Wednesday, 24 January 2007

APAKAH BALA ALLAH INI TIDAK MENGINSAFKAN KITA

















Apakah BALA Allah yang menimpa tanahair kita sekarang tidak menginsafkan kita semua tentang betapa berkuasanya Allah terhadap kita. Nikmat yang dikurniakan oleh Allah boleh ditarik olehNya sekelip mata.


DUIT BIKIN MANUSIA KELABU MATA


Duit bagaikan segalanya. Kerana duit orang sanggup gadai segalanya ; pegangan agama, maruah, moral, malu dan sebagainya.

Kerana duit orang sanggup berbunuhan, menabur fitnah dan sebagainya demi untuk mendapatkan kuasa yang akhir dengan kuasa duit dapat diperolehi dengan senang.

Begitulah apa yang berlaku kepada dua bekas pengurus kanan Lembaga Tabung Haji (TH) yang dijatuhi hukuman penjara 10 tahun oleh Mahkamah Sesyen kerana bersama-sama menipu dua menteri dan melakukan pecah amanah membabitkan RM200 juta wang institusi itu, lima tahun lepas.

Hakim Akhtar Tahir menjatuhkan hukuman itu setelah mendapati Mohamad Shafie, 56, bekas pengurus kanan pelaburan TH dan Mohamed Amin Sidek, 55, bekas pengurus besar kewangan TH, bersalah terhadap kesemua pertuduhan tersebut.

Mereka dituduh bersama-sama menipu dua Menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM) ketika itu, Tan Sri Abdul Hamid Othman dan Brig Jen (B) Datuk Abdul Hamid Zainal Abidin, di JPM Putrajaya, antara 29 Jun 2000 dan 27 Julai 2001.

Bagi tuduhan melakukan pecah amanah, Mohamad dan Mohamed Amin didakwa melakukan kesalahan itu di Bangunan Tabung Haji, Jalan Tun Razak di sini, antara 14 Julai 2000 dan 11 Mei 2001.

Pendakwaan dijalankan oleh Timbalan Pendakwa Raya Dzulkifli Ahmad dan Muhd Saifuddin Hashim Musaimi manakala Mohamad diwakili peguam V. Rajadevan dan Mohamed Amin diwakili peguam Fairuz Jaffril.


MENANTI DURIAN YANG TIDAK RUNTUH-RUNTUH


Apabila diberitahu bahawa harga minyak dunia telah turun kepada kira-kira USD50.00 setong maka ramai antara kita yang menanti-nanti bilalah agaknya kerajaan Islam Hadhari akan menurunkan harga minyak di Malaysia. Ini kerana ada antara pemimpin Islam Hadhari yang pernah berkata kononnya harga minyak akan dikaji semula bila harga minyak dunia turun sehingga USD50.00.

Tetapi nampaknya sekarang ini walaupun harga minyak telah turun sehingga USD50, pemimpin-pemimpin Islam Hadhari ini langsung tidak menghiraukannya. Atau mungkin juga buat-buat lupa terhadap apa yang mereka katakan dahulu.

Wirid harian mereka hanyalah tentang Batu Talam, Banjir (itu pun cakap besar lagi), krisis politik dunia, macamana laksanakan RMK9 dan sebagainya.

Rakyat masih tertanya-tanya dan seolah-olah menanti durian yang tidak runtuh-runtuh walaupun angin dan ribut telah pun melanda.

Kita yakin bahawa kerajaan sama sekali tidak akan berbuat demikian kerana sejarah telah membuktikan bahawa kerajaan yang ada pada hari ini bukanlah kerajaan mesra rakyat tetapi mereka adalah kerajaan yang sentiasa 'menjilat' korporat.

