
"Kita harus berbakti kepada masyarakat kerana bantuan itu bukan hanya menolong orang tetapi juga membawa kebaikan kepada yang menolong di bumi dan di akhirat," katanya pada majlis penyampaian Skim Bantuan Pendidikan Anak Yatim kawasan Parlimen Titiwangsa bersama masjid AlJamiul Badawi Kepala Batas, Pulau Pinang dan Masjid Jamek Kampung Baru di sini hari ini.
Beliau berkata menolong dan berbakti akan membantu seseorang itu menjadi seorang insan yang baik.
Abdullah juga menyeru umat Islam supaya berusaha mengembalikan zaman kegemilangan Islam supaya umatnya setanding dengan bangsa lain di dunia dalam semua bidang.
Tetapi pada masa yang lain beliau tidak segan silu pula memegang bahu pelakon Hollywood dan dibalas dengan pegangan tangan yang manja oleh pelakon tersebut.
Pada masa yang lain juga Perdana Menteri tidak segan silu menghadiri program anugerah Bollywood yang sebahagian persembahannya artisnya sungguh menjolok mata dengan tarian bollywood yang boleh menggegarkan dada jantan-jantan yang melihatnya.
Malah banyak lagi program yang dihadiri oleh Imam Al Hadhari ini yang tidak sepatutnya beliau hadiri kalau benar-benar kata nasihat beliau itu beliau amalkan.
Tak taulah pulak kita kalau-kalau semua tindakan yang diharamkan oleh Islam di HALALkan pula oleh Islam hadhari. Itu kena tanya Imam Al Badawi Wal Hadhari la.
Inilah Islam Hadhari semua boleh. Oleh itu berhati-hatilah jangan kita terjerumus sama dengan pemimpin dan pengikut Islam Hadhari ini.
