Monday, 12 February 2007

BINA KILANG PUN KERAJAAN TEMPATAN TAK TAU KE?


MELAKA 12 FEB : Media melaporkan seramai 10 keluarga dari Taman Tamby Chik Karim dan Taman Merdeka di Batu Berendam dekat sini terdedah kepada bahaya pencemaran habuk dan gangguan bunyi bising berikutan pembinaan sebuah kilang besi sejak setahun lalu.

Kilang berkenan hanya terletak kira-kira enam meter daripada kediaman penduduk di kawasan itu.

Seorang penduduk yang ditemui, Choon Mui Fah, 46, berkata, masalah itu bukan saja membabitkan seisi keluarganya malah dikongsi bersama beberapa jiran berhampiran rumahnya.

Sementara itu, Setiausaha Khas kepada Ketua Menteri (Hal Ehwal Kebajikan), M S Mahadevan berkata, jarak yang perlu dipatuhi untuk menjalankan operasi sesebuah industri atau kilang adalah 100 meter daripada jarak tempat kediaman penduduk.(TAKAN LAH KERAJAAN TEMPATAN TAK TAU PERKARA. LESEN PREMIS SIAPA YANG LULUSKAN. JANGANLAH NAK PERBODOHKAN RAKYAT PULA)

Menurutnya, jarak kilang terbabit dengan rumah penduduk sedia ada itu tidak masuk akal kerana ia terletak sejauh enam meter sahaja.

“Saya difahamkan, pengurus kilang terbabit sudah berjumpa Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd Ali Rustam tahun lalu bagi mencari jalan penyelesaian terhadap masalah penduduk terbabit.(APA HASILNYA DAH SETAHUN BELUM SELESAI LAGI)

“Isu ini juga turut dimaklumkan kepada Datuk Bandar MBMB, Datuk Zaini Md Nor di mana MBMB memberi sedikit masa kepada pengurusan kilang supaya dapat berpindah demi kebaikan penduduk,” katanya. (ZAINI TAK BUAT APA-APA KE?)

Difahamkan, pihak pengurusan kilang terbabit sepatutnya berpindah pada Oktober tahun lalu tetapi dilanjutkan kepada satu tarikh yang diputuskan MBMB.(ADA APA-APA KE NI?)

Menurutnya, penduduk terbabit sering membuat aduan kerana tidak tahan dengan masalah yang melanda mereka setiap hari.

Mahadevan berkata, dia akan memanjangkan perkara itu di unit Jabatan Perancangan Kawalan Bangunan MBMB untuk mengetahui status tanah berkenaan minggu depan. (BERAPA KALI MAU PANJANG DA. HASILNYA TARAK)


MENTERI ISLAM HADHARI LEPAS TANGAN : HADIAH CABUTAN BERTUAH MYKAD MASIH DI 'ALAM KAYANGAN' (MENANTI MYVI YANG TIDAK GUGUR2)





KALAU PASAL BERJANJI SIAPA TIDAK KENAL PEMIMPIN DAN KERAJAAN BARISAN NASIONAL. SKIL DAN KEMAHIRAN INI JUGA SUDAH DITIRU OLEH AGENSI-AGENSI KERAJAAN DAN BADAN-BADAN BERKANUN.

INILAH TERJADI KEPADA RAKYAT MALAYSIA YANG SEOLAH-OLAH DITIPU OLEH IKLAN AGENSI KERAJAAN YANG BERTANGGUNGJAWAB KEPADA HAL CABUTAN BERTUAH PEMEGANG MYKAD.

LEBIH MEMALUKAN IANYA MELIBATKAN MENTERI DAN KEMENTERIAN YANG BERKENAAN, DI MANA PENGUMUMAN TENTANG CABUTAN ITU DIKATAKAN DI BUAT OLEH MENTERI SENDIRI.

