Thursday, 27 December 2007

MAHKAMAH TOLAK RAYUAN SUBASHINI


PUTRA JAYA : Mahkamah Persekutuan hari ini menolak rayuan R Subashini untuk menghalang suaminya yang telah memeluk Islam daripada membawa kes perceraian mereka ke mahkamah syariah, atas sebab-sebab teknikal.

Dalam keputusan majoriti 2-1, mahkamah tertinggi di Malaysia itu, memutuskan ia kerana Subashini telah memfailkan petisyen perceraian mereka terlalu awal daripada tempoh yang ditetapkan di bawah Akta Undang-undang Pembaharuan (Perkahwinan dan Perceraian) 1976.

Rayuan Subashini itu didengar oleh panel tiga orang hakim - Datuk Nik Hashim Nik Ab Rahman, Datuk Azmel Ma'amor dan Datuk Abdul Aziz Mohamad.

Di bawah akta tersebut, Subashini hanya boleh memfailkan petisyen perceraian tersebut selepas tamatnya tempoh tiga bulan dari tarikh suaminya, T Saravanan memeluk Islam.

Bagaimanapun, Subashini memfailkan petisyen perceraian itu sembilan hari sebelum tamat tempoh tiga bulan berkenaan.

Oleh itu, petisyen perceraian tersebut dianggap batal dan tidak sah.

Subashini, 28, yang beragama Hindu, mahu menghalang suaminya itu, yang telah memeluk Islam dengan nama Muhammad Shafi Saravanan Abdullah, daripada membawa prosiding perceraian mereka ke mahkamah syariah.

Suaminya telah memeluk agama Islam pada bulan Mei 2006 bersama-sama dengan anak lelaki sulung mereka, Dharvin Joshua, 4.

Suaminya kemudiannya membawa prosiding perceraian mereka ke mahkamah syariah serta memohon hak penjagaan anak lelaki kedua mereka, Sharvin, 2.

Mahkamah Persekutuan juga memutuskan hari ini bahawa Muhammad Shafi tidak menyalahgunakan proses mahkamah apabila menukar agama anaknya yang berusia empat tahun itu tanpa pengetahuan ibunya.

Katanya, mengikut undang-undang Islam, hanya seorang sahaja - ibu atau bapa - mesti dimaklumkan mengenainya pertukaran agama anak tersebut.

Mahkamah juga memutuskan bahawa adalah menjadi hak Muhammad Shafi sebagai seorang Islam untuk memfailkan prosidang perceraiannya di mahkamah syariah.

Bawa ke mahkamah syariah

Dalam rayuan Subashini kepada Mahkamah Rayuan pada 13 Mac, Hakim Datuk Suriyadi Halim Omar dan Datuk Hassan Lah - dalam penghakiman 2-1 - telah memutuskan wanita itu membawa kesnya ke mahkamah syariah. Seorang lagi panel hakim ialah Datuk Gopal Sri Ram.

Menurut penghakiman majoriti itu, mahkamah memutuskan bahawa perintah yang dipohon oleh Subashani adalah tidak perlu kerana mahkamah syariah layak dan berkempuan untuk memutuskan kes tersebut.

Bagaimanapun, pada 30 Mac, Subashini mendapatkan perintah sementara dari Mahkamah Rayuan untuk menghalang Saravanan daripada mengemukakan tuntutannya itu di mahkamah syariah.

Perintah mahkamah itu juga melarang Saravanan daripada menukar agama anak bungsunya serta melarangnya daripada membawa kes tuntutan hak penjagaan anak-anaknya ke mahkamah syariah.

Ia juga memutuskan bahawa seseorang pasangan yang telah memeluk Islam boleh memohon kepada mahkamah syariah untuk menukar agama anak-anak mereka yang masih di bawah umur, kepada agama Islam, tanpa perlu mendapatkan kebenaran daripada pasangan yang seorang lagi.

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Facebook

0 Comments:

Keahlian Unit Amal

Iklan

Artikel Menarik

A

 

Dewan Pemuda PAS Bukit Katil Hakcipta © 2011 Kredit Ubahsuai oleh Kijang59