Tuesday, 13 February 2007

Tinjauan pendapat: Pengundi Cina dijangka pilih pembangkang


Dua bagi setiap tiga orang pemilih kaum Cina dijangka mengundi parti pembangkang dalam pilihanraya umum akan datang, demikian menurut hasil tinjauan pendapat yang dijalankan oleh firma penyelidikan, Merdeka Centre.

Enam puluh peratus responden kaum Cina yang menyertai tinjauan tersebut – yang dijalankan antara bukan Oktober dan Desember tahun lalu – berkata sudah tiba masanya untuk mengundi pembangkang supaya suara mereka didengar. Bagaimanapun, 22 peratus lagi responden tidak bersetuju.

Mengenai responden Melayu dan India, masing-masing 32 dan 33 peratus dijangka mengundi pembangkang. Ini menunjukkan Barisan Nasional (BN) akan terus mendapat sokongan majoriti kumpulan tersebut.

Responden kaum Cina pula memperlihatkan keinginan ke arah perubahan kerana majoritinya tidak menyokong kerajaan dan tidak puashati dengan kemampuan kerajaan memenuhi aspirasi rakyat.

Tinjauan pendapat itu – yang membabitkan 1,025 responden yang berusia 16 tahun ke atas – cuba menganalisa arah aliran pengundian bagi pilihanraya umum yang akan datang, yang dijadual pada April 2009. Penganalisa politik meramalkan pilihanraya umum akan diadakan awal tahun depan.

Jumaat lalu, malaysiakini melaporkan bahawa responden Cina rasa tidak puashati dengan keadaan ‘ekonomi’ negara yang ‘tiada haluan’, kenaikan harga barangan dan kadar inflasi.

Ketika diminta mengulas mengenai hasil tinjauan tersebut, Pengarah Merdeka Centre, Ibrahim Suffian berkata, beberapa tinjauan lagi perlu dilakukan bagi mengesahkan sama ada pengundi Cina benar-benar akan menyokong pembangkang dalam pilihanraya umum akan datang.

Bagaimanapun, katanya, pada masa ini, nampaknya besar kemungkinan mereka akan demikian sebagai tanda protes mereka dalam pilihanraya akan datang.

Beliau bagaimanapun berpandangan, parti-parti politik kaum Cina dalam BN mampu menangani sentimen negatif ini sebelum pilihanraya umum akan datang diadakan.

“Banyak langkah yang boleh diambil untuk menangani keadaan ini, seperti dalam sektor pendidikan. Harga minyak dunia yang rendah mungkin mendorong kerajaan untuk menurunkan harga minyak – satu langkah yang boleh memberi kesan besar terhadap para pengundi,” katanya.

Ibrahim berkata, projek-projek yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi juga dijangka memberi hasil dan akan dijadikan tanda beliau telah mengotai janjinya.

Harga barangan baik

Menjelaskan mengenai kecenderongan pengundi Melayu untuk mengekalkan status quo, Ibrahim berkata, masyarakat berkenaan telahpun “dilindungi” oleh kerajaan dalam segi pendapatan.

“Majoriti pengundi Melayu (di kawasan luar bandar) memperolehi pendapatan yang memuaskan. Pilihanraya kecil Batu Talam adalah signifikan dalam menunjukkan bahawa pengundi di kawasan luar bandar puas hati dengan keadaan ekonomi,” katanya.

Sokongan masyarakat tersebut kepada BN dilihat dalam jawapan mereka terhadap satu soalan di mana 64 peratus responden daripada kaum tersebut berkata, mereka akan menyokong kerajaan; 28 peratus tidak bersetuju dan hanya empat peratus menjawab “mungkin”.

Responden dari kalangan kaum Cina dan India pula berbelah-bagi terhadap soalan tersebut.

Mengenai kemungkinan satu pertiga responden India akan mengundi pembangkang, Ibrahim berkata, ini disebabkan oleh kekurangan kepimpinan alternatif. Ramai daripada mereka prihatin terhadap nasib masyarakat tersebut dan ini menjadi faktor utama apabila mereka membuat keputusan untuk mengundi.

