Wednesday, 14 February 2007

TUNGGU DRAMA PERTARUNGAN YANG HEBAT IMAM AL BADAWI-NAJIB



KALAU DRAMA PERTARUNGAN MAHATHIR ANWAR DAN MAHATHIR-IMAM AL HADHARI DIKATAKAN HEBAT, RAMAI YANG MENJANGKAKAN BAHAWA PERTARUNGAN IMAM AL HADHARI-NAJIB AKAN LEBIH HEBAT, THRILL DAN MENDEBARKAN. MUNGKIN 'ENDING'NYA AKAN LEBIH TRAGIS DAN MENYAYATKAN HATI.

TUNGGU MASANYA AKAN TIBA.


KISAH REMAJA DI ZAMAN ISLAM HADHARI. APA IMAM AL HADHARI BUAT?


KAMI SIARKAN CERITA KISAH REMAJA DI ZAMAN ISLAM HADHARI YANG SUNGGUH MENJIJIKKAN. SEOLAH-OLAH CERITA INI BERLAKU DI DALAM NEGARA LAIN YANG BUKAN NEGARA ORANG ISLAM. SUDAHLAH IANYA MENJIJIKKAN, YANG LEBIH PARAH REMAJA YANG TERLIBAT JUGA ORANG MELAYU DAN ISLAM (MUNGKIN PENGANUT 'ISLAM HADHARI' AGAKNYA)

TAPI SEMUA INI TIDAK MENGHAIRANKAN KERANA ISLAM HADHARI TIDAK PERNAH BIMBANG DENGAN GEJALA MAKSIAT SEPERTI PELACURAN, KERUNTUHAN AKHLAQ DAN SEBAGAINYA SEBAB ITULAH KERAJAAN ISLAM HADHARI MEMBERIKAN LESEN KEPADA RUMAH URUT, KELAB MALAM, KONSERT DAN SEBAGAINYA.

APA YANG MENJADI 'WIRID' HARIAN ISLAM HADHARI IALAH BAGAIMANA UNTUK MENJADI NEGARA MAJU, NEGARA KAYA, NEGARA CEMERLANG, GEMILANG DAN TERBILANG. REMAJA NAK TERLUNGKUP, NAK BERJALAN KAKI KE ATAS KEPALA KE BAWAH ISLAM HADHARI TIDAK PEDULI.


CERITA DI BAWAH ADALAH ANTARA RENTETAN 'KEJAYAAN' ISLAM HADHARI MENTARBIYAH REMAJA DAN MUDA-MUDI KINI

“Kau nak Ann (bukan nama sebenar)? Aku tawar kat kau RM20 boleh? Kau bawalah dia ‘jalan’,” begitulah perbualan seorang Mat Rempit dengan rakan lumba haramnya ketika melelong gadis bohsia untuk ditiduri.

Perbualan sedemikian sering didengari seorang penjaja yang hanya mahu dikenali sebagai Siti di satu taman rekreasi di ibu kota terutama pada malam minggu.

Menurut Siti, penawaran gadis teman tidur di kalangan sesama Mat Rempit membabitkan bohsia berusia belasan tahun itu dilakukan tidak ubah seperti urus niaga barang makanan harian yang dilakukan tanpa segan dan hormat kepada orang sekeliling.

“Ramai penjaja di taman rekreasi itu menutup perniagaan menjelang malam kerana jelak dengan suasana ‘jijik’ ketika proses jual beli gadis bohsia itu,” katanya ketika ditemui Harian Metro di sini, semalam.

Taman rekreasi itu dipercayai menjadi markas baru Mat Rempit menjual gadis bohsia secara lelong dan terbuka dengan menawarkan harga semurah RM20 untuk satu perkhidmatan seks.

Seorang anggota Mat Rempit hanya mahu dikenali sebagai K yang pernah menjadi ‘orang tengah’ dalam urus niaga gadis bohsia, mendakwa perkhidmatan seks ditawarkan itu sekadar ‘cari makan’.

“Segelintir Mat Rempit kini naik taraf menjadi ‘bapa ayam’ kecil-kecilan dengan menawarkan teman wanita masing-masing kepada rakan yang ingin mendapatkan khidmat seks.

“Tapi tak semua Mat Rempit berani buat begitu. Kalau yang jual tu mesti dah terdesak sangat nak cari duit,” katanya.

K yang berusia 25 tahun adalah seorang daripada ketua Mat Rempit yang dianggap ‘Otai’ atau orang lama di kalangan kumpulan pelumba motosikal haram di ibu negara.

“Geng Mat Rempit ni banyak. Ada Geng Apache, Benetton, Pangkah, Ranggi dan Uncle. Ada segelintir ahlinya sanggup jual teman wanita mereka kerana terdesak untuk mendapatkan wang.