Semalam sebuah media cetak mendedahkan bahawa pemenang hadiah utama, sebuah kereta Perodua MyVi, sempena cabutan bertuah kempen Jom Tukar dan Menang bagi rakyat Malaysia yang memiliki MyKad atau membuat kad pengenalan pintar itu sebelum 30 November 2005, masih belum diumumkan.

Persoalan itu timbul di kalangan hampir 25 juta rakyat Malaysia yang memiliki MyKad, terutama yang tergesa-gesa memperbaharui kad pengenalan lama selepas ‘mengidam’ MyVi percuma.(RAKYAT DITIPU LAGI)

Ini kerana, kempen promosi berkonsepkan insentif melalui cabutan bertuah itu dilaksanakan mulai 1 September hingga 30 November 2005 dan pemenang hadiah utama sepatutnya ditentukan pada bulan terakhir itu.

Namun, kini lebih setahun berlalu, Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri (KHEDN) yang bertanggungjawab mengumumkan cabutan bertuah merangkumi hadiah keseluruhan bernilai RM350,000 itu masih menyepi.

Sumber KHEDN ketika dihubungi Metro Ahad mengesahkan cabutan untuk pemenang MyVi belum dibuat, tetapi mendakwa baki cabutan bertuah membabitkan pelbagai hadiah sampingan dilakukan pada Disember 2005.

Lebih merumitkan keadaan, pengumuman itu dibuat Datuk Seri Azmi Khalid yang kini menjadi Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, manakala Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri ketika ini ialah Datuk Seri Radzi Sheikh Ahmad.(MENTERI PUN TAHU JANJI SAHAJA, BILA MASA DAH SAMPAI LEPAS TANGAN. INILAH PERANGAI MENTERI ISLAM HADHARI)

Azmi berkata, beliau tidak boleh mengulas lanjut mengenai pemenang hadiah utama itu kerana sudah bertukar ke kementerian lain.

“You check (awak periksa) dengan kementerian (KHEDN), saya tak tahu apa jadi sekarang,” katanya ketika ditemui di Hotel Marriot, di sini, Selasa lalu.

Ditanya bukankah pengumuman itu dibuat ketika era beliau, Azmi berkata: “Saya akan ‘check’ (periksa), saya dah tak ingat. Sekarang saya bawah kementerian lain, minta Datuk Radzi komen.” (INILAH SIFAT SEORANG MENTERI ISLAM HADHARI YANG SUKA LEPAS TANGAN. BUKANKAH LEBIH MANIS KALAU BELIAU MENJAWAB AKAN MENGAJUKAN PERKARA INI KEPADA MENTERI YANG BERKENAAN SEKARANG)

Radzi pula ketika diminta mengulas mengenai isu itu berkata, pengumuman terbabit dibuat bukan ketika di bawah pentadbirannya.(INI JUGA JAWAPAN UNTUK MELEPASKAN DIRI. SO SIAPA YANG BETUL. INIKAH KUALITI SEORANG MENTERI YANG IMAM AL HADHARI MAHU DAN WAR-WARKAN)

Media itu juga cuba mendapatkan Timbalan Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri, Datuk Tan Chai Ho yang memegang jawatan sama sejak era Azmi, namun meminta isu itu dirujuk kepada Ketua Setiausaha kementerian, Tan Sri Aseh Che Mat.(LEPAS TANGAN LAGI. BAIK MCA ATAU UMNO SAMA SAHAJA SEBAB IMAM MEREKA DAH AJAR MACAM ITU)

Aseh pula enggan mengulas isu itu, seolah-olah ada sesuatu ‘masalah’ berhubung hadiah MyVi terbabit.(YANG INIPUN 2 KALI LIMA JUGA. KALAU NAK HENTAM PEMBANGKANG CEPAT-CEPAT DIA BERTINDAK)

Pada 25 Ogos 2005, akhbar tempatan melaporkan, mereka yang memiliki MyKad atau memohon sebelum 30 November berpeluang memiliki pelbagai hadiah menarik, termasuk kereta nasional MyVi bernilai RM50,000 melalui cabutan bertuah kempen ‘Jom Tukar dan Menang’.

