jurubahasa mahkamah memanggil namanya sebelum membacakan pertuduhan terhadapnya.

Sebelum membacakan pertuduhan itu, jurubahasa wanita itu bertanya kepada Kuppan, yang berdiri dalam kandang pesalah, sama ada dia faham Bahasa Melayu, tiba-tiba lelaki itu melepaskan seluarnya dan berbogel kerana dia tidak memakai seluar dalam.

Mereka yang hadir dalam mahkamah tergamam dan terkejut untuk beberapa saat dengan tindakan lelaki itu sebelum Majistret Tasnim Abu Bakar berkata: "Hei apa ini", sebelum meluru masuk ke biliknya.

Anggota polis segera mengarahkan Kuppan untuk memakai seluarnya sebelum membawanya ke lokap mahkamah.

Tasnim kembali 30 minit kemudian dan memerintahkan Kuppan dihantar untuk pemerhatian psikiatri dan menetapkan 22 Mac bagi sebutan semula kes itu.

Kuppan dituduh merompak sebuah telefon bimbit bernilai RM200 milik Johan Razali Hang Jebat, 19, di Jalan Hang Kasturi di sini kira-kira 9.10 pagi, 11 Jan lepas.

Pendakwaan dilakukan oleh Cif Insp Shamsul Akma Basiron.

Dari The Star


ISU CABUTAN BERTUAH MY VI : BOLEHKAH ALASAN TERLUPA DI TERIMA. INILAH STANDARD MENTERI ISLAM HADHARI


Dalam temuramah bersama RTM, Azmi berkata dua bulan kemudian iaitu pada Febuari 2006, beliau berpindah kementerian dan terlupa nak memaklumkan kepada Radzi mengenai penundaan itu dan pihak kementerian pun terlupa untuk menyampaikan maklumat itu kepada Radzi hingga ke sekarang.(APAKAH ALASAN TERLUPA BOLEH DIMAAFKAN. INILAH STANDARD MENTERI ISLAM HADHARI. BILA BUAT SALAH ALASAN DAN JAWAPANNYA IALAH TERLUPA. MEREKA PUN MENGIKUT STANDARD BOSS MEREKA, YANG BIASA MEMBERI JAWAPAN BAHAWA SAYA TIDAK TAHU, NANTI SAYA PERIKSA DAN YANG SEWAKTU DENGANNYA)

Azmi memberitahu RTM bahawa beliau telah berbincang dengan Radzi dan kedua-duanya membuat keputusan "benda itu dah lama selesai dan biarlah apa yang ada kita sumbangkan kepada rumah anak yatim.

"Jadi, saya pun bersetuju dengan dia kerana hari ini dia yang menjaga tugas itu, jadi kalau dia buat keputusan itu, saya akur," kata Azmi.

Mengenai kritikan Radzi, Azmi berkata: "Pertama sekali ingin saya memaklumkan bahawa antara saya dan Datuk Seri Radzi memang kawan baik.

"Pagi tadi pun kami berbual di kabinet tentang laporan akhbar. Jadi dia kata pada saya, jangan percaya pada apa yang ditulis."( BUKAN YANG TULIS SAHAJA TAPI PERCAKAPAN RADZI ITU DISIARKAN OLEH TV)

Azmi menjelaskan cabutan bertuah itu diadakan sebagai kempen untuk menggalakkan lebih dua juta rakyat yang belum mendapat MyKad dan selepas kempen itu dijalankan, jumlahnya dapat dikurangkan kepada 500,000 orang sahaja.


SATU LAGI ISYARAT PILIHANRAYA UMUM SEMAKIN HAMPIR


Ramalan bahawa Pilihanraya Umum ke 12 akan diadakan pada hujung tahun ini atau awal tahun depan semakin bertiup kencang dengan mengambil kira isu-isu besar yang berlaku. Ini ditambah pula dengan tindak-tanduk sayap-sayap dalam Umno sendiri yang sekarang semakin giat menjalankan aktiviti-aktivit parti di peringkat akar umbi yang semuanya berorientasikan pilihanraya.

Semalam, Ketua Wanita Umno Datuk Seri Rafidah Aziz berkata, Pergerakan Wanita UMNO kini sedang merangka semua aktivitinya supaya berorientasikan persiapan menghadapi pilihan raya umum.

Ini termasuk mengadakan Mesyuarat Majlis Tertinggi Wanita Barisan Nasional (BN) pada 7 Mac ini untuk memperkemaskan jentera pilihan raya di peringkat akar umbi.

Katanya, Wanita UMNO negeri-negeri pula diarah melancarkan jentera pilihan raya manakala satu Perhimpunan Pemimpin Wanita Negeri akan diadakan pada 17 Mac ini di Selangor bagi lima pemimpin di setiap bahagian.

