Tuesday, 23 January 2007

PENDUDUK BATU TALAM BAGAIKAN RAJA


Durian Tunggal 23 Jan : Tiada yang lebih menggembirakan buat mangsa banjir yang juga pengundi dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Batu Talam daripada bantuan tiba kurang daripada satu jam selepas rumah mereka dilanda banjir, semalam.
Ada antara mereka yang sukar menerima kejadian pertama kali itu lega apabila petugas pilihan raya Barisan Nasional (BN) memberi tumpuan khas kepada mereka walaupun sibuk membantu kempen calon, Abdul Aziz Mat Kiram, 47.

Penduduk Projek Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) Kampung Kudang Patah, Ahmad Ismail, 47, berkata dia lega apabila bantuan untuk berpindah dan makanan diterima dalam tempoh sejam. “Air di kawasan rumah saya naik bagaikan tsunami sehingga membuatkan rumah saya dan tujuh penduduk lain banjir sehingga paras paha, kira-kira jam 8.30 pagi.


Tapi, hanya dalam sejam polis tiba beri bantuan.“Banjir pertama kali itu mungkin berpunca daripada Sungai Semantan,” katanya ketika ditemui bersama lima keluarga lain di pusat pemindahan banjir di Pusat Aktiviti Wanita Kampung Kudang Patah.


Itulah antara paparan sebuah akhbar harian tentang 'kehebatan' dan keprihatinan kerajaan BN terhadap rakyatnya.


Penduduk Batu Talam dan rakyat Malaysia jangan tertipu dengan 'kehebatan' dan keprihatinan mereka ini kerana ianya hanya sekadar ketika kempen pilihanraya sahaja. Kalau tak ada pilihanraya jangan harap mereka bertindak secepat itu.


"Ambil sahaja contoh kami di Melaka, bantuan diberikan amat lambat dan mengecewakan sehinggakan selepas sebulan banjir berlaku wang bantuan RM200 pun ada yang belum dapat" kata Ahmad Haziq dari Taman Angkasa Nuri di sini.


BATU TALAM DILANDA BAH. PETANDA TIDAK BAIK UNTUK BN?



Kempen pilihanraya kecil Batu Talam tergendala di beberapa tempat akibat banjir melanda kawasan tersebut. Salah seorang penduduk ketika ditemuramah oleh TV3 semalam menyatakan banjir ini adalah lebih besar dari banjir pada tahun 1971.

Apakah ini petanda bahawa BN akan dimalukan oleh pengundi Batu Talam?


NAJIB PUCAT GIGI?


Kalau betul ramai pemilih dari kalangan peneroka Felda Tersang akan memboikot pilihanraya kecil Batu Talam, Ahad maka orang yang paling kecewa ialah Najib Tun Razak yang beria-ia benar mahukan majoriti Umno lebih dari 3,000 undi. Najib sekarang ini pucat gigi.

Pemboikotan ini mungkin dilakukan oleh pengundi dari Tersang berikutan kekecewaan kerana permohonan anak mereka untuk menjadi peneroka, telah dibekukan oleh Felda sejak beberapa tahun lalu.

Mereka mendakwa sudah dua kali dipanggil temuduga oleh pengurusan Feldam iaitu pada 1995 dan kali kedua pada 2000 tetapi hingga kini lagi ditempatkan di rancangan Felda. Menurut mereka, Felda pada mulanya mahu mengambil 200 peneroka baru untuk mengisi kekosongan di Tersang Satu, Dua dan Tiga apabila ramai penerokanya meninggalkan tanah rancangan kerana tidak berminat dengan kerja menanam kelapa sawit. Sudah selayaknya mereka memboikot pilihanraya ini demi untuk mengajar kerajaan BN yang hanya pandai berjanji tetapi selalu memungkirinya.

Ketiga-tiga kawasan Felda Tersang itu dibuka pada 1980. Berikutan pembekuan tersebut, tanah seluas 2,000 ekar yang sepatutnya menjadi hak milik peneroka, kini diusahakan oleh Felda Plantation dan pekerja dari kalangan anak peneroka dan rakyat Indonesia, dengan dibayar gaji harian sebanyak RM25 sehari.

Mereka ditemui di majlis bersama Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak di Felda itu Sabtu lalu. Hadir sama adalah Pengerusi Felda, Tan Sri Yusof Noor (foto)Melalui skim Felda setiap peneroka akan mendapat sebidang tanah untuk tapak rumah dan 10 ekar tanah untuk dimajukan dengan tanaman kelapa sawit. “Saya mendengar khabar ramai pemilih dari kalangan peneroka di Tersang tidak mahu keluar mengundi kerana tidak puas hati apabila permohonan anak mereka untuk menjadi peneroka tidak dilayan.

'Seperti dipermainkan'“Felda seperti mahu mempermain-mainkan anak peneroka kerana menyerahkan tanah tersebut kepada Felda Plantation untuk dimajukan dan mengambil ramai pekerja asing,” kata seorang anak peneroka di Felda Tersang Dua, Noor Ismail.

Dalam pilihanraya kecil Batu Talam Ahad ini, calon Barisan Nasional (BN), Abdul Aziz Mat Kiram akan ditentang calon bebas, Ng Chee Pang. Pilihanraya itu diadakan beikutan kematian wakil BN, Datuk Tengku Paris Tengku Razlan, 27 Disember lalu. Dua tahun lalu, kata Noor, Felda telah mengumumkan dalam satu perjumpaan bahawa peneroka baru tidak diambil atas alasan pemohon yang diterima untuk menyertai skim terlalu ramai mencecah 12,000 orang. Pengumumkan Felda itu, katanya, telah mengecewakan anak-anak peneroka, menyebabkan ramai daripada mereka terpaksa melakukan kerja lain. “Saya bekerja kampung dengan pendapatan kira-kira RM600 sebulan, manakala ramai rakan yang menjadi buruh binaan dan menjadi mekanik bengkel kereta,” katanya lagi.

Sokong pembangkang

Sementara itu, Rosli Mohd Ramli dari Felda Tersang Tiga pula berkata, ramai anak peneroka kini berputus asa dan kecewa dengan keputusan Felda membekukan pengambilan baru. Katanya, ini kerana ramai anak peneroka yang mahu meneruskan tradisi itu kini terpaksa melupakan hasrat tersebut. “Saya tidak setuju dengan keputusan Felda membekukan pengambilan baru kerana sepatutnya anak peneroka perlu diberi peluang untuk mengusahakan tanah tersebut. “Mereka merupakan golongan paling layak menjadi peneroka kerana sudah mempunyai pengalaman sebagai anak peneroka,” katanya. Seorang lagi anak peneroka yang enggan namanya disiarkan berkata, tindakan Felda tersebut menyebabkan ramai golongan peneroka kini menyokong pembangkang secara senyap. Katanya, ramai peneroka dan anak mereka tidak mahu keluar mengundi Ahad ini sebagai membantah tindakan Felda yang gagal menunaikan janjinya kepada mereka.


Keahlian Unit Amal

Iklan

Artikel Menarik

A

 

Dewan Pemuda PAS Bukit Katil Hakcipta © 2011 Kredit Ubahsuai oleh Kijang59