Friday, 19 January 2007

'PRODUK ISLAM' HADHARI RAMAI KHALWAT


Pendedahan Harian Metro bahawa ramai remaja hari ini (produk Islam Hadhari) ditangkap berkhalwat cukup mencemaskan kita. Tetapi yang peliknya pendukung Islam Hadhari sedikit pun tidak gentar dan cemas dengan situasi ini. Sebab itulah pemimpin Islam Hadhari hari ini terus membiarkan masyarakat disogok dengan program-program maksiat seperti konsert, pergaulan bebas dalam semua aktiviti dan sebagainya.

Lebih teruk lagi tempat-tempat maksiat seperti Karaoke, Dangdut, Nite Club, Rumah Urut,Spa dan sebagainya terus diberikan lesen dan tidak dihapuskan.

Stesyen-stesyen TV terus menayangkan program-program hiburan tidak berhenti-henti dan majoriti dari program tersebut adalah untuk tujuan hiburan semata-mata. Filem-filem yang ditayangkan juga seringkali mendedahkan aksi-aksi pelakon yang memakai pakaian menjolok mata seperti berbikini dan sebagainya.

Harian Metro hari ini melaporkan bahawa Ketua Unit Penguat Kuasa Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS), Ahmad Husaini, berkata daripada 320 kes yang dilaporkan tahun lalu, kira-kira 65 peratus 180 kes membabitkan golongan remaja berusia antara 18 hingga 20 tahun.

Menurutnya, selain lepasan sekolah dan penuntut institusi pengajian tinggi awam (IPTA) dan swasta (IPTS), turut ditahan pekerja kilang serta segelintir mereka yang berusia setengah abad.“Kebanyakan pasangan yang ditahan rakyat tempatan dan rakyat asing terutama dari Indonesia yang bekerja secara sah atau dibawa masuk secara haram ke negeri ini.

“Kejayaan kami adalah hasil kerjasama padu orang ramai yang sentiasa menyalurkan laporan dan maklumat untuk diambil tindakan cepat.“Kami tidak akan berkompromi dengan mana-mana individu yang dikesan melakukan perbuatan itu, sebaliknya tindakan tegas berpandukan undang-undang sedia ada diambil terhadap mereka yang terbabit,” katanya di sini, semalam.

Ahmad berkata, tugas mengesan individu yang cuba melakukan perbuatan menyalahi undang-undang agama berpandukan nasihat daripada Penasihat Undang-Undang Negeri Sembilan akan terus diperhebatkan termasuk di kawasan hotel mewah di Port Dickson.“Penambahan 10 anggota penguat kuasa agama baru-baru ini membolehkan kita melakukan tugas dengan lebih berkesan,” katanya.


KEMATIAN MENGEJUT PELATIH KHIDMAT NEGARA : DPPNM MAHU PIHAK PLKN BERTANGGUNGJAWAB


MELAKA , 19 Jan - Media malam tadi melaporkan bahawa satu kes yang besar berlaku yang menimpa seorang pelatih PLKN. Kalau sebelum ini berlaku kes rogol, bergaduh, cedera dan sebagainya kali ini kes lebih besar terjadi iaitu melibatkan kematian.

Media melaporkan bahawa seorang pelatih Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) dari Kem Ayer Keroh, Melaka, yang menyertai PLKN 1 Januari lalu meninggal dunia selepas sesak nafas di kem itu dua hari lalu.

Ili Ameera Azlan, 17, bekas pelajar Sekolah Menengah Teknik Tunku Jaafar, Seremban, dilaporkan sesak nafas sejurus dikejutkan daripada tidur oleh rakan sebiliknya kira-kira jam 5.30 pagi.

Menurut laporan sebuah stesyen TV malam tadi, Ili Ameera dihantar ke Hospital Melaka (HM) jam 6 pagi sebelum disahkan meninggal dunia jam 6.30 pagi.

"Ini merupakan satu kes yang amat berat kerana ianya melibatkan kematian," kata Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Negeri Melaka, Yuhaizad Abdullah di sini pagi tadi.