Ini jelas terbukti pada hari Jumaat lepas apabila para wartawan bertanyakan PM samada penurunan harga minyak dunia akan mendorong beliau menurunkan harga minyak tempatan, jawab beliau, kerajaan belum berhasrat berbuat demikian. Kata beliau lagi harga minyak dunia mungkin turun sekarang ini namun kita tidak tahu bila pula ia akan naik.
Harga minyak mentah dunia kini berligar sekitar USD50 (RM180) setong. Sedangkan pada bulan Febuari tahun lalu apabila kerajaan mengumumkan kenaikkan harga petrol sebanyak 30sen seliter, harga minyak mentah dunia ketika itu adalah USD78.40 (RM280) setong.
Bermakna kini terdapat perbezaan sekitar USD28.4 ataupun sekitar RM100 setong!Presiden Persekutuan Persatuan-persatuan Cina Malaysia (Hua Zong) Datuk Seri Lim Gait Tong telah menyarankan agar kerajaan segera menurunkan harga minyak tempatan. Kata beliau langkah ini sudah tentulah berasa memandangkan penurunan besar ini serta sebagai tanda betapa kerajaan bersimpati dengan penderitaan rakyat.
Lalu apakah yang menghalang Dollah dari mengambil tindakan menurunkan harga minyak ini? Janganlah terus membiarkan rakyat menderita. Terlalu banyak kos tambahan yang terpaksa mereka tanggung sejak kenaikan harga minyak itu. Takkanlah Dollah nak tunggu sehingga ada ilham untuk bubarkan parlimen barulah mahu mengambil kesempatan menurunkan harga minyak ini.Benar harga minyak ini volatile, tidak stabil dan berubah-ubah. Tetapi isunya perubahannya kini sudah melebihi USD28.40 setong.
Tidakkah penurunan ini terlalu besar sehingga sepatutnya mendesak kerajaan untuk menurunkan harga minyak tempatan kecualilah kerana kerajaan memang mahu mengambil kesempatan dari rakyatnya dan terus menerus memeras mereka.Kalau harga dunia naik, cepat sungguh kerajaan bertindak, tetapi apabila telah turun, mereka seolah mendiamkan dari lalu rakyat terus tertekan dan menderita.Semoga kewarasan segera bertapak dihati dan pemikiran mereka melainkan mereka memang sudah bersedia untuk terlentang jatuh bagi digantikan oleh orang lain yang lebih bertenaga dan berupaya.
Dipetik dari Blog Roslan SMS


BATU TALAM : NG CHEE PANG MENANG TANPA BERTANDING?


Kalaulah Batu Talam ini terletak di UK atau US sudah tentu Calon Bebas Ng Chee Pang siang-siang lagi sudah dinobatkan sebagai YB yang baru. Manakan tidak calon BN Aziz Kiram dan jentera kempen BN tanpa segan silu menggunakan seluruh jentera kerajaan dan bangunan-bangunan milik kerajaan bagi menjayakan kempennya. Ini jelas bertentangan dengan undang-undang dan kod etika pilihanraya.

Salah laku jentera BN ini bukan hanya di Batu Talam malah pada setiap kali pilihanraya BN akan sentiasa melanggar Kod Etika Pilihanraya. Media hari ini mendedahkan bahawa Calon Bebas Ng Chee Pang telah membuat bantahan rasmi dan laporan polis terhadap penyalahgunaan jentera kerajaan dan bangunan kerajaan yang dilakukan oleh jentera kempen lawannya Aziz Kiram dari BN.


Ng Chee Pang dalam bantahannya menggesa SPR mengisytiharkan bahawa Calon BN tidak layak bertanding dan memberikan kemenangan kepada beliau. Ng juga menyertakan gambar sebagai bukti bahawa jentera BN menggunakan jentera kerajaan dan bangunan kerajaan.



Jenazah : Suatu Peringatan


Teringat pengalaman memandikan jenazah ibu sendiri kira-kira 15 tahun lalu bersama kakak dan adik perempuan saya. Teringat saya betapa 'bodohnya" kami waktu itu dalam soal pengurusan jenazah.Segala-galanya dilakukan atas arahan bilal tukang mandi jenazah dan pembantunya.

