Wednesday, 31 January 2007

HUSAM : 10 % RAKYAT TAK MENGUNDI JIKA PAS BOIKOT PILIHANRAYA


Sekurang-kurangnya 10 peratus rakyat tidak akan keluar mengundi dalam pilihanraya umum akan datang sekiranya PAS memboikotnya dan ia tentunya menjejaskan kredibiliti kerajaan, kata Naib Presidennya, Datuk Husam Musa.

Katanya, PAS mungkin memboikot pilihanraya umum akan datang sekiranya tindakan tegas tidak diambil dalam memperbetulkan kelemahan Akta Pilihanraya sekarang.

Menurut laporan Bernama, Husam berkata, kelemahan yang ada diakui sendiri Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman.

"Kerajaan perlu memberi perhatian serius dan berusaha membetulkan perkara yang diperkatakan oleh SPR lebih-lebih lagi pengakuan dibuat Pengerusi SPR sendiri yang mengatakan undang-undang pilihanraya (yang ada) tidak betul," katanya kepada pemberita selepas menghadiri mesyuarat Exco negeri di Kota Bharu hari ini.

"Ada lebih kurang lapan peratus tidak keluar mengundi (pilihanraya kecil) di Batu Talam, menandakan di kawasan luar bandar seperti Batu Talam mesej kami diterima, begitu juga dengan jumlah undi rosak yang bertambah, ini menjejaskan kredibiliti kerajaan," katanya.

Batu Talam

Beliau berkata SPR tidak boleh memejamkan mata dengan ketidakhadiran ramai pengundi dalam pilihanraya 28 Jan itu walaupun bilangannya dianggap kecil oleh kerajaan. (BN memenangi pilihanraya itu dengan majoriti besar 5,857 undi, menewaskan calon bebas).

"Kita perlu ambil kira semua aspek sekalipun di kawasan pedalaman seperti Batu Talam berlaku perkara boikot," katanya.

Husam berkata PAS bercadang untuk mengemukakan satu laporan khas berhubung beberapa pelanggaran dalam kempen pilihanraya kecil di Batu Talam yang sepatutnya tidak berlaku.

"Kami akan majukan kepada SPR dan orang ramai bahawa ada pelanggaran dalam kempen pilihanraya di situ di bawah Akta Pilihanraya yang sepatutnya diambil tindakan oleh SPR," katanya.

Malaysiakini


KISAH TIMBALAN PERDANA MENTERI YANG TIDAK BERMARUAH


SUDAH JELAS KEPADA KITA PEMIMPIN ISLAM HADHARI SEMEMANGNYA TIDAK BERMARUAH. LIHAT SAHAJALAH KISAH ALTANTUYA SEKARANG INI. WALAUPUN SATU MALAYSIA DOK GEGAK GEMPITA CERITA PASAL KEMUNGKINAN ADANYA PENGELIBATAN ORANG BESAR DALAM KES ITU, TETAPI ORANG BESAR BERKENAAN SENYAP SAHAJA TIDAK MEMBUAT PENAFIAN ATAU MENG'IYA'KANNYA.

BEGITU JUGA DALAM KES RASUAH WANG DALAM POLITIK UMNO WALAUPUN BERDUYUN-DUYUN PEMIMPIN UMNO DISIASAT DAN DISABITKAN KESALAHAN NAMUN MEREKA YANG TERLIBAT MASIH TIDAK MAHU MELETAKKAN JAWATAN MASING-MASING. ADA YANG DIPECAT DAN DIGANTUNG JAWATAN MASIH TIDAK SEGAN DAN MALU TERUS MENJADI AHLI PARLIMEN, ADUN DAN SEBAGAINYA.

INILAH PEMIMPIN YANG ADA DI HADAPAN KITA IAITU PEMIMPIN YANG TIDAK BERMARUAH. SEBAB ITULAH RAKYAT MALAYSIA SEKARANG INI SEMAKIN TIDAK BERMARUAH KERANA MEREKA MENGIKUT SIFAT DAN TAULADAN PEMIMPIN ISLAM HADHARI YANG MEMPUNYAI 'MUKA TEMBOK'.

IKUTI ULASAN DAN TULISAN SUBKY DALAM HARAKAHDAILY YANG KAMI SIARKAN DI BAWAH :


Surat palsu: Biarlah Najib bermaruah sikit..

Sekalipun Dato' Seri Najib, Timbalan Presiden Umno merasa perlu bagi BN mendapat majoriti besar dalam Pilihan Raya Kecil DUN Batu Talam, Pahang demi lonjakan maruahnya, maka sepatutnya biarlah beliau ada sedikit maruah kempen politiknya itu.