Kempen yang dilancarkan kerajaan bagi meningkatkan kesedaran orang ramai terhadap penggunaan MyKad menawarkan hadiah keseluruhan bernilai RM350,000.

Cabutan diadakan selama tiga bulan mulai 1 September hingga 30 November membabitkan 80 pemenang setiap bulan.

Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri, Datuk Seri Azmi Khalid, dipetik sebagai berkata, cabutan bertuah akan dilakukan dalam tempoh tiga bulan mulai akhir September, Oktober dan November 2005.(TAKAN TAK MENGAKU KOT, SURAT KHABAR DAH DEDAHKAN YANG HANG LAH YANG BUAT PENGUMUMAN ITU)

“Mereka yang memiliki MyKad tidak perlu lakukan apa-apa. Kita ada maklumat nombor kad pengenalan mereka dan jika bernasib baik, nombor mereka akan dicabut.

“Yang belum memiliki MyKad, datanglah ke mana-mana kaunter Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) sepanjang tempoh cabutan jika mahu menyertai kempen ini,” katanya pada satu sidang akhbar di KHEFDN pada 24 Ogos 2005.

INILAH HADIAH-HADIAH YANG MASIH MENJADI IDAMAN RAKYAT YANG SEHINGGA SEKARANG MASIH BERADA DI 'ALAM KAYANGAN'
> Hadiah bulanan pemenang ‘Jom Tukar dan Menang’ MyKad cabutan September, Oktober dan November 2005:
> Hadiah utama kereta Perodua MyVi bernilai RM50,000
> 1motosikal Suzuki Skuter 150cc bernilai RM6,500
> 6 televisyen 29 inci bernilai RM2,000
> 5 tiket penerbangan ke Jakarta tiga hari dua malam
> 6 komputer peribadi
> 7 peti sejuk
> 5 kamera video
> 5 telefon bimbit
> 5 kamera digital
> 5 ketuhar mikro gelombang
> 5 radio mini compo.
> 10 pemain cakera video digital (DVD)
> 20 periuk masak bertekanan


TAHNIAH LAJNAH PERPADUAN NASIONAL



MELAKA 12 FEB : Dewan Pemuda PAS Negeri Melaka (DPPNM) mengucap tahniah kepada Lajnah Perpaduan Nasional (LPN) atas kejayaan mereka mengedarkan lebih 50,000 cetakan akhbar berbahasa Mandarin PAS, Ren Min Shi Shi (Berita Semasa Rakyat) ke seluruh negara sempena Perayaan Tahun Baru Cina yang bakal tiba bagi memberikan maklumat dan penerangan tentang PAS serta isu-isu semasa yang berkaitan.

Program pengedaran akhbar berkenaan yang dinamakan Ops Sutera telah dilakukan pada pagi tadi di Taman Berkeley, Klang dengan diketuai oleh Ketua Pengarangnya, Dr Halimah Ali.

Setiausaha Lajnah Perpaduan Nasional DPPNM, Zein Azeez dalam kenyataan kepada Blog ini menyifatkan bahawa kesungguhan dan kejayaan LPN Pusat meneruskan program penerbitan dan pengedaran akhbar Ren Min Shi Shi ini merupakan suatu kejayaan besar PAS dalam usaha untuk mendekati masyarakat Cina di negara ini.

"Kita mengharapkan akhbar ini dapat diedarkan ke Melaka untuk kita sama-sama edarkan kepada masyarakat Cina di Melaka" ujar Zein bersungguh-sungguh.

Sementara itu Harakahdaily melaporkan bahawa risalah Ren Min Shi Shi yang akan diedarkan di seluruh negara dimulai dengan edaran di Selangor sebanyak 15,000 naskhah. Kenyataan ini dibuat oleh Ketua Pengarangnya Dr Halimah Ali.

