Monday, 24 December 2007

TIADA DEMOKRASI DALAM BN


Melaka : Dalam BN semua pemimpin bawahan dan ahli parti mesti menjadi 'Yes Man' tidak boleh mengkritik pemimpin atau parti walaupun parti atau pemimpin mereka jelas melakukan kesalahan.

Bagi BN dan pemimpinnya mereka semua adalah 'maksum' tidak pernah melakukan kesalahan.

Itulah yang terjadi kepada Naib Ketua Pemuda Gerakan, S.Paranjothy yang mungkin akan dikenakan tindakan keras kerana mengkritik kepimpinan negara dan BN.

Baru-baru ini, S.Paranjothy mengeluarkan kenyataan yang telah disiarkan dalam Internet mendakwa UMNO merupakan salah satu punca mengapa kaum India terpinggir di negara ini.

Beliau menyatakan pemimpin UMNO gemar menjadikan parti komponen BN sasaran serta menjadikannya batu loncatan untuk mengekalkan populariti UMNO dalam kalangan masyarakat Melayu.

Berikutan dengan tindakan Paranjothy itu, Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein mendesak Tsu Koon segera memberi penjelasan berhubung kenyataan Paranjothy itu.

Dalam nada keras, Hishammuddin berkata, kalau penjelasan tersebut gagal diberi atau tidak memuaskan, tidak mustahil Pemuda UMNO serta BN akan memutuskan hubungan dengan parti Gerakan.

Akhirnya media hari ini melaporkan bahawa Parti Gerakan telah memulakan tindakan tatatertib terhadap S. Paranjothy kerana mengeluarkan kenyataan yang boleh menyinggung perasaan masyarakat majmuk di negara ini.

Pemangku Presiden Gerakan, Tan Sri Dr. Koh Tsu Koon berkata, tindakan tersebut juga diambil kerana perbuatan Paranjothy didapati membelakangkan semangat Barisan Nasional (BN).

Beliau berkata, kes tersebut telah dirujuk kepada Jawatankuasa Disiplin parti itu untuk siasatan sebelum dibawa kepada Jawatankuasa Kerja Pusat (CCC) bagi tindakan selanjutnya.

“Kami memandang serius perbuatannya mengkritik pelaksanaan dasar-dasar kerajaan dan mengeluarkan kata-kata keras untuk menyerang parti komponen BN secara terbuka.

“Ia perbuatan yang kasar dan amat tidak wajar,” kata Tsu Koon pada sidang akhbar di pejabat parti Gerakan di Pulau Pinang semalam.

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Facebook

0 Comments:

Keahlian Unit Amal

Iklan

Artikel Menarik

A

 

Dewan Pemuda PAS Bukit Katil Hakcipta © 2011 Kredit Ubahsuai oleh Kijang59