Kami cuma macam 'boneka' yang digerakkan dengan 'tali kata-kata'. Disuruh jirus badan, kami jirus. Disuruh sabun kepala, kami sabun. Disuruh miringkan sedikit jasad emak untuk dibersihkan bahagian belakangnya, kami buat.Sambil memandikan jasad emak, saya renung tubuh yang pernah mengandung, melahirkan dan membesarkan saya adik beradik.

Dengan lembut dan hati-hati saya bersihkan dada yang pernah menyusukan saya hingga kenyang dan perut yang pernah mengandungkan saya selama lebih 9 bulan. Saya gosok perlahan bibir yang pernah tersenyum pada saya, bergurau dengan saya, menasihati saya dan juga pernah berleter memarahi saya.

Saya sabun jari jemari yang pernah membelai saya dan juga pernah merotan saya.Sambil itu, terbayang semua kenangan bersama emak yang dicintai (termasuk sekali sekala 'angin berani mati' saya datang untuk menjawab leterannya). Tiba-tiba teringat pula hakikat bahawa sebentar lagi kami benar-benar akan terpisah, dipisahkan oleh bumi, dan dipisahkan oleh dunia masing-masing yang sudah berbeza - saya masih di alam fana, manakala emak sudah dijemput ke alam baqa.

Lantas air mata merembas keluar hingga ditegur dan disabarkan oleh Makcik bilal dengan lembut, "Sabarlah. Semua orang mesti merasai mati. Lambat laun kita mesti berpisah juga dengan orang yang disayangi.Makcik pun pernah rasa hilang emak. Sekarang giliran awak semua. Esok-esok ada lagi orang dapat pula 'gilirannya'. Cuma kita kena banyak-banyak sabar.

Banyak-banyak doa pada Allah supaya roh ibu awak selamat 'di sana'."Pengalaman ketika menghadapi kematian ibu sendiri menyebabkan saya terfikir sejauh mana pengetahuan kita dalam menghadapi kaum keluarga atau sahabat handai yang sakit atau sedang nazak dan sejauh mana pula pengetahuan kita dalam menguruskan jenazah.

Sejauh mana pula kita "menyediakan" anak-anak kita supaya tahu apa yang perlu dilakukan jika ditakdirkan terpaksa menghadap ibu/ayah yang nazak atau terpaksa menguruskan jenazah kita nanti. Beruntunglah kita jika anak-anak kita nanti seperti 10 adik-beradik Datuk Prof Haron Din (mengikut apa yang pernah saya baca) yang mengepalai sendiri segala urusan menyelenggarakan jenazah ibu mereka daripada soal memandikan, mengapankan, menyembahyangkan dan pengkebumian.

Dan mereka juga yang bergilir-gilir membaca al-Quran hingga khatam untuk disedekahkan kepada roh ibu bapa mereka.Amat malang jika anak-anak kita hanya menyerahkan semua urusan itu ke tangan orang lain kerana ketiadaan ilmu sedangkan anak-anaklah yang lebih afdal menyelenggarakan jenazah ayah/ibu mereka.Orang lain sepatutnya hanya membantu sahaja, anak-anak yang harus ke depan. Jika ada anak lelaki, dialah yang sepatutnya mengimamkan solat jenazah ayah/ibu ("sepatutnya" atau "lebih baik lagi", bukan pula maknanya "mesti".

Takut nanti ada yang salah tafsir pula!). Kalaupun tidak mengimamkan, sekurang-kurangnya bersama-sama solat jenazah (lelaki dan perempuan boleh solat jenazah) sebagai perkhidmatan terakhir mengiringi ibu/ayah tercinta dalam perjalanan menuju alam yang kekal.Pernah seorang ustaz (saya tidak mahu sebut namanya) menceritakan bagaimana ketika dia diminta menguruskan satu jenazah, anak-anak lelaki si mati seramai enam orang tidak langsung mahu membantu memandikan jenazah bapa mereka.

