Tuesday, 16 January 2007

SATU LAWAN SATU BN-BEBAS DI BATU TALAM


Pilihanraya kecil Batu Talam pada 28 Januari ini akan menyaksikan pertandingan satu lawan satu antara calon Barisan Nasional (BN) dengan calon bebas. Parti pembangkang memboikotnya.

Dua orang calon itu telah mengemukakan borang pencalonan masing-masing di pejabat daerah Raub apabila tempoh penamaan calon ditutup jam 10 pagi ini.

Selepas tamat waktu bantahan, pegawai pengurus pilihanraya, Abdul Kadir Abu Bakar mengumumkan pertandingan antara calon BN, Abdul Aziz Kiram, 47, dengan calon bebas, Ng Chee Pang, 22, seorang peniaga.

Abdul Aziz yang juga setiausaha Umno bahagian Raub (foto) diiringi oleh Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bersama ribuan penyokong BN.

Manakala Ng pula hanya diiringi oleh beberapa orang penyokongnya. Ng adalah anak kepada seorang pemimpin DAP Pahang yang pernah bertanding kerusi Parlimen Raub pada 1995 dan 1999.

Kerusi Batu Talam menjadi kosong selepas kematian penyandangnya Datuk Tengku Paris Tengku Razlan, 66 dari BN pada 27 Disember lalu akibat sakit barah.
Batu Talam mempunyai 10,525 pemilih berdaftar dengan 73 peratus pengundi Melayu, 14 peratus pengundi Cina dan 13 peratus lagi terdiri daripada pengundi India dan Orang Asli.

Mafrel puashati

Sementara itu, Badan Pemantau Pilihanraya Bebas dan Adil (Mafrel) berpuashati dengan proses penamaan calon bagi pilihanraya kecil Batu Talam pagi ini.

Pengerusinya, Abdul Malek Hussin berkata, kali ini, Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) telah menampal senarai calon untuk tatapan umum.

Dengan ini, katanya, orang ramai boleh melihat butiran diri calon dan jika meraguinya, mereka boleh membuat bantahan kepada pegawai SPR yang bertugas.

Menurutnya, SPR telah gagal menampal senarai calon sewaktu pilihanraya kecil Indera Kayangan di Perlis pada 2001 dan ini tidak mematuhi peraturan pilihanraya.

Tugas Mafrel selanjut, kata Malek, adalah untuk memantau kempen pilihanraya sehingga hari pengundian pada 28 Januari ini.

Calon bebas

Sementara itu, Ng kelihatan gementar dan tidak bercakap banyak ketika sidang akhbar diadakan untuk memperkenalkan dirnya.

Sebaliknya, bapanya, Ng Kui Ling yang banyak menjawab soalan wartawan bagi pihak anaknya. Kui Ling adalah bendahari DAP Pahang. Ibu Ng juga hadir di sidang akhbar tersebut.

Ng berkata, beliau bertanding sebagai calon bebas untuk memastikan amalan demokrasi berterusan di mana rakyat mempunyai pilihan untuk mengundi.

Sehubungan itu, beliau meminta pemilih supaya mengundinya dan juga berharap tidak akan kehilangan wang deposit calon.

Ketika ditanya wartawan siapakah yang menajanya, Ng berkata, beliau tidak tahu.

Sebaliknya, Ng menafikan mewakili mana-mana parti atau puak, dan menegaskan tetapi didorong oleh minatnya melihat bapanya yang aktif dalam politik sejak berusia 28 tahun lagi.

Manakala pemimpin DAP Ronnie Liu, yang turut berada di Batu Talam sebagai wakil Gabungan Pilihanraya Adil dan Bersih (Bersih), menafikan Ng mendapat sokongan parti untuk bertanding sebagai calon bebas.

Malah, katanya, Ng juga bukan ahli parti itu.

'Helah pembangkang'

Sementara itu, ketika bercakap kepada pemberita, Najib mendakwa, pihak pembangkang meletakkan calon bebas untuk menguji sokongan pengundi Melayu dalam pilihanraya kecil Batu Talam.

Katanya, pembangkang mahu melihat tahap sokongan pengundi Melayu di kawasan majoriti Melayu kepada calon bukan Melayu.