Janganlah mudah sangat ikut campur dalam pendedahan apa yang dikatakan surat rayuan PAS kepada pengundi supaya menyokong calon bebas.

Dalam kes ini Timbalan Perdana Menteri itu telah menjadi pelakon utama menunjukkan kepada umum satu surat yang memakai kepala surat PAS berlambang PAS, bertandatangan, kononnya disebarkan kepada pengundi di Batu Talam.

Kandungan surat itu bukan sekadar menyeru pengundi mengundi calon Bebas, malah memfatwakan wajib mengundi calon Bebas.

Saya tidak berhajat untuk menafikannya, malah tidak pula mengesahkannya. Ia adalah sebahagian dari tipu daya perang saraf dalam pilihan raya. Perang saraf itu adalah untuk memperdaya dan mengelirukan pengundi yang boleh diperdaya.

Dalam suasana seperti itu, kepala surat sesebuah pertubuhan belum tentu bukti sah bagi dijadikan keterangan. Surat berkepala surat seperti yang dikatakan surat rayuan PAS itu boleh jadi dicuri atau tiruan.

Kepala surat PAS itu bukanlah susah sangat untuk ditiru atau dipalsukan. Kalau pada zaman ini ada wang palsu dan ada Mykad palsu serta kad kredit klon, maka apalah payahnya membuat kepala surat PAS tiruan?

Dengan kepala surat itu macam-macam tipu daya boleh dibuat termasuk kemungkinan ia dibuat oleh Umno sendiri sebagai satu usaha memperdaya PAS dan memperdaya orang-orang Umno sendiri terutama mereka yang mudah percaya dengan gerak saraf seperti itu.
Umno amat arif dengan kerja-kerja seperti itu terutama apa ia ada laluan kepada gerak saraf inteligen tentera dan polis. Itulah kerja mereka.

Tetapi bukanlah mustahil ia dibuat oleh PAS sendiri. Kalau ia dibuat oleh orang PAS, bodoh sangatlah PAS membuatnya kerana ia mudah memukul PAS sendiri.

Maka Najib jangan sangka PAS bodoh sangat. Kalau ia bodoh masakan Timbalan Perdana Menteri itu tidak balik siang malam dari Batu Talam. Penuh masanya adalah bagi menghadapi PAS yang tidak bertanding di situ. Sama ada PAS bertanding atau tak bertanding, yang Najib nampak ialah PAS.

Dalam perkara yang meragukan seperti apa yang dikatakan surat rayuan PAS itu, Najib sepatutnya tidak mendedahkan dirinya campur tangan. Biar ia dibuat oleh gurkha-gurkha UMNO seperti Tan Sri Muhamad Mohd Taib atau Khairy Jamaluddin.
Biarlah ada maruah walaupun sedikit

Bukankah akan memalukan saja kalau terbukti nanti ia adalah surat palsu seperti surat-surat layang yang Umno adalah pakar mengenainya. Biarlah dia ada maruah sedikit. Kalau pun maruah itu tiada hal bagi pemimpin Umno, tetapi dari tidak ada maruah, biarlah ada sedikit maruah sekalipun sedikit saja.

Demi tipu daya, surat itu perlu untuk kemenangan BN Batu Talam. Tetapi jangan sampai ke tahap Timbalan Presiden Umno. Biarkan ia jadi kerja kaum gurkha.

Seperti kes Altantuya Shariibu. Ia sudah membabitkan orang-orang yang dekat dengannya. Kerana perkara itu dalam siasatan, maka eloklah dia berdiam diri. Walaupun ada percubaan untuk melatahkannya, tetapi dia membisu. Moga-moga ia berlalu begitu saja.

Tetapi kalau beliau bercakap, maka macam-macam pula akan terjadi. Oleh itu baiklah dia diam. Biarlah ia menjadi kes bagi Razak Baginda dan dua anggota UTK.

Najib sepatutnya dalam kes apa yang dikatakan surat rayuan PAS itu mengambil sikap berdiam diri seperti dia menghadapi kes Altantuya itu. Terlalu besar dan terlalu ketara baginya membabitkan diri dalam kerja-kerja yang layak dilakukan oleh budak-budak gurkha.

Yang penting kerja menyusahkan PAS dan mengelirukan orang ramai itu berjalan. Najib boleh mengarah dan menciptanya, tetapi jangan tunjukkan kepada orang ramai dia terlibat. Dia boleh dalam perkara ini bersikap baling batu sembunyi tangan.

