Friday, 2 February 2007

RUMAH URUT HALAL DAN RUMAH URUT HARAM: ISLAM HADHARI CACA MERBA


Dalam Islam Hadhari ada rumah urut halal dan ada rumah urut haram. Tetapi dalam Islam adalah jelas bahawa urutan seorang perempuan ke atas lelaki bukan muhrim adalah haram.

Dalam Islam Hadhari ada kedai nombor ekor halal dan ada yang haram.
Dalam Islam Hadhari ada judi halal dan ada judi haram.
Dalam Islam Hadhari ada arak halal dan ada arak halal.

Dalam Islam Hadhari semuanya CACA MERBA.

Inilah yang bukti mengapa Islam Hadhari jelas sesat.

Sehari dua ni di Selangor sibuk pasal operasi kat Rumah urut. Kononnya kerajaan negeri Selangor akan memantau dan menutup semua rumah urut haram.

TETAPI SEDARKAN KITA BAHAWA DI SANA KERAJAAN NEGERI SELANGOR SEDIRILAH YANG MENGGALAKKAN PEMBUKAAN RUMAH URUT SEBAB ITU IANYA DIBERI LESEN.


APAKAH KUTIPAN GIFA RM2.93 JUTA BOLEH MENGHALALKAN AKSI LAGA PIPI ROSMAH


















Media melaporkan bahawa Global Indian Film Awards (GIFA) 2006 yang diadakan di sini baru-baru ini berjaya mengutip sumbangan amal berjumlah RM2.93 juta.

Berita seolah-olah cuba menghalalkan apa yang haram. Semua orang tahu dalam program GIFA tersebut diadakan majlis tarian yang menjolok mata, pakaian artis bollywood yang menggetarkan lelaki yang melihatnya serta juga aksi Rosmah Mansor berlaga pipi dengan pelakon lelaki Bollywood.

Jangan nanti ada yang menghalalkan GIFA hanya kerana sumbangannya yang bernilai jutaan ringgit itu.


MASIH ADA RAKYAT NEGERI KEDAH YANG MISKIN?


Jika ditinjau dari 'kehebatan' dan 'kepandaian' MB dan KM negeri yang diperintah oleh BN kita seolah-olah tidak akan berjumpa dengan orang miskin di negeri mereka.

Tetapi rupanya itu hanyalah omongan kosong.

Media melaporkan bahawa akibat dihimpit kemiskinan, sebuah keluarga di Kampung Tanjung Piring di Daerah Sik, sanggup menangkap seekor kura-kura untuk dijual pada harga RM7 demi mendapatkan sesuap nasi.

Peristiwa menyayat hati itu berlaku kira-kira sebulan lalu apabila keluarga terbabit tidak mempunyai pilihan kerana kehilangan mata pencarian akibat ketua keluarga terlantar sakit.

Menceritakan kesempitan hidup dialami keluarganya, Zaitun Wahab, 43, berkata suaminya, Mohd Yusof Osman, 43, terlantar sejak tiga bulan lalu selepas mengalami penyakit yang tidak diketahui puncanya.

Menurutnya, usaha anaknya menangkap seekor kura-kura yang kebetulan lalu di hadapan rumah untuk dijual baru-baru ini bagi menyambung kehidupan keluarganya, amat mengguris hatinya.

“Kejadian itu memang menyedihkan tapi ketika itu kami langsung tidak mempunyai sebarang makanan, mujur kura-kura itu lalu di depan rumah.

“Itulah wang yang digunakan untuk membeli beras.

“Kemiskinan menyebabkan saya tak mampu membeli beras kerana ketiadaan wang. Adik-beradik turut membantu tapi mereka juga miskin dan mempunyai tanggungan ramai,” katanya ketika ditemui, semalam.

Zaitun bersama enam anaknya, Rohayu, 17, Ramlah, 15, Norshafina, 13, Siti Rozimah, 10, Nor Shafiqah, 5 dan Mohd Firdaus, 2, kini hidup menderita di rumah Program Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) yang sudah uzur.