Dan ketika solat jenazah, walaupun sebelum itu sudah diterangkan secara ringkas cara mengerjakan solat itu, tidak seorang pun anak lelaki itu (yang semuanya berkelulusan tinggi dari dalam dan luar negara dan menjawat jawatan tinggi/penting belaka) yang turut sama bersolat. Alangkah sedihnya!Semoga perkara yang sama tidak berlaku kepada kita. Amin! Untuk itu, mari kita kongsi bersama beberapa point ringkas sebagai asas kepada persediaan menghadapi kematian sama ada untuk pengetahuan diri sendiri atau untuk diajarkan kepada anak-anak kita Adab menziarahi orang sakit Menziarahi orang sakit hukumnya sunat muakkad menurut jumhur ulamasedangkan menurut Imam Bukhari, hukumnya wajib. Rasulullah s. a. w amat menyukai amalan ini dan ini dapat dilihat melalui banyak Hadis. Harus juga menziarahi pesakit tanpa mengira kaum dan agama.

Disunatkan meletakkan tangan di tempat yang sakit sambil membaca'Bismillah...' dan mendoakan si sakit supaya cepat sembuh dan umurnya panjang. Jangan menyebut penyakit orang lain yang sama seperti penyakitnya hingga menyebabkan kematian orang itu kerana ini akan menyakitkan hati pesakit. Bawalah buah tangah untuk menghiburkan hati pesakit Sesuaikan waktu berziarah. Jangan berziarah setiap hari (kecuali pesakit menghendaki demikian) tetapi seelok-eloknya berselang hari Zahirkan rasa simpati terhadap pesakit dan cuba hiburkan hatinya Tidak perlu duduk terlalu lama ketika berziarah kerana ini mungkin menyusahkan pesakit yang ingin berehat

Nasihatkan dia supaya bersabarAdab menziarahi orang sakit tenat (Islam) Sunat membaca surah Yasin di samping orang yang sedang tenat untukmeringankannya sesuai dengan hadis riwayat Ma'qal bin Yasar, katanya: "Rasulullah s. a. w. bersabda: "Yasin adalah jantung al-Quran. Seseorang yang membacanya kerana mengharap rahmat Allah dan ngeri akhirat, maka diampuni dosanya. Oleh itu bacakanlah ia kepada mayat kamu." (Yang dimaksudkan dengan 'mayat kamu' di sini ialah orang yang hampir mati kerana hukumnya sudah sama dengan orang yang sudah mati).

Elakkan daripada berbuat bising Waris hendaklah sentiasa berada di sisi pesakit Sunat ditalqinkan dengan kalimah "La ila ha illallah" ke telinganyadengan lembut. Jangan terlalu sering diulang-ulang (maksudnya, jangan disebut bertubi-tubi supaya dia tidak menolaknya kerana bosan) selama dia tidak menyebut perkataan lain (jika dia mengucapkan perkataan lain selepas mengucap kalimah syahadah, ajarkan lagi supaya kalimah itu yang terakhir diucapkannya sebelum meninggal dunia, supaya dia lepas daripada neraka. Ini disebut dalam hadis yang diriwayatkan daripada Kasir bin Marrah, daripada Muaz bin Jabal, katanya: Nabi s. a. w. bersabda: "sesiapa yang akhir perkataanya kalimat La ila ha illallah, akan masuk syurga."

Tak perlulah memaksa orang yang sedang nazak itu mengucapkan kalimah tersebut secara penuh. Jika dia hanya sekadar menyebut "Allah" pun sudah memadai. *Disunatkan agar pesakit yang sedang nazak itu dibaringkan dengan memiringkan ke kanan dan menghadapkan mukanya ke arah kiblat. tetapi jika sukar untuk melakukannya, hadapkan sahaja mukanya ke kiblat dengan meninggikan kepalanya dengan bantal. Disunatkan agar mengingatkan kepadanya supaya berbaik sangka dengan Allah dan mengharapkan pengampunanNya serta berdoa agar dimatikan dalam keadaan beriman kepada Allah swt.

