Tuesday, 9 January 2007

PIMPINAN PAS KAWASAN ZIARAH MANGSA BANJIR


BUKIT KATIL 9 JAN : Pimpinan Dewan Pemuda PAS Kawasan Bukit Katil yang diketuai oleh Ketua Dewan Pemuda, Hj Salamat Aman mengadakan lawatan ke beberapa rumah mangsa banjir di Taman Angkasa Nuri malam tadi.

Dalam lawatan tersebut, Hj Salamat diiringi oleh Penolong Setiausaha Ghazali Othman, Bendahari Hj Hishamuddin Ismail, AJK-AJK Us Rashid Baharuddin, Jasry Jafar, Halim Kedon dan Latip Idris.

Dalam lawatan tersebut, Hj Salamat dibawa melawat ke beberapa lokasi rumah mangsa yang rosak.

Sebelum ini Dewan Pemuda PAS Kawasan telah menyampaikan derma kepada beberapa mangsa banjir di Kawasan Bukit Katil.


CARA BERPAKAIAN PUTERI UMNO KETIKA MENGAJI


ISLAM HADHARI SEMEMANGNYA SUATU AJARAN YANG FLEKSIBEL DAN LONGGAR. AURAT BAGI ISLAM HADHARI BUKANLAH PERKARA WAJIB. SEBAB ITULAH SEBAHAGIAN BESAR PEMIMPIN WANITA DAN PUTERI UMNO TIDAK MEMAKAI PAKAIAN YANG MENUTUP AURAT. KALAU BERTUDUNG PUN NAMPAK JAMBOL, KALAU PAKAI BAJU, BAJU YANG KETAT ATAU JARANG.

LIHAT SAHAJA GELAGAT KETUA PUTERI UMNO PANDAN YANG SEDANG MENGAJI DI BAWAH INI. PAKAIAN BELIAU LANGSUNG TIDAK MENGHORMATI KESUCIAN AL-QURAN. DAH LAH TUDUNGNYA JARANG MALAH BAJUNYA KETAT PULA.

TIDAK HAIRANLAH MENGAPA KETUA WANITA UMNO DAN ANAK IMAM AL HADHARI SENDIRI PUN TIDAK BERTUDUNG. APAKAH ORANG YANG SEBEGINI KITA NAK HARAPKAN UNTUK MEMBELA DAN MENDAULATKAN ISLAM.



KINI BARU KAU SEDAR


Doa dan harapan Almarhum Us Fadzil Noor semakin hari semakin dimakbulkan Allah S.W.T apabila Dr Mahathir semakin sedar dan insaf dengan segala kejahatan dan kedurjanaan yang beliau sendiri cipta.

Kalau dahulu di zamannya, rakyat terpaksa 'berlawan' dengan polis pada setiap kali demonstrasi aman di adakan. Kini beliau sendiri sudah mula setuju dengan tindakan rakyat membuat demonstrasi di jalanan asalkan ianya dilakukan secara aman.

Kalau dahulu beliaulah 'raja politik wang' yang menghalalkan 'pembelian' undi pada setiap kali pilihanraya maupun pemilihan Umno tetapi kini beliau menyelarkan Pak Lah yang membiarkan politik wang berleluasa apabila beliau sendiri dimalukan pada pemilihan perwakilan Umno Kubang Pasu.

KINI BARU KAU SEDAR.

Ikuti coretan Harakahdaily di bawah:-

Artikel 1

Dr Mahathir bersetuju demonstrasi bantah tol

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad bersetuju demonstrasi membantah kenaikan tol asalkan diadakan secara aman.

"Dia ada peaceful demo tak apalah. Masa saya tak berapa peaceful (aman). Negara kita negara demokratik. Tidak mengapa diadakan demonstrasi kecil," Malaysiakini memetik beliau berkata ketika ditanya mengenai demonstrasi membantah kenaikan tol di Lebuhraya Damansara-Puchong (LDP) dekat Bandar Sunway Ahad lalu.

Bekas Perdana Menteri tidak bersetuju kadar tol dinaikkan sehingga 60 peratus apabila berkata jumlah trafik bertambah berkali ganda sejak perjanjian konsesi tol ditandatangani.

Tol boleh dinaikkan tetapi kadarnya tidak seharusnya sangat tinggi, katanya ketika ditanya mengenai bantahan parti pembangkang dan badan bukan kerajaan Ahad terhadap kenaikan tol oleh lima syarikat pemegang konsesi lebuh raya mulai 1 Januari lalu.

"Sepatutnya pendapatan syarikat pemegang konsesi seharusnya telah meningkat. Jadi saya fikir eloklah dia bagi maklumat tentang banyak mana dia kutip sekarang ini," Bernama memetik Dr Mahathir berkata pada sidang akhbar bagi mengumumkan penganjuran satu persidangan antarabangsa bulan depan sebagai usaha menjadikan perang itu satu jenayah.