Suaminya sakit mata kira-kira setahun lalu dan pernah dimasukkan ke Hospital Alor Star (HAS) selama tiga minggu selepas penyakitnya melarat dan kepalanya berkudis teruk sembilan bulan lalu.

Sejak tiga bulan lalu, suaminya langsung tidak boleh bangun dan kini mata kirinya tidak dapat melihat, manakala badannya semakin kurus, lemah dan langsung tidak boleh bercakap sejak seminggu lalu.

“Suami tak boleh bercakap dan bangun, sebaliknya hanya terbaring sepanjang hari. Tambah malang lagi, dia tak boleh makan sejak seminggu lalu selain terpaksa dipakaikan lampin pakai buang.

“Walaupun diarahkan HAS untuk membuat pemeriksaan sebulan sekali, disebabkan tidak mampu membayar tambang kenderaan, hasrat itu terpaksa dilupakan walaupun bimbangkan kesihatannya,” katanya.

Zaitun berkata, sebelum ini, suaminya hanya bekerja kampung dengan pendapatan kira-kira RM20 sehari tetapi sejak jatuh sakit, segala makan minumnya kini mengharapkan belas ihsan jiran terdekat.

Disebabkan kemiskinan, tiga anaknya, Rohayu dan Ramlah hanya bersekolah hingga tahun enam, manakala Nor Shafina pula terpaksa diberhentikan ketika di tingkatan satu.

“Seorang lagi anak saya, Siti Rozimah yang sedang bersekolah di tahun empat mungkin diberhentikan juga kerana kesihatannya sering terganggu selain tidak mampu.

“Rohayu kini bekerja sebagai pembantu kedai makan dengan upah kira-kira RM10 sehari. Bagaimanapun, ada kalanya dia tak kerja kerana tiada kenderaan.

“Tidak makan nasi sehari perkara biasa dan jiran terdekat serta saudara-mara boleh menghulurkan bantuan, cuma risaukan Mohd Firdaus dan Nor Shafiqah masih menyusu,” katanya.

Menurutnya, dia pernah membuat permohonan kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Sik untuk mendapatkan bantuan enam bulan lalu tetapi sehingga kini tidak mendapat sebarang jawapan.

“Saya benar-benar terdesak dan merayu orang ramai membantu mengubat penyakit suami selain membeli lampin pakai buang serta belanja harian yang sering terputus,” katanya.


PULAU PINANG SASARAN MURTAD APA TINDAKAN IMAM AL HADHARI



'Takkan hang dok ghenyeh saja, macam beghuk dapat belacan' Itulah antara ucapan dan sindiran yang sering dilemparkan kepada Imam Al Hadhari Pak Lah Badawi. Antara individu yang sering berkata demikian adalah Mat Sabu.

Kata-kata itu sekali sepatutnya dilemparkan kepada Pak Lah kerana kita melihat tidak ada langsung usaha dan peranan yang dimainkan oleh beliau dalam menangani gejala murtad yang semakin meruncing sekarang.


Baru-baru ini Penolong Setiausaha Persatuan Ulamak Malaysia Cawangan Pulau Pinang (PUMCPP), Ustaz Hafiz Nordin mendakwa bahawa Pulau Pinang menjadi negeri sasaran golongan Konrad Adenauer Foundation (KAF) melebarkan pengaruh memurtadkan remaja Melayu selain Selangor dan Johor.

Beliau membuat dakwaan itu ketika membentangkan kertas kerja bertajuk ' Cabaran Liberalisme dan Pluralisme: Situasi Semasa dan Langkah Seterusnya' dalam Seminar Ulamak di Masjid Seberang Jaya.

Dakwanya, golongan terbabit sengaja memilih Pulau Pinang memandangkan negeri ini tidak mempunyai kekuatan untuk menghalang pengaruh tersebut daripada tersebar.

"Pulau Pinang terpilih sebagai negeri sasaran di sebelah utara untuk KAF melebarkan pengaruh mereka. Tambahan lagi negeri ini kurang memberi perhatian kepada remaja Melayu sebaliknya lebih mementingkan hiburan semata-mata, " jelasnya.