‘‘Mereka ini akan pastikan apa yang perlu dibuat di peringkat bahagian dan meneliti senarai petugas untuk melicinkan kerja-kerja persiapan.

‘‘Ini tidak bererti pilihan raya sudah hampir tetapi kerja Wanita UMNO perlu bermula sekurang-kurangnya setahun sebelum itu. Kita hanya ada masa lebih sikit,’’ katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas mempengerusikan Mesyuarat Exco pergerakan itu di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di Kuala Lumpur semalam.

Rafidah berkata, kempen kali ini akan menggunakan mekanisme yang telah diguna pakai dengan jayanya pada pilihan raya umum lalu.

Meluas

‘‘Kita menyemak senarai sebanyak tiga kali untuk 10 juta pengundi. Ia merupakan kerja yang tidak mudah dan begitu meluas.

‘‘Tidak mungkin ia mengambil kurang dari setahun,’’ katanya.

Dalam hal ini, katanya, gerak kerja Ketua 10 di setiap negeri, iaitu lawatan dari rumah ke rumah bagi tujuan pemeriksaan pengundi, akan diadakan setiap bulan.

Beliau turut berharap agar pilihan raya akan diadakan lebih lambat supaya lebih banyak persediaan boleh dilakukan oleh pihaknya.

Dalam pada itu, Rafidah berkata, keadaan ekonomi negara yang sangat baik menunjukkan bahawa negara berada dalam keadaan kukuh dan mencerminkan kepimpinan Perdana Menterinya, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.

‘‘Saya telah minta supaya Wanita UMNO pastikan keadaan ini dapat diteruskan dengan tidak menimbulkan masalah.

‘‘Jika kerja berjalan dengan baik di akar umbi, rangkaiannya erat, kerjasama dengan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) baik, tidak akan timbul sebarang pergeseran,’’ katanya.

Rafidah memberitahu, pergerakannya akan turut terus memantau isu-isu semasa seperti masalah sosial dan Ah Long serta membantu kerajaan dengan memberi cadangan mengenainya selepas sesi lampas otak exconya.

Sempena sambutan kemerdekaan yang ke-50 tahun ini, pula, Wanita UMNO akan mengadakan pameran perjalanan politik pergerakan manakala acara Tilawah tahunannya akan diadakan pada 30 Jun ini di Kuantan, Pahang.

Bercakap mengenai Biro Aduan pergerakan pula, beliau berkata, sebanyak 400 aduan telah dikumpul dan kakitangan khususnya akan memperhalusi dan menangani kesemuanya.

PAS MACAMANA DAH BERSIAP SIAGA KE?


CARA TERBARU UNTUK BUAT ADUAN SUPAYA TINDAKAN SEGERA DIAMBIL



Jika anda mahukan aduan anda di ambil tindakan dengan segera oleh kerajaan atau agensi-agensi kerajaan silalah buat aduan ke media terutamanya stesyen TV kerana jika anda berbuat demikian, dengan sudah tentu aduan anda akan diproses atau tindakan segera akan di ambil.

Kadang-kadang aduan yang sudah berpuluh tahun di buat contohnya berkenaan tanah tidak diendahkan tetaoi bila masuk TV maka tindakan sudah pasti di ambil.

Inilah fenomena baru di zaman pemerintahan Imam Al Badawi Wal Hadhari di mana aduan mesti di buat kepada media sebagai 'senjata' berkesan untuk ianya diambil tindakan.

Hal ini berlaku sekali lagi sehari dua ini apabila impian pelajar Orang Asli terbaik seluruh Malaysia dalam peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) 2006, Nurul Atikah Kamaruddin, 15, untuk belajar di sekolah berasrama penuh tidak tercapai apabila namanya tercicir dari senarai pelajar yang berjaya mendapat tempat di sekolah-sekolah tersebut.

Akhirnya beliau membuat aduan kepada sebuah media cetak dengan secepat kilat hasratnya ditunaikan apabila berita gembira itu diumumkan oleh Pengarah Bahagian Sekolah Kementerian Pelajaran, Noor Rezan Bapoo Hashim semalam, di mana beliau berjaya mendapat tempat di Sekolah Menengah Sains Raja Tun Azlan Shah, Taiping, Perak.

ZAMAN IMAM AL HADHARI INI MEMANG BANYAK PERKARA PELIK DAN TAK MASUK AKAN TERJADI


Keahlian Unit Amal

Iklan

Artikel Menarik

A

 

Dewan Pemuda PAS Bukit Katil Hakcipta © 2011 Kredit Ubahsuai oleh Kijang59