Monday, 29 January 2007

CERAMAH HUSAM MUSA 3 FEB DI BUKIT KATIL


CERAMAH NAIB PRESIDEN PAS DATO' HUSAM MUSA


TARIKH : 3 FEB 2007
TEMPAT : BERHAMPIRAN WARONG ALTERNATIF,
AYER MOLEK.
MASA : 9.00 MALAM

SEMUA RAKYAT MALAYSIA DI JEMPUT HADIR


PELAJAR MATI KENA BULI : HISHAMUDDIN MESTI LETAK JAWATAN, GAGAL PASTIKAN KEJADIAN BULI DIBENTERAS


Seorang pelajar tingkatan empat Sekolah Menengah Teknik Bintulu maut, dipercayai selepas dibuli oleh sekumpulan 18 pelajar sekolah terbabit di sebuah blok asrama kira-kira pukul 5 petang hari Sabtu.

Metheus Mering Augus, 16, anak sulung daripada empat adik beradik disahkan mati sebaik sahaja dimasukkan ke Hospital Bintulu kira-kira pukul 5.30 petang Sabtu, selepas guru dan beberapa pelajar menemuinya dalam keadaan tidak sedarkan diri di bilik asramanya.

Ketua Polis Daerah, Supt Sulaiman Abdul Razak ketika mengesahkan kejadian itu berkata polis hari Ahad menahan 18 pelajar sekolah, masing-masing berusia 16 dan 17 tahun untuk disoal siasat bagi membantu siasatan."Siasatan awal menunjukkan Metheus dibuli dan didera oleh pelajar senior berdasarkan kesan lebam dan bengkak yang ditemui pada badannya, dan punca sebenar kematian pelajar itu hanya akan diketahui selepas bedah siasat," katanya.

Menurutnya polis sudah menahan reman suspek terbabit sehingga 2 Feb ini dan siasatan akan dijalankan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.Metheus yang baru seminggu memasuki sekolah itu, sedang menjalani program suai kenal yang dianjurkan sekolah sejak Isnin lalu, dan beliau turut tinggal di asrama sekolah.

Anggota Parlimen Bintulu, Datuk Seri Tiong King Sing ketika ditemui pemberita di sini hari ini menyuarakan rasa kesal dengan kejadian itu, dan mahukan supaya polis menjalankan siasatan secara menyeluruh untuk mengenal pasti punca kematian pelajar berkenaan."Kejadian itu menunjukkan disiplin di kalangan pelajar sekarang berada pada tahap yang membimbangkan dan semua pihak terutama sekolah serta persatuan ibu bapa dan guru perlu mengambil langkah segera untuk mengatasinya," tambahnya.

Menteri Pelajaran Hishamuddin Hussein mesti meletakkan jawatannya kerana gagal membenteras kejadian buli ini di sekolah-sekolah kerajaan. Setakat sudah banyak kes melibatkan kematian pelajar sekolah akibat dibuli oleh rakan atau senior-senior mereka. Ini merupakan kes yang sangat serius.

Hishamuddin jangan asyik sibuk berpolitik sahaja sehingga tanggungjawabnya memimpin Kementerian Pelajaran yang sangat penting dikesampingkan. Sejak-sejak akhir ini Hishamuddin dilihat menumpukan perhatian beliau kepada kerja-kerja politik seperti pilihanraya kecil Batu Talam serta juga cuba mengukuhkan kedudukan dalam Umno lebih-lebih lagi bagi mempertahankan kedudukan dari di'pancung' oleh musuh-musuh politik dalaman beliau.

Lantaran itu Hishamuddin mesti meletakkan jawatannya bagi diganti oleh menteri lain yang lebih berwibawa dan bertanggungjawab.


PAS MELAKA DERMA 9 TAN BERAS KEPADA MANGSA BANJIR DI JOHOR


Badan Perhubungan PAS Melaka dengan kerjasama Dewan Pemuda PAS Melaka mendermakan 1363 kampit beras seberat 9 ton yang di'infak' kan oleh orang ramai kepada mangsa banjir di Negeri Johor.

Program memungut derma dari ahli PAS dan orang yang dinamakan seorang sekampit beras itu telah mendapat sambutan yang menggalakkan walaupun ianya dijalankan selama seminggu sahaja. Program Lajnah Kebajikan Negeri dengan kerjasama Pemuda Negeri jelas menunjukkan bahawa ahli PAS dan rakyat Malaysia sememangnya prihatin dan sentiasa mengambil tahu akan setiap musibah yang menimpa rakan-rakan dan sahabat mereka walau di mana mereka berada.

Bantuan tersebut telah disampaikan kepada Badan Perhubungan PAS Johor dalam majlis ringkas di Batu Pahat Sabtu lalu. Dalam majlis itu Badan Perhubungan PAS Melaka di wakili oleh Setiausaha Badan Perhubungan PAS Negeri, Adly Zahari manakala PAS Johor diwakili oleh AJK Badan Perhubungan Johor, Onn Jaafar.









USAHA BOIKOT BERJAYA


Usaha Pembangkang memboikot Pilihanraya Kecil Batu Talam menampakkan kejayaan apabila kurang dari 68% pengundi membuang undi semalam. Walaupun BN menang besar dengan majoriti 5,857 undi tetapi jumlah undi keseluruhannya jelas menampakkan bahawa ramai pengundi Batu Talam bersetuju dengan langkah pembangkang memboikot pilihanraya kecil ini.

Jumlah undi keseluruhannya sebanyak 68 % ini adalah jauh dari jumlah purata undi pada pilihanraya umum dan kecil yang kebiasaanya lebih dari 75 %. Pengundi Batu Talam juga jelas memprotes dan memboikot pilihanraya ini apabila 385 undi telah dirosakkan. Jumlah ini adalah kira-kira 5.44 % dari jumlah undi keseluruhannya. Mana mungkin pengundi dalam era tahun 2000 ini tidak tahu mengundi.

Calon BN Abd. Aziz Mat Kiram, 47, meraih 6,276 undi manakala Chee Pang, 22, pula memperoleh 419 undi pada pertandingan satu lawan satu yang menyaksikan parti pembangkang tidak bertanding kerana memulau pilihan raya kecil itu.

Pemimpin BN jelas tidak ceria dengan kemenangan itu kerana mereka susah hati dengan kecenderungan pengundi memulau pilihanraya ini.

Dari analisa ringkas yang kita buat bermakna 804 pengundi atau 11.3 % pengundi yang keluar tidak menyokong BN manakala kira-kira 15 % lagi memulau pilihanraya tersebut.

Kita juga yakin jumlah pengundi yang keluar mengundi juga dipengaruhi oleh anasir-anasir luar. Kita bimbang mereka dipaksa untuk mengundi dengan cara paksaan, ugutan dan upah yang diberikan kepada mereka. Hal ini besar kemungkinan berlaku kerana setiap kali pilihanraya inilah taktik yang digunakan BN untuk mempengaruhi pengundi supaya menyokong BN.



Keahlian Unit Amal

Iklan

Artikel Menarik

A

 

Dewan Pemuda PAS Bukit Katil Hakcipta © 2011 Kredit Ubahsuai oleh Kijang59