Friday, 14 December 2007

POKOK DITANAM, LONGKANG DIBIARKAN TERSUMBAT


Melaka : Pengguna-pengguna Jalanraya Melaka-Muar merungut kerana perjalanan mereka terganggu terutama di kawasan sekitar Semabok disebabkan kerja-kerja menanam pokok di tengah jalan sehala kerana pekerja seringkali meletakkan plastik merah sebagai isyarat sebahagian jalan ditutup.

Kerja-kerja menanam pokok ini berlarutan sehingga ke malam hari dan ianya mengganggu lalu-lintas terutama pada waktu puncak seperti sebelum jam 8.00 pagi dan sekitar jam 5.00 petang keatas.

Seorang pengguna, Nasry Aripin, 33 kesal dengan masalah lalulintas disebabkan kerja-kerja menanam pokok ini.

"Pokok tersebut memang sepatutnya ditanam tetapi kerja-kerja membaiki longkang dan mengindahkan longkang lebih utama dan sepatutnya diselesaikan dulu." ujarnya yang setiap hari menggunakan Jalan Melaka-Muar untuk ke tempat kerja.

Sementara itu, Setiausaha Lajnah Penerangan PAS Negeri Melaka, Khirul Che Salleh melahirkan kekesalan disebabkan kegagalan Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah mengenalpasti masalah sebenar di sepanjang jalan tersebut.

Menurut Khirul, masalah di jalan tersebut bukannya masalah tiada pokok tetapi masalah longkang tersebut yang mencacatkan kecantikan persekitaran jalan.

"Pokok-pokok bukan tidak perlu ditanam tetapi 'priority' mesti diberikan kepada pembersihan longkang tersumbat, lebih-lebih musim hujan dan banjir ini."

"Kita lihat longkang-longkang itu tiada penghujungnya air akan berkumpul dihujung longkang yang tersumbat dan ianya benar-benar mencacatkan pemandangan jalan tersebut, di samping mungkin akan berlaku banjir kilat bila-bila masa" kata Khirul.

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Facebook

0 Comments:

Keahlian Unit Amal

Iklan

Artikel Menarik

A

 

Dewan Pemuda PAS Bukit Katil Hakcipta © 2011 Kredit Ubahsuai oleh Kijang59