“Wang itu dipercayai digunakan untuk ‘berjoli’ seperti membeli dadah terutama syabu dan arak selain digunakan untuk ke disko dan berjudi,” katanya.

Harga bagi perkhidmatan seks seorang gadis bohsia bergantung paras rupa dan bentuk tubuhnya serta ditawarkan serendah RM20 untuk satu sesi dan boleh mencecah RM500 bagi satu malam.

Gadis terbabit ‘dijual’ hampir setiap hari dan urus niaga lebih ‘rancak’ menjelang hujung minggu. Gadis terbabit boleh ‘berpindah tangan’ daripada seorang Mat Rempit kepada yang lain sehinggakan mereka dianggap barang dagangan yang diedar secara bergilir-gilir.

Menurut K, selepas proses jual beli selesai, perempuan terbabit dibawa ke ‘port’ Mat Rempit untuk ‘diratah’ atau hanya dibawa berjalan sebagai teman biasa.

“Ada yang beli untuk ‘kenduri’ beramai-ramai tapi kebanyakannya nak ‘pulun’ seorang, baru puas dan berbaloi,” katanya.

K berkata, ketua geng terbabit sentiasa memastikan keselamatan teman wanita mereka terjamin walaupun sesiapa saja di kalangan Mat Rempit boleh melanggan gadis terbabit.

“Mereka (gadis bohsia) sanggup dijual kerana sayang dan percayakan teman lelaki masing-masing serta sanggup buat apa saja demi cinta.

“Tetapi ada juga yang diugut ketua geng terbabit berikutan kebanyakan perempuan terbabit lari daripada keluarga serta tidak mempunyai tempat tinggal,” katanya.

Dari Harian MeTRO


Bantuan berat sebelah, puluhan ribu petani terus merana


PETALING JAYA 14 FEB : Sudah jatuh ditimpa tangga. Begitulah nasib puluhan ribu petani Johor yang menanggung kerugian besar apabila tanaman mereka musnah akibat banjir baru-baru ini.
Mereka menghela nafas lega apabila diberitahu pelbagai agensi kerajaan akan membantu mereka memulakan penghidupan baru, tetapi malangnya, sehingga kini mereka ternanti-nantikan bantuan yang tidak kesampaian.
Nasib mereka sungguh malang kerana ketirisan pengagihan bantuan itu menyebabkan ramai daripadanya kini menghadapi kesempitan yang teramat sangat.

Menurut Pengarah Institut Kajian Dasar Pertanian dan Makanan, Universiti Putra Malaysia (UPM) Prof Dr Fatimah Mohd Arshad, ramai petani di Johor seolah-olah sudah hilang punca kerana bukan sahaja tanaman mereka musnah, tetapi juga kesan serius banjir ke atas tanah kebun dan ladang mereka.

"Ini bermakna mereka seolah-olah terpaksa bermula daripada sifar kerana perlu membersih dan memulihkan kebun dan ladang mereka sebelum boleh mengerjakannya semula.

"Untuk tempoh sekurang-kurang enam bulan akan datang, golongan ini memang tidak ada sebarang sumber kewangan melainkan mereka beralih kepada kegiatan ekonomi lain.
"Mereka sangat memerlukan bantuan bagi menghadapi bencana ini, tetapi, yang menyedihkan, ramai daripada mereka ini belum lagi mendapatnya.

Tanpa bantuan yang sistematik dan berkesan dan keprihatinan daripada pihak berwajib, tidak mustahil jika sebahagian besar daripada petani Johor akan terus meninggalkan sektor itu,” katanya kepada mStar Online hari ini.

Prof Fatimah baru-baru ini mengetui sekumpulan penyelidik UPM melawat tiga daerah paling teruk dilanda banjir -- Segamat, Batu Pahat dan Kota Tinggi -- bagi meninjau kesan bencana itu terhadap sektor pertanian di samping membuat anggaran jumlah kerugian yang ditanggung petani.

Hasil tinjauan itu yang dilengkapi temubual dengan golongan yang terjejas, katanya, jelas bahawa pemberian bantuan oleh kerajaan itu bukan sahaja tidak mencapai sasarannya, tetapi berat sebelah.

"Ada golongan yang mempunyai pengaruh mendapat bantuan berganda kerana mereka pandai mendapatkannya daripada agensi-agensi pengagih yang berbeza-beza, sementara mereka yang kurang arif, terutama golongan petani dan pekebun di pedalaman, terus tidak mendapat bantuan langsung.

"Selain unsur tidak amanah, keadaan ini timbul kerana tiada pangkalan data yang lengkap mengenai sektor pertanian serta mereka yang terlibat. Keadaan ini diburukkan lagi dengan ketiadaan penyelarasan antara agensi-agensi bantuan," katanya.

