Friday, 14 December 2007

PAS MELAKA DESAK PEMIMPIN HINDRAF DIBEBASKAN SERTA MERTA DAN ADILI MEREKA DI MAHKAMAH


PAS Melaka amat kesal di atas tindakan Kerajaan Islam Hadhari terus menzalimi rakyat dengan menahan 5 orang pemimpin Hindraf menggunakan akta rimba, ISA. Mengapa ISA digunakan sedangkan terdapat undang-undang lain yang boleh digunakan untuk mendakwa mereka seperti akta hasutan dan sebagainya.

Kelima-lima yang ditahan ialah P.Uthayakumar, M.Manoharan, R. Kenghadharan, V. Ganabatirau dan T. Vasanthakumar.

Penahanan mereka menggunakan ISA merupakan suatu kezaliman yang tidak boleh dimaafkan. Seperti yang semua sedia maklum ISA merupakan akta zalim yang menahan mangsa tanpa dibicarakan. Tahanan boleh terus dihukum maksimum penjara 2 tahun tanpa dibenar membela diri.

PAS Melaka membantah sekeras-kerasnya penahanan kelima-lima pemimpin Hindraf ini. Kami mendesak agar mereka dibebaskan serta merta. Jika mereka ini bersalah sila bawa dan hadapkan mereka ke mahkamah. Berikan peluang untuk mereka membela diri.

Sesungguhnya undang-undang Islam memberikan seluas-luasnya peluang untuk orang yang dituduh membela diri. Mereka tidak akan disabitkan kesalahan selagi tidak dibuktikan di Mahkamah.

Selagi lagi PAS Melaka mendesak kerajaan Islam Hadhari supaya membebaskan semua pemimpin Hindraf ini serta tahanan-tahanan ISA yang lain dan sila bawa kes mereka ke mahkamah.

Sofi Wahab
Ketua Penerangan
Badan Perhubungan PAS Negeri Melaka

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Facebook

0 Comments:

Keahlian Unit Amal

Iklan

Artikel Menarik

A

 

Dewan Pemuda PAS Bukit Katil Hakcipta © 2011 Kredit Ubahsuai oleh Kijang59