Wednesday, 26 December 2007

KERAJAAN BN TERENGGANU CEMAS


MELAKA : Kerajaan BN Terengganu cemas dan takut kepada bayang-bayang sendiri akibat dari perbuatan zalim mereka seperti merobohkan rumah rakyat, merampas tanah rakyat serta boros membelanjakan wang rakyat.

Akibat dari perasaan cemas ini Menteri Besarnya, Derih Jusoh melemparkan tuduhan bahawa PAS menggunakan senjata memfitnah mereka untuk meraih sokongan rakyat.

Pemerhati politik melihat bahawa, Derih Jusoh sekarang ini berada dalam kepanasan yang amat sangat disebabkan perbuatan zalim mereka merobohkan yang ternyata tidak berperikemanusiaan.

Terkahir, mereka bersekongkol dengan polis mengacau ceramah Bersih beberapa lalu, sehingga 2 orang penyokong Bersih ditembak oleh Polis. Malangnya Polis yang menembak rakyat tidak didakwa tetapi 2 orang mangsa tersebut yang disumbat di dalam penjara tidak dibenarkan ikat jamin.

Derih dalam media hari ini meminta pemimpin pembangkang segera menghentikan fitnah terhadap program pembangunan yang dilaksanakan kerajaan Barisan Nasional (BN) sekarang.

Katanya, ini kerana pembangkang sendiri sudah terbukti gagal dan tidak mempunyai kemampuan membangunkan negeri ini walaupun selepas diberikan peluang pada pilihan raya umum 1999.

“Mereka (pembangkang) boleh lakukan apa sahaja ketika diberikan kuasa pemerintahan pada pilihan raya umum 1999 tetapi terbukti mereka tidak mampu dan tidak mempunyai kemampuan untuk memaju dan membangunkan negeri ini.

“Jadi, mereka mesti menghentikan fitnah terhadap perubahan dan pembangunan yang dilaksanakan BN sekarang kerana kita adalah sebuah kerajaan yang bertanggungjawab dan berkemampuan,” katanya di Kuala Terengganu semalam.

Derih cuba menyedapkan hatinya dengan mendakwa rakyat memberikan sokongan penuh kepada kerajaannya. Sedangkan sebenarnya rakyat sekarang berada dalam keadaan terhimpit disebabkan banyak projek-projek kerajaan negeri tidak langsung memberikan manfaat kepada rakyat seperti Monsun Cup dan lain-lain.

Derih mendakwa bahawa fakta-fakta dan bukti-bukti yang dikemukakan oleh pembangkang samada dalam media atau ceramah-ceramah adalah fitnah sedangkan pemimpin PAS bercakap dengan mempunyai bukti yang sahih.

"Perkara yang berlaku di depan mata seperti robohkan masjid dan rumah rakyat itu dikatakan fitnah sedangkan rakyat melihatnya dengan mata kepada sendiri" kata Saleh Osman seorang penyokong PAS di Taman Merdeka ketika dihubungi pagi ini.

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Facebook

0 Comments:

Keahlian Unit Amal

Iklan

Artikel Menarik

A

 

Dewan Pemuda PAS Bukit Katil Hakcipta © 2011 Kredit Ubahsuai oleh Kijang59