Dalam laporan tersebut Harakahdaily menyiarkan bahawa program pengedaran majalah itu semalam turut sama dijayakan oleh Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor dengan kerjasama Lajnah Perpaduan Nasional (LPN) Selangor dan antara yang hadir adalah Naib Yang Dipertua PAS Shah Alam, Haji Rahman Mohamad beserta 30 sukarelawan di samping seorang petugas cilik So Wei Chi,12, yang menarik perhatian ramai.

Dr Halimah yang juga merupakan Timbalan Pengerusi Lajnah Perpaduan Nasional PAS Pusat berkata, cetakan ini merupakan siri keempat dan ia ditambah jumlahnya sebanyak 10 kali ganda daripada jumlah cetakan sebelum ini berikutan sambutannya yang amat memberangsangkan.

"Menerusi Ren Min Shi Shi masyarakat Tiong Hua akan mendapat maklumat dan penerangan tentang PAS serta isu-isu semasa yang berkaitan dan ia diedarkan secara percuma di beberapa daerah di Selangor juga seluruh negeri lain sebagai suatu cara mendekati kaum ini.

"Istimewanya siri keempat ini selain pertambahan jumlahnya,ia mengandungi perutusan daripada pimpinan PAS sempena perayaan Tahun Baru China. Selain itu, Ren Min Shi Shi siri keempat ini turut memuatkan berita-berita semasa yang mengetengahkan penglibatan PAS dalam membantu masyarakat semasa kejadian banjir di JOhor baru-baru ini. Kami amat mengharapkan masyarakat Tiong Hua akan mendapat maklumat yang tepat tentang PAS dan tidak hanya bergantung kepada akhbar arus perdana semata-mata,"ulasnya secara panjang lebar.


POLIS KITA LEBIH SIBUK TANGKAP PESALAH PLKN DAN PENDEMO DARI TANGKAP PENJENAYAH?


Nampaknya sejak akhir-akhir tugas Pasukan Polis kita jauh menyimpang dari matlamat sebenar iaitu menangkap penjenayah dan menjaga keselamatan. Nampaknya tugas-tugas mereka juga tertumpu kepada penangkap pelatih-pelatih PLKN yang tidak menyertai latihan dan juga sibuk menangkap rakyat yang berdemonstrasi secara aman.

Polis Diraja Malaysia (PDRM) dilaporkan menyerahkan nama 1,307 pelatih yang ingkar menyertai PLKN di seluruh negara kepada Peguam Negara.

Senarai itu sebahagian daripada 5,695 pelatih yang nama mereka diserahkan oleh Jabatan Latihan Khidmat Negara kepada PDRM kerana tidak menyertai PLKN tanpa sebab sejak program terbabit dimulakan pada 2004.

Najib juga berkata, pelatih yang ingkar perlu menerima hakikat bahawa mereka melanggar undang-undang dan perlu dikenakan tindakan.


Selain itu sebelum dalam beberapa demo yang dianjurkan NGO dan parti-parti politik, PDRM yang lengkap dengan senjata, Water Canon dan sebagainya telah bertindak menangkap pendemo-pendemo tersebut.

Antara yang ditangkap ialah Bendahari PAS Pusat, Dr Hatta Ramli; Aktivis Masyarakat, Badrul Hisham Shahrin; Pemimpin PKR Tian Chua dan lain-lain.

KITA HARAP KETUA POLIS NEGARA MENELITI SEMULA TUGAS ASASI POLIS DAN KEMBALI MEMARTABATKAN KERJAYA POLIS YANG MULIA ITU. JANGAN HANYA MENGIKUT TELUNJUK KERAJAAN BN YANG SEMEMANGNYA DARI DAHULU MENGGUNAKAN POLIS UNTUK MENGEKALKAN KUASA MEREKA.

SEKARANG JUMLAH KEJADIAN JENAYAH SEMAKIN MENINGKAT, RAKYAT SENTIASA DALAM KETAKUTAN. SUDAH SAMPAI MASANYA POLIS KEMBALI MENILAI DAN MENGKAJI MANA TUGAS YANG UTAMA DAN MANA TUGAS YANG PERLU DIKESAMPINGKAN.


