Monday, 22 January 2007

JANGAN SEMBUNYI FAKTA KEMATIAN PELATIH PLKN


Dewan Pemuda PAS Kawasan Bukit Katil sekali lagi menggesa kerajaan mendedahkan kepada umum hasil bedah siasat terhadap jenazah pelatih PLKN Iliameera yang meninggal dunia minggu lalu.

"Kita harap tidak ada pihak yang cuba menyembunyikan fakta kematian Allahyarhamah semata-mata untuk menjaga nama baik PLKN dan mungkin juga untuk memastikan ibubapa tidak bimbang untuk melepaskan anak-anak mereka meneruskan latihan PLKN" kata Hj Salamat Aman Ketua DPP Kawasan Bukit Katil ketika dihubungi pagi ini.

Menurut laporan The Star (20 Januari) pihak Hospital Melaka tidak mendedahkan punca kematiannya walaupun bedahsiasat telah dilakukan pada 19 Januari lalu.

Ketua Pengarah jabatan tersebut, Abdul Halim Abdul Hamid memberitahu malaysiakini, laporan bedahsiasat itu amat penting bagi menentukan punca kematian Iliameera Azlan.

Menurut laporan akhbar the Star lagi , Iliameera dari Seremban dikejarkanke unit kecemasan Hospital melaka selepas pelatih lain mendapati dia mengalami sesak nafas pada jam 6.30 pagi. Ibubapa bimbang

Sementara itu, Ketua Pembangkang, Lim Kit Siang berkata, kematian seorang lagi pelatih PLKN itu telah mencetuskan kebimbangan di kalangan ibubapa dan umum mengenai kejadian seumpama ketika program tersebut.

“Parlimen telah dimaklumkan oleh Timbalan Menteri Pertahanan, Datuk Zainal Abidin Zin Disember lalu bahawa dalam tempoh tiga tahun lalu, terdapat 17 kematian dalam PLKN – lapan pelatih dan sembilan jurulatih.

Dengan kes terbaru ini, kes kematian dalam PLKN kini meningkat kepada 18 orang. “Mengapa begitu tinggi sekali kadar kematian dalam program khidmat negara?” soalnya. Lim menggesa Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Najib Tun Razak yang bertanggungjawab terhadap PLKN supaya mengarahkan siasatan awam dijalankan terhadap kes kematian yang tinggi itu bagi mengurangkan kebimbangan ibubapa mengenai keselamatan anak-anak mereka yang mengikuti program tersebut.

Ketua Polis Melaka, Datuk Ayub Yaakob menolak sebarang perbuatan khianat selepas melawat asrama pelatih di Kem Ayer Keroh, tempat Iliameera ditempatkan. Menurutnya, siasatan menunjukkan tidak ada aktiviti lasak dijalankan pada malam sebelumnya dan Iliameera juga tidak mempunyai rekod mengidap sebarang penyakit. Iliameera dipercayai meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke hospital.


APAKAH RAKYAT BATU TALAM AKAN TERTIPU SEKALI LAGI?


Pada setiap kali kempen pilihanraya umum atau kecil, seperti biasa BN/Umno akan menggunakan senjata tradisional iaitu membuat janji pembangunan dan projek 'instant'. Sebahagian besar janji ini akan hanya tinggal janji setelah calon BN menang dalam pilihanraya tersebut.

Inilah 'standard' politik Umno iaitu menjanjikan pembangunan fizikal semata-mata tanpa memikirkan tentang pembangunan manusia itu sendiri. Janji seperti membina jalanraya, dewan orang ramai, komplek sukan, padang permainan, jambatan dan sebagainya sudah menjadi 'senjata' ampuh untuk menjerat rakyat terutama orang melayu.

Bagi masyarakat Felda pula mereka digula-gulakan dengan janji seperti penempatan untuk generasi kedua, bantuan untuk warga emas, bantuan bulanan dan sebagainya.

Pada pilihanraya kecil Batu Talam ini sekali lagi minda dan kesedaran politik rakyat di uji dengan janji-janji pembangunan dan kebendaan. Janji pilihanraya kecil 1993 (ketika kematian Dato' Mazlan) masih banyak yang belum dilangsaikan oleh BN/Umno. Jambatan di Kuala Atok yang janjinya dibuat 30 tahun dahulu pun belum ditunaikan.

Jika pengundi Batu Talam masih tidak mahu berubah dan minda mereka masih seperti 30 tahun dahulu maka sudah pasti mereka akan 'dilelong' sekali lagi oleh Pak Lah, Najib dan rakan-rakan yang sewaktu dengannya.

Media hari ini menyiarkan janji-janji 'pembelit' Umno/BN di mana di laporkan kerajaan meluluskan peruntukan lebih RM13 juta untuk pelbagai projek pembangunan di gugusan Felda Tersang yang terletak dalam kawasan pilihanraya kecil Batu Talam 28 Januari ini.