Perlu pembangkang yang kuat

Jika dilihat berdasarkan kategori pekerjaan pula, pengundi dalam sektor awam yang majoritinya kaum Melayu kurang cenderung untuk mengundi pembangkang (33 peratus), diikuti oleh surirumah (38 peratust), pesara dan golongan bekerja sendiri (masing-masing 39 peratus).

Golongan peniaga (63 peratus) dan kakitangan di sektor swasta (46 peratus) dijangka mengundi pembangkang.

Keseluruhannya, 63 peratus responden bersetuju perlunya ada pembangkang yang kuat tetapi ini tidak semestinya diterjemahkan menjadi undi. Ibrahim mengingatkan bahawa parti pembangkang Melayu, seperti PAS dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) akan berdepan dengan cabaran yang hebat dalam mengetengahkan diri mereka sebagai parti pembangkang yang berwibawa.

“Kecuali mereka mempunyai isu-isu tempatan yang boleh dimainkan, gambaran di peringkat nasional tidak menyebelahi mereka,” hujahnya, sambil menambah bahawa parti-parti pembangkang perlu memperkasakan komunikasi mereka dengan rakyat akar umbi.

“PAS telah menunjukkan kejayaan yang telah dicapai parti sejak pilihanraya umum 2004 dan pilihanraya kecil Pengkalan Pasir (Disember 2005). PKR, yang masih dianggap sebuah parti baru, telah pun mengumumkan rancangannya,” katanya.

Sambil menunjukkan pemisahan (lihat carta) antara Melayu dan bukan-Melayu mengenai isu penarikan balik keistimewaan ekonomi, sebagai contohnya, Ibrahim berkata, PKR – yang memperjuangkan Agenda Ekonomi Baru – perlu lebih agresif dalam menjelaskan butiran mengenai rancangan ekonominya.

Populariti Abdullah

Menurut Ibrahim, tinjauan itu juga mendapati Perdana Menteri masih menikmati populariti yang tinggi.

“Berdasarkan pengalaman kami, rakyat bersikap lebih terbuka dalam (memperkatakan) isu-isu, tetapi apabila ia menyentuh soal persepsi dan niat mengundi, mereka biasanya bersikap lebih berhati-hati,” katanya.

Sama ada Abdullah boleh mengekalkan popularitiny atau tidak dalam pilihanraya umum akan datang, ia akan dipengaruhi oleh beberapa faktor termasuk penunaian janjinya, prosedur pentadbiran dan hasil usaha memerangi rasuah.

Ibrahim berkata, sebahagian besar bukan Melayu merasakan mereka tidak mendapat faedah daripada dasar-dasar ekonomi walaupun pada umumkan mereka berpandangan positif terhadap apa yang ditawarkan oleh Abdullah.

Hasil tinjauan itu juga menunjukkan 56 peratus responden berpendapat masalah Abdullah adalah berpunca daripada legasi yang diwarisinya daripada Perdana Menteri sebelumnya, Tun Dr Mahathir Mohamad, manakala 36 peratus lagi tidak bersetuju.

Dr Mahathir telah mempertikaikan keputusan pentadbiran Abdullah sejak tahun lalu.Abdullah menggantikan Dr Mahathir pada 2003.

Dipetik dari Malaysiakini


TV3 SUKU TERUS BERUSAHA MELEKAKAN RAKYAT


Pada setiap kali musim pilihanraya, TV3 akan menjadi tukang kempen utama kerajaan. Antara peranannya ialah menfitnah pembangkang, calon-calon pemangkang malah akan menyiarkan berita-berita negatif tentang pembangkang. Inilah kerja asasi TV3 iaitu saluran pembodek nombor satu di Malaysia. Kadang-kadang cara bodeknya lebih hebat dari RTM1 & RTM2.

Di luar musim pilihanraya pula, TV3 akan memainkan peranannya sebagai alat untuk melekakan rakyat dengan program-program hiburan yang melalaikan. Hampir semua programnya adalah menjuruskan kepada budaya hedonisme yang menjauhkan rakyat dari mengingati tuhan.

Program seperti Konsert Sure Heboh, Melodi, Sensasi dan lain-lain jelas tidak mempunyai unsur positif langsung kerana ianya semata-mata untuk hiburan.