Seorang yang berkeduduk tinggi sepertinya telah melepasi kerja-kerja buruk yang layaknya ditangani oleh orang-orang propaganda. Gurkha boleh buat apa saja. Kalau perbuatannya menyalahi budaya dan peraturan, kalau dia terbongkar, maka orang boleh melepaskannya kerana dia gurkha. Patutlah jadi begitu kerana dia gurkha. Kerja gurkha memang begitu.

Tetapi bagi seorang yang berkedudukan tinggi, harapan semua orang ialah dia hanya terlibat dalam hal-hal rasmi yang seboleh-bolehnya bebas dari sebarang cacat cela pada orang ramai. Orang tidak mahu orang yang berada di tempat yang mulia terbabit dalam sebarang kejadian yang tidak mulia.

Banyak rosaknya kalau orang mulia didapati terbabit dengan kerja-kerja tidak mulia. Ia seperti menggambarkan tiada lagi kerja-kerja mulia masyarakat. Kerja mulia dan tidak mulia sama saja. Kotor belaka.

Memanglah kerja politik itu kadang-kadang dikira kotor belaka. Yang begitu memang ada. Tetapi kerja-kerja politik adalah mulia jika dimainkan oleh orang yang mulia.

Dalam keadaan sukarnya mendapatkan politik yang mulia, maka memadailah orang-orang yang berkedudukan tinggi melepaskan diri dari sebarang kerja-kerja yang tidak mulia, dan supaya dia dilihat mulia.

Dalam apa keadaan pun yang mulia itu mesti didepan bagi mengelakkan perkara-perkara yang tidak mulia dijadikan perkara rasmi.

Dalam sebuah masyarakat yang berleluasa edaran wang palsu, yang menjadi pemimpin mesti seorang yang tidak terlibat dengan wang palsu. Kalau dia juga ada kepentingan dengan duit palsu, maka dia tidak boleh bercakap tentang memerangi wang palsu.

KALAU DAH TIMBALAN PERDANA MENTERI PUN BERSIFAT DAN BER'FEEL' MACAM INI APALAH NAK DIHARAPKAN KEPADA ORANG BAWAHAN.

SEBAB ITULAH KITA DENGAR PELBAGAI DAKWAAN PENYELEWENGAN, PENIPUAN DLL YANG DILAKUKAN OLEH MENTERI-MENTERI, MB, KM, PEGAWAI-PEGAWAI KERAJAAN, JKKK, JAWATANKUASA MENANGANI BANJIR DAN SEBAGAINYA TETAPI MEREKA MASIH DIBIARKAN MEMEGANG JAWATAN TERSEBUT.


SEORANG LAGI PELATIH PLKN MENINGGAL


SEREMBAN 31Jan. – Belum pun reda kisah kematian seorang pelatih PLKN di Kem Ayer Keroh, Melaka baru-baru ini, seorang lago pelatih Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) meninggal dunia selepas mengalami sesak nafas dan pengsan semasa dalam perjalanan dari rumahnya di Temiang Jaya, di sini ke Hospital Tuanku Ja‘afar, awal pagi semalam.

Teng Siau Shen, 18, mengikuti program berkenaan di Kem PDS Pasir Panjang, Port Dickson sebelum dibawa pulang ke rumah oleh keluarganya pada 18 Januari lalu, meninggal dunia kira-kira pukul 4 pagi.

Menurut Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Temiang, Lee Yuen Fong, Siau Shen mengikuti latihan berkenaan pada 1 Januari lalu.

Bagaimanapun, menurut beliau, semasa berada di kem terbabit dia sering menghubungi ibunya dan memberitahu dia rindu serta mahu pulang ke rumah.

‘‘Beberapa hari selepas itu, dia dikatakan sering meracau sehingga menyebabkan pihak pengurusan kem terbabit menghubungi keluarganya pada 18 Januari lalu.

‘‘Dia kemudiannya dibawa pulang ke rumah dan mendapatkan rawatan di wad sakit jiwa Hospital Tuanku Ja‘afar,’’ katanya ketika ditemui di bilik mayat hospital berkenaan di sini hari ini.

Menurut Yuen Fong, remaja terbabit dipercayai meninggal dunia semasa dalam perjalanan ke Hospital Tuanku Ja’afar.

‘‘Hasil bedah siasat mendapati dia mati disebabkan sesak nafas dan tiada sebarang unsur jenayah di sebalik kematiannya,’’ kata beliau.

Menurutnya, ibu mangsa menerima kejadian itu dengan hati terbuka dan tidak menyalahkan pihak pengurusan kem sebaliknya memuji mereka kerana memberikan kerjasama dalam menguruskan anaknya.