Menurut Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, daripada jumlah itu, RM10 juta diperuntukkan untuk projek mengatasi masalah bekalan air, RM3 juta untuk kompleks sukan komuniti dan RM393,000 untuk pelbagai projek kecil. "Datang bukan sebarang datang, tapi datang membawa bingkisan," katanya ketika berucap pada majlis beramah mesra bersama penduduk Felda Tersang 1 di Raub. (Datang bukan sebarang datang, tapi datang untuk 'kelentong' kamu semua seperti aku kelentong masa pilihanraya umum dan pilihanraya kecil yang lalu)

"Mengapa sebelum tidak ada ura-ura untuk membina prasarana itu semua. Tetapi bila ada pilihanraya kecil baru terhegeh-hegeh nak buat itu ini" itulah komen Salleh Othmen Ketua PAS Cawangan Taman Merdeka ketika di minta memberikan pandangan beliau.

"Mereka janji macam-macam nak beri bila pilihanraya datang tapi program meningkatkan ekonomi orang melayu, program untuk membebaskan rakyat dari maksiat dan gejala sosial tiada langsung" tambah Salleh.

Beliau sungguh kesal dengan kerajaan hari ini yang terus membiarkan anak-anak muda melayu terus diulik dengan hiburan semata-mata tanpa memikirkan masa depan. Begitu juga dengan gejala 'Mat Rempit', penagihan dadah yang 90% dijuarai oleh remaja melayu.

Di Felda Tersang dan kebanyakan Felda yang lain gejala dadah menjadi wabak yang sungguh membimbangkan.


Apa yang kerajaan buat untuk atasi masalah ini?


POLIS KEMBALI GANAS TANGKAP 21 ORANG DALAM DEMO PROTES TOL


Jika dalam dua protes anti-tol sebelum ini, pihak polis dianggap berlembut dalam menanganinya, tetapi hari ini, keadaan yang berlaku adalah sebaliknya apabila 21 orang ditahan walaupun protes di Cheras belum bermula.

Baru minggu lepas blog ini memuji sikap Polis di bawah pimpinan Musa Hassan yang bertindak lembut dalam demo sebelum (tetapinya mereka ini tidak boleh di makan puji). Kemungkinan besar polis kembali kepada 'perangai' lama mereka seperti semasa pimpinan Rahim Noor, Noria Mai dan Bakri.

Antara yang ditahan ialah Bendahari PAS, Dr Hatta Ramli; Ketua Penerangan Parti Keadilan Rakyat, Tian Chua; dan pemimpin DAP, leader Ronnie Liu. Demonstrasi di Cheras hari ini dianjurkan oleh Protes, iaitu gabungan parti politik, badan bukan kerajaan dan kesatuan sekerja. Dr Hatta adalah setiausaha Protes.

Mereka yang ditahan itu dibawa ke balai polis Kajang. Empat daripada mereka, termasuk Tian Chua, cedera ketika bergelut dengan anggota polis dan dihantar ke hospital untuk menerima rawatan.

Beberapa pemimpin parti pembangkang, yang menemui pegawai polis, memberitahu pihak media bahawa mereka telah diberi jaminan bahawa semua mereka yang ditahan itu akan dibebaskan, selepas diambil kenyataan. Kira-kira 50 orang berkumpul di hadapan balai polis Kajang menunggu mereka dibebaskan.

Protes di Cheras hari ini merupakan yang ketiga dianjurka oleh Protes sebagai membantah kenaikan kadr tol di lima lebuhraya di Kajang mulai 1 Januari lalu. Dalam dua protes sebelum ini – yang pertama di plaza tol bandar Sunway di Lebuhraya Damansara-Puchong (LDP) dua minggu lalu dan yang kedua di Gombak minggu lalu – polis hanya mengawal perhimpunan itu yang berjalan secara aman.

Bagaimanapun, lain pula halnya hari ini. Orang ramai terkejut sebaik sahaja mereka yang menyertai protes tersebut yang berjumlah kira-kira 100 orang, berkumpul di plaza tol Batu 11, Cheras untuk memulakan membantah kenaikan kadar tol, pihak polis terus mengarahkan mereka bersurai.

Ini diikuti dengan tindakan polis menahan 21 peserta protes tersebut. Anggota polis biasa dan dari Unit Simpanan Persekutuan (FRU) terbabit dalam tindakan menyuraikan orangramai yang berhimpun di situ. Terkejut dengan tindakan polis itu, mereka kemudian beredar dari tempat protes tersebut. Polis turut membawa seorang wartawan malaysiakini ke balai polis Kajang dan merampas kameranya. “Saya tidak ditahan tetapi mereka membawa saya ke sini. Saya bebas bergerak dan membuat panggilan telefon,” kata wartawan Andrew Ong melalui telefon bimbitnya.

Dia diberitahu yang pihak polis sedang menunggu arahan dari ketua polis Kajang. Katanya, polis mahu melihat gambar yang diambilnya mengenai protes tersebut. Beliau kemudiannya dibebas dari balai polis Kajang dan polis memulang kameranya kira-kira dua jam kemudiannya.

Dipetik dan diolah dari Malaysikini


Keahlian Unit Amal

Iklan

Artikel Menarik

A

 

Dewan Pemuda PAS Bukit Katil Hakcipta © 2011 Kredit Ubahsuai oleh Kijang59