PAK LAH MAHU PEMIMPIN BERKUALITI : NAK BERKUALITI MACAMANA KALAU SEMUANYA YES MAN


Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi hari ini menggesa semua pemimpin parti komponen Barisan Nasional (BN) supaya meningkatkan kualiti kepimpinan mereka bagi menghadapi cabaran dan persaingan masa depan demi memenuhi hasrat rakyat yang lebih berilmu.

Perdana Menteri berkata cara dan kaedah yang digunapakai telah berubah dan para pemimpin BN perlu menggunakan pendekatan baru yang lebih efisien supaya lebih banyak kerja dapat dijalankan dalam masa yang lebih singkat.

"Rakyat kini lebih bermaklumat dari segi ilmu dan pengetahuan dengan penggunaan teknologi terkini. Oleh itu, kita sebagai pemimpin perlu mempunyai kualiti yang tinggi untuk memberikan apa yang dihasrat oleh rakyat," katanya ketika merasmikan Perhimpunan Agung ke11 Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Sarawak, di sini.
Abdullah, yang juga Pengerusi BN, berkata rakyat sekarang lebih bermaklumat dan ini menjadikan cabaran-cabaran yang perlu dihadapi oleh pemimpin sekarang lebih sukar berbanding dahulu.

"Kita perlu menghadapi cabaran dan saingan ini (kerana) ia tidak boleh dielakkan. Jangan lihat cabaran-cabaran sebagai masalah tetapi sebagai peluang untuk menang. Kita perlu ada komitmen untuk berjaya," katanya.

TAPI KITA NAK TANYA PAK LAH, BAGAIMANA BN NAK MEMBENTUK PEMIMPIN BERKUALITI KALAU DALAM SEMUA PARTI KOMPONEN BN BUDAYA 'YES MAN' DAN 'AMPU' MENJADI DARAH DAGING MASING-MASING.

BUDAYA INI DISEMAI SENDIRI OLEH PEMIMPIN ATASAN DI MANA JIKA ADA YANG MENENTANG ARUS SUDAH PASTI ORANG ITU AKAN DI CANTAS. KALAU INILAH AMALAN MEREKA MAKA SUDAH TENTU HASRAT UNTUK MELAHIRKAN PEMIMPIN YANG BERKUALITI AKAN HANYA TINGGAL MIMPI.

INI KERANA MEREKA YANG BODOH DAN TOLOL AKAN NAIK MENJADI PEMIMPIN KERANA YES MAN DAN PANDAI BODEK. SEMENTARA YANG CERDIK TETAPI SELALU MELAWAN AKAN DIPECAT DAN DIBUANG.


MELAKA JADI PUSAT MAKSIAT


GAMBAR 1 - Kedai Sports Toto dan Mangnum 4D yang terletak berdekatan antara satu sama lain di Taman Merdeka
Gambar 2 - Kedai Agensi Nombor Ramalan Damacai di seberang jalan bertentangan dengan Kedai Sports Toto dan Magnum 4D.



Melaka yang suatu waktu dulu merupakan tempat penyebaran Islam di zaman Kesultanan Melayu Melaka kini bertukar wajah menjadi tempat suburnya kegiatan maksiat. Walaupun kini Melaka ditadbir atas prinsip Islam Hadhari namun sebenarnya prinsip ini sedikit pun tidak membenci dan mencegah maksiat. Malah sebaliknya program-program dan pusat-pusat maksiat ini diberikan lesen untuk beroperasi dengan berleluasa.

Semua daerah dan pekan-pekan kecil mempunyai kedai judi seperti 4 nombor ekor, Sports Toto, Agensi Nombor Ramalan Damacai dan lain-lain. Selain itu kedai menjual arak boleh didapati di mana-mana sahaja seperti kedai 24 jam 7 Eleven dan juga kedai-kedai runcit orang bukan Islam yang sudah semestinya menjual arak.

