Wednesday, 7 February 2007

MENGAPA UMNO KELANTAN CADANGKAN PECAHKAN 3 PARLIMEN SAHAJA?


Cadangan Umno Kelantan supaya SPR menambah 3 parlimen baru dalam persempadanan semula kawasan Pilihanraya akan datang merupakan cadangan yang berat sebelah dan tidak berdasarkan fakta.

Media semalam melaporkan bahawa Umno Kelantan mencadangkan supaya tiga kawasan Parlimen –Pasir Puteh, Bachok dan Gua Musang – dipecahkan bagi mewujudkan tiga kawasan Parlimen baru itu.

Toga kawasan Parlimen baru yang dicadangkan itu ialah Selising (Pasir Puteh), Gunong (Bachok) dan Dabong (Gua Musang).

“Ketiga-tiga kawasan itu telah memenuhi kriteria yang diperlukan untuk mewujudkan kawasan Parlimen baru, selain Kelantan tidak mendapat kerusi Parlimen baru dalam dua pilihanraya umum lalu,” kata sumber Umno Kelantan.

Kawasan Parlimen Pasir Puteh diwakili oleh Datuk Che Min Che Ahmad, Datuk Awang Adek Hussein (Bachok) manakala Gua Musang diwakili Tengku Razaleigh Hamzah – kesemuanya dari Umno.

Ketika ini Kelantan mempunyai 14 kawasan Parlimen dengan majoriti pengundi Melayu. Daripada jumlah itu, Barisan Nasional (BN) mewakili lapan kerusi Parlimen dan PAS (6).

Persoalannya mengapa tiga kawasan parlimen itu sahaja yang dicadangkan supaya dipecahkan, mengapa kawasan lain yang lebih padat penduduknya seperti Kota Baharu, Kubang Kerian, Pengkalan Chepa, Tumpat, Pasir Mas dan Rantau Panjang tidak dicadangkan supaya ditambah.

Apakah Umno Kelantan buta tidak nampak bahawa kawasan Parlimen yang padat dan ramai pengundi adalah kawasan bandar.

Kita semua sebenarnya tahu mengapa mereka takut untuk mencadangkan Parlimen lain ditambah, SEBABNYA MEREKA TAKUT KALAH.


ISYARAT PILIHANRAYA DARI 'KETUA PUTERI' HISHAMUDDIN


Apakah ini isyarat bahawa Pilihanraya Umum ke-12 akan diadakan dalam jangka masa terdekat.

Utusan hari ini menyiarkan berita bahawa wakil rakyat daripada kalangan Pergerakan Pemuda UMNO yang gagal menunaikan tanggungjawab mereka akan digugurkan pada pilihan raya umum akan datang.

Peringatan itu dinyatakan oleh ketuanya, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein bahawa, beliau tidak akan mempertahankan wakil rakyat terbabit malah akan menyokong segala tindakan yang dikenakan ke atas mereka.

Malah katanya, tempat wakil rakyat terbabit akan diisi oleh calon Pemuda UMNO yang lebih berwibawa dan dinamik bagi memastikan usaha membela rakyat tidak terjejas hanya disebabkan sikap negatif wakil rakyat terbabit.

‘‘Pada pilihan raya umum akan datang kita tidak akan meminta tambahan kerusi kerana bagi kami pucuk pimpinan telah memberikan ruang yang seluas-luasnya kepada Pemuda UMNO untuk bertanding.

‘‘Apa yang perlu kita lihat ialah keberkesanan calon Pemuda UMNO sebagai wakil rakyat. Jika mereka tidak jalankan tanggungjawab jangan harap kami akan mempertahankan mereka,’’ katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Pemuda UMNO di Menara Datuk Onn, di sini, hari ini.

Dalam pada itu, Hishammuddin berkata, jentera pergerakan tersebut telah digerakkan ke peringkat bahagian dan cawangan bagi memastikan 150,000 ahlinya yang masih belum berdaftar, didaftarkan sebagai pemilih.

Ujar beliau, langkah itu penting kerana pihaknya tidak mahu mereka yang layak mengundi tidak menunaikan tanggungjawab sebagai pemilih.

‘‘Kita menetapkan usaha kita ini dapat dijalankan dengan baik. Mesyuarat hari ini telah menetapkan program ini akan dijalankan sehingga Jun ini. 150,000 bukan jumlah yang kecil dan kita perlu memastikan mereka berdaftar sebagai pemilih,’’ jelasnya.


Keahlian Unit Amal

Iklan

Artikel Menarik

A

 

Dewan Pemuda PAS Bukit Katil Hakcipta © 2011 Kredit Ubahsuai oleh Kijang59