Friday, 12 January 2007

AYUH BANTAH KENAIKAN KADAR TOL AHAD INI


Protes Kenaikan Tol – gabungan parti pembangkang, kesatuan pekerja dan badan bukan kerajaan – akan menganjurkan satu perhimpunan awam untuk membantah kenaikan kadar tol Ahad ini di Plaza Tol Gombak.

Dalam satu kenyataan, Setiausaha gabungan tersebut, Dr Hatta Ramli berkata, perhimpunan awam itu akan diadakan mulai jam 4 petang di depan Plaza Tol Gombak.

Sehubungan itu, beliau menyeru orang ramia supaya menghadiri perhimpunan itu untuk menyatakan bantahan terhadap kenaikan kadar tol di lima lebuhraya di sekitar Lembah Klang.

Perhimpunan itu juga, katanya, diadakan untuk menggesa kerajaan supaya mendedahkan kandungan perjanjian konsesi lebuhraya serta serta membatalkan keputusan kenaikan tol bekenaan.

Mengenai kenyataan Perdana Menteri bahawa Akta Rahsia Rasmi boleh dikenakan terhadap mereka yang mendedahkan perjanjian konsesi lebuhraya, Dr Hatta berkata, adalah menjadi hak rakyat untuk mengetahui kandungan perjanjian yang melibatkan kepentingan mereka.

Hantar memorandum

"Namun kerajaan bukan sahaja tidak ingin mendedahkan perjanjian tersebut, malah mengeluarkan kata-kata yang berbunyi ugutan untuk menakutkan parti pembangkang. Ini adalah sikap yang amat tidak bertanggungjawab," kata Dr Hatta yang juga Bendahari Agung Pas.

Sebelum ini, Gabungan terse but telahpun menyerah memorandum bantahan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dan menganjurkan ceramah umum "Bantah Kenaikan Tol" pada 27 Disember lalu..

Gabungan Protes juga telah mendedahkan perjanjian konsesi lebuhraya yang ditandatangani kerajaan dan syarikat lebuhraya, serta menganjurkan perhimpunan awam di Kompleks Membeli-belah Sunway Pyramid pada 7 Januari lalu.

Perhimpunan kedua ini juga, katanya, akan dihadiri oleh pimpinan parti pembangkang, kesatuan pekerja, pertubuhan bukan kerajaan dan mahasiswa.


TIADA TINDAKAN WALAUPUN BANJIR BERLAKU


JOHOR BAHARU 12 JAN : Penduduk di Kampung Sungai Redan di Ulu Tiram dekat sini melahirkan rasa kesal mereka terhadap pihak berkuasa tempatan kerana tidak mengambil tindakan tebatan banjir di sungai itu.

Anggota Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Mohd Sham Ahmad, 43, berkata banjir kali ini merupakan kali ketiga dalam tempoh setahun yang dialami penduduk di kawasan itu.

Seperti banjir lepas, katanya banjir kali ini juga berpunca daripada limpahan air dari Sungai Redan.

"JKK telah meminta supaya Sungai Redan yang sedia ada ini diluruskan, kita telah juga meminta pihak yang terbabit supaya mendalamkan dasar sungai serta mengeluarkan sampah-sarap dan kayu yang terbuang ke dalam sungai itu," katanya semasa ditemui di sini hari ini.

Beliau berkata penduduk kampung percaya bahawa sekiranya Sungai Redan dapat dibersihkan dan diluruskan, masalah banjir yang ada sekarang tidak akan berulang.

Katanya pembelajaran kanak-kanak sekolah di kampung itu juga telah terganggu lagi sedangkan masalah banjir pada bulan lepas masih belum diselesaikan dan berharap pihak berkuasa tidak berlengah lagi dan menjalankan kerja tebatan banjir secepat mungkin.

Tinjauan media menunjukkan penduduk di kawasan itu terpaksa meredah air banjir sedalam paras lutut untuk ke pusat pemindahan.

Pada banjir pusingan pertama bermula 19 Dis lepas, air banjir di kampung itu naik mencecah paras dada.

Kebanyakkan mangsa itu mula meninggalkan rumah mereka sejak pukul 2 pagi semalam yang merupakan kali kedua mereka berpindah kerana banjir, katanya.

Daerah Johor Baharu merupakan daerah paling terjejas dan paling ramai mangsa banjir kali kedua di negeri ini setakat ini.


Keputusan PAS boikot p'raya kecil Batu Talam bijaksana


Bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata beliau menyokong pendirian PAS untuk memulau pilihanraya kecil kerusi Batu Talam yang dijadualkan pada 28 Januari ini.

Beliau yang juga Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) berkata, walaupun dalam beberapa isu beliau tidak setuju dengan PAS, tetapi kali ini parti itu telah menunjukkan kebijaksanaannya.

Anwar menegaskan demikian dalam ceramah anjuran Barisan Alternatif (BA) di Kampung Sega, Raub malam tadi.

Katanya, beliau juta telah membuat laporan kepada 153 kedutaan asing di Kuala Lumpur mengenai penyelewengan dan ketidakadilan pilihanraya di Malaysia.

“Saya juga telah melaporkan perkara itu kepada Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) dan Sektretariat Komanwel supaya mereka tahu keadaan sebenar pilihanraya di negara ini.

“Di dalam negara pula parti-parti politik pembangkang dan badan bukan kerajaan (NGO) akan mengadakan kempen di seluruh negara mengenai perkara sebenar proses dan perjalanan pilihanraya yang dijalankan oleh Suruhanjaya Pilihanraya (SPR),” katanya.


Keahlian Unit Amal

Iklan

Artikel Menarik

A

 

Dewan Pemuda PAS Bukit Katil Hakcipta © 2011 Kredit Ubahsuai oleh Kijang59