Monday, 31 December 2007

MELAKA TERUS MENJADI SYURGA PELAKU ZINA/MAKSIAT. APA ALI RUSTAM BUAT????


MELAKA: Kes hamil luar nikah terus meningkat di Melaka malah, jumlah itu meningkat 47kes kepada 287 kes berbanding 240 kes dalam tempoh sama tahun lalu.

Golongan yang dianggap malang dan berpendidikan setakat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) serta berusia antara 17 hingga 30 tahun itu dikatakan sering melakukan maksiat dengan teman lelaki sehingga terlanjur.

Ketua Pegawai Penguat Kuasa Agama Jaim, Rahimin Bani, berkata kebanyakan mereka yang terlanjur memberi alasan `cair' dengan pujukan kekasih mereka untuk melakukan maksiat.

Katanya, selepas terlanjur kali pertama, ia menjadi `kesukaan' pasangan berkenaan untuk mengulangi perbuatan terkutuk itu sehinggalah mereka sedar selepas pasangan itu mengandung.

"Kebanyakan mereka melakukan perbuatan terkutuk itu dengan menyewa hotel murah, di rumah sewa dan kediaman keluarga mereka sendiri.

"Mereka yang terbabit dengan kes hamil luar nikah ini pula bukanlah di kalangan mereka yang suka melakukan hubungan seks bebas, sebaliknya hanya bersama teman lelaki masing-masing," katanya kepada media, di sini, semalam.

Rahimin berkata, berdasarkan statistik, pekerja kilang paling ramai ditahan atas kesalahan itu iaitu sebanyak 202 daripada 287 kes yang direkodkan manakala selebihnya membabitkan pekerja dalam sektor lain termasuk perkhidmatan.

"Kes hamil luar nikah membabitkan pasangan Islam di negeri ini terus meningkat dan kami sentiasa melakukan pemantauan agar jumlah mereka yang terbabit dapat dikurangkan," katanya

Beliau berkata, tidak semua pasangan kepada wanita yang terbabit dalam kes hamil luar nikah itu berjaya ditahan Jaim.

Katanya, biasanya teman lelaki yang terbabit akan mengambil tindakan melarikan diri dan enggan bertanggungjawab.

Malangnya kerajaan negeri terus berdegil tidak mahu menutup tempat-tempat maksiat seperti hotel-hotel murah, pub, night club, dangdut dan sebagainya. Sebaliknya kerajaan negeri terus menggalakkan program-program yang melibatkan pergaulan bebas seperti konsert, karaoke, nyanyian dan sebagainya.

Selagi rakyat negeri ini terus memberikan sokongan kepada BN dan UMno selagi itulah maksiat akan terus meningkat. Adakah rakyat tidak yang mengundi BN tidak berasa bersalah???

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Facebook

0 Comments:

Keahlian Unit Amal

Iklan

Artikel Menarik

A

 

Dewan Pemuda PAS Bukit Katil Hakcipta © 2011 Kredit Ubahsuai oleh Kijang59