Pekan-pekan kecil ini juga penuh dengan disko-disko kecil yang berselindung dengan nama restoran. Restoran-restoran tertutup ini kebanyakannya di buka waktu malam dengan disinari cahaya-cahaya lampu yang terang benderang di bahagian koridor restoran, tetapi bahagian dalamnya gelap atau samar-samar sahaja lampunya.

Tinjauan yang di buat di sebuah pekan kecil antaranya di kawasan Taman Merdeka mendapati bahawa terdapat 3 kedai nombor ekor yang terletak berdekatan antara satu sama lain. Apa yang lebih malang kebanyakkan pengunjung setia kedai-kedai nombor ekor itu ialah orang-orang melayu yang mengaku Islam.

Tidak jauh dari Taman Merdeka iaitu tidak sampai 2 km, iaitu di kawasan deretan kedai Kawasan Perindustrian Cheng juga terdapat kedai judi iaitu Sports Toto dan Magnum 4D. Mengapa kawasan yang begitu dekat dibenarkan begitu banyak kedai judi beroperasi. Apakah kerajaan negeri ingin menyogokkan rakyat negeri Melaka dengan judi dan maksiat?

Begitu juga di Pekan Ayer Keroh iaitu tempat yang paling pesat membangun di zaman pemerintahan Ketua Menteri sekarang iaitu Dato’ Wira Mohd Ali Rustam, kedai-kedai judi nombor ekor ini begitu subur pertumbuhannya. Kita merasa hairan bagaimana Islam Hadhari yang menjadi teras pemeritahan Kerajaan Negeri Melaka membiarkan malah memberikan lesen kepada pusat perjudian seperti ini yang jelas menjadi pemangkin kepada terjerumusnya umat Islam ke kancah perjudian.

Bandar-bandar lain seperti Alor Gajah, Jasin dan Masjid Tanah juga tidak ketinggalan menjadi ‘syurga’ bagi kaki 4 nombor ekor dan Toto. Antara alasan yang kerap kali kita dengar apabila diajukan persoalan mengapa kedai-kedai judi diberikan lesen ialah judi tidak boleh dihapus atau dikurangkan kerana ia menjadi budaya Orang Cina. Sedangkan fakta ini telah dinafikan oleh Orang Cina sendiri.

Apakah kerajaan Negeri Melaka tidak tahu bahawa judi itu sendiri bukanlah budaya orang Cina sebagaimana sangkaan kita sebelum ini. Kenyataan ini terbukti apabila rakyat berketurunan Cina di Kelantan menyokong penuh tindakan Kerajaan Islam Kelantan menutup premis perjudian di Negeri Cik Siti Wan Kembang tersebut. Mereka sendiri menafikan bahawa judi merupakan budaya orang Cina.

Apakah Firman Allah S.W.T yang menghalalkan judi tidak digunapakai di dalam Islam Hadhari, atau ayat ini telah dimansuhkan oleh Imam Besar Islam Hadhari iaitu Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi yang bergelar Imam Al Badawi Wal Hadhari.

Pusat-pusat hiburan yang menjadi tempat berlakunya mukaddimah zina juga tumbuh bagai cendawan lepas hujan di Melaka. Pusat-pusat hiburan seperti Dangdut, Disko, Kelab Malam, Diskotique, Karaoke dan sebagainya menjadi tempat hiburan sementara kononnya untuk menghilangkan kerunsingan dan kekusutan fikiran. Nama-nama tempat hiburan seperti Dangdut Anita, Spazzo (suatu waktu dahulu) dan lain-lain menjadi ‘wirid’ anak-anak muda dan golongan tua. Tempat-tempat begini menjadi pelabuhan pertama kupu-kupu malam sebelum meneruskan operasi berikutnya.

