Wednesday, 17 January 2007

LEMBIK, LEMAH, KURANG CERDIK DAN BEBAL


Inilah antara istilah dan gelaran yang digunakan oleh ramai orang terhadap Perdana Menteri sekarang. Sesetengah orang berpendapat gelaran-gelaran itu amat sesuai kerana Pak Lah dilihat tidak tegas, selalu berkata tidak tahu dan kurang bijak dalam menangani banyak isu yang berlaku dalam negara sejak beliau diamanahkan sebagai PM.

Antara perkara-perkara berlaku di zaman Imam Al Badawi Wal Hadhari ini adalah :-

Tidak pernah berlaku sebelum ini Menteri-menteri kabinet bukan Islam berani menghantar memo kepada PM mencabar kedaulatan negara.
Tidak pernah berlaku sebelum ini Perdana Menteri berkata TIDAK TAHU dalam urusan pentadbiran negara yang melibatkan kedaulatan negara, kewangan dan sebagainya.

Tidak pernah berlaku sebelum ini Perdana Menteri dengan jelas dikuasai oleh individu-individu tertentu dalam membuat keputusan.

Tidak pernah berlaku sebelum ini orang bukan Islam berani mencabar kedaulatan Islam di Mahkamah Sivil.

Malah banyak lagi contoh-contoh yang dapat kita lihat didepan mata.

Hari ini media menyiarkan dakwaan Ketua Dewan Pemuda PAS YB Salahuddin Ayub yang menyatakan bahawa kerana sifat Perdana Menteri, Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi yang begitu lembut dan lemah maka negara yang dipimpinnya bukan saja jadi kucar kacir hampir ditengelami banjir besar malah hendak dilepaskan pula kerahang mulut kuasa besar Amerika.

Salahuddin berkata demikian ketika berceramah di Kg. Bukit Jana, Taiping malam tadi. Beliau juga memberitahu bahawa ada desas desus kerajaan umno/BN menggunakan kuasa Menteri Kewangannya untuk membuat pinjaman mega dari kerajaan Amerika Syarikat sebanyak RM50 billion

“Pinjaman seumpama ini amat merbahaya ke atas sebuah negara. Bukan saja kedudukan negara akan terancam malah maruah dan kedaulatan bangsa Melayu akan terhapus dan tergadai untuk selama-lamanya hingga ke hari khiamat,” tegas beliau.

Apakah Pak Lah juga akan berkata tidak tahu dalam isu ini.


MESYUARAT AGUNG PAS CAWANGAN-CAWANGAN BERMULA


BUKIT KATIL 17 Jan : Mesyuarat Agung PAS Cawangan-cawangan bagi PAS Kawasan Bukit Katil akan bermula apabila 18 Januari ini dimulakan dengan PAS Cawangan Bukit Lintang. Mesyuarat itu akan bermula pada 9.00 malam bertempat di Sekolah Ar Rahmah Solok Gaung.

Setiausaha PAS Kawasan Bukit Katil, Hj Yassim Musa berkata mesyuarat itu akan dirasmikan oleh Naib Yang Dipertua PAS Kawasan, Hj Mohd Ali Shariff.

"PAS Cawangan-cawangan juga akan bermesyuarat dalam masa terdekat" jelas Hj Yassim dalam kenyataannya kepada Blog ini di sini malam tadi selepas mesyuarat bulanan PAS Kawasan.

Mesyuarat Agung tahun ini amat bermakna kerana adanya pemilihan dan juga kemungkinan besar ini adalah mesyuarat agung terakhir sebelum Pilihanraya Umum ke 12 yang dijangka diadakan pada hujung tahun ini atau awal tahun hadapan.


ORANG MUDA SEKARANG SUDAH TIDAK BERHATI PERUT


Belasah ibu mertua sebab anak saudara menangis

KUALA TERENGGANU: Gara-gara tidak tahan dengan tangisan anak saudaranya, seorang lelaki naik angin lalu membelasah ibu mertuanya di sebuah rumah di Kampung Rahmat, Chalok, Setiu Sabtu lepas.Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Supt Khairy Ahrasa berkata kejadian itu berlaku kira-kira pukul 10 malam ketika Mariam Dollah, 76, sedang mendodoi cucunya yang berusia satu setengah tahun di dalam buaian.Beliau berkata selepas bayi itu tidak berhenti menangis, menantu Mariam yang berumur 39 tahun itu naik berang lalu bertindak memukulnya."Lelaki terbabit yang bekerja sebagai buruh menumbuk muka serta menarik rambut ibu mertuanya, mengakibatkan Mariam mengalami kecederaan ringan dan dihantar ke Hospital Setiu untuk menerima rawatan sebagai pesakit luar," katanya kepada pemberita di sini hari ini.Khairy berkata polis sedang mendapatkan perintah daripada pendakwa raya bagi menahan lelaki terbabit untuk disiasat di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan kerana dengan sengaja menyebabkan kecederaan.Katanya sabit kesalahan boleh membawa kepada hukuman penjara sehingga setahun atau denda tidak lebih RM2,000 atau kedua-duanya sekali. BERNAMA


RAKYAT MULA SEDAR PENTINGNYA PEMBANGKANG


Rakyat mula sedar betapa pentingnya kehadiran pembangkang di dalam negara kita. Tanpa pembangkang yang kuat kerajaan yang ada pada hari ini tidak akan mengendahkan keluhan dan rayuan rakyat kerana kerajaan tahu mereka akan tetap berkuasa tanpa di gugat.