Kesempatan itu diambil oleh KAF terhadap remaja Melayu yang berkumpul di pusat membeli belah atau berpeleseran di mana sahaja.

Selepas kita nak lihat apa reaksi Imam Al Badawi dalam isu ini. Takkan nak harapkan 'Ustaz' Koh Tsu Kon selesaikan masalah ini.


UCAPAN YANG LANGSUNG TIDAK MELETAKKAN ISLAM ITU PENTING



Cuba kita amati ucapan Imam Al Badawi Wal Hadhari yang disiarkan oleh media hari ini (disiarkan di bawah), jelas kepada kita bahawa sememangnya Islam Hadhari hanya slogan yang digunakan oleh Umno/BN untuk mengabui mata rakyat muslim. Ianya tidak lebih dari slogan-slogan lain seperti kepimpinan melalui teladan, bersih cekap amanah, tradisi membela rakyat dan sebagainya.

Malah kita merasakan slogan bagi Islam Hadhari mungkinCemerlang, Gemilang dan Terbilang yang langsung tidak menampakan roh Islam itu sendiri.

Dalam ucapan Imam Al Badawi Wal Hadhari semalam, jelas langsung beliau tidak menyebut Islam sebagai aset penting bagi membangunkan Kuala Lumpur samada dari segi fizikal dan spiritual. Apa yang ditekankan beliau hanyalah pembangunan fizikal, bagaimana nak tarik pelancong, menjaga kebersihan, sentiasa mesra dan lain-lain.

Imam Islam Hadhari ini langsung tidak menekankan tentang pentingnya manusia dibangunkan dari segi ilmu Islam dan dunia, akhlaq, keimanan dan sebagainya. Ini kerana dengan membangunan manusia dengan aspek tersebut sahajalah manusia akan terhindar dari rasuah, penyelewengan, penting diri dan pelbagai sifat negatif lain.

Namun kita melihat Islam Hadhari langsung tidak merasakan ianya penting dalam usaha membangunkan Kuala Lumpur dan lain-lain tempat.

Maka tidak hairan dari sehari ke sehari jenayah makin berleluasa, rasuah, penyelewengan, penting diri dan sebagainya, semakin meningkat dan membimbangkan.

Memang sahlah Islam Hadhari merupakan ajaran Sekular baru yang dijenamakan semula untuk menyesuaikannya dengan pemikiran dan kecenderungan rakyat Malaysia.

Sememangnya semua umat Islam harus sedar bahawa hanya dengan Islam sahajalah sesuatu tempat, negeri atau negara dapat dibangunkan dari segi material dan spiritual.

--------------------------------------------------------------------------------

Ucapan Imam Al Badawi Wal Hadhari adalah seperti dibawah :


Wilayah Persekutuan berupaya berkembang lebih cemerlang jika warganya sentiasa cergas, dinamik dan cekap dalam mentadbir serta memelihara setiap apa yang ada di dalamnya.

Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata, tanpa kualiti tersebut, ketiga-tiga wilayah tersebut iaitu Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya akan tetap dianggap sebagai bandar lembap walaupun ia dipenuhi bangunan tinggi dan infrastruktur baik.

‘‘Kuala Lumpur dikenali sebagai bandar raya yang memiliki kehebatan infrastruktur, Putrajaya sebagai pusat pentadbiran negara bermutu manakala Labuan semakin berkembang dengan pesat.

‘‘Namun pembangunan fizikal bagi ketiga-tiga wilayah ini hanya akan benar-benar dikenali oleh pelancong dan sesiapa yang mengunjungi apabila warganya memberikan ‘roh’ bagi menghidupkannya dengan pelbagai aktiviti bersifat mesra, ceria dan budi bahasa,’’ katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis pelancaran sambutan Hari Wilayah Persekutuan 2007 di Dataran Merdeka di sini, hari ini.

Abdullah turut mengingatkan warga Wilayah Persekutuan supaya mementingkan penjagaan kebersihan dan keselamatan kerana ia mampu menarik kehadiran ramai pelancong asing selain menyediakan kehidupan lebih selesa.

