Friday, 21 December 2007

SAMY VELLU BIJAK AMBIL KESEMPATAN


MELAKA : Presiden MIC, S. Samy Vellu bijak mengambil kesempatan di atas isu Hindraf apabila terus mendesak kerajaan supaya memberikan lebih perhatian kepada kaum India. Malam tadi Samy Vellu dalam rancangan 60 minit bersama menteri di saluran RTM, sekali lagi secara terbuka mendesak kerajaan supaya memberikan lebih peruntukan untuk kaum India.

“Ada juga yang sudah bertanya mengapa (perkara) yang mereka mohon belum ditunaikan, jadi saya telah memohon kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi bagilah masyarakat India lebih sikit (dalam program pembangunan negara) dengan mengambil kira sejarah mereka. Perdana Menteri dah bersetuju untuk menimbangkan,” kata Samy Vellu, yang juga Menteri Kerja Raya dalam satu program wawancara yang disiarkan secara langsung oleh RTM1 malam tadi.

Untuk menyokong desakannya Samy Vellu bijak memainkan isu apabila mengakui demonstrasi jalanan yang dianjur sebuah perkumpulan haram baru-baru ini sedikit-sebanyak menjejaskan kesetiaan masyarakat India kepada kerajaan

Berdasarkan maklum balas yang diterimanya, Samy Vellu berkata ada dalam kalangan masyarakat India yang mula mempersoalkan mengapa masalah yang mereka bangkitkan ini belum diselesaikan kerajaan.

Lihat bagaimana bijaknya Samy Vellu mengeksploitasikan isu ini.

Ada pihak membuat andaian bahawa kemungkinan juga Hidraf ini dirancangkan oleh seseorang yang licik pandangan politiknya. Hindraf mungkin mengangkat bola tanggung dan di'smash' pula oleh orang dalam kerajaan. Siapa tahu? Yang penting kaum India dapat habuannya.

Malangnya orang Melayu terus menjadi 'yes man' kepada kerajaan tanpa menyedari sebenarnya orang Melayu jauh ketinggalan dari kaum lain dari segi pendapatan perkapita, ekonomi dan pendidikan.

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Facebook

0 Comments:

Keahlian Unit Amal

Iklan

Artikel Menarik

A

 

Dewan Pemuda PAS Bukit Katil Hakcipta © 2011 Kredit Ubahsuai oleh Kijang59