Tuesday, 11 December 2007

TERKINI UPDATE (12.45PM) PEMIMPIN KANAN PAS DAN 10 YANG LAIN DITANGKAP


Kerajaan Islam Hadhari terus mengganas hari ini apabila menggunakan segala kuasa yang ada untuk berdepan dengan rakyat.

BN jelas dan nyata menggunakan Polis untuk berdepan dengan rakyat. Malangnya Polis nyata sanggup diperkudakan oleh Kerajaan BN walaupun namanya Polis Diraja Malaysia.

Pagi tadi pihak polis meneruskan siri tangkapannya. Kali ini beberapa pemimpin PAS dan KeADILan turut ditahan.

Sebelum ini, suasana aman dalam melahirkan bantahan oleh Bersih tercemar apabila pihak polis mula membuat tangkapan secara kasar ke atas peserta yang berhimpun di hadapan parlimen.

Dalam kejadian jam 10.15 pagi tadi, beberapa pemimpin kanan PAS antaranya Bendahari PAS Pusat, Dr Hatta Ramli; Ketua Muslimat PAS, Ustazah Nuridah Salleh, Timbalan Ketua Pemuda PAS Pusat, Ustaz Nasruddin Tantawi, Dr Lo' Lo Haji Ghazali, Tan Sri Khalid Ibrahim dan Dr Mat Nasir telah ditangkap oleh pihak polis.

Terdahulu, Ketua Penerangan KeADILan, Tian Chua telah ditangkap dalam jarak 200 meter dari tempat kawalan pihak polis.

Dalam kejadian tersebut, empat anggota dengan kasar telah memaksanya keluar dari kenderaan yang dipandu oleh pemandunya.

Beliau bersama-sama dengan pemandunya telah dibawa oleh polis dengan kenderaan berasingan ke IPK Kuala Lumpur.

Sebelum ini, pihak polis telah mendapatkan perintah mahkamah untuk menghalang Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil (Bersih) daripada mengadakan perhimpunan di Parlimen pagi ini.

Ketua polis daerah Sentul telah mendapatkan perintah tersebut daripada Mahkamah Majistret Kuala Lumpur semalam.

Perintah itu - yang kedua selepas perhimpunan Hindraf pada 25 November - melarang empat individu serta penyokong Bersih yang lain daripada menghadiri atau menyertai perhimpunan tersebut.

Empat individu tersebut ialah Naib Presiden PAS,Mohamad Sabu; AJK PAS Pusat,Dr Syed Azman Syed Ahmad Nawawi; Adenaan Saad dan Presiden Kongres Kesatuan Sekerja (MTUC), Syed Shahir Syed Mohamud.

Perintah itu juga menyatakan bahawa pihak-pihak berkaitan yang lain juga dilarang sama daripada menyertai perhimpunan tersebut.

Sementara itu, lebih 50 wartawan dan jurugambar dari dalam dan luar negara sedang berada di sekitar kawasan parlimen untuk membuat liputan.

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Facebook

0 Comments:

Keahlian Unit Amal

Iklan

Artikel Menarik

A

 

Dewan Pemuda PAS Bukit Katil Hakcipta © 2011 Kredit Ubahsuai oleh Kijang59