TV jenis inilah yang sebenarnya disukai oleh kerajaan Islam Hadhari yang sememangnya mahukan rakyat leka dibuai mimpin hiburan dan keseronokan.

SEDARLAH WAHAI TUAN PUNYA TV3, JIKA KAMU BERUSAHA UNTUK MENYESAT DAN MELALAIKAN RAKYAT MAKA SUDAH TENTU KAMU MENANAM SAHAM KE NERAKA, KERANA KEJAHATAN DAN DORONGAN DARI KAMU SUPAYA MEREKA LALAI DAN MENJAUHI ALLAH SUDAH PASTI AKAN DIBALAS OLEH ALLAH. KEPADA YANG BEKERJA DENGAN TV3 KAMU JUGA MENDAPAT SAHAM.FIKIRKANLAH.

KEPADA SEMUA RAKYAT PULAUKAM TV3


PENJARAKAN TIDAK AKAN MUAT SELAGI UNDANG-UNDANG ISLAM TIDAK DILAKSANAKAN


16 penjara dan pusat tahanan baru akan dibina

Masalah kesesakan di penjara dan pusat tahanan akan berkurangan apabila 16 pusat baru siap dibina kelak.

Enam buah penjara dan pusat tahanan sedang dibina di Jawi, Bentong, Macang, Sungai Uda dan Kuching, dan juga di Perlis.

Tujuh buah lagi masih di peringkat rekabentuk. Infrastruktur baru itu boleh menampung 15,000 tahanan.

Tiada butiran lanjut dikeluarkan untuk tiga lagi buah pusat tahanan yang diumumkan.

Timbalan Menteri Keselamatan Dalam Negeri Datuk Fu Ah Kiow ketika mengumumkan perkara itu berkata, projek berkenaan termasuk penggajian kakitangan dianggarkan menelan belanja RM3.1bil.

ITULAH KENYATAAN DAN REALITI YANG BERLAKU DI DALAM NEGARA KITA. DI MANA SEMAKIN RAMAI YANG MENCEBURI BIDANG JENAYAH DAN AKIBATNYA PENJARA TIDAK MUAT DAN LEBIH BANYAK PENJARA PERLU DI BINA.

NAMUN PEMIMPIN-PEMIMPIN ISLAM HADHARI MASIH TERABA-RABA MENCARI APAKAH JALAN PENYELESAIAN TERBAIK UNTUK MENGATASI MASALAH JENAYAH INI. TETAPI MEREKA LUPA BAHAWA UNDANG-UNDANG CIPTAAN ALLAH SAHAJALAH YANG MAMPU MENYELESAIKAN MASALAH JENAYAH INI.

KEMBALILAH KE PANGKAL JALAN WAHAI IMAM AL-HADHARI.


PERINGATAN UNTUK SEMUA


Di hantar melalui oleh Jambol Seven

Satu peringatan utk kita semua....

mmm takutnya..mcm makin dekat jer...
GEMPA BUMI !!! : Sabda Rasullullah S.A.W
Bagi hamba2 Allah yg masih belum insaf dan bertaubat... ...-Ya Allah
ngerinye!!!- dan takut!
Bacalah hadis-hadis Nabi yang telah disampaikan lebih 1400 tahun ini

dan buatlah persiapan untuknya ..

JANGAN TUNGGU LAGI. AJAL DATANG SEKELIP MATA.

Sabda Rasulullah SAW:
1) "Sesungguhnya ada sebahagian daripada umatku yang akan meminum arak
dan mereka menamakannya dengan nama yang lain(bukan arak). (Mereka
meminumnya) sambil dialunkan dengan bunyi muzik dan suara artis-artis.
Allah SWT akan menenggelamkan mereka ke dalam bumi (dengan gempa
bumi) dan akan menjadikan mereka seperti kera dan babi (setelah
mati)".
(Hadis Riwayat Ibnu Majjah)

2) Drpd Anas bin Malik ra, Rasulullah SAW bersabda:
"Sesungguhnya di antara tanda-tanda telah hampirnya hari Qiamat itu,
berlaku banyak kematian manusia secara mendadak"
(Hadis riwayat Thabrani)

3) Drpd Abu Hurairah ra, Rasulullah SAW bersabda:
"Tidak akan datang hari qiamat sehinggalah berlakunya banyak gempa bumi"
(Hadis Riwayat Bukhari)

