Friday, 21 December 2007

HAYATI PERISTIWA KORBAN UNTUK TINGKATKAN JIHAD PERJUANGAN



BUKIT KATIL : Pemuda mesti menghayati pengorbanan Nabi Ismail dan Nabi Ibrahim dalam meneruskan perjuangan menegakkan Islam di bumi Malaysia ini.

Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS Kawasan Bukit Katil, Ustaz Hj Abu Bakar Ramle (gambar) dalam kenyataannya pagi ini mengingatkan seluruh pemuda terutama di ahli-ahli Pemuda PAS Kawasan Bukit Katil supaya mencontohi semangat pengorbanan Nabi Ismail yang sanggup mengorbankan diri demi menyahut perintah Allah ke atas bapanya Nabi Ismail.

"Ismail yang ketika itu masih di usia remaja, sanggup meyahut perintah Allah tanpa sebarang alasan dan bangkangan walaupun terpaksa menyerahkan nyawanya, pemuda mesti meneladani semangat beliau, Insya Allah jika ini dapat dilakukan Islam akan kembali gemilang di dunia ini".

"Para bapa pula mesti mewakafkan anak-anak mereka untuk berjuang Islam, jangan ada ibubapa yang 'kedekut' untuk mewakafkan anak-anak masing, mereka mesti diasuh dan seteruskan di galakkan untuk berjuang menegakkan Islam" tegas Ustaz Abu Bakar yang juga merupakan Ahli Jawatankuasa PAS Kawasan Bukit Katil.

Sementara itu Unit Amal Pemuda Kawasan juga sekarang ini berada dalam keadaan siap sedia untuk membantu mangsa banjir sekiranya perkara yang sama berlaku seperti tahun lepas.

Ketuanya, Ustaz Abu Bakar Ramle berkata, kira-kira 20 orang ahli Unit Amal diminta bersiap sedia bila-bila masa andainya sebarang kejadian banjir berlaku.

Tahun lepas beberapa buah kampung dan taman di kawasan Bukit Katil ditenggelami air selama kira-kira 3 hari. Antaranya Ayer Molek, Taman Merdeka, Melaka Baru, Sg Putat dan lain-lain.

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Facebook

1 Comment:

Blow d' whistle said...

harap blog ni dapat cedok sikit dari blog lain untuk bagi panas dan sensasi...

cerita pasal pak ali tak ngam dgn dr ruddin..

citer pasal 'ferris wheel' kat sg mlk guna duit mana... ader tender ke tak... pasal dgr aritu kos lebih 3.2 juta... mana korek duit

citer pasal pak ali dgr da ade stesen minyak nak dkt siap kat simpang ke sri duyong...

citer JASA guna duit kerajaan support majlis UMNO

citer pasal org masjid tanah boikot perkampungan hadhari

citer pasal anak syarikat kerajaan negeri sumer dah tenat hingga terpaksa 'paksa' jabatan federal amik mereka utk buat projek federal

citer lagi

byk isu boleh ketengah kan

citer pasal suk yang tak mesra staf

Keahlian Unit Amal

Iklan

Artikel Menarik

A

 

Dewan Pemuda PAS Bukit Katil Hakcipta © 2011 Kredit Ubahsuai oleh Kijang59