Thursday, 6 December 2007

PERKARA HALAL DITAKUTI PERKARA HARAM DIBIARKAN


Bersungguh-sungguh benar Menteri Besar Pahang,Adnan Yaakub menafikan yang beliau telah berkahwin seorang lagi. Dalam laporan akhbar hari ini beliau menyelar penulis-penulis blog dan penghantar sms yang beliau tuduh menyebarkan berita bahawa beliau berkahwin dua.

Apa salahnya berkahwin, lebih-lebih Adnan memang berkemampuan dari segi hartabenda tetapi dari segi batin tidak pula diketahui (Itu kena tanya Adnan sendiri). Adnan sepatutnya tidak payahlah melenting sedemikian kerana berpoligami memang diharuskan oleh Islam malah ianya sunnah Nabi Muhammad S.A.W. Apa yang hendak ditakutkan sangat kerana ianya tidak bercanggah dengan agama dan adat.

Adnan mendakwa bahawa tuduhan beliau berkahwin sebenarnya adalah tuduhan untuk menjatuahkan karier politiknya. Adakah Umno tidak membenarkan pemimpin berkahwin dua tetapi membenarkan pemimpin menyimpan perempuan (mengikut ceritanya ramai juga yang ada perempuan simpanan betul atau tidak Allah sahaja yang mengetahui).

Adnan sepatutnya tidak risau dengan tuduhan ini jika ianya betul kerana ia jelas tidak bertentangan dengan agama.

Malangnya Adnan tidak pula bersungguh-sungguh membersihkan negeri Pahang dari jolokan Darul Judi sebab di Pahang lah terletak Pusat Judi terbesar iaitu Genting. Sepatutnya Adnan lebih malu kepada manusia dan Allah dengan kewujudan Pusat Judi dan Pusat Maksiat tersebut, bukannya terlalu malu apabila dituduh kahwin dua.

MUNGKIN ADNAN TAKUT BINI SEBAB TU BERSUNGGUH-SUNGGUH MENAFIKAN BERITA INI

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Facebook

0 Comments:

Keahlian Unit Amal

Iklan

Artikel Menarik

A

 

Dewan Pemuda PAS Bukit Katil Hakcipta © 2011 Kredit Ubahsuai oleh Kijang59