4)Rasulullah SAW bersabda:
"Sebelum berlakunya hari qiamat, akan terdapatnya kematian yang amat
menakutkan dan kemudian dari itu berlakulah tahun-tahun gempa bumi"
(Hadis riwayat Ahmad)

5) Daripada Ali bin Abi Thalib ra, RasulullahSAW bersabda:
"Apabila umatku telah membuat 15perkara, maka BALA pasti akan turun
kepada mereka, iaitu :
1. Apabila harta negara hanya beredar dikalangan orang tertentu sahaja
2. Apabila amanah dijadikan suatu sumber keuntungan
3. Zakat dijadikan hutang
4. Suami menurut kehendak isteri (dalam perkara bertentangan syariat)
5. Anak derhaka terhadap ibunya
6. Akan tetapi (anak tadi) sangat baik terhadap kawan-kawannya.
7. Ia (anak) suka menjauhkan diri daripada ayahnya
8. Suara sudah ditinggikan di dalam masjid.
9. Yang menjadi ketua sesuatu kaum adalah orang yang paling hina di
antara mereka.
10. Seseorang dimuliakan kerana ditakuti kejahatannya.
11. Arak sudah diminum secara berleluasa.
12. Kain sutera banyak dipakai (oleh kaum lelaki)
13. Para artis-artis disanjung-sanjung.
14. Muzik banyak dimainkan/didendang kan.
15. Generasi akhir umat ini akan melaknat generasi pertama (para sahabat
terdahulu). Maka pada ketika itu hendaklah mereka menanti angin
merah atau GEMPA BUMI ataupun mereka akan dirubah menjadi makhluk
lain"
(Hadis Riwayat At-Tirmidzi)

Wahai Muslimin Muslimat?. APA LAGI YG ANDA TUNGGU??!! BERINGATLAH! !

KEMBALILAH KEPADA ISLAM?

Janganlah kalian SOMBONG & EGO terhadap ALLAH!

Adakah kalian ingin menunggu maut datang di hadapan anda baru ingin
bertaubat?? Sampai bilakah anda ingin MENUNGGU & TUNGGU, NANTI &
NANTI, TANGGUH & TANGGUH untuk berubah dan membuat persediaan diri??
Adakah anda tahu bila anda akan MATI?? Adakah anda boleh jamin yg anda akan
hidup sehingga ke akhir hari ini??

Kalian yang tidak solat, TUNAIKANLAH SOLAT kerana SOLAT itu adalah
perkara asas bagi seseorang yg bergelar Muslim...dan ia adalah
wajib!!! Kalian yang tidak menutup aurat, atau menutup sebahagian
tetapi membuka sebahagian yang lain BERTAUBATLAH! !

TUTUPLAH AURATMU DENGAN SEMPURNA!!

HENTIKANLAH SEGALA BENTUK MAKSIAT!!

Hentikanlah mendengar muzik-muzik yang melalaikan!!
Tunaikanlah zakat dan haji bagi yang berkemampuan.
Tunaikanlah kewajipan kalian sebagai MUSLIM & PENDAKWAH !
Di manakah AKHLAK & ADAB ANDA SEBAGAI MUSLIM?
Bagi para Muslimin? DI MANAKAH SOLAT BERJEMAAH ANDA, DI
MASJID-MASJID, SURAU-SURAU & RUMAH-RUMAH? .
Bagi para suami, para bapa, para isteri, para ibu ..DIDIKLAH
ANAK-ANAK KALIAN!! Kalian diberi amanah untuk menjaga dan mendidik,
BUKAN SEKADAR MELAHIRKAN mereka!! Jadikanlah mereka sebagai anak yang
SOLEH & SOLEHAH.
Pada masa yang sama,KALIAN JUGA WAJIB MENUNJUKKAN CONTOH pada mereka
sebagai MUSLIM, bukan sekadar menghantar mereka ke sekolah agama.

