Monday, 31 December 2007

LAPORAN MEDIA YANG CUKUP BERAT SEBELAH


KUALA TERENGGANU: Laporan media tentang Perbicaraan kes dua pemuda PAS yang didakwa terbabit dalam rusuhan yang dikatakan ganas di Jalan Sultan Mahmud, Batu Burok di sini, 8 September cukup berat sebelah dan tidak beretika.

Di dalam laporan itu tidak langsung disebut yang Suwandi dan Azman Aziz telah ditembak Polis dan hampir mati akibat tembakan itu. Tetapi mereka pula yang dikatakan mencederakan Polis dengan parah.

Antara yang laporan yang dipaparkan ialah :-

Sebelum ini, Muhammad Azman Aziz, 21, dari Pasir Panjang dan Suwandi Ab Ghani, 38, dari Kampung Binjai Rendah, Marang, masing-masing menghadapi dua pertuduhan utama dan dua tuduhan pilihan di Mahkamah Sesyen di sini.

Bagi tuduhan pertama, mereka bersama 18 yang lain didakwa mengikut Seksyen 149, Kanun Keseksaan kerana menunjukkan kekerasan jenayah bagi menakutkan pegawai polis ketika menyuraikan satu perhimpunan haram.

Mereka didakwa melakukan kesalahan itu kira-kira jam 11.40 malam di tempat letak kereta Hotel Permai Inn, Jalan Sultan Mahmud hingga menyebabkan cedera parah kepada pegawai polis, Wan Abdul Aziz Wan Omar.

Mengikut pertuduhan itu, jika sabit kesalahan, kedua tertuduh boleh dihukum mengikut Seksyen 333 dan Seksyen 511 kanun sama iaitu dipenjara maksimum lima tahun atau denda.

Bagi tuduhan kedua, kedua tertuduh bersama 18 yang lain didakwa menunjukkan kekerasan jenayah terhadap pegawai polis pada masa, tarikh dan tempat sama mengikut Seksyen 143 kanun sama.

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Facebook

0 Comments:

Keahlian Unit Amal

Iklan

Artikel Menarik

A

 

Dewan Pemuda PAS Bukit Katil Hakcipta © 2011 Kredit Ubahsuai oleh Kijang59