Beliau mencadangkan agar kerajaan menambah peruntukan dan subsidi bagi membantu petani dalam waktu pemulihan ini bagi membolehkan mereka membangunkan semula perusahaan masing-masing dan subsidi ini bolehlah ditarik secara berperingkat-peringkat apabila mereka dapat berdikari.

Prof Fatimah juga menggesa pihak berwajib mengambill iktibar daripada bencana ini dengan memperkemaskan persediaan menghadapi kemungkinan serupa di masa akan datang dengan membina pangkalan data lengkap mengenai golongan petani, hasil tanaman dan kadar pengeluaran supaya mereka tidak terpinggir apabila bencana menimpa.

Di samping itu, katanya, inilah masa yang paling sesuai bagi kerajaan memperbaiki sistem pengairan dan infrastruktur lain yang telah musnah akibat bah besar itu dengan memperkenalkan pendekatan yang lebih mesra alam dan mesra penduduk.

“Fenomena banjir termenung mesti diberi perhatian. Tidak ada sebab mengapa rakyat mesti terus dibebankan dengan fenomena ini tanpa sebarang inisiatif daripada kerajaan untuk mengatasinya.

“Faktor kemanusiaan mesti diberikan fokus di samping pengurusan pantai, sungai dan penelitian semula ke atas dasar pembangunan seperti membendung pembogelan hutan dan bukit yang tidak terancang agar ia tidak terlalu membebankan alam sekitar,” katanya.
Prof Fatimah juga mencadang agar insurans ke atas hasil tanaman diperkenalkan bagi meminimumkan risiko pendapatan golongan petani yang tidak stabil.

Insurans tanaman, katanya, boleh menyediakan pampasan di masa hadapan apabila berlaku bencana atau malapetaka.

“Bagaimanapun kerajaan perlu memberikan insentif kewangan bagi menggalakkan syarikat menceburi bidang ini dan golongan petani diberikan inisiatif bersesuaian untuk menyertainya,” kata beliau.

Pampasan dan bantuan yang diumumkan kerajaan setakat ini termasuk wang tunai RM200 sekeluarga bagi mangsa banjir pertama, RM200 bagi banjir kedua dan tambahan RM500 setelah mereka pulang ke rumah masing-masing. (Apakah semuanya telah diterima oleh mangsa?)

Pampasan kepada petani pula ialah RM573 setiap hektar bagi padi, RM2,000 sehektar bagi sayuran, buah-buahan (RM1,000 sehektar), lembu (RM700 seekor) dan RM1,500 sehektar bagi pengusaha akuakultur.

DARI THE STAR


85 % KONTRAK BUMIPUTERA TIRIS : SIAPA PUNYA ANGKARA KALAU BUKAN ORANG UMNO



Berkatalah Perdana Menteri Imam Al Badawi Wal Hadhari semalam bahawa beliau rasa sedih apabila kajian menunjukkan secara purata 85.37 peratus projek yang dilaksanakan oleh kontraktor bumiputera pada tahun 2006 mengalir kepada kaum lain.(TAKKAN BARU TAU KOT, PATUTLAH ASYIK-ASYIK JAWAPAN SAYA TAK TAU, NANTI SAYA CHECK. SEDIH SAHAJA TAK GUNA KALAU DASAR DAN PERANGAI TAK BERUBAH)

Beliau berkata, fakta itu terdapat dalam Kajian Ketirisan Kontraktor Bumiputera yang dikeluarkan oleh Bahagian Pembangunan Usahawan Kementerian Kerja Raya pada tahun tersebut.

Katanya, situasi yang berlaku itu telah menggagalkan hasrat kerajaan untuk memaju dan memperkasakan kontraktor bumiputera. (SIAPAKAH KONTRAKTOR MELAYU YANG MENJUAL TENDER KEPADA AH CHONG INI, KALAU BUKAN ORANG UMNO SENDIRI)

‘‘Dalam konteks lebih besar, bukan itu sahaja, malah ia menggagalkan agenda bumiputera yang sangat penting dalam memastikan negara mencapai kemajuan dan kestabilan jangka panjang.( ORANG DAH LAMA, DAH BUAT LAPORAN PUN, TETAPI AWAK PEJAM KAN MATA DAN PEKAKKAN TELINGA)

“Bagi saya, mereka ini tidak mahu bekerja, tidak mahu belajar dan ambil mudah peluang diberikan oleh kerajaan. Oleh itu, kesedaran untuk berubah dan belajar memperbaiki diri perlu dipupuk di kalangan mereka,’’ katanya.(ORANG UMNO MEMANG MAHUKAN DUIT TERPIJAK. EKUITI MELAYU TERGADAI KE, NAK TERLINGKUP KE MEREKA TAK KISAH, YANG PENTING AKU KENYANG)

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Makan Malam Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU) Jabatan Perdana Menteri di Hotel Equatorial di sini malam ini.