Beliau berkata, kepesatan pembangunan di Wilayah Persekutuan yang dipenuhi bangunan pencakar langit serta kemudahan moden tidak akan membawa makna jika persekitarannya kotor dan tidak selamat.

Sehubungan itu, Perdana Menteri menggesa semua pihak termasuk pemilik bangunan supaya menghiasi premis mereka khususnya bangunan-bangunan lama supaya sentiasa dipandang indah dan menarik.

Menurut Abdullah, kawasan-kawasan kampung di pinggir bandar juga perlu diberikan perhatian supaya penghuni dan pelancong yang melawatnya dapat menikmati kehidupan yang selesa.

Beliau sebelum itu menyaksikan pelbagai aktiviti menarik yang diadakan di Dataran Merdeka sempena sambutan Hari Wilayah Persekutuan bertemakan Maju dan Sejahtera.


Umno BERGADUH SESAMA SENDIRI PEMBANGKANG PULA YANG DITUDUH


Perbalahan antara ADUN Lenggeng dan MB Negeri Sembilan sudah berlarutan lama. Namun apa yang mendukacitakan ADUN Lenggen tersebut menuduh pembangkang pula yang cuba melaga-lagakan mereka.

Nampaknya ADUN Lenggen ini memang tidak 'gentlemen', tidak beranai 'menentang' Mohamad Hassan secara terbuka dan anak jantan. Mungkin untuk menyelamatkan diri, beliau mengaitkan isu ini dengan pembangkang pula.

Media melaporkan bahawa Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Lenggeng, Datuk Ishak Ismail mendakwa perbuatan menconteng dinding beberapa bangunan di sekitar bandar Seremban yang memburuk-burukkan abang Menteri Besar Negeri Sembilan, dilakukan oleh pihak pembangkang.

Ketua Umno bahagian Seremban itu berkata, penyokong pembangkang tersebut telah membuat pengakuan kepada orangnya yang menyiasat perkara itu, , sebaik sahaja tersebar berita mengenainya.

Awal bulan ini ada pihak tertentu menconteng dinding beberapa bangunan di sekitar Seremban, menuduh Datuk Azman Hasan, yang juga Setiausaha Badan Perhubungan Umno Negeri Sembilan, mengganggu urusan kerajaan negeri.

Ianya berlaku selepas Ishak mendakwa sewaktu persidangan Dewan Undangan Negeri Sembilan pada akhir tahun lalu bahawa Azman mencampuri urusan pentadbiran kerajaan negeri dan mengarahkan pegawai jabatan kerajaan membahagikan kontrak kepada orang pilihannya.

Menurut Ishak lagi, penyokong pembangkang itu mengaku melakukannya “untuk melaga-lagakan saya dengan Menteri Besar, Datuk Mohamad Hasan, bagi memporak-perandakan Umno Negeri Sembilan.

Dakwa diupah

“Saya juga dikatakan membayar RM50 sebagai upah kepadanya supaya melakukan kerja-kerja menyembur cat tersebut.

“Penyokong pembangkang itu memberitahu, apabila Umno berkrisis sesama sendiri, parti-parti pembangkang mempunyai peluang lebih besar untuk menang dalam pilihanraya umum nanti,” katanya kepada dihubungi malaysiakini ketika ditanya perkembangan terbaru kes tersebut.

Sehubungan itu, Ishak berkata, beliau tidak mahu bergaduh dengan sesiapa tetapi hanya memperjuangkan hak rakyat.

Sebelum ini, Menteri Besar telah mencabar mereka yang mempunyai bukti bahawa abangnya mencampuri urusan kerajaan negeri, supaya membuat laporan kepada Badan Pencegah Rasuah (BPR).

Ishak bagaimanapun, enggan membuat laporan BPR kerana mendakwa laporan yang penah dibuatnya kepada agensi itu sebelum inipun tidak diketahui kesudahannya.


Keahlian Unit Amal

Iklan

Artikel Menarik

A

 

Dewan Pemuda PAS Bukit Katil Hakcipta © 2011 Kredit Ubahsuai oleh Kijang59