Malaysia Today pula melaporkan, Dr Mahathir mengakui bahawa perjanjian konsesi tol tidak dirangka dengan baik semasa beliau menjadi Perdana Menteri.

Operator lebuhraya, katanya, kini mengaut keuntungan besar daripada kenaikan tol.

Bekas Perdana Menteri mengakui bahawa kandungan perjanjian konsesi yang dirangka semasa beliau mentadbir mempunyai kelemahan dan kabinet patut melakukan sesuatu yang lebih baik dari itu.

“Kabinet hanya meluluskan dari segi prinsip. Mereka tidak betul-betul mengkaji implikasi beberapa bahagian dalam perjanjian tersebut,” Malaysia Today memetik beliau.

"Anggota kabinet bukan pakar-pakar. Mereka adalah ahli-ahli politik dan sesetengah ahli politik seperti saya boleh jadi begitu bodoh. Apabila ada perjanjian, perjanjian itu dibuat oleh pegawai-pegawai dan perjanjian yang diserahkan kepada kabinet biasanya tidak mempunyai perinciannya," Malaysiakini memetik beliau sebagai berkata.

Dr Mahathir berkata, beliau tidak berpuas hati dengan perjanjian sedemikian dan kemudiannya memberikan arahan khusus supaya disenaraikan perkara-perkara yang sepatutnya dimasukkan dalam semua perjanjian.

"Kami tidak mempunyai begitu banyak pengalaman. Kami tidak tahu tentang pertumbuhan dan reaksi orang ramai. Kakitangan awam tidak begitu memikirkan reaksi seperti ahli-ahli politik. Mereka fikir perjanjian tersebut adalah munasabah lalu menghantarnya kepada kabinet dan kabinet menerimanya. Dan sekarang kita tersangkut," katanya.

Dr Mahathir berpendapat perjanjian baru boleh dilakukan dengan syarikat pemegang konsesi tol dengan syarat mereka masih mendapat keuntungan.

“Jika pertambahan jumlah lalulintas dan syarikat memungut lebih daripada yang diunjurkan, kerajaan mempunyai bahagian terhadapnya. Jika unjuran jumlah lalulintas tidak berlaku, dengan itu jumlah yang dikumpulkan kurang, kerajaan perlu bayar pampasan.

"Saya fikir jumlah kenderaan bertambah dengan begitu banyak, tetapi saya tidak tahu. Kita tidak mempunyai angkanya. Saya banyak memandu, seperti yang anda tahu, saya juga melihat kesesakan lalulintas. Saya tahu mereka tentu mengutip sejumlah wang yang agak besar," katanya.


Artikel 2

BN mungkin akan tewas - Dr M

Sambil memberi amaran Barisan Nasional (BN) mungkin cuba menggunakan politik wang untuk memenangi pilihanraya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Batu Talam hujung bulan ini, bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad membayangkan calon BN mungkin akan tewas jika pengundi amat tidak gembira dengan kerajaan BN sekarang.

Menurut laporan Bernama, Dr Mahathir menyifatkan 'mood' rakyat sudah berbeza dan tidak sama seperti dahulu.

Jika pengundi gembira, katanya, majoriti BN mungkin meningkat, tetapi jika mereka tidak gembira, maka majoritnya mungkin merosot.

Tetapi katanya, jika pengundi amat tidak gembira dengan kerajaan BN sekarang, maka calonnya mungkin tewas.

Bercakap dalam sidang akhbar bagi mengumumkan Sidang Damai Global bagi tahun ini, Dr Mahathir berkata, pilihanraya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Batu Talam hujung bulan ini menjadi pengukur kepada populariti kerajaan BN sekarang.

Dr Mahathir Mohamad membayangkan adalah sukar bagi penggantinya Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi untuk mengulangi kejayaan cemerlangnya dalam pilihanraya umum yang lalu.

Dalam pilihanraya umum 2004, sejurus selepas menggantikan Dr Mahathir sebagai Perdana Menteri, Abdullah memenangi 90 peratus kerusi Parlimen.

Bekas Perdana Menteri itu berkata, Abdullah akan terpaksa menanggung kesan daripada dasar-dasar yang dilaksanakan oleh pentadbirannya dalam pilihanraya umum yang dijangka diadakan pada 2008 atau lebih awal.

Politik wang

Dr Mahathir berkata, pilihanraya kecil itu akan mencerminkan ‘mood’ rakyat terhadap kerajaan serta mengingatkan, BN mungkin cuba menggunakan politik wang untuk memenangi pilihanraya kecil tersebut.

Katanya, beliau telah mengalami sendiri pengalaman tersebut apabila ada pihak yang menggunakan wang untuk menewaskannya.

Oleh itu, katanya, rakyat mesti menolak dan melaporkannya jika berlaku politik wang dalam pilihanraya kecil itu nanti.