Amalkanlah ISLAM 100%, bermula dr rumah.
TOLONG, TOLONG & TOLONG SEBARKAN...WAJIB.
Wassalam


Mohd Hazizul Mohammed Ghouth
Gamie' An Gahanim,Syarie Masarra
Maahad Qiraat al-Azhar Shoubra


ISU HADIAH MY VI :SIAPA YANG BODOH AZMI KHALID ATAU RADZI SHEIKH AHMAD?


Kerajaan menarik balik semua cabutan bertuah termasuk hadiah utama sebuah kereta Perodua Myvi untuk pemohon MyKad.

Perkara itu diumumkan oleh Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri Datuk Seri Radzi Sheikh Ahmad selepas menghadiri perhimpuna bulanan kementeriannya di Putrajaya hari ini.

Beliau menyifatkan langkah untuk memberikan hadiah bagi permohonan kad pengenalan sebagai "suatu tindakan bodoh". SIAPA YANG BODOH MENTERI DAHULU, AZMI KHALID ATAU MENTERI SEKARANG, RADZI SHEIKH AHMAD.

APAKAH RADZI HENDAK MEMPERBODOHKAN SEMUA MENTERI TERMASUK PERDANA MENTERI, TIMBALAN PERDANA MENTERI ATAU DIRINYA SENDIRI LEBIH-LEBIH LAGI KALAU KEPUTUSAN MEMBERIKAN HADIAH INI DILULUSKAN OLEH KABINET ATAU SEKURANG-KURANGNYA DILULUSKAN DI PERINGKAT KEMENTERIAN.


Menurut laporan Bernama, Radzi berkata, kesemua hadiah termasuk kereta berkenaan akan didermakan kepada rumah anak yatim.

"Nak kena upah. Nak tukar MyKad kena buat cabutan bertuah baru orang ramai nak datang. Itu semua mengarut," katanya kepada pemberita.

"Ia satu tindakan bodoh untuk menawarkan sesuatu kepada rakyat Malaysia supaya hadir dan menukar MyKad," katanya.

Beliau berkata, rakyat Malaysia sepatutnya lebih bertanggungjawab dan jujur serta ikhlas untuk mendapatkan kad pengenalan mereka, satu dokumen diri yang amat penting.

Penawaran cabutan bertuah dengan hadiah terbesar kereta Perodua My VI pernah disiarkan oleh media pada tahun 2005, dan ianya diisytiharkan sendiri oleh menteri. Apakah menteri ini tidak mengkaji setiap tindakan sebelum di ambil sehingga tindakan ini dikatakan bodoh oleh menteri lain. AMAT MEMALUKAN.


SYED AZMAN DI NTV 7, 9.30 MALAM INI DALAM RANCANGAN FORUM


AJK PAS Pusat Dr Syed Azman Syed Ahmad Nawawi akan menyertai debat hujah bertajuk 'Karenah Birokrasi dan Amalan Rasuah' di TV9 jam 9.30 malam ini.

Antara anggota panel yang akan turut sama dalam debat tersebut ialah, Profesor Muhammad Agus Yusof (UKM) dan Shamsudin Bardan (MEF).

Harakahdaily difahamkan debat diadakan berikutan daripada kenyataan Perdana Menteri, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi yang mahu karenah birokasi di kalangan kakitangan awam, diatasi baru-baru ini.


HARAPKAN PAGAR, PAGAR MAKAN PADI DAN TANAH-TANAHNYA SEKALI


Harapkan pagar, pagar makan padi. Itulah ungkapan yang sesuai diberikan kepada warden Penjara Simpang Renggam yang disyaki terbabit membekalkan dadah kepada banduan di Pusat Pemulihan Akhlak Simpang Renggam, Johor.

Timbalan Menteri Keselamatan Dalam Negeri, Datuk Fu Ah Kiow berkata, mereka dikesan selepas Jabatan Penjara dengan kerjasama polis menubuhkan pasukan penyiasat kira-kira tiga bulan lalu setelah menerima maklumat risikan mengenainya.

‘‘Nama (kakitangan penjara itu) telah diserahkan kepada polis. Setakat ini, seorang daripada mereka sudah ditangkap, manakala empat lagi dalam proses untuk ditahan selama 60 hari bagi siasatan di bawah Akta Dadah Berbahaya (Langkah-Langkah Pencegahan Khas) 1985,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat bulanan bersama pegawai kanan jabatan itu di Penjara Kajang semalam.