Siapa yang tidak tahu Jalan Melaka Raya yang terletak di tengah-tengah Bandaraya Melaka. Ianya bagaikan mati di siang hari tetapi hidup dan harum pada malam hari. Jumlah pusat-pusat hiburan di Jalan Melaka Raya ini sungguh banyak. Jika kita berkunjung ke kawasan ini pada malam hari kita akan dapat menyaksikan pelbagai gelagat manusia yang datang mengunjungi tempat-tempat hiburan ini seolah-olah kita bukannya berdiri di tengah-tengah negeri Islam Hadhari tetapi lebih mirip kepada Hatyaai atau Phuket di Thailand.

Saban hari ada sahaja berita yang tersiar di dada akhbar tentang tertangkapnya orang Islam yang berkhalwat dan berzina di sekitar negeri Melaka.

Rumah urut, Spa, salon kecantikan dan sebagainya juga didakwa menjalankan ‘perniagaan sampingan’ demi untuk mengaut keuntungan yang berlipat kali ganda.

Selain dari itu Bandar Melaka juga memang terkenal dengan pusat maksiat seperti rumah urut dan Pusat Pelacuran yang kian menjadi tarikan kepada pelancong dalam dan luar negeri.

Pada malam 11 Feb baru-baru stesyen NTV7 melalui rancangan Edisi Siasatnya membongkar kisah pelacuran yang berleluasa di sekitar Bandaraya Melaka.

Sesungguhnya kegiatan jijik tersebut sudah lama berlaku tetapi semacam sengaja di biarkan oleh pihak berkuasa. Ianya telah berlaku sejak turun temurun. Kawasan-kawasan yang terkenal dengan kegiatan tersebut adalah di Jalan Munshi Abdullah dan Jalan Bunga Raya serta beberapa kawasan lain. Nama-nama seperti Pokok Kelapa, Ekspres Belakang, Rumah Hijau dan sebagainya menjadi siulan para pencinta perempuan murahan tersebut. Harga perkhidmatan yang istimewa sehingga ke paras semurah RM30.00 menjadi penggalak kepada berkembangnya industri yang dikatakan antara yang tertua di dunia ini.

Lebih malang lagi Edisi Siasat juga mendedahkan bahawa antara pelanggan pelacur-pelacur murahan ini adalah pelajar-pelajar kolej yang rata-ratanya berketurunan melayu. Inilah produk sistem pelajaran Islam Hadhari yang jelas tidak tahu halal dan haram. Apa yang penting bagi mereka adalah nafsu mesti dilampiaskan walaupun risikonya amat tinggi.

Mengapa setelah ianya didedahkan oleh Media sejak kesekian kalinya tempat-tempat begini masih beroperasi seolah-olah ianya mendapat perlindungan istimewa dari pihak tertentu.

Ini yang menjadi persoalannya?

Mungkinkah dengan suburnya kegiatan pusat-pusat maksiat ini Allah telah mendatangkan bala yang besar kepada rakyat di beberapa daerah di Melaka pada bulan Disember lalu. Namun nampaknya bala tersebut sedikitpun tidak meninggalkan tanda-tanda keinsafan di kalangan rakyat dan pemimpin negeri yang sangat suburnya anutan Islam Hadhari ini.

Kini Melaka mula merasai ujian Allah yang seterusnya iaitu kemarau. Dengan tangkas pemimpin-pemimpin Islam Hadhari bingkas memberikan alasan bahawa kemarau adalah di sebabkan oleh fenomena El Nino yang menjadi perkara biasa kata mereka. Tidak sedikit pun ada rasa insaf. Setidak-tidaknya mereka patut mengambil iktibar dari bala banjir baru-baru ini. Kita menanti dengan sabar bila agaknya pemimpin Islam Hadhari Melaka maupun Pusat berpesan kepada rakyat supaya bertaubat dan berdoa agar bala kemarau tidak menimpa Melaka dan Malaysia.


Keahlian Unit Amal

Iklan

Artikel Menarik

A

 

Dewan Pemuda PAS Bukit Katil Hakcipta © 2011 Kredit Ubahsuai oleh Kijang59