Titiskan air ke tekaknya sedikit demi sedikit (jangan sampai tersedak) atau basahkan bibirnya dengan air (kalau dia sudah tidak boleh menelan air lagi). Ini kerana ada riwayat mengatakan bahawa orang yang sedang menghadapi sakaratul maut itu mengalami kehausan yang amat sangat, seolah-olah air satu lautan pun tidak dapat melegakan dahaganya. Dan pada ketika inilah dikatakan iblis datang menggoda si sakit dengan membawa air tetapi mensyaratkan si sakit mengakusebagai pengikutnya jika berkehendakkan air tersebut.

Saidina Omar al-Khattab pernah berkata: "Hadirlah di tempat orang yang hampir mati, dan ingatkanlah mereka akan kalimah La ila ha illallah kerana mereka nampak apa yang kamu tidak nampak." Tanda-tanda mati Riwayat daripada Saidina Uthman bin Affan (r. a.), katanya: Nabi s. a. w bersabda: "Perhatikanlah orang itu menjelang wafatnya.

Apabila kedua belah matanya terbeliak, dahinya berpeluh dan membesar dua lubang hidungnya, bererti rahmat Allah telah turun. Tetapi apabila dia mendengkur seperti orang tercekik, tubuhnya pucat, mulutnya bertambah lebar, bererti seksa Allah telah turun kepadanya."layu kedua-dua belah telinga dan hidung (sebelum nazak) kedua-dua tumit menjadi lembut, hidung menjadi bengkok, alis mata semakin hilang, kulit muka menjadi tegang tulang pinggang rapat ke lantai keluar peluh dan air mata, menandakan orang Mukmin itu mendapatkabar gembira tetapi berasa malu kerana dia sedar dosa yang dilakukannya.

Itu juga satu petanda dia mendapat rahmat Allah. seluruh badan kejang kerana roh sedang bergerak keluar daripada jasad mata yang terbuka kerana mengikut roh yang keluar daripada jasadSelepas kematian Kematian perlu disahkan oleh doktor perubatan - jika terdapat keraguan mengenai sebab kematian, jenazah akan diarahkan dihantar ke hospital untuk bedah siasat Perlu dilaporkan kepada polis untuk mendapat permit pengkebumian. jangan memandikan jenazah sebelum mendapat permit.

Ini adalah untuk mengesahkan kematiannya waris/ahli keluarga perlu berbincang untuk persiapan memandi dan mengapankan jenazah dapatkan tukang mandi jenazah tentukan tanah perkuburan dapatkan kenderaan jenazahYang perlu dilakukan segera terhadap orang yang baru meninggal dunia Tutupkan perlahan-lahan mata dan mulutnya, jika terbuka sapu minyak, usap dan urut seluruh anggota dan sendi-sendi mayatkhususnya pergelangan tangan, siku, paha, lutut dan kaki sebelum urat-urat itu menjadi keras.

Ini bagi memastikan keseluruhan sendinya lembut dan mudah dimandikan Bersihkan mayat daripada najis dan kekotoran terutama jika dia sudah sakit terlantar begitu lama salin semua pakaiannya termasuk pakaian dalam dengan kain yang dapat menutup seluruh anggotanya. jaga auratnya kerana dia juga malu. Ikat dagu dan pergelangan kakinya. Kemudian tutup mayat dengan kain Hadapkan mukanya ke arah kiblat (tinggikan kepalanya dengan menggunakan bantal) sunat diletakkan sesuatu yang keras di atas perut mayat (tetapi jangan letak al-Quran) supaya perut tidak masuk angin dan membesar (takut menjadi fitnah)4 perkara wajib dilaksanakan untuk jenazah orang Islam Dimandikan Dikapankan Disembahyangkan

DikebumikanKeempat-empat perkara di atas adalah fardu kifayah iaitu apabila telah dilaksanakan oleh sebahagian orang (waris, jiran, rakan dll), maka orang lain terlepas daripada dosa.


KHIR TOYO CUBA BERLAGAK HERO


Menteri Besar Selangor, Khir Toyo cuba berlagak hero apabila menyatakan bahawa 25 pegawai kerajaan tempatan dan Jabatan Tanah dan Galian di Selangor telah dipecat atas pelbagai kesalahan.