Ah Kiow mengulas laporan akhbar baru-baru ini mengenai 16 wadar yang disiasat kerana dipercayai terbabit menyeludup masuk dadah ke pusat tahanan itu sejak beberapa bulan lalu.

Berikutan itu, lapan kakitangan penjara berkenaan telah dipindahkan ke penjara lain sehingga siasatan selesai.

Pusat tahanan tersebut menempatkan 4,200 banduan dengan 800 wadar yang bekerja mengikut empat syif tugasan setiap hari.

Selain lima nama kakitangan terbabit, kata Ah Kiow, terdapat juga kakitangan di pusat itu yang dikenakan tindakan tatatertib disebabkan kesalahan sama tetapi beliau enggan mendedahkan bilangannya.

NAMPAKNYA WARDEN PUN 'BERNIAGA' DI ZAMAN SEKARANG. SEMUA INI ADALAH BALA KENAIKAN HARGA BARANG DAN MINYAK. BILA BELANJA MAKIN BESAR ORANG MULA MENCARI ALTERNATIF. MANA YANG TAK KUAT IMAN MEREKA LAKUKAN APA SAHAJA ASAL DAPAT DUIT.


ZAMAN ISLAM HADHARI REMAJA 14 TAHUN BERANI ROGOL KAWAN


Zaman Islam Hadhari sekarang ini macam-macam perkara berlaku yang kadang-kadang tidak terfikir oleh otak kita.

Semalam media melaporkan bahawa tiga pelajar Tingkatan Dua ditangkap berhubung siasatan kes cabul dan rogol beramai-ramai rakan sekolah mereka yang berusia 13 tahun.

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Supt. Osman Muhammad Sebot berkata, kejadian 4 petang itu bermula sewaktu mangsa sedang menunggu sebuah bas untuk menghadiri hari sukan di sekolahnya.

Penderitaan gadis sunti itu bermula apabila dia merima tawaran ketiga-tiga remaja lelaki itu untuk menunggang motosikal mereka.

Dalam perjalanan ke sekolah, mereka membuat lencongan sejauh 6km dari sekolah dan membawanya ke sebuah sungai, tambahnya.

Supt Osman berkata gadis itu dipujuk mandi bersama mereka sebelum diraba dan dipaksanya melakukan seks dan kemudian dihantar ke sekolah.

"Dia hanya memberitahu keluarganya tentang kejadian ini pada 8 Feb, beberapa hari selepas kejadian apabila remaja lelaki itu mengugutnya agar jangan memberitahu sesiapa," katanya, sambil menambah polis sedang menunggu laporan polis sebelum bertindak lanjut.

Osman berkata kes itu kini sedang disiasat menurut Seksyen 376 Kanun Keseksaan bagi kesalahan rogol dan ketiga-tiga remaja itu ditahan reman sehingga 20 Feb.

ZAMAN ISLAM HADHARI INI BEGITU BANYAK BALA YANG DITIMPAKAN OLEH ALLAH KERANA KEBONGKAKAN DAN KEBIADAPAN PEMIMPIN ISLAM HADHARI YANG MASIH BERDEGIL TIDAK MAHU MENGAMALKAN UNDANG-UNDANG ISLAM SEPENUHNYA.


RUMAH URUT HALAL DI SISI ISLAM HADHARI


Islam Hadhari sejak mula dislogankan jelas SESAT DAN MENYESATKAN. Manakan tidak judi, riba,arak, konsert, dedah aurat, rumah urut dan macam-macam yang diharamkan oleh Allah diHALALkan oleh Islam Hadhari. Sebab itulah kedai judi seperti 4 nombor ekor, Pusat Judi Genting Highland, kilang arak Carlsberg, konsert sure heboh dan sebagainya diberikan lesen dan kebenaran untuk terus beroperasi. Malah tempat-tempat dan aktiviti sebegini tumbuh bagai cendawan lepas hujan.


Semalam kita sekali berasa geli hati apabila kononnya kerajaan negeri Selangor terus memantau dan membuat serbuan di rumah-rumah urut dalam negeri tersebut. Tetapi pada masa yang sama lesen diberikan kepada rumah urut tersebut bermakna ada rumah urut HALAL dan ada yang HARAM.