"Dewan Pemuda Negeri menuntut pihak Polis menyiasat perkara ini dan memberikan laporan terperinci secara terbuka mengapa kes ini berlaku," tambah Yuhaizad.

"Kita tidak mahu kes ini ditutup jika berlaku sebarang kecuaian dan kelemahan PLKN yang menyebabkan kematian Allahyarhamah Ili Ameera, rakyat terutama keluarga yang mempunyai anak di PLKN perlu diyakinkan bahawa keselamatan adalah terjamin" jelas Yuhaizad.

Yuhaizad juga menuntut agar semua program PLKN di Kem Ayer Keroh diberhentikan serta merta sehingga ianya dijamin benar-benar selamat oleh pihak PLKN.

"Kami tidak mahu membuat sebarang andaian tanpa bukti-bukti yang kukuh, tetapi pihak berkuasa mesti melaporkan secara terbuka hasil siasatan nanti supaya orang ramai tidak keliru dan membuat sebarang tohmahan" kata Yuhaizad dalam nada bersungguh-sungguh.

Kita menyatakan rasa simpati ke atas keluarga Allahyarham dan mahu pihak berkuasa dan pihak terbabit membuat siasatan terperinci punca kematian," katanya.

Dalam laporan semalam, Ketua Polis Melaka, Dato' Ayub Yaakub dilaporkan sebagai berkata, pihaknya akan menyiasat dari semua aspek.

"Kita sudah mendapatkan keterangan rakannya. Daripada siasatan awal forensik, kita tidak menemui apa-apa atau tiada unsur jenayah.

"Malah, Allahyarham juga dikatakan seorang yang ceria. Tiada kegiatan berat dilakukan pihak PLKN semalam (kelmarin) berikutan hujan dan kelas malam juga habis pada jam 10.30 malam," katanya.

Sementara itu Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, berkata siasatan rapi akan dilakukan untuk mengetahui punca sebenar kematian.

"Saya tidak mahu membuat apa-apa andaian sekarang. Kita tunggu laporan sedikit masa lagi," katanya sambil melahirkan rasa simpati dan sedih atas kematian pelatih itu.

Dipetik dari Harakahdaily


WANG PALSU DALAM KEMPEN DI BATU TALAM


Media melaporkan hari ini bahawa wang palsu berjumlah RM500 diedarkan melalui surat kepada seorang pengundi Batu Talam. Wang kertas palsu 'note' RM50 itu dihantar kononnya oleh Alumni Umno.

Memang semua orang sedia maklum pada setiap kali kempen pilihanraya sudah tentu ada pengundi-pengundi yang akan disogkokkan dengan wang.

Siapa yang pernah menyogok pengundi semua orang tau.
Siapa yang banyak wang semua orang tahu.
Siapa yang pernah dilaporkan mengamalkan politik wang semua orang tahu.
Parti mana yang terlibat dengan politik wang semua orang tahu.
Pemimpin parti mana yang pernah disabitkan kesalahan dengan politik wang semua orang tahu.

Tidak hairanlah kalau di Batu Talam ada pun ada kes rasuah wang ini kerana ianya telah menjadi darah daging sebuah parti politik di tanahair kita.

Kalau semasa kempen pemilihan parti mereka pun mereka menggunakan wang untuk mengalahkan lawan parti mereka sendiri, maka sudah tentu bila berlawan dengan lawan dari parti lain lagi hebatlah wang digunakan.

Masalahnya ialah walaupun ada bukti yang jelas dan dilaporkan kepada pihak berkuasa, tiada tindakan di ambil atas alasan tidak cukup bukti dan sebagainya. Malah ada di antara pengamal rasuah yang didapati bersalah oleh Badan Penyiasat Parti pun tidak dihadapkan ke Mahkamah. Seolah-olah rasuah wang dalam politik adalah HALAL dan tidak menyalahi undang-undang negara.

ORANG KAMPUNG SEMUA DAH TAHU.


Keahlian Unit Amal

Iklan

Artikel Menarik

A

 

Dewan Pemuda PAS Bukit Katil Hakcipta © 2011 Kredit Ubahsuai oleh Kijang59