Sunday, 16 December 2007

MELAKA 'BERGEGAU' HARI INI



Telok Mas : Kira-kira 1,000 petugas Pilihanraya yang terdiri dari semua lapisan ahli PAS seluruh negeri telah 'mengGEGAUkan' Melaka hari ini. Mereka telah berhimpun di Balai Islam Telok Mas sejak jam 8.00 pagi bagi menyertai Program Himpunan Jentera Pilihanraya PAS Melaka yang bertemakan GEGAU Melaka.

Program yang julung kali di adakan di Melaka selepas Pilihanraya Umum 2004 ini berjaya mengumpulkan semua petugas pilihanraya setiap kawasan bagi mendengar amanat Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang.

Dalam amanatnya Presiden menegaskan bahawa seluruh jentera PAS setiap mesti bersiap siaga dengan segala kelengkapan guna untuk berhadapan dengan segala tipu muslihat BN yang sudah pasti akan lebih 'ganas' pada pilihanraya akan datang.

"BN sedang kepanasan sekarang, sudah pasti mereka akan menggunakan segenap jentera kerajaan dan SPR untuk memastikan mereka menang sekali lagi".

"Jadi kita mesti bersedia dari semua segi untuk menangkis apa juga serangan dan tipu muslihat mereka"tegas Tuan Guru Presiden.

Turut berucap pada program itu ialah Pesuruhjaya PAS Negeri, Ustaz Abdul Ghani Abdul Rahman dan Pengarah Jentera Pilihanraya PAS Negeri Melaka, Mejar (B) Jasme Tompang.

Sementara itu di sebelah petangnya Dewan Pemuda PAS Negeri menganjurkan program gerak gempur jentera pilihanraya pemuda di tempat yang sama.

Kira-kira 300 orang pemuda menghadiri program tersebut yang dirasmikan oleh Penolong Setiausaha Dewan Pemuda PAS Pusat, Ustaz Ahmad Nazri Chik.

Semua Dewan Pemuda PAS Kawasan menghantar wakil-wakil masing. Kontinjen paling ramai datang dari Kawasan Bukit Katil.

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Facebook

0 Comments:

Keahlian Unit Amal

Iklan

Artikel Menarik

A

 

Dewan Pemuda PAS Bukit Katil Hakcipta © 2011 Kredit Ubahsuai oleh Kijang59