Monday, 31 December 2007

JENTERA PENERANGAN MESTI LIPATGANDAKAN USAHA - TUAN GURU PRESIDEN


Taman Melewar : Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Hj Abdul Hadi Awang menggesa seluruh jentera penerangan PAS melipatgandakan usaha untuk meyampaikan maklumat kepada rakyat supaya mereka mendapat informasi yang tepat dan betul.

Menurutnya, hanya kerja kuat dan istiqamah sahajalah risalah perjuangan Islam dan isu semasa dapat disalurkan kepada rakyat.

"Jentera PAS mesti menggunakan segenap saluran dan kaedah demi untuk memastikan rakyat dapat faham isu dan maklumat sebenar dengan itu Insya Allah mereka akan menyokong kita".

"Kita ada suratkhabar walaupun terhad, kita mesti gunakan internet, laman web, blog dan sebagainya agarnya semua ini dapat dibaca dan ditatap oleh rakyat" kata Tuan Guru.

Tuan Guru juga berkata, isu semasa sekarang ini memberikan kelebihan kepada kita tetapi ianya mesti digarap dengan cara yang menarik, berkesan dan terkini agarnya ianya menarik minat rakyat untuk membaca dan seterusnya memahaminya.

Tuan Guru berkata demikian dalam program taklimat khas tertutup Presiden mengenai isu-isu semasa di Taman Melewar semalam. Turut hadir semuanya Ahli Jawatankuasa Pusat termasuk, Timbalan Presiden, Naib-Naib Presiden, Timbalan Mursyidul Am dan pimpinan-pimpinan Kawasan seluruh negara.

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Facebook

0 Comments:

Keahlian Unit Amal

Iklan

Artikel Menarik

A

 

Dewan Pemuda PAS Bukit Katil Hakcipta © 2011 Kredit Ubahsuai oleh Kijang59