Tuesday, 11 December 2007

Pindaan untuk kekalkan Rashid 'Penipu' dibentang


KUALA LUMPUR: Rang Undang-undang Perlembagaan (Pindaan) 2007 bagi meminda umur persaraan anggota Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) daripada 65 tahun sekarang kepada 66tahun dibentangkan untuk bacaan kali kedua di Dewan Rakyat hari ini.

Pindaan ini yang jelas mahu mengekalkan Rashid 'Penipu' sebagai Pengerusi SPR ditentang habis-habisan oleh pembangkang. Ini kerana ianya jelas mahu menyelamatkan Rashid supaya membolehkan beliau meneruskan konspirasi untuk bersekongkol dengan kerajaan BN mengalahkan pembangkang.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz, yang membentangkan rang undang-undang itu bagi pihak Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, berkata pindaan itu adalah sejajar dengan langkah kerajaan menaikkan umur persaraan Hakim Mahkamah Tinggi, Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Persekutuan daripada 65 tahun kepada 66 tahun pada tahun 2005.

Mengikut Fasal (3) Perkara 114, seseorang anggota SPR terhenti memegang jawatan apabila mencapai usia 65 tahun.

"Pada dasarnya pelantikan anggota SPR tidak banyak bezanya dengan pelantikan hakim-hakim Mahkamah Tinggi, Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Persekutuan.

"Seperti yang diperuntukkan di bawah Perkara 122B Perlembagaan Persekutuan, sebelum pindaan kepada Perkara 125 Perlembagaan Persekutuan, umur persaraan hakim adalah sama umur persaraan SPR iaitu apabila mencapai umur 65 tahun.

"Sejajar dengan kenaikan umur persaraan anggota Perkhidmatan Awam, daripada umur 55 tahun kepada umur 56 tahun, Perkara 125 Perlembagaan Persekutuan telah dipinda melalui Akta Perlembagaan Pindaan 2005," kata Mohamed Nazri.

Menerusi pindaan yang dicadangkan itu, anggota SPR yang dilantik selepas tarikh kuatkuasa pindaan akan bersara apabila mencapai usia 66 tahun.

Bagaimanapun bagi anggota yang dilantik sebelum tarikh kuatkuasa pindaan baru ini, mereka mempunyai pilihan sama ada bersara pada usia 65 tahun ataupun 66 tahun.

Dewan Rakyat akan membuat keputusan mengenai cadangan pindaan itu hari ini menerusi undi belah bahagian, selepas usul yang dibentangkan Mohamed Nazri sebelum itu agar persidangan tidak ditangguhkan sehingga rang undang-undang itu selesai dibahas dan diputuskan, diterima oleh persidangan.

SPR adalah sebuah badan yang ditubuhkan di bawah Perkara 114 Perlembagaan Persekutuan bagi menjalankan pilihan raya Dewan Rakyat dan dewan-dewan undangan negeri, menyediakan dan menyemak Daftar Pemilih dan mengkaji semula pembahagian-pembahagian pilihan raya persekutuan.

Pelantikan anggota SPR yang terdiri daripada seorang pengerusi, seorang timbalan pengerusi dan lima anggota biasa, dibuat oleh Yang di-Pertuan Agong selepas berunding dengan Majlis Raja-raja.

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Facebook

0 Comments:

Keahlian Unit Amal

Iklan

Artikel Menarik

A

 

Dewan Pemuda PAS Bukit Katil Hakcipta © 2011 Kredit Ubahsuai oleh Kijang59