Setahu kita rumah urut ini kegiatannya adalah urutan yang dilakukan tidak mengira jantina samada wanita urut lelaki, lelaki urut wanita ataupun urutan sesama jantina.
Persoalannya adakah Islam Hadhari mengHALALkan urutan berlainan jantina ini.

AYAT AL-QUR'AN dan HADIS mana yang As-Syeikh Abdullah Badawi dan Khir Toyo pakai yang membolehkan urutan sebegini dilakukan.????

Media melaporkan bahawa tujuh gadis bawah umur yang bekerja di rumah urut di Klang dan ditahan sewaktu serbuan baru-baru ini terdiri daripada pelajar-pelajar yang sedang menunggu keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Islam, Belia dan Mesra Rakyat Selangor, Datuk Abdul Rahman Palil berkata remaja-remaja itu yang diupah sebagai tukang urut di premis itu semuanya beragama Islam.

Katanya, mereka berbohong kepada ibu bapa masing-masing dengan menyatakan mereka bekerja di pusat kesihatan dan restoran makanan segera.

"Kami bercakap dengan ibu bapa selepas anak remaja ditangkap dan kami dimaklumkan mereka tidak tahu menahu anak masing-masing sanggup bekerja sebagai tukang urut di rumah-rumah urut," kata Abdul Rahman.

Beliau seorang anggota Exco Selangor yang ditugaskan mengetuai serbuan dalam satu kempen besar-besaran di seluruh negeri awal bermula bulan ini.

Abdul Rahman berkata kenyataan remaja-remaja berkenaan telahd direkodkan oleh Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) dan akan dipanggil untuk sesi kaunseling.

"Mereka yang 'ditangkap' lebih daripada sekali akan dihantar ke pusat pemulihan," katanya dalam sidang akhbar selepas merasmikan khemah belia anjuran Jabatan Belia dan Sukan negeri di sini hari ini.

Abdul Rahman, yang memaklumkan dua gadis remaja telah dihantar ke pusat pemulihan, berkata mereka yang bekerja berasal dari kampung di sekitar Klang.

Mereka mungkin memilih pekerjaan itu akibat dipengaruhi rakan atau keinginan untuk mendapatkan wang, katanya.

"Mereka sepatutnya bekerja di restoran-restoran makanan segera yang lebih sesuai dengan pelajar," tambahnya.

Beliau juga berkata 95 peratus daripada 52 rumah urut berlesen di bandar itu telah melanggar syarat-syarat dalam lesen mereka.

Lesen rumah urut yang berbuat demikian akan ditarik balik, katanya, tetapi pihak pengurusan boleh membuat rayuan. LESEN KAMU BERI SUDAH TENTULAH RUMAH URUT INI TERUS BEROPERASI.

Kerajaan akan memperbaharui lesen jika mereka mematuhi spesifikasi yang dinyatakan, tambahnya, termasuk membuka petak-petak.(LANGSUNG TIDAK ADA RASA BERSALAH DALAM MEMBERIKAN LESEN KEPADA KEGIATAN MAKSIAT SEPERTI INI. INILAH ISLAM HADHARI)

Bagaimanapun kerajaan negeri tidak berniat menambah jumlah lesen rumah urut di sini, kata Abdul Rahman lagi.(MEMANG TIDAK BERNIAT TETAPI RUMAH URUT YANG ADA JUMLAHNYA BERAPA, BELUM CAMPUR DENGAN RUMAH URUT YANG SEMBUNYI-SEMBUNYI ATAU SENGAJA DISEMBUNYIKAN)


HADIAH MYKAD : KALAU TAK ADA DUIT JANGAN BERJANJI, BUAT MALU 'COMPANY'


KUALA LUMPUR, 13 Feb - Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri Datuk Seri Radzi Syeikh Ahmad di Putrajaya hari ini mengumumkan bahawa kerajaan menarik balik semua tawaran hadiah termasuk hadiah utama sebuah kereta Perodua Myvi dalam cabutan bertuah yang ditawarkan kepada rakyat yang membuat MyKad.