Khir Toyo berkata lagi bahawa mereka di pecat atas pelbagai kesalahan antaranya menipu, memalsukan tandatangan dan mengeluarkan cek tanpa kebenaran dan sebagainya. Beliau berkata demikian kepada wartawan selepas melawat Project Harbour City di Pelabuhan Klang semalam.

Apa yang menggelikan hati kita ialah adakah Khir Toyo tidak sedar bahawa dirinya juga berhadapan dengan pelbagai aduan dan laporan rasuah dan penyalahgunaan kuasa serta kegagalan dirinya memerintah dengan berkesan dan telus. Mengapa beliau tidak sedar akan semua perkara tersebut.

(Laporan yang dibuat oleh Lutfi Othman yang jumlahnya bertong-tong pun tidak memberikan kesan kepada Khir Toyo.)


BANGUNAN SEKOLAH DIWARTAKAN TIDAK SELAMAT TETAPI MASIH BELUM DIGANTI


MELAKA , 24 Jan : Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Negeri Melaka, Yuhaizad Abdullah mempertikaikan mengapa Bangunan Sekolah Kebangsaan Telok Mas yang diwartakan tidak selamat oleh JKR sejak 2004 masih tidak dirobohkan.

" Takkan dah 3 tahun pun tak boleh selesaikan isu ini. Ini bukan isu kecil tetapi ianya melibatkan isu keselamatan dan nyawa pelajar" tegas Yuhaizad kepada Blog ini melalui telefon.

"Kerajaan mesti memberikan keutamaan keutamaan pada projek membina bangunan baru melibatkan bangunan lama yang diwartakan tidak selamat di Sekolah Kebangsaan Telok Mas (SKTM) sejak dua tahun lalu. Jangan nanti ada yang mati dihempap bangunan ini barulah nak bertindak. Projek-projek mega dan membazir lain boleh dibuat takan nak buat sekolah pun berkira sangat" ujar Yuhaizad lagi.

Beliau memberitahu, bangunan baru itu perlu dibina segera bagi memberi keselesaan kepada para pelajar. Menurutnya, ekoran keadaan bangunan lama yang telah diwartakan tidak selamat oleh Jabatan Kerja Raya (JKR) pada November 2004 yang lalu menyebabkan 240 pelajar terpaksa berpindah dari satu kelas ke kelas yang lain.

"Keadaan ini dibimbangi mengganggu tumpuan serta menjejaskan proses pengajaran dan pembelajaran para pelajar. "Keadaan itu juga boleh membahayakan pelajar jika mereka pergi ke kawasan terbabit.''

Yuhaizad juga menyelar pihak berkenaan terutama Kementeria Pelajaran dan kerajaan negeri kerana tidak peka dengan masalah ini. Beliau yakin bahawa kementerian dan kerajaan negeri mengetahui akan hal ini, cuma kedua-dua pihak berkenaan mengambil mudah dan tidak memandang serius terhadap faktor keselamtan ini.

"Mereka lebih suka membuat projek-projek mewah dan membazir hanya kerana untuk bermegah-megah dengan pembangunan yang mereka buat" ujar Yuhaizad lagi.


MAJLIS RAIKAN ANAK-ANAK YATIM 28 JAN DI TAMAN CHEMPAKA


PAS Cawangan Taman Chempaka akan mengadakan majlis meraikan anak-anak di yatim di Balai Islam Taman Chempaka pada 28 Januari ini bermula jam 3.00 petang.

Ketua PAS Cawangan Taman Chempaka, Hj Abdullah Ahmad dalam kenyataannya kepada blog menjemput pimpinan PAS Kawasan dan Cawangan-cawangan untuk sama-sama memeriahkan majlis tersebut.


Keahlian Unit Amal

Iklan

Artikel Menarik

A

 

Dewan Pemuda PAS Bukit Katil Hakcipta © 2011 Kredit Ubahsuai oleh Kijang59