Dalam pada itu, ibu mangsa yang ditemui media enggan memberikan sebarang ulasan kerana masih bersedih.

DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN BUKIT KATIL MENDESAK PIHAK BERKUASA PLKN MENYIASAT DENGAN TERPERINCI TENTANG KESELAMATAN DI SEMUA KEM PLKN KERANA SEJAK-SEJAK AKHIR INI BEGITU BANYAK MASALAH BERLAKU. PIHAK BERKUASA PLKN MESTI MENJALANKAN SIASATAN DAN KAJIAN TENTANG MODUL PROGRAM, FASILITI DAN ASPEK-ASPEK KESELAMATAN DEMI MENJAMIN BAHAWA PROGRAM INI BENAR-BENAR SELAMAT UNTUK DIIKUTI OLEH REMAJA KITA.

HASIL SIASATAN INI MESTI DIHEBAHKAN KEPADA UMUM.


PERANCANGAN KEWANGAN YANG BAIK PENTING UNTUK EKONOMI UMMAH


Rata-rata orang kita amat lemah dalam perancangan kewangan berbanding orang cina. Secara tradisi orang melayu hanya tahu meyimpan atau melabur wang mereka dalam ASB, Tabung Haji atau simpanan dalam akaun biasa dan tetap di bank-bank.

Berbeza dengan orang cina di mana mereka telah lama sedar dalam mempelbagaikan cara menyimpan wang dalam usaha mereka mendapat pulangan yang lebih.
Memang tidak dinafikan bahawa orang kita majoritinya mencari cara penyimpanan dan pelaburan yang dihalalkan oleh Islam. Namun begitu masih ramai yang masih tidak menghiraukan tentang halal dan haram ini.

Akhir-akhir ini begitu banyak program-program pelaburan yang dianjurkan oleh syarikat tertentu dengan menggunakan sistem online. Ianya mendapat sambutan yang hebat dikalangan orang Islam kerana pulangannya amat hebat di mana ada yang menawarkan keuntungan sehingga 2% sehari (SEHARI BUKAN SEBULAN!!!!).

Namun ramai yang tidak menyedari (atau buat-buat tak sedar) bahawa wang yang dilaburkan oleh mereka itu tidak tahu diniagakan di mana. Mungkin ia diniaga dalam perniagaan yang TIDAK DIHALALKAN oleh Islam. Keuntungan sehingga 2 % sehari merupakan suatu keuntungan yang luar biasa dan perlu diselidiki dengan lebih teliti. Apa yang kita khuatir ianya dilaburkan di dalam syarikat-syarikat judi dan sebagainya.

Apatah lagi program ini tidak diluluskan oleh Suruhajaya Sekuriti Malaysia dan Bank Negara. Jika sekiranya berlaku sebarang penipuan dan penyelewengan maka sudah tentu pelabur-pelaburnya akan 'putih mata' disebabkan tidak ada peruntukan undang-undang.
Sedar atau tidak sebenarnya di negara kita banyak program-program pelaburan yang halal disisi Islam di mana keuntungan yang ditawarkan adalah agak lumayan berbanding dengan ASB, Tabung Haji dan sebagainya.

Amanah Saham(Unit Trust) yang dianjurkan oleh anak syarikat bank-bank tempatan umpamanya menawarkan keuntungan yang baik di mana pulangannya jauh lebih tinggi dari pulangan ASB dan Tabung Haji. Pada tahun lepas ada syarikat-syarikat ini memberikan keuntungan sehingga 25-26% setahun. Amanah Saham yang dianjurkan oleh syarikat-syarikat ini adalah tertakluk di bawah Seksyen 18 Akta Suruhanjaya Sekuriti Malaysia.

Untuk makluman sebenarnya masyarakat barat lebih faham bahawa menyimpan wang dalam Amanah Saham (Unit Trust) adalah lebih menguntungkan berbanding dengan menyimpan dalam akaun-akaun biasa bank. Oleh kerana itulah lebih 70 % masyarakat barat menyimpan wang mereka dalam Unit Trust.

Oleh itu saya mencadangkan sahabat-sahabat semua menyimpan dan melabur dalam Amanah Saham ini kerana jelas ianya amat menguntungkan dan HALAL di sisi Islam dan undang-undang. Untuk makluman lanjut sila hubungi saya di talian 019-6821318 atau email : mstcmal@miosh.net atau layari www.infaq.blogspot.com


Keahlian Unit Amal

Iklan

Artikel Menarik

A

 

Dewan Pemuda PAS Bukit Katil Hakcipta © 2011 Kredit Ubahsuai oleh Kijang59