ADAKAH IMAM BADAWI WAL HADHARI TIDAK SEDAR BAHAWA HAMPIR SEMUA KONTRAKTOR YANG MENG'ALIBABA'KAN KONTRAK INI ADALAH ORANG UMNO YANG SEMEMANGNYA LAHAP DENGAN DUIT. MEREKA INILAH YANG MENGAGALKAN DASAR DEB APABILA MENJUAL KONTRAK DAN TENDER INI KEPADA KAUM LAIN.

LEBIH TERUK LAGI, ADA ANTARA MEREKA YANG TIADA KEPAKARAN TETAPI OLEH KERANA MEREKA UMNO MEREKA DAPAT KONTRAK/TENDER TERSEBUT SEDANGKAN ADA KONTRAKTOR YANG BERKEMAMPUAN DINAFIKAN HAK OLEH KERANA MEREKA BUKAN UMNO.

AKHIRNYA KONTRAKTOR ORANG UMNO INI MENJUALKANNYA KEPADA AH CHONG KERANA MEREKA TAK TAU BUAT KERJA DAN JUGA HENDAK MENDAPAT DUIT DENGAN MUDAH. HARI INI DAPAT PROJEK MALAM KARANG DAH 'JUAL' PADA AH CHONG DENGAN HARGA MURAH.

SIAPA YANG SALAH? YANG SALAH IALAH DASAR KERAJAAN UMNO YANG TIDAK MENGIKUT PROSEDUR SEBENAR DALAM PEMBAHAGIAN TENDER DAN KONTRAK. ORANG UMNO WALAUPUN TIDAK LAYAK TETAPI MASIH DIBERIKAN TENDER. AKHIRNYA EKUITI MELAYU TERGADAI.

PAK LAH JANGAN BUAT-BUAT TAK TAHU.


MALAYSIA DALAM BAHAYA : DIPERINTAH DUA PEMIMPIN YANG BERMASALAH – SALAHUDDIN


Bukit Baru 14 Feb : Malaysia sekarang ini berada dalam bahaya kerana di perintah oleh dua pemimpin utama yang bermasalah di mana integriti mereka sekarang ini sedang hebat dipersoal oleh rakyat.

“Perdana Menteri serta Timbalan Perdana yang menjadi pemimpin tertinggi negara sekarang ini sedang menghadapi masalah yang amat kronik dan ianya cukup merbahaya kepada negara kita” kata Salahuddin.

“Pak Lah sejak dari mula-mula memegang tampuk pemerintahan di lihat amat lemah, malah bukan sahaja lemah tapi lembik, banyak keputusan yang di buat dipengaruhi oleh orang lain” tambah Salahuddin.

Mengenai Najib, Salahuddin menegaskan bahawa Najib adalah pemimpin yang penuh kontroversi sekarang ini.

“Kes pembunuhan rakyat Mongolia, Altantuya benar-benar menghantui beliau kerana sehingga hari ini Najib belum membuat sebarang komen tentang kes tersebut”.

“Saya bertanya di Parlimen, Timbalan Menteri Keselematan Dalam Negeri jawab, bom C4 yang digunakan untuk mengebom Altantuya bukan milik Polis, manakala bila ditanya kepada Timbalan Menteri Pertahanan, saya tidak mendapat apa-apa jawapan” kata Salahuddin yang merupakan Ahli Parlimen Kubang Kerian.

“Mengapa Timbalan Menteri Pertahanan tak jawab ini menimbulkan spekulasi, siapa pula yang meluluskan C4 untuk di bawa keluar” tambah Salahuddin.

Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat itu juga berkata afidavit Razak Baginda di Mahkamah juga dengan jelas menyatakan bahawa Altantuya di bunuh di dalam Pejabat Razak Baginda oleh Chief Inspektor Azilah yang juga didakwa pernah membunuh beberapa orang sebelum ini. Azilah bersama seorang ahli kawannya yang juga anggota Unit Tindakan Khas (UTK) yang didakwa membunuh Altantuya pula merupakan pengiring kepada Timbalan Perdana Menteri.

“Semua isu ini meletakkan Najib sekarang dalam kontroversi lebih-lebih kes akan dibicarakan pada Mac 2008, mengapa ianya mengambil masa yang lama untuk dibicarakan” soal Salahuddin.

Turut berceramah bersama YB Salahuddin pada program ceramah anjuran Majlis Tindakan DUN(MTD) itu ialah Us Kamaruddin Sedik, Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Melaka dan Timbalan Yang Dipertua PAS Kawasan Bukit Katil, Hj Bakrin Sidek.


Keahlian Unit Amal

Iklan

Artikel Menarik

A

 

Dewan Pemuda PAS Bukit Katil Hakcipta © 2011 Kredit Ubahsuai oleh Kijang59