Thursday, 25 January 2007

CERITA LUCU TENGKU ADNAN


PETALING JAYA 25 Jan: Nampaknya pada zaman pemerintahan Imam Al Badawi Wal Hadhari macam-macam perkara berlaku. Lebih malang banyak perkara ini berlaku tanpa pengetahuan Perdana Menteri atau menteri-menteri. Ini terbukti apabila banyak soalan yang diajukan berkaitan sesuatu perkara itu di jawab dengan jawapan 'standard' mereka iaitu TIDAK TAHU, TERLEPAS PANDANG, NANTI SAYA CHECK DULU DAN SEUMPAMANYA. 'Standard' jawapan seumpama ini hanyalah layak diberi oleh JKKK kampung bukan orang yang bergelar Perdana Menteri atau menteri kabinet.

Semalam satu lagi perkara pelik dan lucu berlaku kepada salah seorang menteri Islam Hadhari.

Sebuah stesen televisyen swasta mendedahkan bahawa buku panduan yang dilancarkan oleh Menteri Pelancongan, Tengku Adnan mengandungi iklan kegiatan tidak bermaruah.

Sebaik perkara itu didedahkan oleh TV3 malam tadi, yang menyiarkan perbualan antara pemberitanya dengan beberapa “bapa ayam” yang mengiklankan nombor telefon bimbit dalam buku panduan itu, Malaysia Tourist Pages 2007 (MTP), Tengku Adnan terus bertindak mengarahkan penarikan balik direktori itu.

Dalam perbualan itu, lelaki-lelaki berkenaan, dengan jelas memberitahu jenis-jenis perkhidmatan yang disediakan beserta harga yang dikenakan bagi perkhidmatan seks yang disediakan mereka.

Nombor telefon berkenaan antara beberapa iklan yang dimuatkan di dalam ruangan “hiburan” dalam direktori itu.

Kita berasa hairan bagaimana iklan seumpama ini tersiar dalam direktori yang dikeluarkan oleh kementerian dan dilancarkan sendiri oleh Menteri berkenaan. Apakah Tengku Adnan dan pegawai-pegawainya tidak sedar atau terlepas pandang terhadap perkara besar sebegini yang jelas mencemarkan nama baik Islam Hadhari. ?

Kalau alasannya tidak sedar atau tidak tahu maka sudah pastilah sindrom tidak tahu Pak Lah telah menjalar kepada menteri-menterinya pula.

Bagaimana dengan buku-buku yang telah dicetak. Sudah pasti ianya perlu dibaiki atau mungkin terpaksa dicetak semula. Siapa yang menangggung kosnya. Apakah duit rakyat terbazir sekali lagi?


PAK LAH MENGAKU DIA LEMBAP


Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang sering mengkritik kerajaan, berhak untuk bersuara, kata Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.

Ketika ditanya dalam satu temubual oleh BBC di London semalam mengenai hubungannya dengan Dr Mahathir, Perdana Menteri berkata: "Saya mempunyai sebuah kerajaan untuk diuruskan. Saya perlu lakukan apa yang saya fikir wajar dilakukan. Ekonomi kini lebih baik dan Rancangan Malaysia Kesembilan telahpun dilancarkan dan ia mulai rancak.

Beliau seterusnya membuka pekungnya sendiri apabila berkata :
"Mungkin kerana kami agak perlahan sedikit menyebabkan beliau tidak sabar".

Itulah kenyataan yang dihamburkan dari mulut Pak Lah dalam kenyataannya kepada BBC di London.

Jelaslah bahawa Pak Lah mengaku bahawa dia perlahan. Malah ramai orang berpendapat Pak Lah bukan sahaja perlahan malah lembap, lemah, pengecut, serba tidak tahu dan tidak cerdik sebagaimana Dr Mahathir.

Sebab itulah di zamannya pelbagai masalah timbul yang tidak pernah berlaku sebelum ini.

Jadi kalau beliau sedar bahawa akan kelemahannya maka akan lebih manis kalau beliau insaf dan meletakkan jawatan untuk dipegang oleh orang lain yang lebih baik darinya.

Itulah sebenarnya sifat seorang negarawan yang bertanggungjawab, sayangkan negara dan rakyatnya.


CERAMAH DR HASSAN ALI MALAM INI


PAS Kawasan Bukit Katil akan mengadakan ceramah umum Naib Presiden PAS, Dato' Dr Hj Hassan Ali malam ini 25 Januari bertempat di Kg Paya Dalam, Ayer Molek. Beliau akan berceramah bersama dengan Ketua Perhubungan PKR Melaka, Puan Zainon Jaafar dan Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri, Us Kamaruddin Sedik.

Ceramah ini dijangka sangat menarik kerana banyak isu semasa dalam dan luar negeri yang berlaku sekarang seperti isu pemboikotan pilihanraya kecil Batu Talam, isu banjir, isu Najib dan lain-lain.

Semua rakyat di jemput hadir.


Keahlian Unit Amal

Iklan

Artikel Menarik

A

 

Dewan Pemuda PAS Bukit Katil Hakcipta © 2011 Kredit Ubahsuai oleh Kijang59