BUAT MALU 'COMPANY' SAHAJA, MACAMANA ISU KECIL SEMACAM INI PUN TIDAK DAPAT DI SELESAIKAN SECARA PROFESSIONAL DAN SISTEMATI. SEMASA BUAT KEPUTUSAN UNTUK MEMBERI HADIAH DAHULU TAKKAN SEMUA ASPEK TIDAK DI AMBIL KIRA.

INILAH BUKTI BAHAWA KERAJAAN, MENTERI DAN PEGAWAI-PEGAWAINYA TIDAK CEKAP MENTADBIR DAN BUAT KERJA SECARA SAMBIL LEWA SAHAJA.

'ALAHAI MY VI KEMPUNAN AKU NAK MEMILIKI ENGKAU'


TAIB MAHMUD MAHU 'MATI BERDIRI DALAM PEJABAT'


Apakah oleh kerana kemaruk dengan kuasa atau takut untuk melepaskan kuasa maka Ketua Menteri Sarawak, Taib Mahmud masih tidak mahu meletakkan jawatannya. Seolah-olah dia ingin mati berdiri dalam pejabat.

Dalam kenyataannya sebelum ini beliau juga semacam memperkecilkan kemampuan pemimpin-pemimpin pelapisnya. Hanya beliau seorang sahaja pandai memerintah.

Petanda bahawa Taib masih mabuk dengan kuasanya dapat dilihat dengan jelas sewaktu majlis perasmian persidangan Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) oleh Perdana Menteri dan Pengerusi Barisan Nasional, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.

Taib memberitahu kira-kira 2,000 perwakilan bahawa beliau akan menumpukan usahanya, dalam tempoh dua tahun akan datang, untuk meningkatkan lagi penggunaan Internet di negeri itu kepada 50 peratus, berbanding 1.4 peratus sekarang.

ORANG KALAU DAH SEDAP DUDUK DI ATAS MEMANG BEGITU SEBAB DIA TAHU BILA LETAK JAWATAN NANTI SIAPA PUN TAK LAYAN DIA KERANA SEMUA ORANG TAHU KEBAIKAN DAN KEBURUKANNYA SEMASA BERKUASA.

INI BERBEZA DENGAN PEMIMPIN ISLAM YANG MEMEGANG JAWATAN ATAS DASAR AMANAH DAN TIDAK MENGGUNAKAN KUASA UNTUK KEPENTINGAN DIRI. KALAU MEREKA MEMEGANG KUASA LAMA PUN TIDAK ADA MASALAH SEBAB MEREKA TIDAK ADA KEPENTINGAN


PENJAWAT AWAM MULA TAK PUAS HATI DENGAN AMALAN PILIH KASIH



Syabas diucapkan kepada kakitangan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) yang berani berpiket menentang pelantikan Timbalan Ketua Pengarah DBP yang disifatkan tidak mengikut prosedur.

Sejak Imam Al Hadhari ini menjadi Perdana Menteri sudah banyak isu perlantikan seperti ini dibuat dimana orang luar yang di bawa masuk menjawat jawatan penting. Ini berlaku contohnya dalam isu perlantikan Naib Canselor UM dan UKM.

Semalam kira-kira 50 pekerja Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) berpiket di depan Bangunan DBP, Jalan Dewan Bahasa, dekat sini, tengah hari tadi bagi membantah isu pelantikan jawatan Timbalan Ketua Pengarah (TKP) yang baru.

Piket berkenaan yang dipercayai pertama kali diadakan oleh kesatuan khasnya bagi membantah isu pengurusan dalaman DBP turut disertai slogan-slogan yang antaranya bertulis, ‘Berikan Jawatan Kepada yang Berhak’, ‘DPB: Satu Kapal Dua Nakhoda’, Siakap Senohong, Gelama Ikan Duri……’, ‘Pengurusan perlu Menghormati Peraturan’, ‘Kami Mahu Hak Kami Dikembalikan!’.

Beberapa anggota polis kelihatan mengawal piket yang diadakan secara aman dan piket itu difahamkan akan diteruskan selama empat hari berturut-turut.

Harakahdaily


Keahlian Unit Amal

Iklan

Artikel Menarik

A

 

Dewan Pemuda PAS Bukit Katil Hakcipta © 2011 Kredit Ubahsuai oleh Kijang59