Dr Mahathir merujuk kepada pertandingan jawatan perwakilan Umno bahagian Kubang Pasu pada 9 September lalu di mana beliau gagal dipilih mewakili bahagian itu ke perhimpunan agung Umno di Kuala Lumpur.

Bekas Perdana Menteri itu mendakwa berlaku politik wang yang mengakibatkan beliau tewas dalam pertandingan tersebut. Lembaga Disiplin Umno masih lagi belum mengumumkan hasil penyiasatannya mengenai perkara itu.

Abdullah gagal penuhi janji

Dr Mahathir juga menyifatkan Abdullah telah gagal memenuhi janji-janji yang dibuatnya sewaktu pilihanraya umum 2004.

Beliau turut mengkritik peruntukan RM600 juta untuk kontraktor Kelas F. Pada 13 November lalu, sehari sebelum perhimpunan agung Umno, Abdullah mengumumkan peruntukan itu sebagai tambahan kepada peruntukan RM1.5 bilion bagi pembangunan luar bandar di bawah Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK9).

Dr Mahathir berkata, adalah salah untuk kerajaan memberi peruntukan kepada parti, terutama parti kerajaan.

Sebaliknya, kata beliau, peruntukan itu mesti diberikan kepada semua orang dan jika ia tidak dilakukan melalui saluran rasmi, dan terhad kepada satu parti politik sahaja, maka ia melanggar undang-undang.

Bekas Perdana itu yang mengkritik hebat pentadbiran Abdullah sebelum ini, turut menyentuh pelbagai isu dalam sidang akhbar selama 45 minit itu.


TERKENANG PILIHANRAYA KECIL BATU TALAM 1993


Pilihanraya Kecil Batu Talam yang bakal berlangsung pada 28 Januari ini mengingatkan saya kembali kepada pilihanraya kecil DUN tersebut pada 1993 lalu. Ketika itu saya masih menuntut di sebuah universiti di Utara tanahair. Pilihanraya itu dijalankan berikutan kematian ADUN Batu Talam ketika itu, Allahyarham Dato' Mazlan Idris yang dikerat 18 oleh Mona Fandey, suaminya Mohd Affendi dan Juraimy.

Saya masih ingat peristiwa pembunuhan Dato' Mazlan sungguh mengerikan dan ianya mendapat liputan yang meluas di dada akhbar dan di kaca TV. Dato' Mazlan yang dilaporkan hilang akhirnya ditemui dalam keadaan yang mengerikan.

Seperti biasa saya memang tidak senang duduk kalau ada pilihanraya kecil, mesti jiwa saya memberontak untuk sama-sama membantu calon PAS. Sejak 1989 saya sempat bersama-sama jentera PAS di Pilihanraya Kecil Pantai Merdeka, Parlimen Jerai, DUN Bayu, DUN Bukit Payong dan lain-lain yang saya telah lupa. Ramai sahabat-sahabat saya di Kampus sanggup 'tuang' kuliah untuk sama-sama turun padang.

Saya yang berasal dari Pahang sememangnya tidak berasa janggan dan asing ketika berada di DUN Batu Talam. Ketika itu saya ditugaskan untuk kerja-kerja kempen bersama kontinjen PAS Negeri Pulau Pinang di mana kami ditempatkan di Markaz PAS Felda Tersang 1. Markas tersebut sebenarnya adalah rumah seorang sahabat di situ yang namanya saya telah lupa.

Saya masih ingat bersama-sama dengan sahabat-sahabat seperti Abang Jalil, Pak Mid, Anuaq, Shahrul, Johari, Abang Jamil dan lain-lain yang saya pun tak ingat lagi mereka, kami bertungkuslumus siang dan malam berkempen rumah ke rumah, gantung poster dan sebagainya. Sahabat-sahabat dari Tersang yang saya ingat hanya Itang Mamat iaitu saudara saya sendiri.

Pilihanraya itu menyaksikan pertembungan antara calon PAS, Tengku Puji Tengku Abdul Hamid dan Calon BN Syed Ali.

Seperti biasa BN tanpa segan silu menggunakan jentera kerajaan seperti Jabatan Penerangan, KEMAS, Jabatan Kesihatan, RTM, Bangunan milik kerajaan untuk menentang PAS. Selain itu duit juga digunakan untuk memancing undi. Hari ini setelah hampir 14 tahun pilihanraya itu berlalu BN masih belum insaf dan malu untuk menggunakan senjata tradisional tersebut walaupun mereka tahu ianya salah. Malah ianya lebih dahsyat lagi apabila SPR sendiri menjadi kuda tunggangan mereka untuk memenangkan BN seperti yang berlaku dalam Pilihanraya Umum 2004 dan Pilihanraya Kecil Pengkalan Pasir.

Oleh : Ahmad Danial
Lubuk Kulit

bersambung


Keahlian Unit Amal

Iklan

Artikel Menarik

A

 

Dewan Pemuda PAS Bukit Katil Hakcipta © 2011 Kredit Ubahsuai oleh Kijang59