“Walaupun calon bebas, tetapi pada hakikatnya, dia sebenarnya ditaja oleh DAP,” kata Najib.

Sehubungan itu, Najib berkata, BN tidak akan mengambil mudah pilihanraya kecil ini semata-mata kerana ia ditentang oleh seorang calon.

Katanya, BN akan berusaha untuk mendapatkan majoriti undi pemilih Cina untuk menyokong calonnya.


ADUN MATI BARULAH NAK BUAT ITU PUN SELEPAS 30 TAHUN


Kerajaan dan ADUN BN sememangnya tidak sensitif dan tidak kasihan kepada rakyat di Batu Talam. Setelah 30 tahun barulah kerajaan BN Pahang terhegeh-hegeh hendak membina sebuah jambatan bernilai RM2.5 juta di Kampung Ulu Atok, DUN Batu Talam bagi memudahkan mereka membawa hasil pertanian untuk dipasarkan di bandar Raub bakal dibina.

Kalau ADUN tidak mati dan tiada pilihanraya kecil maka jangan haraplah jambatan akan di bina. Ini pun belum tentu. Kalau BN menang samada ada pertandingan atau tidak mungkin juga pembinaan ini akan hanya tinggal janji seperti dahulu. Maka sebelum ADUN mati tempohari tiada ura-ura untuk bina jambatan ini. Perkara perlu difikirkan oleh ibubapa di sana. Jangan nanti kita 'dijual' pada setiap kali pilihanraya.

Media hari ini melaporkan bahawa penantian 30 tahun bagi lebih 2,000 penduduk di 10 buah kampung di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Batu Talam berakhir apabila sebuah jambatan bernilai RM2.5 juta bagi memudahkan mereka membawa hasil pertanian untuk dipasarkan di bandar Raub bakal dibina.

Menteri Besar, Datuk Seri Adnan Yaakob berkata, jambatan itu akan dibina di Kampung Ulu Atok pada tahun ini dan akan membolehkan para penduduk di kampung berkenaan untuk menyeberangi Sungai Semantan dengan selamat.

Inilah sandiwara Umno bagaikan cerita hindustan di mana pelakon utamanya sudah Dev Anand Yakob yang berasal dari Bantong, Bangalore itu.


ISU YANG MESTI SEMUA ORANG KENA TAHU !!!


Persoalan mengenai pinjaman AS50 bilion untuk RMK9

Persoalan telah ditimbulkan berhubung laporan bahawa kerajaan sedang berusaha mendapatkan pinjaman berjumlah AS$50 bilion (RM175 bilion), sebahagian besarnya dari bank luar negara, melalui dua buah syarikat swasta, untuk membantu membiayai Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK9).

Kedua-duanya adalah sebuah syarikat tempatan – Asasatu Technology Sdn Bhd – yang menanggung hutang yang besar dan dalam proses dibubarkan – dan sebuah syarikat Australia, Project Equity Services Group (PESG).

Syarikat ketiga, Union Financial Services Corporation – sebuah syarikat tidak begitu dikenali yang bepejabat di Sydney, Australia – juga dikatakan terbabit dalam urusniaga tersebut.

Hujung minggu lalu, blog Malaysia Today menyiarkan beberapa dokumen berkaitan dengan isu tersebut.

Ia termasuk surat yang dikatakan dihantar oleh pembantu Menteri Kewangan, Reezal Merican Naina Merican – yang menurutnya atas arahan Perdana Menteri – kepada Timbalan Gabenor Bank Negara, Datuk Zamani Abdul Gani, bertarikah 15 Jun 2006.

Antara lain, Reezal berkata, Pengarah Urusan Asasatu, Zubir Ahmad telah memenui Perdana Menteri dua minggu sebelumnya.

Katanya, Perdana Menteri “difahamkan bahawa syarikat ini sedang bekerjasama dengan sebuah syarikat Pengurus Dana [dinyatakan sebagai Union Financial Services Corporation] dengan cadangan membawa masuk dana asing ke ngara ini”.

“Pada dasarnya, Perdana Menteri tiada halangan agar cadangan tersebut dipertimbangkan,” tambahnya.