Oleh kerana rakyat mesti bangkit menggesa kerajaan dan SPR supaya memperbetulkan sistem pilihanraya Malaysia yang pincang supaya ianya dapat mengembalikan keyakinan pembangkang untuk turut serta bertanding dalam pilihanraya akan datang.

Media melaporkan bahawa beberapa penduduk kawasan Batu Talam kecewa kerana PAS atau Parti Keadilan Rakyat (PKR) memboikot pilihanraya kecil pada 28 Januari ini.

Hamzah Zainal, dari Kampung Baru, Cheroh berkata, penduduk kini khuatir projek-projek pembangunan tidak dilaksanakan kerana kerajaan tahu Barisan Nasional (BN) akan menang besar dalam pilihanraya kecil tersebut.

Dalam pilihanraya kecil itu, calon BN, Abdul Aziz Kiram akan ditentang oleh seorang calon bebas, Ng Chee Pang, 22.“Selalunya apabila ada pilihanraya, penduduk kampung akan mendapat durian runtuh dan ini yang kami harapkan, tetapi tidak menjadi kenyataan. “Jika ada calon pembangkang, kerajaan akan mencurahkan projek kerana mereka mahu mendapatkan undi,” katanya ketika ditemui malaysiakini semalam. Seorang lagi penduduk Abdul Rahman Ahmad pula berkata, harapan penduduk setiap kali berlaku pilihanraya kecil ialah untuk menyelesaikan semua masalah yang membelenggu mereka. Katanya, peneroka Felda Tersang mahu masalah penempatan peneroka baru selesai, manakala bagi penduduk Kampung Gesing, mereka mahu mendapat jambatan baru menggantikan jambatan gantung yang telah berusia 30 tahun.

Sementara itu, penduduk Batu Talam yang bergantung kepada sektor pertanian mengeluh kerana perkembangan ekonomi yang sangat perlahan akibat kekurangan pembukaan tanah baru di tempat mereka. Projek pertanian

Mereka mendakwa pembukaan tanah-tanah baru sangat berkurangan dan ini menyebabkan petani tidak dapat menoroka tanah untuk projek pertanian secara komersil. Penduduk Abdul Razak Ahmad, 50, berkata, berikutan pertambahan penduduk, sepatutnya pembukaan tanah menjadi semakin rancak untuk menampung keperluan tersebut. “Jika tidak ada pembukaan tanah baru, petani yang bergantung hidup kepada sektor pertanian akan mencari kerja lain,” katanya ketika ditemui di Batu Talam, semalam. Sementara itu, masyarakat keturunan India Batu Talam pula mengadu kawasan rumah mereka sering dilanda banjir kilat apabila hujan lebat. Mereka mendakwa ada dua faktor yang menyebabkan banjir kilat tersebut, iaitu longkang yang terlalu kecil di depan rumah mereka dan di bahagian belakang rumah mereka pula terdapat parit berhampiran ladang kelapa sawit yang tidak mampu mengalirkan air yang banyak apabila hujan lebat. Menurut Sivakumar K. Ramasami,35, penduduk telah memaklumkan perkara itu kepada pihak berkuasa, termasuk Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) tetapi sehingga hari ini tidak ada tindakan diambil. Ada 32 keluarga keturunan India yang tinggal di Batu 12, Jalan Batu Talam yang sering berdepan dengan banjir kilat setiap kali hujan lebat. "Kalau boleh kami mahu pihak ladang menutup parti tersebut dan membina parit baru yang boleh menghalang banjir kilat,” katanya.


SPR TERUS MEMBUKA PEKUNG MEREKA YANG SUDAH BERULAT


SPR yang sekarang ini boleh kita sifatkan mempunyai kudis besar atau pekung semakin parah apabila pekung mereka sudah berulat dan busuk pula. Ini ditambah lagi dengan angkara menjijikan yang dilakukan oleh pegawai mereka di Batu Talam semalam.
SPR semakin berani menunjukkan kecenderungan mereka membantu BN dalam penamaan calon Pilihanraya Kecil Batu Talam semalam.
Hal didedahkan oleh Angkatan Muda (AMK) Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang mendakwa pegawai Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) telah membantu calon Barisan Nasional (BN) mengisi borang pencalonannya.
AMK mendakwa bahawa SPR sungguh perihatin kepada calon BN sehinggakan pada waktu penamaan calon dikatakan bahawa pegawai SPR memberi tunjuk dan panduan kepada calon BN, Abd Aziz untuk mengisi borang. Hal ini didedahkan oleh pemangku ketua AMK, Shamsul Iskandar Mohd Akin.
Beliau mendakwa, Aziz Kiram telah didapati salah mengisi borang pencalonan beliau dan mendapat bantahan, tetapi SPR menolak bantahan tersebut.
Sehubungan itu, katanya AMK tetap dengan pendirian untuk menegakkan hak demokrasi rakyat Malaysia dan mendesak Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman untuk meletakkan jawatan. “Desakan agar Pengerusi SPR yang selama ini didapati condong kepada Umno dan BN menjadi usul tanpa bahas dalam Kongres Nasional Tahunan Angkatan Muda 2005 dan 2006 yang lalu,” katanya dalam satu kenyataan hari ini. AMK juga, katanya, kecewa dengan kenyataan Rashid baru-baru ini yang sanggup mengatakan bahawa alternatif tidak terlawan kekuatan dan jentera BN.


Keahlian Unit Amal

Iklan

Artikel Menarik

A

 

Dewan Pemuda PAS Bukit Katil Hakcipta © 2011 Kredit Ubahsuai oleh Kijang59