Tiga soalan untuk PM

Ketika mengulas mengenainya hari ini, Ketua Pembangkang, Lim Kit Siang bertanya sama ada Bank Negara telah meluluskan urusniaga tersebut.

Dalam satu kenyataan, beliau berkata, Perdana Menteri mesti memperjelaskan tiga perkara atas nama akauntabiliti, ketelusan, integriti dan urustadbir yang baik.

1. Sama ada dan mengapa kerajaan telah membuat urusan di luar kebiasaannya, malah luar biasa untuk mendapatkan pembiayaan AS$50 bilion untuk projek-projek pembangunan infrastruktur Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK9) melalui syarikat-syarikat swasta.

2. Sama ada dan mengapa Asasatu, yang status terbaru dalam Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) adalah “dalam proses dibubarkan’, telah dipilih untuk mengurus bagi mendapat AS$50 bilion untuk kerajaan.

3. Sama ada dan mengapa rakan kongsi dan ejen Asasatu untuk menguruskan pembiayaan untuk kerajaan itu adalah PESG yang berpejabat di Sydney.

“Carian melalui Internet menimbulkan banyak persoalan mengenai PESG, sama ada ianya sebuah syarikat hadapan bagi Roland Bleyer, yang juga merupakan Presiden Union Financial Services Corporation,” katanya.

Lim mendakwa, syarikat tersebut dihantui oleh sejarah dakwaan penipuan oleh mangsa-mangsanya di seluruh dunia.

Ketua Pembangkang itu berkata, Perdana Menteri tidak boleh menutup mata dan mendakwa tidak tahu menahu mengenai maklumat dalam internet itu.

“Jika Abdullah benar-benar tidak tahu mengenainya, saya sedia mengemukakannya kepadanya semua maklumat yang relevan,” tambahnya.

Dibiayai Singapora?

Menurut Raja Petra Kamarudin yang mula-mula menyiarkan berita mengenainya dalam Malaysia Today, ia jelas menunjukkan kerajaan Malaysia mahu meminjam wang dalam jumlah yang besar dari seberang laut tanpa dilihat melakukannya.

“Kerajaan Malaysia tidak meminjam secara rasmi wang itu dan sebaliknya, peminjam itu merupakan syarikat kecil sendirian berhad bernama Asasatu Technology Sdn Bhd. Ini akan membuat kerajaan Malaysia ‘bersih’ daripada sebarang pinjaman asing,” tulisnya.

Nampaknya, tulis Raja Petra, semasa Abdullah mengumumkan Rancangan Malaysia Kesembilan membabitkan RM200 bilion, kerajaan tidak mempunyai wang untuk membiayai projek lima tahun itu.

Bagaimanapun, katanya, kerana tidak mahu ia dilihat yang negara meminjam dengan faedah dalam Dolar, dan tertakluk kepada turun-naik nilai matawang, untuk membiayai rancangan pembangunannya, maka mereka menggunakan sebuah syarikat kecil sendirian berhad sebagai syarikat hadapan yang sekali lagi menggunakan syarikat Australia yang disokong oleh Singapura.

Beliau mendakwa, keseluruhan pakej tersebut diuruskan oleh syarikat Singapura [melalui anak syarikat PESG)], tetapi supaya tidak terdedah pembabitan Singapura, agar tiada jari yang menuding ke arah menantu Perdana Menteri, maka mereka kesemuanya dilakukan menerusi syarikat Australia tersebut sebagai ‘rakan kongsi’ kepada syarikat Malaysia itu.

Kesimpulannya, katanya, melalui pelbagai lapisan syarikat hadapan, rancangan pembangunan Malaysia yang dikenali sebagai Rancangan Malaysia Kesembilan atau RMK9, adalah dibiayai oleh Singapura.

Dari Malaysiakini


PUSAT PEMINDAHAN BANJIR PUN TAK SELAMAT?



(GAMBAR) BESAR SUNGGUH BANJIR KALI KEDUA DI JOHOR SEKARANG SEHINGGA PUSAT PEMINDAHAN BANJIR ID AYER HITAM PUN DAH TAK SELAMAT, MANGSA TERPAKSA DIPINDAHKAN KE PUSAT LAIN.


UMNO HILANG PUNCA?


Mengapa pemimpin Umno bersungguh-sungguh percaya bahawa pembangkang akan meletakkan calon atau menaja calon bebas untuk menentang mereka di Batu Talam?

Pemerhati politik melihat bahawa pemimpin dan pengikut Umno sudah terbayang untuk mendapat duit terpijak habuan kempen pilihanraya ini. Jika tiada pertandingan maka sudah tentu mereka akan berputih mata. Itulah sebab utama mengapa mereka mengeluh bila pembangkang memulaukan pilihanraya kecil ini.

Selain itu pemimpin Umno juga ingin menjadikan Batu Talam sebagai medan untuk mengukur sensitiviti rakyat terhadap pelbagai kezaliman dan penindasan kerajaan terhadap rakyat. Andai rakyat masih memberikan sokongan padu kepada mereka maka sudah tentu mereka boleh buat apa sahaja selepas ini.

Sementara itu Setiausaha Umno Bahagian Raub, Abd Aziz Mat Kiram diumumkan sebagai calon Barisan Nasional (BN) dalam pilihanraya kecil Dewan Undangan Negeri Batu Talam.

Penamaan calon bagi kerusi tersebut akan berlangsung di Pejabat Daerah Raub, Raub, pada 8 pagi ini.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan pemilihan Abdul Aziz di hadapan lebih 2,000 yang memenuhi perkarangan luar pejabat Umno Raub malam tadi, termasuk Menteri Besar, Datuk Seri Adnan Yaakob.

Nama Abd Aziz, 47, yang berasal dari kampung Batu Malim, diumumkan selepas mendapat persetujuan Presiden Umno Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.

Najib yakin pemilihan calon BN boleh diterima dengan mudah oleh semua pihak.

Beliau juga yakin enam lagi calon yang turut tersenarai pada peringkat awal, tidak kecewa terhadap pemilihan yang telah dibuat itu.

"Saya yakin semua pihak akan meletakkan kepentingan parti melebihi kepentingan peribadi," katanya.

Sementara itu, Adnan berkata keputusan mengumumkan calon BN itu hanya dibuat selepas beliau menyerahkan senarai calon kepada Presiden Umno dan Najib hari ini.

BA tolak khabar angin

Abd Kiram pula ketika ditemui mengucapkan terima kasih kepada pucuk pimpinan yang memberi kepercayaan kepadanya untuk menjadi calon BN pada pilihan raya kecil itu.

"Saya yakin BN akan menang pada pilihanraya kecil ini, lagi pun pembangkang tidak mempunyai isu di kawasan ini," katanya.

Pengarah Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA) Pahang, Yusof Jamaludin pula berkata Abd Aziz telah meletak jawatan sebagai pembantu luar JASA daerah Raub berkuatkuasa hari ini bagi membolehkannya menjadi calon BN.

Sementara itu, PAS dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) tetap dengan pendirian mereka untuk memulau pilihanraya kecil Batu Talam .

Timbalan Presiden PAS Nasharuddin Mat Isa menjelaskan bahawa khabar angin yang mengatakan BA akan meletakkan calon mereka pada saat-saat akhir, merupakan tuduhan yang tidak benar dan tidak berasas.

"Barisan Alternatif memang tidak berminat untuk bertanding dalam pilihanraya kecil kali ini. Kami tetap dengan keputusan kami dan tidak berniat untuk meletakkan mana-mana calon," katanya kepada pemberita sebelum memulakan ceramah khas di perhimpunan bantahan terhadap Suruhanjaya Pilihanraya (SPR), di Kampung Durian Sebatang, di Raub malam tadi.

Nasharuddin turut menegaskan bahawa tidak ada sesiapa yang dibenarkan membawa bendera PAS atau Keadilan pada hari penamaan calon esok dan jika ada, ia merupakan tindakan untuk mensabotaj pakatan itu.

Ditanya sama ada Barisan Alternatif akan membantu kempen individu yang bertanding atas tiket Bebas pada pilihan raya kecil itu, Nasharuddin berkata mereka tidak akan membantu mana-mana calon Bebas yang akan bertanding.


Keahlian Unit Amal

Iklan

Artikel Menarik

A

 

Dewan Pemuda PAS Bukit Katil Hakcipta © 2011 Kredit Ubahsuai oleh Kijang59